Wednesday, 20 February 2013
(^^) Assalamualaikum... Sedikit sajaaaaaaa sambungan untuk Bab 1 PC *intro tak perlu panjang :p (sebenarnyaaa malas nak menaip) :p
Penghijrahan Cinta.. BAB 1
Wafiq mencampak kasar beg sandangnya di atas meja belajar. Wajahnya merah menahan marah apabila mengingatkan situasi yang berlaku di cafe tadi. Minah tu memang patut diajar!! Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dendam ini harus dibayar!!
“Haishh bro, angin tak tentu pasal ni kenapa? Kenapa rambut kau basah, muka kusut masai ni bro??” tanya Hafiz merangkap teman sebiliknya. Dia tergelak kecil melihat kondisi sahabatnya itu. Wafiq yang selama ini sentiasa mementingkan penampilan diri berubah menjadi kusut seperti suami kematian isteri. Hairan..
“Yang kau gelak kenapa? Aku bengang betullah dengan minah tu, memang tak cukup adab!!” luah Wafiq tidak puas hati. Kalaulah Humaira ada di depannya sekarang, mahu dilambung-lambungnya perempuan tu. Kalau boleh biar Humaira lenyap terus dari muka bumi ni!!
“Laaahhhh aku gelak pun salah? Minah mana pulak ni?” soal Hafiz ingin tahu. Agaknya perempuan mana yang berjaya menaikkan kemarahan Wafiq? Wafiq bukanlah jenis yang suka marah-marah.
“Allaahhh minah comot mana entah. Arghhhh tak kisahlah siapa dia tu. Yang penting memang aku tengah bengang dengan dia. Kalau jumpa dia lagi, tahulah macam mana aku nak ajar minah tu” luah Wafiq lagi. Dia meramas kasar rambutnya.
“Nama dia comot? Macam nama kucing je..” tanya Hafiz lurus.
“Hah, betullah tu. Nama dia comot” Wafiq hanya membenarkan kata-kata Hafiz. Dahlah dia tengah bengang, mamat ni pulak banyak tanya.
“Yang kau bengang sangat ni kenapa? Hah, dah solat belum? Malam ni ikut aku pergi surau. Takde alasan!!” dalam diam Hafiz mula mengeluarkan ceramah freenya itu. Hafiz memang berbakat jadi ustaz! Siapa yang tak kenal dengan Hafiz, Exco Dakwah di universiti mereka.
“Errr, nak solatlah ni” balas Wafiq gugup.
“Patutlah kau angin tak tentu pasal sebab solatnya pun belum lagi. Haishhh kau tahu kan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat?” dah semakin melarat pula ceramah Hafiz. Tapi Wafiq sedar sahabat seperti Hafizlah yang diperlukan, sahabat yang sentiasa menasihatinya ke arah kebaikan.
“Iyaaa.. aku tahu, nak solat ni bro” ujar Wafiq sambil menghayun langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Wednesday, 13 February 2013
Penghijrahan Cinta 1
Hari ini Humaira terlewat ke kelas, ini
semua gara-gara menyiapkan assignment lewat malam tadi. Lepas subuh
baru dia melelapkan mata. Haishh, itulah padahnya apabila menyiapkan
kerja last minute. Semuanya jadi kelam kabut. Humaira menjeling jam
di tangan, hari ni memang dia lewat habis! Bukan lewat lima, enam
minit tapi lewat setengah jam!! Ohhh My Allah..
Langkahnya laju pagi itu, tak sempat
nak jalan control ayu-ayu dah, prinsip Rukun Negara yang kelima,
Kesopanan dan Kesusilaan awal-awal lagi dah fail!! Dia berlari selaju
mungkin tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya, lantaklah apa
orang nak kata asalkan dia cepat sampai ke kelas. Dah macam nak
marathon pun ada juga padahal mahu ke kelas saja, inilah padahnya
kalau lambat ke kelas. Huhu..
Dia hanya menaiki tangga, tak sanggup
nak tunggu turn naik lif. Dia mahu cepat sampai ke kelas, pensyarah
subjeknya pagi ini boleh tahan garangnya. Sikit-sikit nak tolak
markah. Oppsss, sorry madam terkutuk pulak! Buku di tangan dipeluk
kemas, bersedia untuk marathon sambil 'mendaki' tangga pula. Anak
tangga dilangkah dua tiga, nasib baik kakinya tidak panjang. Kalau
tidak kesemua sekali anak tangga akan didakinya sekaligus, hehe..
Gedebukkk!! Habis sakit kepalanya
terhantuk dengan 'objek keras' di hadapannya itu. Rasa macam dah ada
bintang-bintang yang keluar dekat tepi kepala ni, toing-toing!!
aiyoo..
“Hoiii, tak nampak ke?” marahnya
sambil menggosok kepala. Sakit tau, dahlah orang lambat nak ke kelas
ni.
“Eh, dia yang langgar orang. Nak
mengamuk tak tentu pasal pula” balas suara di hadapannya sinis.
Humaira mengetap bibir geram, lantas
diambil bukunya yang jatuh sebentar tadi. Malas nak bertekak, nanti
lagi lambat dia kelas. Buang masa je layan mamat ni. Lantas dia
meneruskan langkahnya mahu menuju ke kelas.
“Nak bawak ke mana buku aku tu?”
tanya mamat tu lagi.
Humaira berpaling ke belakang, nak apa
lagi mamat ni?? Buku? Buku apanya??
“Buku tu... meh sini” balas Wafiq
sambil melangkah ke arah Humaira.
Humaira memandang buku di tangannya.
Eh sejak bila dia ambil subjek engineering ni? Alamak, salah ambik
bukulahhhh..
Lambat-lambat Humaira memulangkan
kembali buku tersebut kepada tuannya. Eh mana eh bukunya? Humaira
memanjangkan lehernya mencari buku.
“Lah kat atas lantai lagi buku ni,
kesian kau” omel Humaira sendirian.
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa
tak cukup kau dah pakai empat mata sekarang?” balas Wafiq pedas.
“Kau ni nak apa lagi? Tak puas hati
dengan aku?” Humaira sudah mula naik angin. Orang dah lambat nak ke
kelas, mamat ni pulak sengaja cari pasal. Hilang terus budi bahasanya
dengan mamat yang tak paham bahasa ni.
“Eh, memang aku tak puas hati dengan
kau pun..” Wafiq sengaja membakar kemarahan gadis di hadapannya
itu. Nampak muka je lembut tapi perangai hampeh. Dah langgar orang,
mintak maaf pun takde.
“Arggghhh, sukati kaulah. Kau
layanlah rasa tak puas hati kau tu sorang diri. Bye!” Humaira
melangkah laju meninggalkan Wafiq. Malas nak melayan mamat tu.
Wafiq hanya memerhati langkah laju
Humaira. Haishh gelabah betullah minah ni. Tak sopan betul, perkataan
maaf langsung tak diucapkan. Memang sahlah tak belajar Pendidikan
Islam kat sekolah dulu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah
gadis itu. Haishh malangnya siapa yang dapat jadi suami gadis itu
nanti.
Humaira menarik nafas sebelum dia
menolak pintu bilik kuliahnya. Dia lewat empat puluh lima minit!!
mindanya mula merencana alasan yang akan diberikannya nanti.
“Assalamualaikum doc. I'm sorry I'm
late..” tuturnya lembut. Dalam hati dia berdoa agar dilembutkan
hati pensyarah dihadapannya itu.
“Waalaikumsalam. Why are you late
today? Alasan apa kali ni? Kucing awak beranak??” soal pensyarah di
hadapannya.
Gulp!! Humaira sudah menelan air liur,
alamak alasannya dah tak valid lagi. Mana taknya selalu sangat dah
muka dia yang lewat ke kelas.
“Errr..” balasnya gugup.
“Dah, pergi duduk” arah Doktor
Maria. Dia malas mahu melayan kerenah pelajarnya yang seorang ini.
Ada saja alasan yang diberi.
“Thanks doctor” ujar Humaira
sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nysa.
“Alasan apa pula kau lambat pagi
ni?” tanya Syuhada, matanya masih memandang nota pensyarah di
hadapan kelas.
“Lambat bangun..” balas Humaira
selamba.
“Macam mana kau tak bangun lambat
kalau kau tidur lepas Subuh? Lain kali kau gantung je jam dinding
yang besar tu tepi telinga kau” balas Syuhada, memang dia dah faham
sangat dengan perangai Humaira. Walaupun Humaira sering menimbulkan
masalah tetapi tidak dapat dinafikan Humaira seorang pelajar yang
pintar. Namanya sering kali tersenarai dalam kategori pelajar
cemerlang.
“Tu kejam namanya..” Humaira mula
mengelurkan buku notanya.
“Humaira.. Humaira...” ujar
Syuhada, dia kembali meyambung fokus pembelajarannya.
Tiba di cafe, Humaira awal-awal lagi
sudah meluru ke arah meja kosong. Cuaca yang panas hari ini
menyebabkan tekaknya mahu diisi air sejuk. Dilihatnya Syuhada yang
masih lagi sopan menutur langkah.
“Kak, air tembikai satu ya” order
Humaira. Tekaknya memang haus tika ini.
“Saya nak air sirap ais satu kak”
Syuhada pula membuat pesanan.
“Makan??” tanya pelayan cafe
tersebut.
“Tak nak” balas mereka serentak.
Humaira mula mengipas wajahnya yang
berbahang. Panasnya cuaca hari ni, dia merenung Syuhada di
hadapannya. Nampak maintain saja, ahh Syuhada memang begitu. Selalu
saja tenang, berbeza sungguh dengan dirinya yang macam ribut.
“Syu...” panggil Humaira lembut.
Dia suka melihat wajah tenang Syuhada, agaknya bila dia mampu menjadi
setenang Syuhada?
“Kenapa?” tanya Syuhada perlahan.
“Err.. saja panggil kau” Humaira
sudah tayang wajah innocentnya.
“Kau memang nak bermanja dengan aku
kan?” usik Syuhada. Dia dan Humaira memang rapat. Bagai isi dengan
kuku.
Belum sempat Humaira menjawab, minuman
mereka sudah tiba. Lantas dihirupnya minuman di hadapan. Sedang
Humaira ralit bermain dengan straw di dalam gelasnya, dia ditegur
seseorang.
“Err.. kau lagi” sinis suara di
belakangnya.
Humaira berpaling ke belakang. Adui
apa tak cukup besar ke universiti ni? Asyik jumpa muka mamat sombong
ni je!
“Kau nak apa?” tanya Humaira
kasar.
“Kenal ke?” tanya Syuhada. Pelik
melihat mood Humaira yang sudah bertukar. Humaira bukanlah jenis yang
suka marah-marah.
“Tak kenal. Entah mamat mana
tiba-tiba tegur orang” balas Humaira geram.
“Eh kau yang langgar aku pagi tadi
kan? Dahlah maaf pun takde. Kau memang tak tau adab ke?” Wafiq
seboleh-bolehnya mahu membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Dia
bukanlah jenis yang suka cari pasal dengan orang tapi dengan gadis di
hadapannya ini mudah saja dia membalas dengan ayat yang menyakitkan
hati. Baginya gadis seperti Humaira harus diajar supaya menghormati
orang lain.
“Ohh, ok. Maaf” tutur Humaira
tidak ikhlas. Sengaja dia mahu bermain api. Sukati mamat ni je nak
kata orang takde adab, dia sendiri pun tak beradab.
Bulat terus mata Wafiq, dia tahu
perkataan maaf itu tidak ikhlas. Dia memandang Humaira tajam, geram
apabila terasa dirinya dipermainkan.
“Kau ni harap je muka lawa tapi
perangai kau hampeh! Zero..” ujar Wafiq.
Humaira mula menyirap, ehh apa masalah
mamat ni eh? Mulut dia pun sama jelah. Mulut takde insurans. Humaira
sudah berdiri, matanya bertentang dengan mata pemuda tersebut.
Syuhada di sisi sudah mula menarik tangannya, bimbang pergaduhan akan
meletus.
“Kau lagi takde adab. Mulut kau
macam longkang!”
Wafiq sudah menarik nafas panjang.
Ishh minah ni memang nak kena kan? Lantas diambilnya air tembikai di
atas meja.
Dusshhh.. baki air tembikai itu
selamat mendarat di atas kepala Humaira. Basah tudungnya. Wafiq sudah
tersenyum sinis.
“Sedaappp air longkang tu? Aku...”
Belum sempat Wafiq menghabiskan
ayatnya, air sirap Syuhada pula yang selamat mendarat di atas
kepalanya.
Humaira tergelak, fikir kau sorang je
boleh buat? Sorry Syu nanti aku ganti air kau.
“Kau memang melampau..” Wafiq
sudah mengetap giginya geram.
“Kau jugak yang ajar” balas
Humaira masih ingin membakar kemarahan Wafiq.
Wafiq membetulkan kembali rambutnya
yang basah dengan air sirap. Dia memandang tajam wajah Humaira.
Lantas dia melangkah meninggalkan gadis itu, takpe hari ni hari kau.
Esok belum tentu kau menang.
p/s: ini novel kedua yang nisa taip :) alhamdulillah .. nisa harap korang sudilah tinggalkan komen.. mana yang kurang, insya-Allah nanti nisa improve :D selamat membaca! ;)
p/s: ini novel kedua yang nisa taip :) alhamdulillah .. nisa harap korang sudilah tinggalkan komen.. mana yang kurang, insya-Allah nanti nisa improve :D selamat membaca! ;)
Sunday, 3 February 2013
Kenapa aku menulis :)
Assalamu'alaikum, bismillahirrahmanirrahim :D
Kenapa aku menulis?
Aku menulis kerana aku memegang dengan prinsip hidupku sendiri,
Bukan mahu menjadi popular,
Jauh sekali mahu menjadi angkuh,
Kerana aku sedar hidup ini tujuannya kerana Ilahi,
Aku menulis kerana aku mahu menyebarkan dakwahku,
Mahu mengajak sahabat-sahabat yang aku sayang menuju cinta-Nya,
Mahu tembus menuju ke syurga-Nya.
Aku menulis kerana prinsip hidupku,
Aku tahu apabila seorang manusia itu telah meninggal,
Hanya tulisannya sahaja yang tinggal,
Pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat"
Aku bukanlah hebat menyusun pena,
Tapi aku mahu hasil tulisanku ini menjadi saham pahala untukku nanti,
Menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Aku bukanlah seperti Fatimah Syarha,
Yang mampu menarik hati pembaca,
Yang bijak menyusun pena bicaranya,
Yang hebat ilmu di dadanya,
Aku hanya insan biasa,
Terlalu biasa,
Insan biasa yang mula bertatih mencari cinta-Nya,
Doakanlah aku terus kuat untuk menjadi dai'e,
Kalau tidak kepada orang lain,
Cukuplah menjadi pendakwah untuk diriku sendiri..
Fieyta An Nisa..
Boleh share dengan nisa tentang cerpen SE, listkanlah kekurangan yang ada :)
Insya-Allah akan cuba diperbaiki :)
Cer komen, baru semangat nak post new entru..
Nisa budak yang baru belajar, maaf tak mampu puaskan hati semua orang..
Kalau korang harapkan karya yang sempurna, itu bukan nisa orangnya..
Nisa banyak kekurangan..
Kenapa aku menulis?
Aku menulis kerana aku memegang dengan prinsip hidupku sendiri,
Bukan mahu menjadi popular,
Jauh sekali mahu menjadi angkuh,
Kerana aku sedar hidup ini tujuannya kerana Ilahi,
Aku menulis kerana aku mahu menyebarkan dakwahku,
Mahu mengajak sahabat-sahabat yang aku sayang menuju cinta-Nya,
Mahu tembus menuju ke syurga-Nya.
Aku menulis kerana prinsip hidupku,
Aku tahu apabila seorang manusia itu telah meninggal,
Hanya tulisannya sahaja yang tinggal,
Pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat"
Aku bukanlah hebat menyusun pena,
Tapi aku mahu hasil tulisanku ini menjadi saham pahala untukku nanti,
Menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Aku bukanlah seperti Fatimah Syarha,
Yang mampu menarik hati pembaca,
Yang bijak menyusun pena bicaranya,
Yang hebat ilmu di dadanya,
Aku hanya insan biasa,
Terlalu biasa,
Insan biasa yang mula bertatih mencari cinta-Nya,
Doakanlah aku terus kuat untuk menjadi dai'e,
Kalau tidak kepada orang lain,
Cukuplah menjadi pendakwah untuk diriku sendiri..
Fieyta An Nisa..
Boleh share dengan nisa tentang cerpen SE, listkanlah kekurangan yang ada :)
Insya-Allah akan cuba diperbaiki :)
Cer komen, baru semangat nak post new entru..
Nisa budak yang baru belajar, maaf tak mampu puaskan hati semua orang..
Kalau korang harapkan karya yang sempurna, itu bukan nisa orangnya..
Nisa banyak kekurangan..
Saturday, 2 February 2013
Cerpen: Suami Ekspress.
Pagi itu Adriana bangun awal, dia
menoleh ke sisi memandang Faris yang masih lena. Jam di dinding bilik
sudah menunjukkan lima pagi. Dia bangkit menuju ke bilik air yang
terletak di hujung bilik, mahu membersihkan diri seterusnya mahu
ber'dating' bersama si Dia.
“Abang...” panggil Adriana lembut
usai sahaja dia keluar mengambil wuduk.
Adriana melangkah ke tempat penyidai
telekung, mahu menyarung telekung yang dihadiahkan Faris sempena
mahar pernikahan mereka dahulu. Dikalihnya pandangan ke arah katil,
Faris masih diam menyelebungi diri di dalam selimut. Adriana
tersenyum nipis, letih benar Faris pagi itu.
“Abang sayang..” Adriana
mengerakkan lagi lena Faris, kali ini lebih tegas nadanya.
“Ermmm” hanya itu yang terkeluar
dari mulut Faris.
Adriana menggeleng kepalanya perlahan,
haissshhhlaaaahhh cik abang sayang. Susahnya nak bangun tidur.
Agak-agak teknik apa yang senang nak kejutkan encik suami bangun
tidur??
“Abang, taknak solat ke? Dah pukul
enam setengah ni” tipu Adriana. Sengaja mahu mengumpan Faris untuk
sama-sama bangun qiam dengannya. Hehe..
“Pukul berapa ni sayang” respon
Faris perlahan.
“Pukul enam setengah, cepatlah
bangun” kali ini Adriana menarik perlahan selimut Faris.
Faris yang masih kantuk terus terbuka
matanya apabila mendengar jawapan dari Adriana. Eh dah pukul enam
setengah? Alamak! Terlepas nak qiam. Eh tapi rasa macam baru je lena
tadi.
“Abang..” panggil Adriana lagi,
selagi Faris tak bangun dari katil selagi tulah dia akan jadi
bodyguard tepi katil ni. Adil tak?
“Yee, abang bangun..” pantas Faris
bangkit dari tidur. Tergesa-gesa dia mahu ke bilik air, haishh apa
punya suamilah dia ni, makmum yang kejut imam!
Adriana tersengih, Faris ni memang
senang percaya cakap orang kan? Hehe.. dia mengatur langkah untuk
mengambil sejadah dan membentangkan sejadah untuk dia dan Faris.
“Sayang, kenapa macam gelap lagi
ni?” tanya Faris pelik.
“Memanglah, kan tak bukak lampu
bilik. Just bukak lampu tidur je” Adriana tersengih. Memanglah
gelap baru pukul lima lebih cik abang oii, tadi tu tipu sikit je.
“Ohh, ok” balas Faris mengiakan
saja jawapan Adriana.
“Abang, qiam dulu tau” pesan
Adriana.
“Kan dah lambat nak subuh” ujar
Faris, nak qiam apa kalau bangun subuh pun dah lambat.
“Cuba tengok jam pukul berapa..”
balas Adriana selamba. Ditahannya saja tawa, haishh Faris, Faris..
Subuh tak masuk lagi cik abang sayang.
Faris berpaling mengadap jam di
dinding. Baru pukul lima suku? Digosok matanya berkali-kali seakan
sukar percaya. Tadi kata pukul enam setengah, maknanya....
“Rianaaaaaa!!!” jerit Faris. Pecah
suaranya waktu pagi-pagi macam ni. Hehe..
“Haha” Adriana sudah mengangkat
kain telekungnya, bersedia satu, dua, tiga lariiiiii.....
“Tipu abang eh pagi-pagi ni” Faris
mengejar Adriana dari belakang, amboi pandai dah Puan Adriana ni eh?
Tawa mereka memecah keheningan pagi,
habis bilik yang sederhana besar itu menjadi 'track larian' mereka.
“Hah, dapat pun” ungkap Faris
dalam ceria. Dipeluknya Adriana erat dari belakang.
“Alaaa, tak acilahh. Bilik abang
kecik, Riana susah nak lari” ujar Adriana masih tak puas hati.
“Haha, tak kisahlaaahhh yang penting
abang menang, ohh tipu suami eh?” Faris masih lagi memeluk erat
Adriana. Tawanya masih lagi bersisa.
“Faris, Riana. Apa yang
bising-bising tu?” tegur Puan Hajjah Mardhiyah dari luar.
Adriana dan Faris sudah terkedu, eh
bising sangat ke? Huhu..
“Riana ni ummi, tapi hal kecik je”
balas Faris spontan.
Adriana sudah membulatkan mata, apa
pulak salah dia? Bukan Faris ke yang ketawa tak ingat dunia tadi? Ini
tidak adil bagiku *sila nyanyi ikut lagu yuna ok!
Tiba-tiba Adriana menepuk dahinya
perlahan, eh bukan tadi mereka nak qiam ke? Kenapa Faris memeluknya
pula tika ni?
“Abang, qiam...” spontan Adriana
mengingatkan.
“Hah?” soal Faris blur.
“Qiam” Adriana mengerling jam di
dinding. Sudah jam lima tiga puluh lima! Eh sempat lagi ke nak qiam
ni. Pantas dirungkaikan pelukan Faris dan dia berlalu ke bilik air.
Mahu mengangkat semula wuduk.
Faris terpinga-pinga melihat tingkah
gelabah Adriana. Ohh, maksud Adriana qiam ke tadi? Aiyooo.. usai
sahaja Adriana mengambil wuduk, gilirannya pula mengambil wuduk.
Tepat jam lima empat puluh pagi, Faris
megimamkan solat sunat taubat mereka. Nasib baik sempat qiam mereka
pagi itu.
“Sayang..” panggil Faris apabila
usai sahaja solat subuh mereka.
“Ya abang sayang” balas Adriana
manja. Dia melangkah perlahan menuju ke arah Faris sambil membawa
al-Quran kecil miliknya.
“Jom tadarus dan tadabbur al-Quran”
ajak Faris.
“Hari ni kita nak baca surah apa?”
tanya Adriana.
“Surah Ar-Rahman boleh?” Faris
meraikan juga pendapat Adriana.
“Insya-Allah, Riana baca abang
tasmi' ya?” pinta Adriana, dia mula bersedia untuk membaca kalam
Ilahi itu.
“Ok sayang, nanti ayat empat puluh
satu abang pulak sambung” balas Faris.
Pagi itu suara mereka memecah
keheningan pagi, sama-sama menghayati surat cinta dari Ilahi. Jika
cinta manusia kita mampu fahami mengapa tidak kita fahami Si Pemilik
cinta itu sendiri. Dia yang mencampakkan rasa cinta, maka haruslah
cinta si Dia yang menjadi keutamaan.
Adriana tersenyum menghayati suara
merdu Faris membaca al-Quran berserta tarannumnya sekali.
Subhanallah.
“Abang, boleh terangkan pengajaran
atau ibrah yang boleh kita dapat dalam surah ni?” Adriana meraikan
pendapat Faris.
“Surah ar-Rahman ni maksudnya Yang
Maha Pemurah. Sesuai dengan apa yang dijelaskan di dalam surah ni
sendiri. Allah tu Maha Pemurah, Dia menciptakan syurga untuk
hamba-hamba-Nya yang soleh. Dalam syurga, Allah beri pelbagai nikmat
antaranya ialah pelbagai pohon dan buah-buahan, ada mata air yang
memancar, ada permaidani yang diperbuat dari sutera, ada bidadari dan
pelbagai lagi. Ganjaran untuk hamba-Nya yang soleh” bicara Faris
terhenti, dia menarik nafas perlahan.
“Subhanallah, alhamdulillah.
Baiknyaaa Allah” telus keluar bicara dari bibir Adriana.
“Allah itu Maha Pemurah sayang.
Pelbagai ganjaran yang dijanjikanNya untuk hamba-hamba-Nya. Maka
nikmat apa yang kita dustakan? Ayat ni banyak kali Allah sebut dalam
surah ar-Rahman. Dekat dunia lagi Allah dah beri kita pelbagai
nikmat. Nikmat kesihatan, harta, keluarga, perkahwinan dan
sebagainya. Cuba renungkan balik, betul tak cara kita uruskan nikmat
yang Allah kurniakan untuk kita tu?” terang Faris lagi, matanya
memandang wajah Adriana.
Terkunci bicara Adriana, dia
memuhasabah dirinya. Ya Allah, sudah diuruskan atau tidak nikmat yang
Allah kurniakan dengan sebaiknya? Allah, Allah, Allah. Dia teringat
sepotong hadis yang bermaksud:
“Takkan berganjak kedua-dua kaki
seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya
pada perkara apa ia dihabiskan,ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta
bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan,
mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan
kemudahan serta kecergasannya"..hadis riwayat Tirmizi
“Kalau Allah Maha Pemurah kenapa Dia
tetap ciptakan neraka?” soal Faris membuka minda Adriana, sengaja
dia mahu menguji fikrah Adriana.
“Allah Maha Pemurah tapi Allah juga
Maha Adil, Maha Menghukum. Kalau Allah tak ciptakan neraka, maknanya
orang yang jahat juga akan masuk syurga. Ini tak adil bukan?
Ibaratnya pencuri tidak mendapat pembalasannya. Allah tu Maha Adil
dan Dia juga Maha Menghukum” terang Adriana ringkas, dia tahu Faris
sengaja mengujinya.
Faris tersenyum puas mendengar jawapan
Adriana. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman menandakan tamat
sudah perbincangan mereka pagi itu.
Adriana menyambut tangan Faris,
dikucupnya lembut. Terasa ubun-ubunnya pula dikucup lembut.
“Abang, Riana nak pinjam kereta
boleh? Riana nak keluar kejap petang nanti” pinta Adriana seraya
mengangkat kepalanya memandang tepat anak mata Faris.
“Keluar? Nak pergi mana? Nak abang
temankan tak?” tanya Faris pula.
“Nak beli barang sikit, Iman nak
datang sini. Boleh tak abang? Rasa abang tak perlu teman sebabnya
Riana tahu abang busy nak marking paper”
“Ok sayang, tapi apa-apa hal call
abang tau” pesan Faris.
“Macehhh abang” balas Adriana
tersenyum, haishhh tak sabarnya nak jumpa Iman.
Hari ini Adriana bersemangat mahu
memasak untuk makanan kegemaran suaminya. Awal-awal lagi sudah riuh
rendah dapur ummi dikerjakannya. Habis segala resepi dari internet,
buku dan umminya bersepah di atas meja dapur. Kata orang kalau nak
pikat suami ikat perutnya dahulu dengan air tangan kita. Entah betul
atau tidak, mari kita buktikan teorinya hari ini, hehe..
“Riana nak ummi tolong?” tanya
ummi agak ragu-ragu dengan kebolehan menantunya yang seorang ini.
“Eh takpe ummi, insya-Allah Riana
boleh ni. Ummi rehat je dekat depan” balas Adriana yakin.
Dibeleknya lagi resepi yang diambil dari internet. Nampak macam mudah
saja nak memasaknya.
“Ok, kalau nak mintak ummi tolong
nanti panggil ya” balas Hajah Mardhiyah sebelum berlalu.
“Oraittt ummi” jawab Adriana, dia
mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
Adriana tersenyum seorang diri apabila
memasak di dapur, dia teringat kembali kata-kata Iman pada pertemuan
mereka yang lalu. Rakannya yang seorang itu memang ceria dan positif
orangnya. Pelbagai nasihat yang diberikan, tentang ilmu rumah tangga
pun ada. Haishh macamlah sudah berkahwin sahabatnya yang seorang itu.
“Riana, kalau nak pikat suami kau
kena ada strategi tau. Kena selalu perbaharui hubungan, baru tak
bosan” nasihat Iman seperti sudah berpegalaman sahaja lagaknya.
“Err” Adriana terkaku, hilang
bicaranya. Amboii Iman semakin maju ni.
“Tak percaya? Balik nanti trylah,
haha” tawa Iman sudah terhambur.
Huhu, aduiii Iman, Iman. Tapi betul
jugak ya? Orang yang belum kahwin ni patut kena tahu hal kekeluargaan
ni. Persiapan sebelum kahwin tu penting, kita kena ada ilmu. Rumah
tangga ni bukanlah medan percubaan, medan perjudian tapi sebagai
medan perjuangan menuju cinta Ilahi. Mana mungkin nak pergi berjuang
tapi tak ada persiapan ibaratnya seperti seorang tentera yang pergi
berjuang tanpa membawa senjata.
“Akak.....” tegur Faathirah
sedikit kuat.
Tersentak Adriana dari lamunan, kussss
semangat! Faathirah, Faathirah..
“Allah, terperanjat akak” Adriana
kembali dengan tugasannya.
“Akak nak masak apa ni?” soal
Faathirah mula melabuhkan punggungnya di sebelah Adriana.
“Nak masak lauk favourite along”
balas Adriana perlahan. Faris masih lagi di universiti.
“Lauk ketam masak lemak cili api?”
soal Faathirah.
“Ha'ah” Adriana tersenyum. Dia
menjeling jam di dapur, tinggal lagi dua jam sebelum Faris pulang
dari kerja, dia harus segera memasak lauk kegemaran suaminya itu.
“Owhh, special untuk along ya?”
Faathirah sudah tersenyum-senyum. Sweet jugak eh Kak Riana dengan
along?
“Lebih kuranglahhh” balas Adriana,
dia sudah termalu sendiri.
“Nak Irah tolong?” Faathirah
menghulurkan bantuan, sama seperti ummi.
“Takpe, akak boleh buat sendiri,
insya-Allah” Adriana membalas seraya menghadiahkan senyuman.
“Ok, Irah ke depan dululah. Taknak
kacau akak” balas Faathirah mengusik, dia sengaja ingin memberi
ruang kepada akak iparnya.
Adriana hanya menghadiahkan senyuman
sebelum memerhati langkah Faathirah yang mula berlalu pergi
menghampiri umminya di ruang hadapan rumah.
Sambil memasak Adriana sempat
menitipkan doa pengasih yang diajar Rasulullah dan dititipkannya juga
selawat. Hampir satu jam setengah akhirnya masakannya berjaya juga
dihidang di atas meja makan. Hanya tunggu kepulangan Faris dari
universiti sahaja. Adriana naik ke tingkat atas mahu membersihkan
diri, dia mahu nampak cantik dan eksklusif di hadapan Faris.
Tepat jam enam petang Faris pulang ke
rumah umminya. Wajahnya sedikit muram mencerminkan hatinya yang
sedikit gusar dengan masalah kerja.
Adriana menyambut kepulangan Faris
dengan senyuman, dia memandang wajah Faris yang sedikit muram. Jarang
dia melihat wajah muram Faris. Mesti lelaki itu punya masalah
sendiri. Adriana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Faris,
dia mencapai briefcase Faris lalu dibawanya naik ke bilik.
Adriana kembali turun ke ruang bawah,
dia menarik tangan Faris menuju ke dapur. Mahu melayan dan menemani
suaminya makan.
“Abang dah solat?” Adriana
bertanya, dia tidak mahu Faris culas dalam melaksanakan ibadah.
“Dah” hanya sepatah perkataan itu
sahaja yang keluar dari mulut Faris.
Adriana terkedu, biasanya Faris banyak
bicaranya tapi petang itu sepatah ditanya sepatah dijawab. Dia
membiarkan Faris seketika, biarlah Faris makan dahulu. Akan dicungkil
masalah Faris nanti.
Faris makan tanpa bicara, seleranya
juga seakan mati. Fikirannya celaru memikirkan masalah yang baru
timbul. Dia sedar dia seakan tidak matang dalam menyelesaikan
masalah, masalah di tempat kerja seharusnya tidak perlu dibawa pulang
ke rumah. Hanya separuh pinggan sahaja nasi yang berjaya dihabiskan.
Itu pun dia makan untuk menjaga hati Adriana. Sungguh seleranya mati,
biasanya dia akan cuba sedaya upaya meraikan masakan isterinya tapi
hari ini dia tidak mampu.
Wajah Adriana berubah apabila Faris
mula mengangkat punggung menuju ke sinki tanda suaminya itu sudah
habis makan. Separuh lagi nasi di pinggan tidak dihabiskan. Hatinya
terasa dengan sikap Faris. Lain benar sikap Faris hari ni, masakannya
tak sedapkah?
“Abang naik atas dulu..” ujar
Faris, kakinya melangkah ke kamar mereka di tingkat atas.
Adriana terkaku di tempat sendiri,
dinginnya sikap Faris petang ini sedingis ais di kutub. Biasanya
Faris akan memuji dan meraikan masakannya walaupun dia tahu
masakannya tidaklah sehebat mana. Tapi hari ini, mana pergi sikap
Faris yang suka meraikan? Arghhh terasa seperti dia gagal menjadi
isteri yang mampu menenangkan suaminya sendiri. Sungguh dia terkesan
dengan perubahan Faris.
Lambat-lambat Adriana mengemaskan meja
makan, air matanya sudah bertakung. Rasa sendu mula bertandang. Penat
badannya tidak terasa yang rasa hanyalah sebak di dada. Sungguh
hatinya sebak saat ini. Mungkin bagi isteri lain, perubahan sedikit
suami tidak diambil kisah tetapi tidak bagi Adriana. Faris yang dia
kenal tidak sedingin itu, maka perubahan kecil Faris sangat memberi
kesan untuk dirinya. Faris yang selalu petah bicaranya menjadi diam
secara tiba-tiba. Hati mana yang tak terasa? Allah..
Faris di bilik hanya merenung kosong ke
luar jendela. Salahkah dia seorang pensyarah menegur untuk
menegakkan hukum Ilahi? Hanya kerana dia pensyarah biasa, dia
ditengking di hadapan pelajarnya sendiri? Dia juga punya maruah. Dia
hanya menegur tentang program pelajar yang dilihatnya semakin
bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batas. Salahkah dia
sebagai seorang Muslim menegur kemungkaran yang berlaku di depan
matanya sendiri?
Adriana menolak perlahan pintu
kamarnya, dilihat Faris ralit merenung ke luar jendela. Jauh lamunan
Faris, agaknya masalah apa yang melanda suaminya saat itu? Dia seakan
hilang punca apabila melihat sikap dingin Faris. Dengan lafaz
bismillah berserta tawakal kepada Allah diatur langkah menuju ke arah
Faris. Diusapnya lembut bahu Faris.
Faris menepis perlahan tangan lembut
yang mula mendarat di bahunya. Dia memerlukan ruang sendiri. Ini
salah satu sikapnya, apabila dirundung masalah dia lebih gemar
bersendirian. Sebagai anak sulung dia jarang berkongsi masalahnya
dengan orang lain. Dia gemar memendam perasaannya sendiri.
“Abang mandi dulu” nada sedingin
ais dituturkan oleh Faris. Dia melangkah tanpa menoleh sedikitpun
wajah Adriana yang memandangnya.
Adriana tertunduk lemah, gagal merawat
duka suaminya. Ingatkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengah
hari. Diharapkan bahagia berpanjangan namun ujian datang menguji.
Disabarkan hatinya melayan kerenah Faris. Wajahnya dimaniskan tapi
hatinya menangis sendiri. Hati mana yang tidak sedih jika
kehadirannya seolah tidak dipedulikan suami sendiri? Segala usahanya
untuk memujuk Faris gagal!! tak mampukah dia menjadi isteri yang
mampu menenangkan Faris. Tidak layakkah dia untuk berkongsi duka
dengan suami sendiri? Dia hanya seperti tunggul di mata suami.
Allah..
Adriana melangkah lemah ke katil, cara
apa lagi yang harus dilakukan untuk memujuk Faris? Sungguh dia tidak
kreatif merawat luka di hati suami. Dia sedar sikap Faris yang satu
itu, lebih suka bersendirian apabila dilanda masalah. Tapi sampai
bila harus dibiarkan Faris melayan duka sendirian. Apa gunanya dia
sebagai isteri jika tak mampu menenangkan suami.
“Abang...” panggil Adriana usai
Faris keluar dari bilik air.
“Ya..” pendek saja sahutan Faris,
tiada gurauan seperti selalu.
“Riana ada soalan” balas Adriana
perlahan.
“Abang penat” dingin jawapan yang
lahir dari mulut Faris.
Mata Adriana sudah bergenang air mata,
bila-bila sahaja mutiara jernih itu akan turun. Sungguh dia terasa
dengan sikap Faris. Mana hilangnya sikap Faris yang suka meraikan,
mana hilangnya sikap Faris yang penyayang? Dia seakan tidak kenal
dengan sikap Faris yang di hadapannya sekarang.
“Riana keluar dulu” Adriana
mengundur diri, dia tidak mahu air matanya tumpah di hadapan Faris.
Inikah lelaki yang berjanji mahu membimbingnya menuju cinta Ilahi.
Inikah lelaki itu?
“Ermm” balas Faris.
Malam itu, Adriana membawa diri ke
bilik Faathirah. Sengaja mahu menghiburkan diri. Biarlah Faris dengan
dunianya sendiri. Dia juga punya perasaan, hatinya juga terguris
dengan sikap Faris. Terasa sangat dipingkirkan oleh suami sendiri.
“Akak tak boleh solat ke?” tanya
Faathirah pelik. Dilihat jam di dinding. Sudah jam lapan setengah,
tinggal hanya beberapa minit sebelum masuk waktu Isyak. Hari ini dia
pelik dengan sikap Adriana yang terlebih ramah bertandang ke
biliknya. Biasanya akaknya itu lebih banyak menghabiskan masa dengan
Faris.
“Eh, boleh. Kenapa dah azan ke?”
tanya Adriana gelabah. Dia bingkas bangkit dari duduknya.
“Taklah, tapi biasa akak kan jemaah
dengan along maghrib dan isyak. Lepas tu baru akak lepak dengan Irah”
jujur jawapan dari mulut Faathirah.
Adriana sudah terkaku sendiri.
Janganlah Faathirah menyoalnya bukan-bukan pula.
“Akak ada masalah?” serkap
Faathirah apabila dilihatnya wajah Adriana berubah keruh.
“Hah?? Ehh tak adalah. Akak nak
pergi dapur kejap, haus pulak” jawab Adriana sekaligus melarikan
dirinya ke dapur.
Faris termenung mengadap siling bilik,
terasa sunyi pula apabila dia tidak mendengar celoteh dari mulut
Adriana. Keterlaluankah tindakannya?? bukan dia tidak perasan ada
mutiara jernih yang bertakung di mata Adriana siang tadi tapi
dibiarkan sahaja. Kejamkah tindakannya untuk isteri sebaik Adriana?
Tapi itulah kelemahannya, dia suka bersendirian apabila dilanda
masalah. Faris memandang jam di sisi meja. Sudah hampir jam dua belas
malam, mana agaknya Adriana membawa diri. Terasa pelik pula apabila
lena malamnya tanpa Adriana. Lantas dia bangkit menuju ke pintu
bilik.
Adriana teragak-agak mahu melangkah
masuk ke bilik, sekarang sudah hampir jam dua belas malam. Tadi pun
dia solat isyak di bilik solat tingkat bawah. Tapi kalau dia tak
masuk bilik dekat mana mahu dilelapkan mata malam ini? Tiba-tiba
akalnya mencerna idea, hah tidur kat bilik solat!! belum sempat dia
melangkah menuruni anak tangga suara Faris menegurnya. Nasib baik dia
takde heart attack, kalau tidak ada yang masuk hospital malam-malam
ni.
“Nak pergi mana?” tegas suara
Faris. Dah macam suara warden asrama dah.
“Errr” kaku lidahnya mahu memberi
jawapan.
“Nak pergi mana??” soalan sama
diulang Faris. Matanya memandang tajam wajah Adriana.
Adriana hanya menunduk merenung kaki,
tak sanggup mahu memandang renungan Faris.
“Jom masuk..” Faris menarik
perlahan tangan Adriana.
Adriana hanya mengikut langkah Faris.
Dalam hati dia tak putus-putus mendoakan yang baik saja.
“Tadi kenapa tak solat sama?”
tanya Faris.
“Hah, errr..” kelu lagi lidahnya.
Memang silapnya melarikan diri, tapi bukan ke Faris seperti
menghalaunya siang tadi.
“Abang tanya jawab!” sedikit tegas
suara Faris.
Air mata Adriana sudah merembes
keluar, kalau siang tadi dia mampu menahan air matanya tapi malam ini
dia gagal. Dia menangis tersedu-sedan, segalanya kesedihan siang tadi
dilepaskan. Biarlah dia kelihatan lemah malam ini, tapi dia akan
mencari kembali kekuatan selepas ini.
Faris mula cuak, sedar kesilapan diri.
Tak sangka Adriana menangis disebabkan soalan yang dianggap remeh
olehnya. Dia menarik Adriana di dalam pelukan.
“Syhhh, abang tak marah. Abang tanya
je” Faris memujuk Adriana.
Adriana hanya menangis, dilepaskan
segalanya di bahu Faris. Masih adakah sayang untuknya lagi?
“Sayang.. syhhhh” Faris memujuk
lagi.
“Abang mintak maaf” pinta Faris,
dia mengusap pula belakang Adriana.
“Abang tak perlukan Riana lagi..”
dalam sendu ayat itu yang diluahkan Adriana.
“Sayang, maaf ya. Abang tahu abang
emosi siang tadi tapi itulah kelemahan abang. Maaf ya sayang. Siapa
kata abang tak perlukan Riana? Setiap suami perlukan isterinya
sebagai sayap perjuangan. Abang perlukan Riana sebagaimana Ali
memerlukan Fatimah” Faris menutur ayat.
“Betul ni?” tanya Adriana
melepaskan pelukan.
“Betul sayang” balas Faris, dia
menyapu air mata Adriana.
Adriana mengukir senyuman, senyuman
dalam tangisan. Cepat benar hatinya terpujuk.
“Riana nak tanya boleh?” soal
Adriana.
“Soalan yang sama macam siang tadi
eh sayang?” tanya Faris, emosinya kini lebih stabil. Dia mahu
mengusir terus amarahnya.
“Ha'ah, abang kalau kita ada masalah
elok kita simpan atau kongsi?”
Faris tersenyum, faham benar soalan
yang mahu dia berkongsi masalahnya bersama.
“Kongsi, Riana nak dengar masalah
abang?”
“Nak. Ceritalah” Adriana sudah
menghadiahkan senyuman.
“Abang kena marah sebabnya abang
tegur program student yang sekarang makin melagha. Bukan abang tak
kasi kalau student nak release stress tapi program tu pergaulan tak
jaga, melalaikan” terang Faris.
Adriana tersenyum, sensitif juga Faris
ni. Dia memengang lembut tangan Faris.
“Kena marah?” tanya Adriana.
“Ha'ah, dorang kata sekarang zaman
dah lain. Lagipun dorang kata abang bukannya ustaz yang nak
nasihatkan orang. Abang belajar pun sampai phD je” luah Faris.
“Memanglah bagi orang lain ni hal
kecik tapi bukan bagi abang. Abang takut Allah persoal dekat abang
masa akhirat nanti. Kenapa abang tak tegur kemungkaran depan mata”
sambung Faris lagi.
“Abang, nak dakwah ni bukan mudah.
Sebab ganjarannya indah. Jalan mujahadah tak selalunya mudah sebab
syurga itu indah” lembut bicara Adriana.
“Tapi tak patut dorang rendahkan
maruah abang macam tu” Faris meluahkan lagi apa yang terbuku di
hatinya.
“Abang sayang, kita takkan selamanya
pernah puaskan hati manusia. Kita hidup ni tujuannya kerana Allah.
Utamakanlah pandangan Dia, biar kita dicaci kerana dakwah asalkan
kita tidak dimurka Allah di sana nanti” nasihat Adriana penuh
berhikmah.
“Biarlah mereka menghina kita
asalkan kita tahu tujuan hidup ni. Bagi Riana abang tetap suami soleh
Riana” Adriana meraikan pula Faris.
Faris terkesan dengan kata-kata
Adriana. Biarlah dia dihina di dunia asalkan dia dipandang mulia oleh
Pencipta. Rasulullah juga pernah dihina tapi baginda tetap berdakwah,
inikan pula dia insan kerdil di sisi Pencipta.
“Thanks sayang” Faris mula
tersenyum, dia sudah disuntik semangat baru oleh si bidadari.
“Welcome” Adriana tersenyum lagi,
alhamdulillah selesai masalah.
“Sayang, maafkan abang ya? Isteri
sebaik Riana memang tak layak disakiti. Abang rasa macam tak layak
untuk Riana, abang banyak kekurangan” ujar Faris perlahan.
“Abang, setiap orang ada kekurangan
masing-masing. Allah ciptakan pasangan supaya kita saling
melengkapkan kekurangan pasangan kita. Bagi Riana abang suami yang
hebat, hebat di mata Riana dan Pencipta”
“Terima kasih sayang, thanks for
everything. Alhamdulillah abang punya sayap kiri yang sentiasa
memotivasikan diri” Faris memandang mata Adrian sarat dengan
perasaan cinta. Insya-Allah inilah juga bidadarinya di akhirat nanti.
“Sama-sama abang” balas Adriana,
matanya membalas renungan suami tersayang. Mata bertentang mata dan
biarlah hati berbicara sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)