Saturday 23 June 2012

Assalamu'alaikum

Lama dah nisa tak bagi kasih syg kat blog ni, hehe :)
sorii, busy sikit.. lately macam mls nak menaip :'(
Thanks pada yg sudi bace SE, sudi komen.. syg korg......

............................................................................................................................................................

Nisa nak tukar tjuk novel boleh tak?
Nak tukar kpd cinta high class.. boleh tak? hehe :D 

Friday 22 June 2012

Suami Ekspress 27


BAB 27

Malam itu Adriana sedang menyiapkan tutorial organic chemistrynya. Esok dia sudah pulang ke university, sudah mula kehidupannya sebagai seorang pelajar yang sibuk dengan kuliah, assignment dan tutorial. Dalam asyik dia menyelesaikan soalan tutorialnya, mug air diletakkan di hadapannya.

            “Masa untuk minum bersama milo” Faris tersenyum memandang Adriana.

Adriana mengambil mug di atas meja, terharu apabila Faris sanggup membancuh air untuknya. Bukankah sepatutnya tugas dia yang melayan suaminya?

            “Thanks abang, sedap air abang buat” puji Adriana. Dihirup perlahan air milo tersebut.

            “Most welcome sayang, eh sedap eh air tu? Wahh, lepas ni bolehlah abang buka kedai dah, Riana tukang masak, abang tukang bancuh air” gelak tawa Faris semakin kuat.

Adriana mula membayangkan apa yang diperkatakan Faris sebentar. Dia tukang masak? Faris tukang bancuh air? Hahaha.. alamatnya lingkuplah kedai tu dibuatnya. Ketawa  Adriana bersambung pula dengan tawa Faris.

            “Hishh, abang ni. Lingkuplah kedai tu kalau Riana yang masak” ujar Adriana.

            “Hehe, yeke? Bukan isteri abang ni pandai masak ke?” duga Faris.

            “Nanti eh Riana tunjukkan ‘kepandaian’ Riana memasak” balas Adriana tidak mahu mengalah. Memang dia pandai memasak, tapi masak air jelah. Hehe..

Faris melabuhkan punggungnya berhampiran Adriana, membelek buku Adriana. Ditelitinya tulisan tangan isterinya, kemas tulisan Adriana.

            “Riana buat soalan tutorial ya? Ok tak?”

            “Alhamdulillah, setakat ni ok lagilah.. abang tak ajar kelas Riana this semester?” Adriana mula meneruskan kembali kerjanya.

            “Abang tak ajar kelas Riana, tapi abang dengar lecturer organic Riana nak sambung PhD this semester, tak tahu lagi siapa yang replace tempat dia nanti” terang Faris. Memang dia ada mendengar ura-ura Puan Mardiana iaitu pensyarah organic chemistry Riana yang mahu menyambung pengajiannya di peringkat PhD nanti. Sejauh mana kebenaran itu tidak pula dia dapat pastikan.

            “Ohhh, abang dah plan nak sambung PhD bila?” soal Adriana.

            “Belum lagi, tunggu ekonomi kita stabil dululah. Lagi pun Riana kan tengah study lagi ni, maybe lepas Riana dah habis study lah” Faris memang merancang mahu mengambil PhD selepas Adriana tamat pengajiannya. Dia mahu mengukuhkan dulu ekomoni rumahtangganya.

            “Riana abang dah plan nak perbaiki lagi rumahtangga kita ni. Nak lebih mendekatkan diri kita dengan Illahi, kita nak bercinta secara high class kan? So, cara kita pun mestilah selaras dengan harapan kita kan? Cara kita mestilah high class jugak kan?” terang Faris perlahan-lahan, takut isterinya tersalah tafsir maksudnya.

            “Maksud abang?” soal Adriana kurang mengerti akan maksud suaminya.

            “Sebelum kita perbaiki hubungan kita dengan manusia, kita patut perbaiki hubungan kita dengan Allah. Abang rasa kalau kita nak bercinta secara high class kita patut perbaiki hubungan kita dengan Allah, biarlah hubungan kita dengan Allah itu high class dulu” terang Faris.

Adriana menggaru kepalanya, cuba merencanakan apa yang dimaksudkan oleh suaminya. Apa eh maksud Faris sebenarnya?

            “Maksud abang jom kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Tingkatkan lagi ibadah-ibadah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah. Abang cadangkan malam kita bangun tahajjud, kita sama-sama puasa sunat isnin dan khamis” cadang Faris lagi.

Adriana sudah tersenyum lebar mendengar cadangan suaminya. Alhamdulillah, Ya Allah Kau kurniakan imam yang mampu membimbing tanganku menuju redhaMu untuk meraih syurgaMu. Insha Allah..

            “Boleh abang bacakan Riana Al Quran tiap-tiap malam sebelum Riana tidur?” tanya Adriana, memang dia mengimpikan suaminya yang mengalunkan kalam suci Allah di telinganya sebelum dia melelapkan mata pada malam hari.

            “Insha Allah, boleh Riana bacakan abang hadis setiap malam sebelum tidur?” soal Faris pula. Biarlah cinta mereka bersama redha Allah.

            “Insha Allah” Adriana tersenyum bahagia. Ya, moga cinta mereka menuju syurgaNya.

Malam itu, sebelum mereka tidur Faris mengalunkan bacaan Al Quran di telinga Adriana seperti yang mereka rancangkan tadi. Faris membaca surah-surah yang dihafalnya di telinga isterinya, lebih ‘sweet’ dari menyanyi lagu-lagu jiwang kan?

Adriana pula membacakan sepotong hadis khas untuk suami tercinta. Diulang bacaan hadis itu sebanyak tiga kali. Kata orang jika ingin mudah menghafal hadis, ulanglah sebanyak tiga kali.

            “Empat kunci kebahagiaan menurut sepotong hadis daripada Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa, Riwayat Ibnu Hibban” Adriana membaca hadis tersebut sebanyak tiga kali. Dipandangnya suami di sebelah, Faris hanya tersenyum.

Mereka menghabiskan malam mereka dengan lebih membicarakan tentang agama, ya moga Allah redha dengan perkahwinan ini.

Pagi-pagi Adriana sudah bangun, dia sengaja mengambil angin di luar rumah. Menghirup udara segar sambil memerhatikan bunga-bungaan yang ditanam umminya. Tiba-tiba dia teringatkan pula tahajjudnya bersama suami. Syahdunya dalam keheningan pagi hanya Allah yang mengerti. Tenangnya berdoa dalam setiap sujud hanya Allah yang memahami. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk beribadah oleh Illahi.

Pagi hening itu mereka sama-sama bertahajjud, bertadarus, bertukar-tukar fikrah tentang islam. Indahnya cinta berteraskan islam..

Dalam asyik Adriana merenung ciptaan Illahi, dia disapa seseorang.

            “Assalamu’alaikum, awal menantu ummi ni bangun?” soal Hajjah Mardhiyah. Dari tadi dilihatnya Adriana asyik termenung.

            “Wa’alaikumsalam ummi, maaflah Riana tak perasan ummi. Takdelah awal mana ummi, dah dekat pukul tujuh pagi pun” balas Adriana tersenyum. Dia suka melihat wajah tenang Hajjah Mardhiyah persis seperti Faris.

            “Faris buat apa di atas?” tanya Hajjah Mardiyah. Mampukah anakya menjadi imam untuk Adriana?

            “Abang Faris ada kerja katanya. Marking paper rasanya ummi. Abi pergi mana ummi? Dari pagi tak nampak” soal Adriana pula. Dia tercari-cari juga kelibat bapa mentuanya itu tetapi tidak kelihatan pula.

            “Ohh, abi jumpa kawan lamanya. Abi tu kalau dah jumpa kawan, biasalah boraknya panjang” Hajjah Mardhiyah tersenyum. Teringat pula kepada suaminya, suami yang hampir tiga puluh tahun berkongsi hidup bersama. Alhamdulillah dikurniakan suami seperti Ustaz Fahmi dan dia yakin Faris mampu menjadi ketua keluarga yang baik seperti abinya. Insha Allah…

            “Ohh, ummi ajak Riana buat umrah ya ummi?” Adriana mula menarik tangan Hajjah Mardiyah, tangan seorang ibu. Argghh, rindu terhadap arwah mama mula menerpa. Mujurlah dia dikurniakan ibu mertua yang penyayang seperi Hajjah Mardhiyah, terubat sedikit rindu terhadap arwah mama. Alhamdulillah…

            “Ha’ah… abi yang cadangkan kita buat umrah satu family. Lagipun waktu Irah, Furqan dan Riana tengah cuti kan? Riana setuju?”

            “Ya ummi, Riana cuti masa tu. Insha Allah, Riana teringin sangat nak pergi sana. Riana teringin nak berdoa depan ka’abah, nak melawat makam baginda, nak berdoa di jabal rahmah. Ummi dah pernah pergi sana ya?”

            “Alhamdulillah Riana, ummi dah pernah pergi sana dengan abi dulu. Rasa tenang sangat kat sana Riana, rasa macam nak beribadah saja, lupa urusan duniawi seketika”

Subhanallah, apa yang Hajjah Mardhiyah ceritakan sama seperti Kak Tasha ceritakan pengalamannya.di sana. Ya, rasa tenang itulah yang mahu Adriana yang membuatkan hati Adriana semakin teruja untuk ke sana. Moga Allah izinkan, insha Allah…

            “Ummi doakanlah untuk Riana ya?” pinta Adriana.

            “Insha Allah Riana, ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi”

Adriana terharu mendengar pengakuan Hajjah Marhiyah, sungguh Hajjah Mardhiyah menganggapnya seperti anak sendiri. Tidak membeza-bezakan antara dia dengan Faris, Furqan dan Faathirah.

            “Terima kasih ummi, maaf kalau Riana tak mampu jadi menantu yang baik untuk ummi” ujar Adriana sebak. Dia bukanlah menantu yang baik, yang mampu memuaskan hati ibu bapa mertuanya.

            “Syyhhh, jangan cakap macam tu Riana. Bagi ummi, Riana menantu yang baik, isteri yang solehah” pujuk Hajjah Mardhiyah, ditariknya Adriana ke dalam pelukan. Adriana memang menantu yang baik walaupun usianya masih muda. Insha Allah masa yang akan lebih mematangkan Adriana nanti, insha Allah..

Adriana membalas pelukan Hajjah Mardhiyah. Hatinya terharu mendengar luahan dan harapan Hajjah Mardiyah. Moga dia mampu menjadi menantu yang baik dan isteri yang solehah seperti doa umminya sebentar tadi. Aamiin…

Saturday 16 June 2012

Suami Ekspress 26


BAB 26

Pagi-pagi lagi Adriana sudah bangun, dilihatnya Faris yang lena tidur di sebelah. Wajah Faris ditatapnya lama, wajah yang tenang sama ada ketika jaga mahupun dalam lena. Dia suka wajah tenang milik suaminya. Pantaskah dia untuk lelaki sebaik Faris? Dia hanya wanita biasa tapi dia juga ingin menjadi wanita yang dirindui syurga, yang meninggikan darjat dan kehormatannya, yang merindui detik pertemuan bersama penciptanya. Mampukah dia?Dia hamba yang penuh dengan dosa.

Lantas dikerlingnya jam disebelah katil, tepat 4.30 pagi. Dia bangun perlahan-lahan dari katil, tidak mahu menggangu lena suaminya, dia tahu Faris penat menguruskan kenduri tahlil untuk arwah mama dan papanya semalam. Diatur langkah ke bilik air, mahu melakukan solat sunat.

Dalam keheningan pagi itu, Adriana bertafakur di atas tikar sejadah. Memuhasabah dan menghitung dosa sendiri, Alhamdulillah dia sempat melakukan solat sunat taubat, solat sunat hajat. Sempat juga dititipkan doa buat arwah mama dan papanya di sana, moga mereka tergolong di kalangan orang yang mendapat keampunan dan rahmat di sisi Allah, moga syurga Illahi menanti mereka di sana. Aamiin..

Adriana melihat jam di dinding, baru jam 5.15 pagi. Diambilnya pula Al Quran di atas rak, disedekah Al Fatihah dan surah yasin buat orang tuanya. Moga dia menjadi anak solehah yang mampu menarik orang tuanya menuju syurga Illahi.

Faris terjaga dari lena apabila terdengar sayup-sayup suara mengalun kalam Allah. Dicubanya membuka mata perlahan-lahan dan dikerlingnya di sebelah  Adriana sudah tiada di sisi. Dia bangun juga dari katil dalam keadaan mamai dan  kantuk masih bersisa. Langkah kaki dihayun ke bilik air mahu membersihkan diri untuk menghadap Illahi.

Faris keluar dari bilik air, kedengaran suara Adriana yang tersekat-sekat membaca Al Quran. Faris tahu isterinya sedang menangis, dibiarkan sahaja Adriana mencari ruang sendiri. Lantas dicapainya Al Quran di atas rak, ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu solat subuh.

Usai sahaja solat jemaah subuh mereka, Adriana hanya termenung di balkoni bilik menghadap ke arah jalanraya. Sengaja dia mengambil angin pagi di situ, menghirup udara segar. Tiba-tiba telefonnya bergetar di atas meja, diambilnya gajet tersebut. Ada mesej baru dari nombor yang tak dikenali, unknown number!!

Dibelek-beleknya lagi telefon bimbit, cuba mengenalpasti nombor tersebut. Dibukanya pula mesej dari si empunya diri.

-Assalamualaikum, dh solat subuh?-

Siapa pula yang menghantar kepadanya mesej sebegini pagi-pagi ini? Takkanlah Iman, otaknya mula merencana mesej tersebut. Ditenungnya lagi nombor tersebut.

            ‘Eh, ni bukan Aqil ke?’ soal Adriana sendiri.

            “Isteri solehah abang buat apa ni?” tegur Faris dari belakang.

            “Err, takde buat apa-apa” balas Adriana sedikit gugup. Telefon bimbit di tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

            “Jom pergi jogging nak? My tummy dah buncit sikitlah” ajak Faris, tangannya mengusap perlahan perutnya.

Adriana hanya tergelak kecil. Dipandangnya Faris dari atas ke bawah, mana ada buncit maa. Aiyaa, Faris, Faris…

            “Jogging? Boleh juga, kesian kat suami soleh Riana ni. Perut dia dah buncit ya?” usik Adriana, tangannya mula mengusap perut suaminya.

            “Ishh, apa ni? Gelilah.. tapi suatu hari nanti abang akan pastikan abang yang akan usap perut Riana, usap perut isteri solehah abang yang akan mengandungkan anak abang” Faris sudah mula tersenyum sendiri, moga saat itu tiba nanti.

Adriana sudah menggigit bibir sendiri, malu jangan cakaplah. Panas mukanya saat ini, moga harapan suaminya akan tercapai suatu hari nanti, insha Allah.. Dia juga teringin mahu punya anak sendiri, pengikat kasih antara dia dan Faris. Tapi biarlah masa itu datang sendiri, moga Allah memberi peluang kepadanya untuk merasa pengalaman hidup sebagai seorang ummi, insha Allah..

            “Abang, pergilah siap. Kata nak jogging tadi” Adriana mula menukar topik.

            “Owhh, okey” balas Faris ringkas.

Pagi itu mereka menghabiskan masa mereka dengan berjogging di Stadium Hang Jebat kira-kira hanya lima belas minit perjalanan dari rumah mereka. Awal-awal lagi Faris sudah melarang Faathirah yang mahu mengikut mereka berjogging pagi itu. Teringat panjangnya muncung gadis itu apabila permintaan tidak dihiraukan.

            “Along dengan Kak Riana nak pergi jogging eh? Irah nak ikut” ujar Faathirah teruja apabila dilihatnya abang dan kakak iparnya yang sudah bersiap dengan pakaian sukan.

            “Tak boleh ikut, along nak date dengan Kak Riana” bantah Faris tegas.

            “Alaaa, bolehlah Irah tak kacau along dengan Kak Riana date” pujuk Faathirah lagi. Dia bukannya mahu mengacau abang dan kakak iparnya, tapi dia mahu berjogging saja. Huuhuuu..

            “Tak boleh, along nak berta’aruf dengan isteri along ni. Lain kali kita pergi ya” ujar Faris perlahan, kasihan pula melihat wajah adiknya. Hari ini sememangnya dia mahu meluangkan masa bersama Adriana.

            “Along tak habis lagi ke nak berta’aruf dengan kakak ipar Irah ni…” Faathirah sudah mula merajuk, sampainya hati along!! Huuuhuu..

Faris mula rasa serba salah, kasihan melihat wajah sedih adiknya. Tetapi dia sudah mempunyai perancangannya sendiri. Dia mahu mengenali Adriana dengan lebih rapat, lagi pula dia tidak punya banyak masa untuk memahami isterinya sendiri. Adriana tinggal di kolej, masa-masa seperti inilah dia digunakan dengan sebaiknya untuk mengenali isterinya dengan lebih rapat.

            “Irahh, nanti along bawak Irah jalan ya? Along belanja makan sekali, but not this time okey? Pleaseee..” pujuk Faris lagi, mengharap pengertian adiknya.

Faathirah sudah mula terpujuk dengan kata-kata abangnya. Kasihan pula melihat wajah penuh mengharap abang sulungnya itu. Ya, mungkin dia harus memberi ruang untuk abang dan kakak iparnya.

            “Oklah, tapi janji tau nanti belanja Irah” Faathirah sudah mula tersenyum, memang abangnya pandai memujuk, untunglah Kak Riana..

Faris sudah menarik nafas lega, mujurlah Faathirah memahami. Dipandangnya Adriana di sisi, isterinya hanya tersenyum. Ya, dia memang sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri!! Moga rasa cinta ini kekal hingga ke syurga Firdausi, moga redha Illahi mengiringi perkahwinan ini. Aamiin…

Faris dan Adriana sama melakukan warm up, bersedia untuk berjogging. Rasa segar apabila menghirup udara pada pagi ini. Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Illahi. Tidak ramai orang yang berjogging pada pagi itu, pagi Jumaat. Hari ini Faris mengambil cuti, mahu menghabiskan masa bersama isterinya. Adriana pula tiada kelas hari ini, kelas makmalnya batal.

Faris dan Adriana sudah mula berlari-lari anak. Hilang segala masalah yang timbul, benarlah kata orang bersukan mampu menghilangkan tekanan. Bersukan merupakan terapi untuk menghilangkan masalah. Rasulullah juga sebagai bersukan, antara sukan kesukaan Rasulullah ialah memanah, berenang dan menunggang kuda.

Setelah satu jam mereka berjongging, Faris mula melabuhkan punggung. Dilihatnya Adriana sibuk melakukan cool down. Cepatnya masa berlalu sudah tiga bulan usia perkahwinan mereka, masih banyak rancau dan dugaan rumahtangga yang harus ditempuhi mereka. Kadangkala Faris takut untuk menempuhi alam rumahtangga, rumahtangga mana yang tidak dilanda badai? Mungkin Allah ingin menguji tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita harus mengurus masalah itu sendiri.

Adriana mula melabuhkan punggungnya di sisi Faris. Melepaskan lelah seketika, ditenungnya wajah Faris di sisi, wajah yang tenang mata memandang. Kulit yang cerah, kening mata yang lebat, hidung yang sedikit mancung dan bibir yang merah. Tidak dinafikan Faris memang kacak mirip wajah ummi yang manis. Bibirnya mengukir senyuman, handsome jugak eh suami aku aka Mr. Faris ni, hehe..

            “Dah habis dah tenung muka abang? Handsome tak?” usik Faris nakal. Ralit sangat isteri merenung mukanya sebentar tadi.

Wajah Adriana sudah panas, malu wehh.. Huhuhu… Dikalihnya pandangan ke arah lain, malu apabila tertangkap sedang merenung suami sendiri!! Kan dah kantoi Adriana Qistina, aiyoyo…

            “Eh, perasan pulak dia ni” hanya itu yang mampu diucapkan, malu masih menebal. Dah tebal sepuluh inchi dah malu ni weh..

            “Takpe, abang tahu abang handsome kan? Haha..” gelak Faris kuat, kelakar melihat wajah malu isterinya. Comel apabila pipi gadis itu sudah kemerahan menahan malu.

            “Aiyoo, susahlah orang yang suka perasan ni” ujar Adriana lagi, tapi Faris memang handsome!!

            “Apa perasaan Riana kahwin dengan abang? Bahagia ke sedih? Abang tak mampu nak bagi Riana harta abang, abang tak kaya harta” soal Faris, memang dia tidak kaya dengan harta. Dia hanya seorang pensyarah, dia juga tidak berasal dari keluarga berada, bapanya juga merupakan seorang pendidik. Dia dan Adriana berbeza, Adriana berasal dari keluarga berharta juga, bapa Adriana juga merupakan seorang jurutera. Dia takut dia tidak mampu membahagiakan Adriana.

            “Mestilah Riana bahagia, ada suami soleh macam abang, keluarga yang memahami. Riana ada abi, ummi, Irah dan Furqan.. Kaya harta tu tak menjamin bahagia abang, yang penting kaya iman, kaya  akhlak” Adriana mula menarik tangan suaminya, tidak mahu Faris terus berasa rendah diri. Untuk apa lagi yang membahagiakan seorang isteri selain mempunyai suami yang mampu membimbing isteri dan anak-anak menuju syurga Illahi. Dia tidak memerlukan harta dunia, yang dia mahu adalah mempunyai suami yang sempurna iman dan ilmunya.

            “Betul ni?” Faris seakan tidak percaya apa yang baru sahaja diluahkan isterinya. Adriana Nampak matang berbanding usianya, mungkin kehilangan orang tua kala usia muda menjadikan Adriana lebih matang.

            “Betul abang, Riana yang takut abang tak bahagia dengan Riana” Adriana jujur meluahkan kerisauan di hati. Memang dirasakan dirinya tidak pantas bersama lelaki sebaik Faris.

            “Abang bahagia sayang, bahagia sangat-sangat…Riana pernah dengar hadis riwayat Muslim, dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Abang bahagia ada isteri solehah seperti Riana ni” Faris tersenyum memandang isterinya. Dicubit perlahan pipi gadis itu.

Adriana terharu mendengar luahan suaminya, moga dia mampu menjadi isteri solehah seperti apa yang diharapkan suaminya. Aamiin….

            “Firman Allah dalam surah An Nur ayat 26 yang bermaksud wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik” terang Faris lagi diselitkan pula terjemahan Al Quran dari surah An Nur.

            “Thanks abang, insha Allah Riana akan jadi isteri yang solehah untuk suami yang soleh seperti abang. Moga kita pantas beriiringan menuju syurga Illahi”

            “Aamiin.. Semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah juga. Bukankah anak yang soleh dan solehah itu merupakan aset ibu bapa ke syurga juga” Faris tersenyum memandang Adriana, moga mereka dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah nanti.

Adriana hanya tersenyum mendengar harapan dari suaminya. Ya, moga Illahi memberi mereka kesempatan dan peluang untuk menjadi ibu bapa yang mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Memperkembangkan ummah yang mampu memberi sumbangan kepada agama, insha Allah.

Friday 15 June 2012

Suami Ekspress 25


BAB 25

Malam itu, usai sahaja kenduri tahlil dan solat isyak berjemaah di rumah Hajjah Mardiyah, Adriana mula mengatur langkah ke dapur. Mengemas dan membersihkan apa yang patut. Hatinya sudah lapang kini, mujurlah marah Faris tidak lama. Dia bersyukur dikurniakan lelaki sebaik Faris, tepat pilihan arwah papanya dahulu. Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dikurniakan lelaki sebaik Faris, Alhamdulillah Ya Robbul Izzati.

Kakinya melangkah ke arah sinki dapur, mahu membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Kasihan umminya dan Irah yang sudah bertungkus lumus petang tadi. Dia tidak mahu hanya duduk goyang kaki sedangkan kenduri ini untuk arwah mama dan papanya. Kalau arwah papa dan mamanya masih ada sekarang tentu mereka bangga dengan sikap Faris dan sikap keluarga Faris.

Sedang dia leka membasuh pinggan di dapur, tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Mujurlah tidak terlepas pinggan di tangan. Tanpa menoleh kepada si empunya diri, dia sudah tahu si empunya diri. Dia pasti suaminya yang sedang memeluknya dari belakang, siapa lagi yang berani memeluknya selain suami sendiri? Tambahan pula dia kenal sangat bauan minyak wangi suaminya.

            “Sayang basuh pinggan ya? Nak abang tolong?” Faris mengeratkan lagi pelukan di pinggang isterinya.

Adriana sudah rimas dengan pelukan suami sendiri, malu pun ada. Kalaulah ummi dan Faathirah masuk ke dapur saat ini, tak ke malu dia dan Faris? Ishh, Faris ni pun!! Kita malulah awak, aiyaaa…

            “Taklah Riana tengah basuh baju ni. Nak tolong ke? Tolong duduk jauh-jauh sikit, pergi duduk kat kerusi tu” Adriana memuncungkan mulutnya ke arah kerusi yang terletak di penjuru dinding. Haishh, dah tahu orang tengah basuh pinggan, mahu tanya lagi. Ayoyo…

            “Amboi loyar buruk eh?” Faris mula merungkaikan pelukan.

Adriana menarik nafas lega. Yakin yang Faris tidak akan mengacaunya lagi. Dia kembali meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Badannya juga sudah letih kerana tidak dapat rehat yang mencukupi. Tak sabar rasanya mahu melepaskan lelah di atas katil. Bahagianya kalau dapat tidur saat ini..

Faris hanya memerhati Adriana yang lincah membasuh pinggan mangkuk. Bosan pula jika hanya ‘tolong lihat’ sahaja. Lantas kakinya diatur ke arah sinki, mahu menolong apa yang patut. Disinsingkan pula lengan baju melayunya. Sedia untuk membantu Adriana membilas pinggan mangkuk.

            “Eh, abang tak payahlah tolong. Ni kerja Riana. Abang pergi duduk kat sana” arah Adriana. Ishh, Faris ni rajin sangat tolong dia. Dia segan sebenarnya lagi pula bukan susah sangat nak basuh pinggan ni.

            “Siapa kata ni kerja Riana? Ni kerja siapa yang mahukan pahala lebih” balas Faris tanpa menghiraukan kata-kata isterinya. Diambilnya juga pinggan lalu dibilasnya pinggan tersebut.

            “Hah kalau macam tu Riana nak pahala lebih, abang pergi berehat kat atas ya” arah Adriana lagi, dia menolak perlahan tubuh suaminya. Hisshh, kenapa Faris ni sweet sangat? Ohh, hatiku sudah tertawan, hehe…

            “Takpe-takpe abang sedekahkan pahala abang untuk Riana sekali ya” Faris masih tidak mahu mengalah. Apa salahnya dia menolong isteri sendiri di dapur, sedangkan rasul mulia selalu membantu isteri baginda.

Adriana tidak mampu menghalang kehendak Faris, biarlah suaminya menolong. Cepat sedikit kerjanya selesai, lagi pula badannya sangat letih hari ini.

Faris memercikan sedikit air ke arah isterinya setelah mereka selesai membasuh pinggan. Sengaja ingin bergurau dengan isteri sendiri. Dari tadi hanya wajah letih Adriana yang dilihatnya, mahu juga melihat senyuman di bibir gadis kesayangannya itu.

Adriana sudah merengus geram. Habis basah mukanya, takpe-takpe. Ada lori ada bas, ada masa akan kubalas. Eh betul ke? Huhu.. bushhh.. disimbahnya pula air ke baju melayu berwarna unggu muda suaminya. Hehe…

            “Ohh main simbah air kat baju ya? Kasar nampak, abang percik air kat muka je tau!” Faris menyimbah pula air ke baju Adriana. Bushhh.. mereka sama-sama basah!! Aiyaa….

Adriana masih tak berpuas hati dengan suaminya, disimbah pula air ke rambut suaminya. Hahaha Nampak ‘comel’ Faris bila kena simbah dengan air. Huru-hara dapur ummi dibuat mereka.

Faathirah mendengar riuh rendah suara abangnya dan kakak iparnya di dapur. Kakinya melangkah ke dapur, mahu melihat apa sebenarnya yang terjadi.
                       
            “Ya Allah, habis basah dapur ummi ni” terjerit Faathirah apabila dilihatnya lantai dapur basah. Apa kena agaknya abang dan kakak iparnya? Macam budak-budak!!

Adriana dan Faris terkaku mendengar jeritan Faathirah. Hilang terus tawa mereka apabila melihat lantai dapur yang basah. Eh, macam mana boleh basah lantai dapur ni? Siling dapur bocor ke? Hehe..

            “Ya Allah.. Along dengan Kak Riana pun basah juga?” bebel Faathirah lagi. Habis basah baju kakak ipar dan abangnya itu. Hisshh, bukan budak-budak lagi dorang ni, nak jadi mak bapak budak dah!! Aiyoyo..

Adriana sudah tersipu malu, Faris lah punya pasal ni, dengan dia-dia sekali terlibat, huhuhu.. eh, tapi bukan salah dia jugak ke?

            “Apa yang bising-bising ni Irah? Dari depan lagi ummi dah dengar suara kamu” muncul pula Hajjah Mardhiyah.

            “Ummi tengoklah along dengan Kak Adriana tu” tunjuk Faathirah.

Mengucap panjang Hajjah Mardhiyah apabila dilihat anak menantunya yang sudah basah kuyup tika itu. Bibirnya mengukir senyuman, biasalah pengantin baru. Dia juga pernah merasa saat manis pengantin baru.

            “Sudah-sudah pergi mop lantai ni. Irah pergi ambil towel untuk abang dengan kakak kamu tu” arah Hajjah Mardiyah, kakinya kembali diatur ke ruang hadapan.

            “Hah, along mop lantai ni. Macam budak-budaklah along ni” marah Faathirah, kakinya melangkah jua ke bilik abangnya, ingin mengambil tuala untuk abang dan kakak iparnya.

Adriana mengangkat ibu jarinya kepada Faris, padan muka!! Hehe.. Dia masuk ke bilik air di ruang dapur itu, mahu membuka tudung dan mengeringkan rambutnya. Habis basah baju dan tudungnya.

Faris hanya memerhatikan langkah Adriana yang semakin meninggalkannya. Tersenyum sendiri apabila teringatkan peristiwa tadi. Dapat juga dia melihat senyuman di bibir isterinya. Isteri solehahku, ayuh sama-sama kita kejar redha Illahi untuk meraih syurga Illahi..

Faris mengambil mop dan dia mula mengelap lantai dapur yang basah. Dia tidak kisah jika terpaksa bersusah payah asalkan dia mampu mengembalikan senyuman di bibir permaisuri hidupnya. Sambil mengemop lantai dia mula menyanyi nashid lagu kumpulan kesayangannya UNIC iaitu lagu Hanya Tuhan Yang Tahu. Batang mop dijadikan pula sebagai mikrofon, ini solo nashidlah beb!! Hehe..

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Adriana hanya tersenyum dari dalam bilik air apabila terdengar suara suaminya menyanyikan lagu nashid tersebut, aishhh semangatnya mamat ni menyanyi. Eh tapi sedap jugak suara dia, hehe.. bibirnya mula mengukir senyuman. Dia memang sudah jatuh cinta dengan ‘suami soleh’ aka Mr. Farisnya.

Malam itu tika Adriana mahu merebahkan badannya ke katil, telefon yang terletak di sisi katil bergetar tanda ada pesanan sms yang masuk. Dengan malas dicapainya juga gajet yang berwarna pink tersebut, membuka mesej dari sesorang yang tidak dikenalinya, unknown number…..

-Assalamualaikum, Riana.. Sy nak mintak maaf pasal pg tadi- Aqil

Terus Adriana menekan butang delete, mahu dipadam terus mesej dari lelaki itu. Mana Aqil dapat nombornya? Patut ke dia berterus terang memberitahu statusnya kepada Aqil? Aarrgghhh kusut fikirannya saat ini. Aqil pula bagai tidak mengerti hint yang diberikan, masih tidak berputus asa mengejar cintanya. Apa motif lelaki itu menghantar mesej kepadanya pada lewat malam sebegini? Dah takde kerja ke? Bagi Adriana lelaki yang baik tidak akan menghantar mesej pada lewat-lewat malam sebegini. Runsing fikirannya memikirkan sikap lelaki itu.

Akhirnya, Adriana terlena juga bersama persoalan yang masih belum terjawab, moga esok Illahi menunjukan jalan menyelesaikan masalah yang timbul. Dia sudah lelah melayan kerenah lelaki itu.

Aqil hanya termenung di meja study, sengaja dia menghantar sms kepada Adriana. Puas dipujuknya Aniq iaitu ketua kelas mereka supaya memberi nombor telefon Adriana kepadanya. Ya, dia tidak akan berputus asa mengejar cinta gadis itu. Biarlah dimarah atau diherdik gadis itu, dia tidak akan sesekali berputus asa!! Gadis ‘semahal’ Adriana memang sukar dicari sekarang, biarlah dia yang memiliki cinta gadis itu.

Sikap malu dan tegas gadis itu membuatkan hatinya bertambah terpikat. Dia mahu memiliki cinta gadis yang meletakkan harga diri mereka di tempat yang tertinggi, bukan di tempat yang paling bawah. Kebanyakan gadis kini sewenangnya memberi cinta dan maruah mereka kepada yang tak berhak memiliki. Dia yakin Adriana bukan gadis seperti itu dan dia tidak akan berhenti untuk mengejar cinta Adriana.

Adriana seorang yang lembut tapi tegas dengan pendirian, teringat dia tentang sebuah puisi mengenai kelembutan yang wanita miliki.

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli ,
 Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
 Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

            ‘Aku yakin satu hari nanti kau akan jatuh cinta dengan aku Riana’ bisiknya perlahan.

Monday 11 June 2012

Suami Ekspress 24


BAB 24

Pagi itu usai sahaja kelas biologi, Adriana terus bersiap-siap mahu pulang ke kolej kediaman. Sebentar sahaja lagi Faris akan mengambilnya. Malam ini, keluarga mentuanya mengadakan kenduri tahlil untuk arwah mama dan papanya. Dalam asyik dia mengatur langkah, langkahnya diekori seseorang.

            “Awak, tunggu sekejap” pinta suara di belakangnya.

Tanpa menoleh kebelakang dia sudah tahu si empunya diri. Aqil ni nak apa lagi? Hishh, mamat ni dah takde kerja lain ke?

            “Nak apa? Saya nak cepat ni, sorri” Adriana menoleh juga ke belakang. Takut si empunya diri terasa hati pula nanti.

            “Sekejap je awak. Awak free kan besok? Jom pergi jalan, ajak Iman sekali” balas Aqil, tidak mahu berputus asa mengejar cinta gadis itu.

            “Saya ada hal besok, sorri” ucap Adriana, kakinya masih meneruskan langkah. Mahu mengejar masa, masanya kian suntuk.

            “Alaa awak, bukan selalu pun. Jomlah keluar, release tension sikit. Janganlah asyik study je” pujuk Aqil tidak mahu mengalah.

            “Saya ada hal, awak ajaklah orang lain” balas Adriana geram. Tak paham bahasa betul mamat ni!! Nak cakap bahasa apa lagi eh? Cakap bahasa perancis nanti baru tahu..

            “Saya taknak ajak orang lain, jomlah awakk” kali ini suara Aqil sudah merayu.

            “Saya kata tak nak, tak nak lahh. Kenapa tak nak ajak orang lain? Sama je kan, awak nak keluar untuk release tension. Takde beza saya dengan orang lain” Adriana sudah geram, mengada betul mamat ni. Orang taknak tu dahlah. Memaksa orang betul!!

            “Ada bezanya Riana.. Sebab tulah saya ajak awak” jawab Aqil, memang ada bezanya jika dia keluar dengan Adriana dan gadis lain. Adriana gadis yang dicintainya.

            “Apa bezanya?” soal Adriana, kakinya melangkah lebih laju lagi. Mahu melarikan diri dengan mamat tak faham bahasa ni!!

            “Awak gadis yang saya cinta..” luah Aqil berani.

Mati terus langkah Adriana. Mamat ni biar betul? Kau salah orang lah weh, aku dah ada suami.. Belum sempat Adriana meneruskan langkah, langkahnya mati lagi. Kali ini lebih hebat tekanan yang dirasakan berbanding ketika Aqil meluahkan perasaannya sebentar tadi. Ya Allah, dugaan apakah ini??

Wajah Faris yang masam menakutka Adriana, sudah pasti suaminya mendengar apa yang diluahkan Aqil. Mahu gugur jantungnya melihat wajah kelat Faris. Bibirnya juga kelu mahu menegur, air liur di kerongkong seakan tersekat.

            “Assalamualaikum sir” tegur Aqil.

Faris cuba mengukir senyuman, tawar dirasakan senyumannya saat itu. Sakit hatinya mendengar perkataan cinta yang baru diluahkan pelajarnya terhadap isterinya sendiri. Pedih, geram, marah bercampar baur perasaannya saat ini.

            “Waalaikumsalam” Faris membalas juga salam yang dihulurkan sedangkan dalam hati hanya Allah yang tahu perasaannya saat ini.

            “Saya mintak diri dulu, ada hal” jawab Faris, masih cuba mengukir senyuman. Langkah kaki diatur ke arah parkir kereta pensyarah.

Adriana mula melangkah laju meninggalkan Aqil jauh ke belakang, sakit hatinya dengan Aqil bagaikan gunung berapi yang bila-bila masa sahaja akan memuntahkan laharnya.

Di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang mereka ke Melaka, Faris lebih suka mendiamkan diri. Adriana bagaikan resah di tempat duduk sendiri, mencari jalan penyelesaian masalah yang baru timbul. Moga Illahi tunjukkan jalan untuk perbaiki hubungan yang baru terjalin kini.

Hanya radio mengisi kesunyian antara mereka. Adriana runsing melihat perubahan drastik Faris, mana pernah suaminya sedingin ini. Bohonglah kalau hatinya tidak terasa dengan perubahan sikap suaminya, tetapi disabarkan hati, memang patut Faris bersikap sedemikian. Hati suami mana yang tidak sakit mendengar kalimah cinta lelaki lain terhadap isterinya sendiri? Sudahlah cinta antara mereka baru saja berputik. Dia hanya membiarkan marah Faris redha sedikit dahulu, akan dicari jalan penyelesaian apabila marah suaminya mula reda nanti, moga Allah permudahkan jalannya..

Faris hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan mereka, lidahnya seolah-olah kelu untuk berbicara. Biarpun hatinya marah dan geram, namun dia tidak mahu membabi buta marahkan Adriana. Dia harus lebih rasional mengawal amarahnya. Teringat pesan abinya semasa memberikan tazkirah buat keluarganya. Orang yang paling kuat dan gagah bukanlah mereka yang mampu mengangkat sepuluh tan minyak tetapi mereka yang mampu mangawal amarah dalam diri mereka, mengawal menahan nafsu sendiri.

Hampir satu jam lebih perjalanan mereka, akhirnya mereka tiba juga di Melaka. Faris hanya melangkah masuk ke rumah tanpa menghiraukan Adriana. Dia harus mencari ruang sendiri, mencari ketenangan sebelum amarahnya dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.

Adriana terkial-kial mahu mengeluarkan beg di seat belakang kereta. Matanya memandang sayu langkah Faris. Sungguh hatinya tersentuh dengan sikap dingin suaminya. Tak pernah Faris sedingin ini, kali pertama semenjak mereka dinikahkan. Sayunya hati diperlakukan begitu, seperti dia tidak wujud di mata suaminya. Mana pergi sikap Faris yang penyabar, yang memahami, yang sentiasa tersenyum? Ya Allah dia rasa berdosa, berdosa dengan suami sendiri.

Diangkatnya juga beg-begnya memasuki rumah. Jujur hatinya terasa sedih saat ini, seperti Faris seakan mencipta jurang antara mereka. Akan difikirkan jalan terbaik untuk memujuk hati suaminya. Melihat sekitar rumah yang sudah tersiap sedia untuk kenduri malam ini, hatinya bertambah sayu. Malam ini kenduri tahlil arwah mama dan papanya. Rindu pada orang tuanya menghimpit lagi, runtun pilu hatinya saat ini. Kalaulah mama dan papa masih ada.. Namun dia tidak boleh menyalahkan takdir Illahi, mungkin ada hikmah yang tersendiri. Mungkin Allah ingin menguji dia dan Faris, mungkin Illahi mahu mengajarnya supaya lebih berhati-hati dalam menjaga maruah diri. Sesungguhnya hanya Illahi yang Maha Mengetahui… Hanya Illahi tempat mengadunya saat ini kerana dia sudah tidak punya mama dan papa sebagai tempat mengadu. Takde lagi pangkuan mama dan bahu papa yang mampu disandarkan saat dia punya masalah yang menguji iman di dalam diri.

Petang itu, Adriana membantu umminya menyiapkan lauk untuk kenduri malam ini. Faris awal-awal lagi sudah keluar ke halaman rumah, menyiapkan apa yang patut di luar rumah. Dia dan Faathirah menolong Hajjah Mardhiyah memasak untuk kenduri malam ini.

            “Riana kalau penat, pergilah rehat dulu. Penat sangat muka kamu ni” nasihat Hajjah Mardhiyah, lesu sangat wajah menantunya tika ini.

            “Eh, takdelah ummi. Riana ok je” Adriana tersenyum menutup wajah lesu.

‘Otak dan hati Riana yang penat ummi. Anak ummi marahkan Riana’ kata-kata itu hanya mampu terluah di hati.

“Kamu pergi berehat, biar ummi dengan Irah yang buat kerja ni. Lagi sikit saja yang tinggal. Dah nak asar ni, ajak Faris Jemaah sekali” arah Hajjah Mardhiyah risau.

            “Haah Kak Riana pergi rehat jelah. Irah boleh tolong ummi” sokong Faathirah pula.

Adriana tersenyum, dia mengalah. Kakinya melangkah ke bilik di tingkat atas. Kira-kira dua minit sahaja lagi sebelum masuk waktu solat asar. Lantas dia mengambil wuduk, membentangkan sejadah untuk dia dan Faris. Moga Faris masih sudi menjadi ‘imam’ untuk dirinya.

Azan asar sudah kedengaran dari masjid berhampiran, Faris melangkah masuk ke dalam bilik, ingin menunaikan tuntutan Illahi. Langkah kakinya mati di hadapan pintu, kaku melihat Adriana yang khusyuk membaca Al Quran. Sejuk hatinya saat ini, terbang segala amarahnya. Dilihatnya Adriana turut membentangkan sejadah untuknya.

Lantas langkahnya diatur ke bilik air, mahu mengambil wuduk. Moga wuduk ini mampu melenyapkan amarahnya selama-lamanya. Dia mengimamkan solat asar mereka, tangannya mula mengangkat takbir memulakan solat. Moga solat ini menyucikan dirinya dan Adriana dari anasir-anasir jahat di luar sana. Aamiin…

Adriana menghulurkan tangan usai sahaja bacaan doa dari Faris. Sungguh hatinya sayu dan tersentuh mendengar doa yang tulus dari bibir suaminya. Berdoa agar rumahtangga mereka sentiasa dalam redha Allah, dijauhkan dari anasir-anasir jahat.

Faris menyambut huluran tangan Adriana. Hatinya lebih tenang kini, terasa lebih lapang. Terbang segala amarahnya diganti pula dengan perasaan tenang melihat wajah suci Adriana yang bertelekung itu. Benarlah kata orang, solat jemaah antara suami isteri itu mampu mengeratkan hubungan. Sungguh ajaran islam itu tidak sia-sia, banyak manfaat dan kelebihannya apabila menjadikan islam itu sebagai Ad Din iaitu cara hidup kita. Dikucupnya perlahan ubun-ubun isterinya.

Air mata Adriana sudah membasahi pipi, sedih dan tersentuh dengan perlakuan suaminya. Masih sudi menerima dirinya.

            “Ab.. abang, Riana mintak maaf. Riana tak mahu jadi isteri derhaka. Riana nak kejar redha suami, nak kejar redha Allah” ucap Adriana dengan linangan air mata.

            “Syhh.. Jangan cakap macam tu sayang. Riana tetap isteri solehah abang. Abang mintak maaf ya?” pujuk Faris, hatinya menangis melihat air mata dari isterinya. Adriana menangis kerana dia!! Ya Allah, jangan Kau biarkan isteriku menangis kerana khilafku sendiri.

Adriana tersentuh mendengar perkataan isteri solehah yang terkeluar dari bibir suaminya. Ya Allah, mulia sungguh peribadi Faris, masih memanggilnya isteri solehah meskipun dia tidak layak dengan panggilan itu. Semakin laju air matanya mendengar bicara suaminya.

            “Syyhhh, jangan nangis sayang. Insha Allah abang akan lebih matang lagi selepas ni ya? Kan kita nak bercinta secara high class, nak mencari redha Illahi, nak meraih syurga Illahi” pujuk Faris lagi, ditariknya Adriana ke dalam pelukan. Ingin mengurangkan kesedihan gadis itu, dia tidak mahu menjadi suami yang gagal membimbing isteri menuju syurga Illahi. Bukan cinta namanya jika kita melemparkan pasangan kita ke neraka, cinta adalah sama-sama membawa pasangan kita mencari redha Illahi, meraih syurga Illahi..

Petang asar itu mereka sama-sama berteleku di atas sejadah. Memuhasabah kembali hubungan mereka, menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran. Moga redha Illahi kekal bersama mereka, aamiin…

p/s : without edit 


Suami Ekspress 23 (fully entri)


BAB 23


Faris baru pulang dari kerja, dilihatnya jam di dashboard kereta. Baru jam 6.30 petang. Kakinya melangkah keluar dari kereta. Penat seharian melayan keletah pelajar, ditambah pula penat memandu. Rasa ingin saja dia merebahkan badan ke katil. Nikmatnya jika ada isteri yang menyambut kepulangannya. Dia harus bersabar, hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum Adriana tamat pengajian.

Belum sempat kakinya melangkah masuk ke rumah, terdengar seseorang menyapanya. Ditoleh juga k arah si empunya suara walau badan penat tak berdaya. Wahai katil, sabarlah menantiku....

            “Hai Faris baru balik kerja?” sapa Auni ramah.

            “Haah, baru balik ni” jawab Faris ringkas. Sudah garu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Haruslah dia baru pulang, lihat sahaja pakaiannya kini. Takpelah kita fikir positif sahaja dengan orang.

            “Owhh, macam mana jadi pensyarah? Auni jadi cikgu je” balas Auni ramah. Sengaja ingin mencipta langkah merapatkan hubungan. Kalau ada jodoh dia dan Faris bagus juga. Lelaki itu ada lagi tiga tempat kosong.

            “Ohh biasa saja jadi pensyarah ni Auni, sama macam cikgu juga” balas Faris ringkas. Dimaniskan juga wajahnya, tidak mahu dikatakan sombong pula.

            “Tapi pensyarah kan high class sedikit dari guru. Gaji pun mahal sedikit kan?” ujar Auni lagi.

Faris mengerutkan sedikit dahinya. Pelik melihat luahan dari mulut gadis itu yang dirasakan sangat tidak rasional. Patutkah seorang pendidik anak bangsa berfikiran sempit seperti itu? Seharusnya gadis itu lebih berfkiran rasional dan optimis.

            “Takde bezanya taraf guru ataupun pensyarah Auni. Yang penting niat dan tujuan kita mahu mendidik anak bangsa. Mahu mencari redha Illahi, bukankah pendidik itu merupakan tiket untuk ke syurga? Jika kena pada cara dan gayanyalah” jujur Faris.

Auni bagaikan terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut pensyarah muda tersebut. Malu kerana dia tanpa sedar seolah-olah telah memperlekehkan diri sendiri.

            “Insha Allah” balas Auni perlahan, bibirnya cuba menguntum senyuman. Sungguh senyuman terpaksa yang hanya mampu diukirkan buat pensyarah muda itu.

            “Saya masuk dalam dululah ya? Nak maghrib dah, assalamualaikum” pinta Faris. Kakinya mula mengorak langkah memasuki rumah. Dia harus membersihkan diri untuk menemani abinya berjemaah di masjid malam ini.

            “Waalaikumsalam” balas Auni perlahan, kakinya juga turut melangkah masuk ke rumah.

Baru kakinya melangkah untuk menaiki anak-anak tangga, Hajjah Mardiyyah menyapanya. Lantas kaki Faris melangkah ke arah umminya.

            “Lambat sampai hari ni Faris?” Hajjah Mardhiyah menyapa. Jelas kelihatan wajah kepenatan anak sulungnya itu.

            “Haah ummi, ada kerja sikit dekat u tadi, biasalah baru start semester” Faris menghulurkan tangan kepada Hajjah Mardiyah dan Ustaz Fahmi.

Lantas dilabuhkan punggungnya di sebelah Hajjah Mardiyah, melepaskn lelah seketika. Dilihat abinya khusyuk membaca tafsir Al Quran. Dalam diam, dia sangat mengangumi abinya. Abinya seorang yang menitikberatkan agama, sangat tegas jika urusan agama tidak dipatuhi mereka sekeluarga. Insha Allah jika diizinkan Allah suatu hari nanti dia punya anak-anak, dia akan mengikut acuan dan cara-cara abinya mendidik dia dan adik-adiknya, insha Allah…

            “Ummi dan abi cadang nak buat umrah nanti. Kamu pergilah sekali, nanti ajak Adriana” cadang Hajjah Mardiyah.

            “Bila ummi dan abi nak pergi buat umrah?” soal Faris, memang dia teringin sangat mahu mengerjakan umrah.

            “Bulan Mei nanti, kebetulan Furqan dengan Irah pun tengah bercuti masa tu. Abi ingatkan nak ajak satu family kita pergi sana” sampuk Ustaz Fahmi sambil menutup Al Quran tafsir di tangannya.

Akal Faris sudah menimbang-nimbang cadangan dari abinya. Ya, Adriana juga sedang bercuti bulan Mei nanti.

            “Insha Allah abi, ummi. Nanti Faris bicang dengan Riana” jawab Faris tersenyum.

            “Hah, ummi cadang nak buat kenduri tahlil untuk arwah mama dan papa Riana hari Khamis malam Jumaat nanti. Kamu beritahu Adriana nanti suruh dia bermalam dekat rumah nanti” cadang Hajjah Mardiyah.

            “Ummi nak buat kenduri nanti? Insha Allah nanti Faris bagitahu Riana” balas Faris. Berkira-kira mahu memberitahu Adriana nanti.

Faris bangun dari sofa, mahu membersihkan diri untuk bersiap-siap ke masjid malam nanti. Dia harus mempersiapkan diri dengan ilmu agama jika dia inginkan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.

            “Ummi, abi.. Faris naik dulu ya? Nak mandi ni” mohon Faris meminta diri. Kakinya laju mendaki anak-anak tangga.

Usai sahaja solat berjemaah di masjid, Faris terus sahaja pulang ke rumah. Dia harus memberitahu Adriana mengenai kenduri yang sudah direncanakan umminya. Lantas dicapainya gajet yang berwarna merah di atas katil. Mahu mengirimkan pesanan sms untuk isterinya. Walaupun dia mengajar di universiti yang sama dengan tempat isterinya menuntut ilmu, tetapi mereka jarang bertemu di universiti. Hanya telefon sahajalah yang menghubungkan mereka, setiap malam mesti dia akan menghantar pesanan buat isterinya.

-Assalamualaikum, Riana busy x malam ni?- Faris
-Waalaikumsalam, x busy sangat kenapa?- Adriana
-Abang nak call boleh?- Faris

Adriana hanya tersenyum menatap telefon di tangan. Haiisshh, Faris ni sopan betul, hehe.. Nak call pun mintak izin. Dalam diam dia sudah memahami sikap Faris yang suka bertolak ansur dan memahami kondisi orang lain. Alhamdulillah dikurniakan lelaki sebaik Faris. Namun dia mengerti fitrah manusia itu sendiri tidak sempurna. Ya, dia akan menerima kekurangan Faris seadanya. Bukankah lelaki dan wanita itu ibarat botol dan penutupnya, ibarat electron dan proton, ibarat baju dan seluar, ibarat sepasang selipar? Saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain. Lantas tangannya laju membalas mesej sang suami.

-Boleh saja :D- Adriana.

Faris mula mendail nombor telefon isterinya. Hanya beberapa saat, kedengaran suara Adriana menyapa di hujung sana.

            “Assalamualaikum abang, sihat?” sapa Adriana ceria.

            “Waalaikumsalam, Alhamdulillah sihat. Riana? Dah makan tak sayang?” soal Faris pula.

Hati Adriana berbunga apabila mendengar perkataan sayang yang terkeluar dari mulut suaminya. Semakin kerap pula panggilan itu di bibir suaminya kini, hatinya berbunga gembira. Hati isteri mana yang tidak gembira beb? Hehe.. Bukankah islam itu sendiri mengalakkan memanggil nama seseorang itu dengan panggilan yang disukainya? Rasulullah SAW sendiri memanggil isterinya, Saidatina Aishah dengan panggilan Humairah yang bermaksud putih kemerahan.

            “Alhamdulillah sihat jugak. Dah makan dah tadi, abang? Kenapa call Riana, rindu eh?” usik Adriana. Bibirnya sudah menguntum senyuman apabila teringatkan si suami di sana.

            “Abang dah makan tadi, ummi masak. Sedap.. Rindu Riana? Rindulah jugak, rindu nak tengok muka merah Riana sebab kena usik dengan abang” Faris sudah tertawa kecil apabila teringatkan wajah Adriana yang akan kemerahan setiap kali diusik olehnya.

Adriana sudah tersipu malu di hujung sana. Eh, bukan dia ke selalu yang kenakan Faris? Hohoho… Takpe-takpe…

            “Sampai hati abang, rindu sebab tu je” Adriana mula merajuk.

            “Alolo, janganlah merajuk. Siapa kata abang tak rindu isteri solehah abang ni? Mestilah rindu” balas Faris memujuk.

Adriana sudah terharu, isteri solehah? Besar sungguh penghargaanmu suami solehku.. Ya, dia akan berubah menjadi hamba yang solehah dan isteri yang solehah untuk suami sesoleh Faris. Biar mereka pantas beriringan menuju redha Illahi, menuju syurga Illahi. Insha Allah…

            “Terima kasih suami solehku”

            “Sama-sama kasih sayang. Erm, ummi nak buat kenduri malam Jumaat depan. Ummi ajak Riana bermalam dekat rumah ummi, boleh?” tanya Faris, menyampaikan tujuan sebenar dia menelefon.

            “Kenduri apa abang?”

            “Kenduri untuk arwah mama dan papa” balas Faris perlahan, takut-takut kalau isterinya terasa.

Hati Adriana mula disapa rindu dengan arwah mama dan papanya. Sudah hampir tiga bulan mereka meninggalkannya. Hati anak mana yang tidak sedih? Ditinggalkan orang tua disaat dia masih memerlukan orang tuanya, disaat dia memerlukan tulang belakang yang menyokong perjuangannya, disaat dia memerlukan nasihat dan bimbingan, disaat dia memerlukan bahu untuk bersandar, disaat dia memerlukan telinga untuk meluahkan perasaan? Tapi dia tahu Allah itu sebaik-baik pengatur. Ada hikmah disebalik kehilangan orag tuanya.

            “Sayang ok? Boleh balik tak nanti?” soal Faris mematikan khayalan Adriana. Tidak mahu isterinya terus dilanda sedih.

            “Hah, Riana ok. Jumaat depan ya? Tunggu kejap, Riana check jadual” balas Adriana. Kakinya melangkah ke arah meja study, mengambil nota kecil di atas meja. Ingin menyemak kembali jadual kelasnya.

            “Abang nak ambik Riana bila? Petang Khamis Riana dah free. Ada kelas pagi je”

            “Abang ambik Riana pagi tulah. Abang ambik half day nanti, ummi buat kenduri lepas maghrib” jawab Faris.

            “Ok, insha Allah” jawab Adriana.

            “Riana ummi ajak buat umrah nanti. Nak ikut tak?” teringat pula Faris mengenai ajakan umminya.

            “Hah, buat umrah?? Bila??” Adriana sudah teruja, dia memang teringin sangat mahu ke tanah suci.

            “Ummi kata masa Riana cuti semester nanti. Nak tak?” soal Faris lagi.

            “Insha Allah” balas Adriana.

Faris sudah mengucap syukur di dalam hati, Alhamdulillah Ya Robb. Moga Illahi permudahkan segalanya.

            “Sayang, nanti abang call lagi ya?”

            “Hehe, Riana lagi suka abang call” Adriana mula menampar mulutnya, hisshh tak malu betullah Encik Mulut ni, huuhuuu… Sila beri kerjasama anda Encik Mulut!!

            “Suka eh? Haha” Faris hanya tergelak kecil. Haiishh semakin berani dan nakal isterinya itu.

            “Hehe” Adriana hanya tersengih di hujung sana. Tak mampu berkata apa-apa lagi, takut tersalah kata lagi.

            “Ok lah isteri solehah abang ni. Nakal eh?  Jaga diri, jaga hati, jaga iman ya sayang” nasihat Faris sebelum memutuskan talian. Memang dugaan bagi mereka yang mempunyai pasangan yang masih belajar. Duhai hati, bersabarlah.. Moga saat itu tiba nanti, insha Allah…