wahai gadis,
mahukah aku beritahukan kepada mu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginkah aku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..
Maka dengarlah..
Gadis,
Saatnya aku jatuh cinta..
Aku tidak akan berucap..
Aku tidak akan berkata..
Namun apa yg aku lakukan..
Hanyalah diam..
Dan saat aku mencintai,
tidak akan pernah aku nyatakan.
Tidak akan aku nukilkan..
Yang aku lakukan..
hanyalah diam..
Aku tahu, cinta adalah fitrah..
sebuah anugerah yang tidak ternilai~
Kerana cinta adalah kehidupan.
Kerana rasa itu adalah cahaya..
Dan aku juga tahu,
hidup tanpa cinta,
bagaikan hidup dalam gelap gelita..
Namun..
Saat rasa itu menyapa, maka hadaplah dgn indah~
Kerana rasa itu ibarat pelangi,
dengan pelbagai warna yg mencoraknya~
Cinta terkadang membuatmu bahagia,
namun tak jarang membuatmu menderita.
Cinta ada kalanya manis bagaikan gula,
Namun juga mampu memberi pahit yg tidak mampu engkau lupa.
kerana cinta adalah perangkap rasa..
Sekali kau salah tingkah,
maka engkau akan terbelenggu dalam waktu yang lama~
dalam lingkaran derita.
Maka gadis,
Agar kau dapat keluar dari belenggu itu~
Dan mampu melaluinya dgn indah~
Maka mencintailah dalam hening~
Di dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.
Namun juga,
jangan kau sikapi cinta itu dgn berlebihan~
Jangan kau luahkan rasamu~
Jangan kau tumpahkan segala sukamu..
Kita renung sejenak~
dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan sungguh rapi?
Jadi, apa yang engkau risaukan?
Apa yg engkau gusarkan?
Apa yang engkau bimbangkan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya~
Allah tentukan yang terbaik untukmu..
Cubalah renungkan...
Dia yang kau cinta,
belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..
Dia yang kau puja,
yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,
Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?
Gadis,
kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..
Hingga saatnya tiba..
Maka, aku ingatkan padamu,
tidakkah kau malu jika semua rasa telah kau zahirkan...
Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?
Gadis,
Kerana cinta kita begitu agung untuk dizahirkan..
Begitu mulia untuk di lihatkan..
Begitu sukar untuk di tumpahkan..
Dan sedarilah gadis,
fitrah wanita adalah pemalu,
Dan kau indah kerana sifat malumu..
Lalu, masihkah kau dipandang menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?
Masihkah kau dipandang bistari jika malu itu telah kau singkap..
Wahai gadis,
jadikan malu sebagai selendangmu..
Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..
Dalam jeruji kesetiaan..
Ya.. Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Luh Mahfuzh..
Jauh sebelum bumi dan langit dicipta..
Maka cintailah dlm hening.
Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,
Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..
Agar kesucianmu tetap terjaga..
Agar keanggunanmu tetap terbias..
Maka, aku beritahukan padamu,
Pegang kendali hatimu..
Jangan engkau lepaskan.
Acuhkan semua godaan yg menghampirimu..
Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan..
Namun cinta hanya perlu kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..
Gadis...
yg dirimu perlukan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..
Arahkan pd Nya..
Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..
Itu jauh lebih indah..
Jauh lebih suci..
p/s: oke yg ini nisa amek dari blog si syabab yg hebat menghunus tinta dakwahnya :)
Monday, 15 April 2013
~ LELAKI ITU ~
Lelaki itu,
Yang tinggi cintanya pada
Ilahi,
Hebat fikrahnya untuk
ukhrawi,
Semangat agamanya takkan
terhenti,
Tinta dakwahnya menghunus
diri.
Lelaki itu,
Menjadikan Rasul ikutan
diri,
Menjadikan al-Quran
rujukan pribadi,
Yang menjulang Islam di
hati,
Matlamatnya redha Ilahi.
Lelaki itu,
Wajahnya bersih terpancar
nur Ilahi,
Bicara tersusun penuh
berhikmah,
Usrah, haloqah amalan
diri,
Sunnah dan al-Quran
peneman diri.
Lelaki itu,
Hebat tarbiyah mengalir
dalam denyut nadi,
Yang menjadi kebanggaan
ummi dan abi,
Yang menyumbang untuk
insani,
Yang didamba si srikandi.
Lelaki itu,
Gigih mencari ilmu,
Rajin memperbaiki diri,
Sibuk mencedok pengalaman
duniawi,
Tapi akhirat tetap di
hati.
Lelaki itu,
Hidup dan mati untuk
Ilahi,
Menundukkan pandangan
mengawal diri,
Melindungi, menghargai
wanita dalam diri,
Yang menjadikan Rasul
suri tauladan diri.
Ohh, wujudkan lelaki itu
~ mencari yang soleh sekarang ibarat mencari permata di dalam lautan.
Ohh syabab, jadikanlah dirimu syabab acuan madrasah Rasul, yang
meninggikan cinta Allah dan Rasul :)
Sunday, 14 April 2013
~ Puteri ~
Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”
Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir~
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Ilahi~
Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi
Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri
Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana
Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia
Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.
p/s : oke, yang ni share dari blog orang lain, syabab yang hebat menghunus tinta dakwahnya

Sekadar Contengan
Assalamu'alaikum :)
Lately, suka sangat mengarang puisi :)
Nak beralih arah kot mood ni..
Haishhh :D
Nah, gambar baby comel untuk anda semua, teheeee :D
Lately, suka sangat mengarang puisi :)
Nak beralih arah kot mood ni..
Haishhh :D
Nah, gambar baby comel untuk anda semua, teheeee :D
~ MAWAR AGAMA YANG TERPELIHARA ~
Duhai mawar agama,
Kau cantik tercipta,
Kecantikkanmu hanya untuk
yang berhak memiliki,
Bukan untuk sebarang
lelaki ajnabi,
Tapi untuk dia sang
suami.
Duhai mawar agama,
Tinggikanlah maruahmu,
Sungguh dirimu tak
ternilai harganya,
Jadilah kau bunga yang
mekar demi agama,
Berjuang menyumbang untuk
agama.
Duhai mawar agama,
Mekarlah kau di taman
Ilahi,
Bentenglah dirimu dengan
iman dan malu di hati,
Agar kau menjadi
srikandi,
Kebanggan ummah dan
Ilahi.
Duhai mawar agama,
Jadilah kebanggaan ummi
dan abi,
Yang menyalurkan cintanya
untuk Ilahi,
Yang menjadikan Rasul
ikutan peribadi,
Yang menjadikan al-Quran
panduan diri.
Duhai mawar agama,
Kau srikandi,
Kau bakal isteri,
Kau bakal ummi,
Bentuklah dirimu dengan
agama Ilahi.
Sambungan Pengihrahan Cinta Bab 3
Malam
itu usai sahaja pulang dari menemani ibunya berniaga di pasar malam,
Humaira duduk termenung di dapur rumah papan itu. Dia mengimbau
kembali kenangan lalunya di rumah sederhana itu. Walaupun keluarga
mereka sederhana tapi mereka cukup segalanya. Arwah abahnya hanya
pemandu lori, tidak bergaji besar. Tapi arwah abahnya punya jiwa yang
sangat besar. Sikap positif dan bersangka baik dengan Allah. Argghhh
rindu kepada arwah abah datang lagi.
“Kak
Mia.. ibu panggil” adik bongsunya memanggil. Tersentak kembali dari
dunia lamunannya. Humaira tersenyum memandang adik bongsunya, semakin
meningkat dewasa.
“Ohh,
thanks Ziqah..” Humaira mengangkat punggung berlalu dari dapur. Dia
menyaingi langkah adik bongsunya, Haziqah.
“Ya
ibu..” sapanya lembut, dilihat ibunya ralit membaca buku. Argghh
ibu walaupun lelah membanting tulang tapi masa dengan ilmu tetap ada.
“Mari
duduk dekat dengan ibu, kita sembang-sembang” Puan Hanis sudah
menepuk lembut sofa di sebelahnya.
Humaira
menghayun langkah di sofa ruang tamu rumah. Begitulah sikap ibu,
sentiasa mencari masa untuk anak-anak walaupun dirinya sibuk mencari
rezeki selepas kematian arwah abah. Tapi bagaimana dahulu dirinya
tega menyakiti hati ibu? Arggh kenangan itu, takkan pernah terhapus
dalam lipatan memori.
“Ibu...”
panggil Humaira sayu. Hati mana yang tidak sayu melihat wajah ibu
yang kian dimamah usia? Wajah yang kepenatan mencari rezeki buat
anak-anak.
“Ya
sayang” sahut Puan Hanis, dia menutup buku yang dipegangnya, mahu
memberi perhatian buat anak gadis yang kian matang dipandangannya.
“Mia
rindu ibu, rindu arwah abah” sayu bicara itu yang ditutur, sungguh
dia rindu pada seraut wajah yang tenang. Wajah yang tenang tapi penuh
ketegasan mendidik dia dan adik-adik.
Puan
Hanis mengusap perlahan rambut puteri sulungnya, dia juga rindukan
arwah suaminya. Hampir dua puluh tahun hidup bersama. Jatuh, bangun,
gembira duka mereka lalui bersama. Sama-sama membesarkan tiga orang
puteri bersama.
“Sayang,
setiap yang hidup pasti merasai mati. Setiap pertemuan pasti ada
perpisahan” nasihat lembut dituturkan buat anak yang kian meningkat
dewasa.
“Tapi
Mia kesal dengan sejarah hidup Mia dulu. Mia tak mampu jadi anak yang
membahagiakan arwah abah” luah Humaira kesal.
“Semalam
hanya sejarah Mia, hari ini kenyataan dan esok adalah impian. Hidup
ini kita diberi pilihan, sama ada bangkit dari kesilapan semalam
ataupun terus mengulangi kesilapan semalam. Pilihan sama ada kita
mahu ke syurga atau neraka, terpulang..” hikmah nasihat yang
diberikan Puan Hanis.
Humaira
mula menyapu air mata yang kian mengalir. Ya, hidup ini pilihan. Kita
yang memilih jalan hidup kita. Kata orang perjalanan hidup ini ibarat
sebuah buku, muka surat hadapan dan terakhir ditulis Allah. Manakala
pertengahan buku itu kita yang mencorakkannya sendiri.
“Mia
tak mampu bahagiakan arwah abah..”
Puan
Hanis menarik nafas, menasihati anak perlu kena caranya. Ibarat
menarik rambut dalam tepung.
“Siapa
kata Mia tak mampu bahagiakan arwah abah? Hijrah Mia dari peristiwa
semalam mesti buat abah tersenyum. Anak solehah adalah aset ibu dan
abah bila kami dah takde nanti” Puan Hanis tersenyum. Teringat dia
pada sabda Rasulullah:
“Apabila
mati anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga
perkara iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak
yang soleh dan solehah”
“Hidup
ini ujian Mia, nak dengar satu kisah?” pancing Puan Hanis, walaupun
dia bukanlah ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak tentang Islam
tapi dia takkan pernah berhenti untuk melakukan yang terbaik dalam
mentarbiyah anak-anaknya tentang agama syumul ini.
“Kisah
apa ibu?” soal Humaira ingin tahu, dia merebahkan kepalanya di paha
si ibu. Sungguh hatinya tenang memandang wajah ibu.
“Kisah
dua orang nelayan, seorang penyembah berhala dan seorang lagi hamba
yang taat pada Allah” terang Puan Hanis ringkas.
“Menarik”
ringkas komen Humaira.
“Ketika
menebar jala, sahabat yang menyembah berhala akan menyebut nama
berhalanya. Manakala sahabat yang taat Allah akan menyebut bismillah.
Tetapi apabila diangkat jalanya, nak tahu nelayan mana yang akan
dapat ikan lebih banyak?” soal Puan Hanis memancing minat Humaira
supaya terus bersemangat mendengar ceritanya.
“Mestilah
nelayan yang menyebut nama Allah” balas Humaira separuh yakin.
“Kurang
tepat jawapan Mia, nelayan yang menyembah berhala itu mendapat hasil
yang banyak berbanding nelayan yang menyembut nama Allah”
“Aik,
kenapa macam tu?” soal Humaira berbaur keliru dan ingin tahu.
“Sabarlah
sayang, ibu tak habis cerita lagi ni”
Humaira
hanya tersengih.
“Maka,
malaikat pun bertanya kepada Allah 'Ya Allah apakah yang sudah
berlaku? Hamba-Mu yang menyekutukan-Mu, Engkau beri dia rezeki yang
banyak. Sedangkan hamba-Mu yang menyebut nama-Mu, Engkau berikan dia
rezeki yang sedikit' dan Allah menjawab 'Yang menyekutukan Aku,
tempatnya sudah pasti neraka. Apalah sangat rezeki yang akan hancur
itu sekiranya rezeki Aku berikan kepadanya? Tetapi, Aku mahu menguji
kebenaran iman hamba-Ku yang beriman itu. Aku mahu berikannya syurga'
manis bukan pengaturan Allah itu?” cerita Puan Hanis.
Allah,
tersentak hati Humaira. Siapalah kita mahu mempersoalkan ujian Allah.
Sedangkan udara yang kita bernafas hari ini pinjaman dari-Nya. Semua
milik-Nya, kita manusia yang tak punya apa-apa.
Teringat
pula Humaira pada firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang
bermaksud:
“Adakah
manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata 'Kami sudah
beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?'.”
Malam
itu dia tersentak lagi dengan nasihat si ibu. Allah selama ini Engkau
dekat, cuma aku yang meminggir. Masih adakah rahmat-Mu Tuhan?
'Aku
hanya manusia biasa, pandanglah aku dengan rahmat-Mu, peluklah aku
dengan maghfirah-Mu dan didiklah aku dengan kasih-Mu' sayu hati
berbicara dengan Dia yang satu sambil air mata kian mengalir deras.
Ohh, Tuhanku...
~ RASA TAK LAYAK ITU ~
Aku dan dia,
Bagai langit dengan bumi,
Bagai Marikh dan Pluto,
Bagai batu dengan ais,
Bagai enggang dengan pipit.
Aku dan dia,
Banyak jurang bezanya,
Sedang dia di awan biru,
Aku masih di pinggir jalan,
Sedang dia di puncak nama,
Aku masih terkapai-kapai.
Aku dan dia,
Dalam jiwanya hebat tarbiyah
mengalir,
Dan aku masih mencari nilai
solehahku,
Dia semakin membara semangat
mujahidnya,
Aku masih bertatih mencari
cinta-Nya.
Aku dan dia,
Dia sudah kukuh dengan
kerjayanya,
Aku masih mencari ijazahku,
Sedang dia sudah menempa
nama,
Aku masih mencari ilmu.
Aku dan dia,
Sedang dia sudah berlari
laju,
Aku baru mulakan langkahku,
Sedang dia semakin dikenali
ramai,
Aku masih tetap aku.
Aku dan dia,
Sedang dia sudah menggapai
cita-cita di awan biru,
Aku masih bertatih mengulam
impian,
Dia, aku jauh bezanya,
Bagai takkan pernah bersua.
~ Rasa tak pernah layak itu
~
Tapi aku dan dia punya Tuhan
yang satu !!
Nukilan dari hati Fieyta An
Nisa ~ hoho
p/s: haishh mood kecewa ke
apa ni :p rasa tak pernah layak utk sesape ~ dia di awan biru,
sedangkan aku?? dia semakin berlari laju, dan aku? Huhu.. sobs2
Saturday, 13 April 2013
~ AKU HANYA WANITA BIASA ~
Aku hanya wanita biasa,
Tidak kaya dan tidaklah
sempurna,
Yang penuh dengan lopak
kekurangan,
Yang tidak terlepas
melakukan kesilapan.
Aku hanya wanita biasa,
Tapi punya cita yang luar
biasa,
Aku mahu berdakwah buat
ummah,
Agar aku dan mereka terus
ke syurga-Nya.
Aku hanya wanita biasa,
Yang halus bicaranya,
Yang kadang-kala lemah
jiwanya,
Yang kadang-kala tersasar
langkahnya,
Yang kadang-kala rapuh
pendiriannya.
Aku hanya wanita biasa,
Tidak sehebat ummul
mukminin,
Tidak setabah puteri
Rasulullah,
Tidak secerdik Humaira' ,
Namun aku mengulam impian
yang luar biasa,
Aku mahu mati syahid di
jalan-Nya.
Aku hanya wanita biasa,
Yang terkadang terlepas
amarahnya,
Yang terkadang terlepas
santunnya,
Yang kadang-kala lemah
dengan dunia.
Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Bimbinglah aku menjadi
wanita yang luar biasa di pandangan-Mu,
Jadikanlah aku wanita
yang sentiasa mengutamakan Allah dan Rasul,
Yang sentiasa menjadikan
al-Quran dan sunnah panduanku.
Aku hanya wanita biasa,
Maka Ya Rabb,
Pandanglah aku dengan
rahmat-Mu,
Peluklah aku dengan
maghfirah-Mu,
Didiklah aku dengan
kasih-Mu.
Sabda Rasulullah “Dunia
hanyalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
Izinkanlah aku merasa
'kemanisan' menjadi wanita solehah, berasa terpelihara menjadi
muslimah.
Penghijrahan Cinta 3
BAB 3
Petang
Jumaat itu Humaira pulang ke kampungnya di Batu Pahat, Johor. Rindu
mahu menatap wajah ibu yang semakin dimamah usia dan rindu dengan
telatah adik-adiknya yang mencuit hati. Humaira akui walaupun hidup
mereka sekeluarga tidak semewah mana tapi dia bahagia dengan
kehidupan mereka. Penuh dengan kesederhanaan. Tiada yang kurang dan
tiada pula yang lebih.
Humaira
tahu sebagai anak sulung dalam keluarga, tanggungjawabnya terhadap
keluarga bukanlah suatu yang mudah. Semua tanggungjawab bapanya
seakan-akan terlepas ke bahunya kini. Kehilangan arwah abahnya
memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya. Sejak kehilangan
arwah abahnya dua tahun lalu, dia nekad untuk berubah. Berubah ke
arah insan yang lebih baik dan bertanggungjawab.
“Assalamu'alaikum
ibu..” sapa Humaira sebaik langkahnya memasuki rumah papan yang
sederhana besar itu. Dia mencari kelibat ibunya, ibu yang banyak
berkorban membesarkan dia dan adik-adiknya.
Laju
langkah Humaira mencari susuk tubuh ibunya di dapur. Rindu mahu
memeluk tubuh tua itu, rindu mahu berkongsi cerita dengan ibunya. Ohh
ibu, memang takkan ada gantinya di dunia.
“Ibu...”
dipeluknya tubuh ibu yang 'khusyuk' memasak di dapur. Haishh ibu ni,
kita balik jauh-jauh kuali dan periuk jugak yang dapat perhatian
lebih ya? Huhu..
“Allahuakhbar,
astaghfirullah” hampir telepas senduk digenggaman akibat
terperanjat. Puan Hanis beristighfar perlahan.
“Haishh
anak ibu ni, tak reti bagi salam?” tegur Puan Hanis lembut. Dia
menyambut huluran tangan anak sulungnya itu.
“Mia
dah bagi salam tadi ibu, ibu kalau dah memasak mana nak ingat dekat
Mia lagi” rajuk Humaira. Damia Humaira anak sulung yang
kadang-kalanya terlebih manja seperti anak bongsu.
Puan
Hanis hanya tersenyum, dikecilkan api dapur gasnya. Dia menarik
tangan Humaira menuju ke meja makan.
“Mana
boleh ibu lupa anak sulung ibu ni, ishh kamu merajuk tak comel
langsung” sakat Puan Hanis. Dia faham benar kerenah anaknya yang
sorang ni. Rajuk Humaira takkan pernah lama. Mungkin pengalaman hidup
yang mematangkan sikap Humaira.
“Ibu
masak apa petang ni? Sedapnya bau..” tanya Humaira. Memang rajuknya
takkan pernah lama.
“Asam
pedas ikan pari. Kejap lagi ibu nak keluar, nak berniaga dekat pasar
malam. Nak ikut?” tanya Puan Hanis, dikerlingnya jam di dinding,
sudah menginjak ke pukul empat petang.
“Mestilah
nak ikut.. lepas asar kan ibu?” soal Humaira pula. Walaupun
keletihan pulang dari universiti tapi bukanlah alasan untuk dia tidak
membantu ibunya berniaga. Bahkan bagi Humaira satu kepuasan baginya
jika dapat membantu meringankan beban ibunya. Mungkin fitrah sebagai
anak sulung, dia jadi terbiasa begitu.
“Ibu,
adik-adik mana?” Humaira meninjau kelibat adik-adiknya. Tiada,
ruang dapur itu kosong. Adiknya Haikal dan Haziqah langsung tidak
kelihatan di ruang dapur itu.
“Ada,
dekat bilik masing-masing. Tidur agaknya. Kamu pergi berehat dulu,
bersihkan diri. Dah masam dah anak ibu ni..” usik Puan Hanis lagi.
Dia dan Humaira, kalau tidak bergurau itu sesuatu yang mustahil.
“Ok
ibu, Mia naik atas dulu ibu” pinta Humaira, tangannya mencapai beg
bajunya. Kaki melangkah perlahan menaiki tangga kayu menuju ke bilik
di tingkat atas. Rumah papan yang sederhana itu sahajalah peninggalan
arwah abah.
Puan
Hanis hanya memerhati langkah Humaira. Hatinya dipagut sendu, wajah
Humaira persis wajah arwah suaminya. Senyuman, pandangan matanya dan
sikap ceria milik Humaira persis milik arwah suaminya. Humaira anak
sulung dalam keluarga, anak yang banyak berkorban demi keluarga.
Dahulu, anak itu jugalah yang banyak merisaukan hati dia dan arwah
suaminya, Encik Sulaiman. Tapi mujurlah anak itu sudah sedar dari
kesilapan dirinya. Mujurlah anak itu terselamat dari dunia yang penuh
dengan tipu daya. Mujurlah anak itu masih dalam rahmat Allah.
Alhamdulillah..
Puan
Hanis mengesat air matanya yang mula bertakung, ya hidup ini sebagai
medan ujian. Ujian tanda Ilahi sayang, ujian tanda Ilahi kasih, ujian
tanda Ilahi peduli akan dirinya. Diuji hebat kehilangan tempat mereka
berpaut dan bergantung selama ini membuatkan dirinya semakin cekal
membesarkan tiga orang anak sendirian. Ujian yang membuatkan dirinya
sedar, dunia ini hanya sementara. Ujian yang membuatkan dirinya yang
selama ini terkapai-kapai dengan dunia, kembali mencari secebis
maghfirah-Nya.
Humaira
melangkah perlahan, dia menolak pintu kayu biliknya. Bilik yang
banyak mengukir kenangan. Kenangan manis dan pahit buat dirinya. Dia
yang dulu hanyut dengan dunianya sendiri, dengan cintanya yang hanya
mengikut kata hati, bukan cinta yang berlandas syariat Ilahi. Ya
Allah, masih adakah rahmat-Mu untuk hamba yang penuh dengan lumpur
dosa ini? Masih adakah rahmat dan belas kasihan-Mu lagi? Hatinya
merintih sedih.
Mujurlah
diri ini tak terus hanyut dengan cinta lelaki, mujurlah maruah ini
bukan lagi di kaki lelaki. Hidayah Allah itu datang menyapa di saat
dia kehilangan abah tersayang. Walaupun perit ujian yang dilalui,
namun ujian itu jugalah yang menyedarkan dia dari terus hanyut dengan
cinta yang sia-sia.
Humaira
akhirnya terduduk di katil. Walaupun sudah hampir tiga tahun
peristiwa itu, tapi mana mungkin luka di hati mampu sembuh dengan
masa tiga tahun itu. Dia menarik perlahan laci di meja kecil yang
terletak di tepi katil. Dia menarik perlahan diari kecil yang
berwarna ungu itu. Diari yang di dalamnya tersimpan seribu kenangan.
Diari yang di dalamnya penuh penyesalan.
Air
mata yang semakin lebat di tubir mata dibiarkan saja mengalir. Air
mata penyesalan kerana peristiwa hitam tiga tahun lalu. Dia sedar air
mata yang mengalir takkan pernah menghapuskan kenangan pahit lalu,
tapi biarlah air mata ini terus mengalir.
Humaira
membuka perlahan diari kecil itu, diari yang tersimpan pelbagai
rahsia. Rahsia yang hanya diketahui keluarganya. Kalau Syuhada
mengetahui kenangan silamnya, mahukah lagi gadis itu bersahabat
dengannya? Mahukah lagi gadis itu sentiasa di sisinya? Sungguh dia
seperti tidak layak bersahabat dengan gadis sebaik Syuhada, gadis
yang tarbiyah hebat mengalir dalam jiwanya. Sedangkan dia? Syuhada
ibarat permata berkilau yang jauh tersembunyi di dasar lautan dan dia
hanyalah rumput-rumput yang disaluti lumpur di pinggir jalan.
Humaira
menutup kembali diari itu, tak sanggup rasanya mahu membaca
kejahilannya dahulu. Kejahilan yang hampir-hampir memusnahkan
hidupnya. Yang mengheret sekali duka ibu dan abahnya.
'Abah,
maafkan Mia.. Mia dah kecewakan abah' rintih, sayu hatinya saat itu.
Sungguh dia gagal menjadi anak yang terbaik buat abahnya dahulu, abah
yang menatang dirinya dengan penuh kasih sayang. Dia gagal menjadi
anak kebanggaan abah ! Kerana kegagalannya dahululah, dia bangkit
mahu menjadi anak yang terbaik untuk ibunya.
“Mia....
dah asar ni, solat dulu. Nanti turun bawah ya?” suara ibu dari arah
dapur mematikan khayalannya. Argghh, kenangan dahulu takkan pernah
terhapus dari lipatan memorinya. Dia masih dibelenggu kesilapan
semalam. Masih adakah lagi rahmat kasih-Mu Tuhan?
“Baik
ibu” akur Humaira perlahan.
Wafiq
hanya memandang kosong taman mini milik mamanya. Petang itu dia
pulang ke rumah setelah hampir sebulan dia di kampus. Sedar tak sedar
sudah final year dia meneruskan pengajian. Semester hadapan dia sudah
mula praktikal. Bidang kejuruteraan yang diminatinya dijadikan
pilihan untuk kerjayanya nanti.
Dia
mahu menjadi muslim yang hebat buat Pencipta, dia mahu sumbangkan
sesuatu buat ummah. Dan dia mahu jadi anak yang terbaik buat mama dan
papanya. Dia mahu menjadi anak yang mampu membahagiakan orang tuanya.
“Wafiq,
jauh termenung..” mamanya, Puan Wafiyyah menyapa.
“Err
maa.. takdelah. Saja nak restkan minda kejap” Wafiq hanya tersenyum
memandang wajah mamanya. Wajah yang tenang, wajah yang selalu
dirindui, wajah yang selalu dicari apabila dirinya dihimpit masalah.
“Semester
depan kamu dah praktikal kan? Dah dapat tempatnya?” soal Puan
Wafiyyah prihatin. Memandang satu-satunya mujahid dalam keluarganya.
“Belum
lagi ma, Wafiq tengah buat research tentang syarikat mana yang ok.
Nanti baru Wafiq buat resume” balas Wafiq.
“Baguslah
kalau macam tu. Ni kamu ni, tak nak kenalkan menantu dekat mama?
Study pun dah nak habis kan?” direct Puan Wafiyyah bertanya.
Sebenarnya dia bukanlah mahu sangat bermenantu, cuma dia ingin
mencungkil rahsia anaknya.
Wafiq
tersedak. Air liur ditelan kesat, haishh mama ni. Ke situ pulak dia.
Menantu? Calon pun takde lagi.
“Ehem,
menantu ma?” soal Wafiq.
“Ha'ah
menantu, anak mama semua dah kahwin. Tinggal kamu je lagi” selamba
Puan Wafiyyah menyoal.
Wafiq
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ermm memanglah anak mama semua
dah kahwin, tinggal dirinya saja lagi. Akak sulungnya, Aina'a sudah
lama mendirikan rumah tangga dan kakak keduanya Athirah juga baru
selamat mendirkan rumah tangga.
“Err,
tapi mama. Wafiq calon pun takde lagi” Wafiq sudah tersengih.
Itulah hakikatnya, mungkin kerana dia sibuk belajar dia tidak
terfikir mencari calon. Bagi dirinya, dia masih muda. Masih banyak
yang belum diterokainya. Dia mahu berkahwin apabila dia sudah ada apa
yang dihajatinya. Kerjaya antara salah satu daripadanya.
“Kalau
dah ada calon, bawak jumpa mama. Mama tak suka anak mama usung anak
dara orang” Puan Wafiyyah sudah mengeluarkan arahannya.
Wafiq
hanya tertawa kecil, habislah siapa yang bakal menjadi isterinya.
Mesti mama soal kaw-kaw punya. Hehe..
“Ma,
jangan risaulah. Ada calon, mama jadi tempat rujukan pertama Wafiq”
gurau Wafiq. Ha'ah kan, umur dah dekat dua puluh empat tahun, tapi
calon pun dia takde lagi. Kawan perempuannya bukan ramai. Bidang
engineering di universitinya kurang pelajar perempuan. Calon menantu
untuk mama dia takde, tapi musuh perempuan dia ada. Tiba-tiba
mindanya teringat pula gadis yang melanggarnya tempoh hari.
“Menantu
takde, musuh ada ma..” bisiknya perlahan, lebih kepada dirinya
sendiri.
“Apa
dia??” soal Puan Wafiyyah.
“Hah,
takde apa-apalah ma..” Wafiq sudah tayang wajah innocentnya.
“Kalau
ada, bawak jumpa mama” lagi-lagi itu yang dinasihatkan Puan
Wafiyyah. Dia tidak mahu anaknya culas menjaga perhubungan. Kalau
berkenan, nikah saja.
“Insya-Allah
ma. Papa lambat lagi ke balik?” tanya Wafiq mengalih topik. Haishh
mama ni dah teringin sangat ke nak bermenantu? Masalahnya aku tak
teringin lagi nak beristeri, huhu..
“Kejap
lagi baliklah papa kamu tu. Malam nanti Kak Aina'a kamu nak datang.
Mama pun rindu dekat cucu mama tu” Puan Wafiyyah sudah membuka
cerita tentang anak sulungnya pula.
Wafiq
hanya tersenyum, jangan kata mama. Dia pun rindukan anak Kak Aina'a,
si Hakimi. Lama tak jumpa budak tembam tu.
“Wafiq
pun rindu Hakimi” balas Wafiq. Memang dia sukakan kanak-kanak.
Nasib baik ada anak buah, nak ada anak sendiri memang taklah kan?
“Tulahh,
mama suruh nikah tak mahu. Kalau tak bertambah cucu mama” usik Puan
Wafiyyah.
Wafiq
hanya menggeleng kepalanya perlahan, haishhh mama ni tak habis lagi
rupanya topik ni. Pelik Wafiq dengan sikap mamanya, kalau mama orang
lain tak kasi anak mereka kahwin awal, berbeza pula dengan mamanya
ni. Lagi galakkan ada.
“Hishh
mama ni, ke situ pulak dia. Wafiq bukan tak nak kahwin tapi tunggulah
Wafiq dah kerja dulu. Ada duit nak sara anak bini”
Puan
Wafiyyah tersenyum.
“Mama
saja je nak test kamu” ujar Puan Wafiyyah, keningnya diangkat.
Wafiq
hanya mengurut dada, hishh mama ni. Nak test pun testlah hal lain.
Bikin cuak saja mama ni. Huhu.. Kalau dia cari calon menantu untuk
mama, agaknya siapa yang sesuai eh?
Malam
itu usai sahaja pulang dari menemani ibunya berniaga di pasar malam,
Humaira duduk termenung di dapur rumah papan itu. Dia mengimbau
kembali kenangan lalunya di rumah sederhana itu. Walaupun keluarga
mereka sederhana tapi mereka cukup segalanya. Arwah abahnya hanya
pemandu lori, tidak bergaji besar. Tapi arwah abahnya punya jiwa yang
sangat besar. Sikap positif dan bersangka baik dengan Allah. Argghhh
rindu kepada arwah abah datang lagi.
“Kak
Mia.. ibu panggil” adik bongsunya memanggil. Tersentak kembali dari
dunia lamunannya. Humaira tersenyum memandang adik bongsunya, semakin
meningkat dewasa.
“Ohh,
thanks Ziqah..” Humaira mengangkat punggung berlalu dari dapur. Dia
menyaingi langkah adik bongsunya, Haziqah.
“Ya
ibu..” sapanya lembut, dilihat ibunya ralit membaca buku. Argghh
ibu walaupun lelah membanting tulang tapi masa dengan ilmu tetap ada.
“Mari
duduk dekat dengan ibu, kita sembang-sembang” Puan Hanis sudah
menepuk lembut sofa di sebelahnya.
Humaira
menghayun langkah di sofa ruang tamu rumah. Begitulah sikap ibu,
sentiasa mencari masa untuk anak-anak walaupun dirinya sibuk mencari
rezeki selepas kematian arwah abah. Tapi bagaimana dahulu dirinya
tega menyakiti hati ibu? Arggh kenangan itu, takkan pernah terhapus
dalam lipatan memori.
“Ibu...”
panggil Humaira sayu. Hati mana yang tidak sayu melihat wajah ibu
yang kian dimamah usia? Wajah yang kepenatan mencari rezeki buat
anak-anak.
“Ya
sayang” sahut Puan Hanis, dia menutup buku yang dipegangnya, mahu
memberi perhatian buat anak gadis yang kian matang dipandangannya.
“Mia
rindu ibu, rindu arwah abah” sayu bicara itu yang ditutur, sungguh
dia rindu pada seraut wajah yang tenang. Wajah yang tenang tapi penuh
ketegasan mendidik dia dan adik-adik.
Puan
Hanis mengusap perlahan rambut puteri sulungnya, dia juga rindukan
arwah suaminya. Hampir dua puluh tahun hidup bersama. Jatuh, bangun,
gembira, duka mereka lalui bersama. Sama-sama membesarkan tiga orang
anak bersama.
“Sayang,
setiap yang hidup pasti merasai mati. Setiap pertemuan pasti ada
perpisahan” nasihat lembut dituturkan buat anak yang kian meningkat
dewasa.
“Tapi
Mia kesal dengan sejarah hidup Mia dulu. Mia tak mampu jadi anak yang
membahagiakan arwah abah” luah Humaira kesal.
“Semalam
hanya sejarah Mia, hari ini kenyataan dan esok adalah impian. Hidup
ini kita diberi pilihan, sama ada bangkit dari kesilapan semalam
ataupun terus mengulangi kesilapan semalam. Pilihan sama ada kita
mahu ke syurga atau neraka, terpulang..” hikmah nasihat yang
diberikan Puan Hanis.
Humaira
mula menyapu air mata yang kian mengalir. Ya, hidup ini pilihan. Kita
yang memilih jalan hidup kita. Kata orang perjalanan hidup ini ibarat
sebuah buku, muka surat hadapan dan terakhir ditulis Allah. Manakala
pertengahan buku itu kita yang mencorakkannya sendiri.
“Mia
tak mampu bahagiakan arwah abah..”
Puan
Hanis menarik nafas, menasihati anak perlu kena caranya. Ibarat
menarik rambut dalam tepung.
“Siapa
kata Mia tak mampu bahagiakan arwah abah? Hijrah Mia dari peristiwa
semalam mesti buat abah tersenyum. Anak solehah adalah aset ibu dan
abah bila kami dah takde nanti” Puan Hanis tersenyum. Teringat dia
pada sabda Rasulullah:
“Apabila
mati anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga
perkara iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa anak
yang soleh dan solehah”
“Hidup
ini ujian Mia, nak dengar satu kisah?” pancing Puan Hanis, walaupun
dia bukanlah ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak tentang Islam
tapi dia takkan pernah berhenti untuk melakukan yang terbaik dalam
mentarbiyah anak-anaknya tentang agama syumul ini.
“Kisah
apa ibu?” soal Humaira ingin tahu, dia merebahkan kepalanya di paha
si ibu. Sungguh hatinya tenang memandang wajah ibu.
“Kisah
dua orang nelayan, seorang penyembah berhala dan seorang lagi hamba
yang taat pada Allah” terang Puan Hanis ringkas.
“Menarik”
ringkas komen Humaira.
“Ketika
menebar jala, sahabat yang menyembah berhala akan menyebut nama
berhalanya. Manakala sahabat yang taat Allah akan menyebut bismillah.
Tetapi apabila diangkat jalanya, nak tahu nelayan mana yang akan
dapat ikan lebih banyak?” soal Puan Hanis memancing minat Humaira
supaya terus bersemangat mendengar ceritanya.
“Mestilah
nelayan yang menyebut nama Allah” balas Humaira separuh yakin.
“Kurang
tepat jawapan Mia, nelayan yang menyembah berhala itu mendapat hasil
yang banyak berbanding nelayan yang menyembut nama Allah”
“Aik,
kenapa macam tu?” soal Humaira berbaur keliru dan ingin tahu.
“Sabarlah
sayang, ibu tak habis cerita lagi ni”
Humaira
hanya tersengih.
“Maka,
malaikat pun bertanya kepada Allah 'Ya Allah apakah yang sudah
berlaku? Hamba-Mu yang menyekutukan-Mu, Engkau beri dia rezeki yang
banyak. Sedangkan hamba-Mu yang menyebut nama-Mu, Engkau berikan dia
rezeki yang sedikit' dan Allah menjawab 'Yang menyekutukan Aku,
tempatnya sudah pasti neraka. Apalah sangat rezeki yang akan hancur
itu sekiranya rezeki Aku berikan kepadanya? Tetapi, Aku mahu menguji
kebenaran iman hamba-Ku yang beriman itu. Aku mahu berikannya syurga'
manis bukan pengaturan Allah itu?” cerita Puan Hanis.
Allah,
tersentak hati Humaira. Siapalah kita mahu mempersoalkan ujian Allah.
Sedangkan udara yang kita bernafas hari ini pinjaman dari-Nya. Semua
milik-Nya, kita manusia yang tak punya apa-apa.
Teringat
pula Humaira pada firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2 yang
bermaksud:
“Adakah
manusia beranggapan Kami akan membiarkan mereka berkata 'Kami sudah
beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?'.”
Malam
itu dia tersentak lagi dengan nasihat si ibu. Allah selama ini Engkau
dekat, cuma aku yang meminggir. Masih adakah rahmat-Mu Tuhan?
'Aku
hanya manusia biasa, pandanglah aku dengan rahmat-Mu, peluklah aku
dengan maghfirah-Mu dan didiklah aku dengan kasih-Mu' sayu hati
berbicara dengan Dia yang satu sambil air mata kian mengalir deras.
Ohh, Tuhanku...
Subscribe to:
Posts (Atom)