Bangun sahaja
pagi itu Adriana mengucap syukur di dalam hati, masih diberi peluang untuk
bernafas di bumi Ilahi. Kedinginan pagi di kampung membuatkan Adriana tersedar
awal walaupun malam semalam dia tidur agak lewat. Dikerlingnya jam yang
terletak di meja kecil tepi katil, baru jam empat setengah pagi. Direnungnya
wajah Faris di sebelah, masih lena dibuai mimpi. Wajah yang polos seperti anak
kecil, jujur dia semakin sayang kepada pemilik nama Faris Ar Rayyan iaitu
suaminya sendiri. Pemilik cintanya selepas Allah dan Rasulullah.
Adriana bermuhasabah sambil
tangannya membelai lembut rambut Faris, lenanya Faris tidur. Setiap gerakan tangan
Adriana sedikit pun tidak menganggu lelaki itu. Ini kalau bom meletup sebelah
telinga pun belum tentu sedar ni!! Mungkin Faris keletihan menguruskan
pengebumian Haji Mansor semalam, lelaki itu jugalah yang membantu memandikan,
mengkafankan, menyembahyangkan, mengangkat jenazah dan memasukkan jenazah ke
liang lahad semalam. Bukti kasih sayang seorang cucu kepada datuknya sendiri.
Benarlah cinta selepas nikah itu
jauh lebih indah, jauh lebih barakah. Tetapi Adriana sedar cinta kepada manusia
bukannya matlamat. Cinta kepada manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah.
Oleh sebab itu, cintakan Allah itu haruslah melebihi dari cintakan sesama
manusia. Faris hanya pinjaman untuknya di dunia.
Adriana teringat kata-kata Ustaz
Pahrol dalam bukunya Cinta Kerana Allah. Kata beliau:
“Cinta
Allah itu menjadi tapak kepada cinta yang lain, apabila cinta Allah goyah,
cinta yang lain aku turut rebah! Cintailah Allah untuk mencintai orang lain,
hanya apabila kita mencintai Allah, barulah semarak cinta kita sesama
manusia..”
‘Cintakan
manusia kerana Allah…’ hati Adriana bermonolog sendirian. Dijelingnya lagi jam
di sisi katil. Lagi lima belas minit sebelum jam lima pagi. Masa untuk
ber'dating’ dengan Allah pula. Paginya terasa lebih bertenaga dan bersemangat
jika dia ber'dating’ dengan Allah sebelum subuh hari.
Adriana
bangkit dari katil, kakinya melangkah ke arah tingkap. Merenung pagi yang
gelap, subhanallah tenangnya rasa melihat ciptaan-Mu sebelum terbit mentari.
Hanya orang bangun solat tahajjud dan Subuh sahaja dapat merasakan ketenangan
menatap ciptaan Ilahi pada dinihari. Tak percaya? Cuba bangun dan rasainya
sendiri..
Adriana
melangkah pula ke sisi katil, mahu mengejutkan Faris yang masih lagi lena.
Penatnya sungguh agaknya Faris sebab selalunya Faris yang mengejutkannya untuk
bangun qiam. Diciumnya lembut dahi Faris.
“Abang..
nak bangun qiam tak?” Adriana berbisik lembut di telinga Faris.
“Emmm”
hanya itu yang keluar dari mulut Faris, haishhh letih benar nampak. Adriana
mula memasang strategi. Apa agaknya formula terbaik untuk mengejut sang suami
bangun pagi? Mindanya mula memerah idea.
“Cik
abang sayang, jomlah kita ber'dating’ dengan Allah” Adriana masih terus
memujuk. Kali ini dia cuba mengerakkan ibu jari kaki Faris. Kata orang
dulu-dulu kalau nak kejutkan orang bangun pagi, gerakkan ibu jari kaki. Betul
atau tidak teori itu hanya Allah yang tahu.
“Riana…”
panggil Faris lembut, kantuk masih menguasai diri.
“Abang
sayang, abang jomlah bangun. Nanti Riana bagi hadiah ‘special’ untuk abang” pancing
Adriana lagi. Ishh, langsung tak gerak Faris ni.. nak buat macam mana lagi ya?
Adriana
mula memerah idea. Lantas kakinya diatur ke bilik air, mahu mengambil wuduk.
Selepas mengambil wuduk Adriana menyarung telekung dan mengambil al-Quran kecil
di atas rak. Dia duduk bersimpuh di atas lantai. Bersebelahan dengan tempat
tidur Faris. Dipandangnya wajah kelihatan Faris, harap-harap kali ini
berjayalah rancangannya mengejutkan Faris.
Adriana
mula mengalunkan surah An Nisa’. Suaranya memecah keheningan pagi. Surah An
Nisa’ antara surah kegemarannya. An Nisa’ yang bermaksud wanita, banyak
pengajaran yang boleh diambil dari surah itu. Sayangnya Allah kepada wanita,
surah An Nisa’ diturunkan sebagai panduan. Benarlah al-Quran itu petunjuk
jalan, hanya terpulang kepada diri sama ada mahu mengamalkan atau tidak. Tepuk
dada tanyalah iman..
Faris
tersedar apabila terdengar suara lembut Adriana mengalun bingkisan cinta Ilahi.
“Sayang,
kenapa tak kejut abang?” Faris menyoal mamai.
Adriana
tersenyum, tak kejut?? Sahlah Faris tidur lena tadi.
“Riana
dah kejut tapi abang tak sedar. Dah dekat lima suku ni, bangun ya cik abang
sayang. Sempat lagi kalau nak qiam. Riana tunggu abang” Adriana berkata
perlahan. Tangannya mula menutup al-Quran.
“Ok,
thanks sayang..” Faris bingkas bangun, mahu menggosok gigi dan berwuduk.
Adriana
terus membentangkan sejadah untuknya dan Faris, dia melakukan solat sunat
tahajjud dan solat sunat taubat dahulu. Sebentar lagi mereka akan solat Subuh
berjemaah bersama.
Usai sahaja solat subuh mereka pagi itu Faris mengajak
Adriana bertadarus bersama. Aktiviti yang agak lama tidak dilakukan bersama.
Adriana tinggal di kolej, maka masa yang terluang bersama sangat sedikit.
“Sayang,
boleh terangkan abang maksud surah Al An’am ayat 130?” Faris bertanya lembut.
berfikir dan
memperhatikan ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya,
hikmah-hikmahnya, dan maksudnya” terang Faris.
Adriana tersenyum puas mendengar
jawapan Faris. Berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
“Pintarnya suami soleh Riana ni,
Alhamdulillah.. abang sayang, apa tanda-tanda hati kita sudah bertadabbur
dengan al-Quran?” Adriana menyoal lagi, suka meraikan fikrah Faris.
Faris membaca surah Al Ma’idah ayat 83 yang bermaksud:
“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul
(Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran
(Al-Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya
berkata, “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama
orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad)”
Adriana mengerutkan dahinya, dia mahukan penjelasan yang lebih lagi
mengenai ayat yang dibacakan Faris sebentar tadi.
“Boleh abang terangkan dengan lebih details? Riana kurang faham” tulus
pertanyaan yang keluar dari bibir kecil Adriana.
“Maksudnya, tanda-tanda hati kita sudahpun bertadabbur dengan al-Quran
ialah kita mampu mengalirkan air mata kerana kebenaran al-Quran, kita memahami
apa yang terkandung di dalam al-Quran itu dengan sebenar-benarnya. Tanda lain
hati kita tadabbur terhadap bingkisan cinta ini ialah apabila kita berjaya
menyatukan hati dan fikiran ketika membaca al-Quran, menangis kerana takut
kepada Allah, merasa bertambahnya iman dan merasa bahagia dan gembira dengan
al-Quran” terang Faris panjang lebar.
“Subhanallah begitu rupanya. Indahnya hati apabila merasai kemanisan
iman” Adriana menambah.
“Abang ada nak share something dengan Riana, sayang sudi dengar?” Faris
menyoal.
“Silakan abang, sharing is caring right?” wajah Adriana beriak nakal,
sengaja mengusik Faris. Sesekali bergurau apa salahnya kan?
“Abang nak share formula habiskan bacaan al-Quran dalam masa sebulan.
Sebelum tu, abang ada soalan kuiz untuk Riana, satu juzuk ada berapa helai muka
surat?” Faris angkat kening dua tiga kali. Senyuman nakal dihadiahkan untuk
Adriana.
Kuiz?? Owhh Faris pun dah pandai main soalan kuiz eh? Belajar dari siapa
agaknya ya? Huhu..
“Ada dua puluh satu muka surat? Betul tak cikgu?” Adriana membalas nakal.
Faris sudah tertawa kecil, pandainya Adriana menghidupkan suasana ceria.
Usikan dibalas usikan, salah satu teknik untuk memperbaharui hubungan mungkin.
Tetapi usikan janganlah terlalu melampau sampai menghiris perasaan orang lain,
betul tak?? Huhu..
“Pandainyaa murid cikgu ni, so kalau kita nak khatamkan al-Quran dalam
masa sebulan, kita kena baca al-Quran kira-kira empat muka surat setiap kali
solat. Solat ada berapa sehari semalam?” Faris menyoal lagi, dilayannya kerenah
Adriana yang seperti anak kecil ketika ini.
“Ada lima cikgu!!” Adriana menjawab bersungguh, persis anak kecil yang
masih bersekolah tadika.
“Subhanallah, memang betul-betul pandailah student cikgu ni” Faris
mengusik lagi.
Faris menyambung kembali. “So, solat ada lima kali sehari semalam. Kalau
kita baca al-Quran setiap kali selepas solat empat muka surat, kita dapat baca
lebih kurang dua puluh muka surat sehari. Maknanya kita dapat baca sehari satu
juzuk, al-Quran ada tiga puluh juzuk. Sehari satu juzuk, tiga puluh hari tiga
puluh juzuk. So, dapatlah kita khatamkan sebulan sekali al-Quran” terang Faris.
“Alhamdulillah, ilmu yang sangat berguna. Pandainya suami Riana” Adriana
terus menerus meraikan Faris.
“Abang, Riana ada something yang nak ceritakan dengan abang. Abang nak
dengar tak?” Adriana menyoal lembut, matanya memandang wajah suami tercinta.
“Tafaddhol ya zauji (silakan isteriku)” Faris membalas dalam bahasa Arab.
“
Ya Robbul Izzati, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al
Quran, selamatkan kami dari api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikan
darjat kami dengan dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskan dosa kejahatan kami
dengan membaca Al Quran" doa Faris tulus memecah keheningan pagi.
Ya Rabb, moga cinta berlabuh di dalam redha-Mu, moga cinta ini menuju
cinta-Mu, moga ikatan ini menuju syurga-Mu.. Aamiin Ya Mujib.
Cinta itu indah andai bertemu dan
berpisah kerana Ilahi,
Cinta itu indah andai saling nasihat menasihati,
Cinta itu indah andai saling nasihat menasihati,
Cinta itu indah andai berpaksikan iman
dan takwa di hati,
Cinta itu indah andai redha Ilahi yang dicari,
Cinta itu indah andai sama-sama menuju cinta Ilahi,
Cinta itu indah andai redha Ilahi yang dicari,
Cinta itu indah andai sama-sama menuju cinta Ilahi,
Cinta itu indah andai hidup dan mati hanya untuk mengejar cinta abadi.
Adriana Qistina Nazri.