BAB 35
Malam
itu, sedang asyik Adriana mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang esok,
dia menyambung kembali tugasnya yang tergendala petang tadi, pinggangnya
dipeluk erat dari belakang. Tanpa menoleh ke belakang dia sudah tahu si empunya
diri hanya dengan bauan perfume si empunya diri. Lagi pula siapa yang berani
memeluk erat dirinya kalau bukan suaminya sendiri. Hishh, ada-ada sahaja Mr.
Farisnya itu.
“Abang… Riana tengah kemas barang
ni” tegur Adriana perlahan, mahu menyambung kembali kerja yang tergendala
petang tadi.
Faris
semakin mengeratkan pelukan di pinggang Adriana, sengaja mahu mengusik isteri
solehahnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia seakan-akan tidak mahu
berenggang dengan isterinya kini. Seakan-akan ada magnet yang menarik supaya
dia selalu di samping isterinya itu. Mungkinkah ini dikatakan manisnya cinta
pada yang halal? Cinta selepas nikah, pada jalan yang halal. Kata Pahrol
Mohamad Juoi, semakin banyak kemanisan yang kita teguk sebelum bernikah,
semakin banyak kepahitan yang terpaksa kita telan selepas bernikah.
“Abang tahu sayang, nak abang tolong
tak?” bisik Faris.
“Tolong duduk jauh-jauh sikit, sikit
je lagi yang Riana tak habis kemas ni” ujar Adriana sambil berusaha
merungkaikan pelukan di pinggangnya.
“As your wish, dear. Tapi jangan
lama-lama tau, I have something for you sayang. I’m waiting” jawab Faris mengalah,
dirungkaikan pelukan di pinggang isterinya. Kakinya melangkah ke arah katil.
Sambil berbaring di katil matanya ralit memerhati wajah Adriana yang
bersungguh-sungguh mengemas barang. Comel wajah isterinya, beruntungnya dia
memiliki isteri solehah yang sentiasa menjaga aurat dan maruahnya.
‘Apa mahar yang diperlukan untuk
meminangmu di syurga nanti sayang?’ monolog Faris sendirian sedangkan matanya
tidak lepas dari memandang Adriana.
Adriana
menelan air liur yang seakan tersekat di tekak, renungan Faris mendebarkan. Dia
sengaja berpura-pura tenang sedangkan hati hanya Ilahi yang mengerti. Renungan
suami yang mampu membuatkan dia seperti kekurangan oksigen di dalam bilik hotel
itu. Awak, please jangan tenung saya macam tu, rasa macam nak tercabut dah
jantung ni!! Huuuhuuu..
Faris
tersedar apabila tingkah Adriana yang mula gelabah apabila dia merenung
isterinya sebegitu. Lantas dia tergelak kecil melihat telatah isterinya. Sikap
pemalu isterinya yang menebal itu kadang-kala menyebabkan dia semakin sayang
kepada bidadarinya itu.
‘Malu itu perisai orang beriman’
bisik hati kecilnya perlahan.
“Sayang, dah sudah kemas?” soal
Faris apabila dilihatnya barang-barang yang tidak tersusun tadi kini sudah tursusun
kemas.
“Dah” Adriana menelan air liur, dia
menarik nafas menenangkan hati sendiri.
“Mari dekat abang..” ajak Faris
sambil dikenyitkan matanya. Sengaja mahu mengusik Adriana yang nampak cemas.
Adriana
melangkah perlahan menuju ke arah Faris yang sedang berbaring di katil. Sengaja
ditundukkan kepalanya memandang karpet, segan dengan renungan suami sendiri.
Faris
sudah tergelak kecil. Geli hati melihat telatah Adriana.
“Sayang, karpet tu lagi handsome
dari abang ya?” Faris giat mengusik.
“Errr….” Adriana kelu sendiri.
Mestilah Faris lagi handsome dari karpet merah yang ditenungnya sebentar tadi.
“Meh, duduk dekat abang” pelawa
Faris sambil menarik perlahan tangan Adriana. Dia lantas duduk di atas katil
itu.
Adriana
akur dengan permintaan Faris, sedar tanggungjawab isteri untuk menghiburkan
suami sendiri. Dia tersenyum manis sambil membalas renungan Faris sebentar
tadi. Tidak sampai tiga saat, dia kembali melarikan pandangannya. Segan mahu
terus membalas renungan Faris.
Faris
sudah mengukir senyum, dia masih merenung wajah isterinya. Seakan tidak puas
merenung wajah polos itu, seakan ada kuasa yang mahu dia terus menerus merenung
wajah isteri kesayangannya itu. Nikmatnya apabila cinta itu sudah halal.
“Sayang bahagia dengan abang?” soal
Faris, sama seperti soalan yang pernah ditanyanya sebelum ini.
“Bahagia sangat-sangat.. seperti
bahagianya Zulaikha di sisi Yusuf” jawab Adriana sambil mengucup perlahan
tangan suaminya. Mana mungkin dia tidak bahagia memiliki insan soleh sebagai
suami? Insan yang sama-sama berjanji dengannya untuk menuju redha Ilahi dan
menggapai syurga Firdausi..
“Abang pun bahagia dengan Riana
seperti bahagianya Ali di sisi puteri Rasulullah” balas Faris.
“Alhamdulillah, moga ujian bahagia
semakin mendekatkan kita dengan Dia” tulus doa Adriana.
“Insha Allah sayang.. abang ada
something untuk sayang. Special for my dear. Hanya untuk bidadari kesayangan
abang ni..” balas Faris sempat dikucupnya dahi Adriana. Lantas dia bangun
menuju ke meja solek. Mencapai hadiah yang terletak elok di atas meja itu
Adriana
terpegun saat melihat Faris mengeluarkan sekotak hadiah dan sekeping kad yang
berwarna ungu. Argggghhhh, romantiknya Mr. Faris a.k.a suami solehnya itu.
Faris
sudah tersenyum melihat Adriana yang kelihatan terpengun. Bulat terus mata
isterinya saat itu, nampak makin comel pula.
Sedang
asyik dia menyusun langkah menuju ke arah Adriana, kakinya tersadung karpet
merah tadi. Bagai nangka busuk jatuh menyembah bumi dirasakannya ketika
badannya jatuh terpelejok di hadapan isterinya sendiri. Malu jangan cakaplah,
sudah setebal kamus dewan dirasakan malunya saat ini. Huhu. Masa-masa nak
tunjuk macho ni jugak lah dia nak jatuh kan?? Sumpah segan!! Hilang terus
suasana romantis sebentar tadi.
Adriana
mula panik, Faris jatuh?? Cepat-cepat dia bangun mahu membantu suaminya. Ok ke
tak agak suami dia ni?? Mana dia larat mahu menggangkat tubuh sasa suaminya
jika kecederaan serius yang dialami suaminya itu..
‘Hishhh, apa yang aku merepek ni’
Adriana menepuk perlahan dahinya, bertuah punya isteri!! Suaminya sedang sakit
boleh pulak otaknya melayang ke tempat lain, astaghfirullahal a’zim…
“Abang ok tak?” soal Adriana risau.
Dahi
Faris sudah berkerut menahan kesakitan, sakitnya punggung akibat jatuh tadi.
Dia cuba mengukir senyum walaupun dia tahu senyumannya hambar saat itu.
Adriana
cuba membantu Faris untuk bangun. Kasihan melihat suaminya yang jatuh terduduk
sebentar tadi. Haishhh, macam manalah Mr. Faris ni boleh jatuh?? Spoil terus
mood ramantis sebentar tadi.. huhu..
“Abang, are you okay?” tanya Adriana
lagi, risau melihat Faris yang masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi.
Faris
melemparkan senyuman, tidak mahu Adriana terlampau panik melihat kondisinya.
Sayang juga Adriana dekat dia kan?
“I’m okay lah sayang. Cuma, punggung
ni rasa kebas sikit” bibir Faris masih lagi mengukir senyuman, sudah berkurang
sedikit kesakitan yang dialaminya. Alahai, macam manalah dia boleh jatuh??
Huhu.. rasa malunya akibat jatuh tadi melebihi rasa sakit yang dialaminya
sebentar tadi.
“Betul ni??”
“Betullah sayang..” Faris mencubit
perlahan pipi Adriana.
Adriana
menghela nafas lega, Alhamdulillah.. sempat pula Faris mencubit pipinya
sebentar tadi, petanda yang suaminya benar-benar ok.
“Sayang, ni untuk sayang.. just for
you” Faris mengambil hadiah yang terjatuh sebentar tadi.
“Thanks abang…”
“Sayang suka?” tanya Faris. tangannya
mula bermain-main dengan rambut Adriana.
Gulp!!
Alamak mood romantis Faris sudah datang kembali..
“Mestilah suka, hadiah free kan?”
sakat Adriana, lama sudah dia tidak menyakat Faris, selalunya Faris asyik
menyakat dia. Mungkin hobi terbaru Faris menyakat dia agaknya.
“Amboiii, nakal..” balas Faris.
“Boleh Riana buka sekarang?” pinta
Adriana.
“Boleh Riana…”
Adriana
terpegun saat dia membuka hadiah dari Faris. eh, Faris hadiahkan dia bantal
peluk? Uniknyaa, jarang suami nak hadiahkan bantal, selalunya orang kasi bunga.
Tapi bagi Adriana yang alahan dengan bunga, dia bersyukur Faris tidak
menghadiahkan dia bunga, dia memang sejak kecil alahan dengan bunga. Jika
perempuan di luar sana lebih mengemari bunga, tetapi tidak dia.
“Bantal peluk?” soal Adriana,
dibeleknya bantal peluk yang bersaiz kecil itu. Cantik, ada gambar kartun
lelaki dan perempuan yang ditengah-tengahnya ada love. Unik sekali bantal peluk
yang berwarna pink itu.
“Ha’ah, kenapa? Tak suka? Nak tahu
kenapa abang bagi bantal peluk tak?”
“Mestilah Riana suka, suka
sangat-sangat. Kenapa abang?”
“Sebab, nanti bila Riana dah balik
universiti, Riana tidur sorang-sorang kan? Abang takde nak temankan Riana. So,
bila rindu bolehlah Riana peluk bantal tu. Tapi kalau abang ada, jangan harap
Riana boleh peluk bantal tu” bisik Faris nakal.
Adriana
menggaru kepala yang tidak gatal. Eh, kenapa tak boleh nak peluk pulak?? Habis
tu hadiah ni nak buat apa? Perhiasan? Huhu..
“Kenapa tak boleh pulak?” tanya
Adriana tidak puas hati.
“Sebab abang nak Riana peluk abang,
bantal tu letak tepi ya sayang” Faris sudah tergelak nakal.
Adriana
sudah termalu sendiri. Amboi, nakalnya Faris.. plan baik punya.. cepat-cepat
tangan Adriana mencapai kad yang dihadiahkan suaminya sebentar tadi, mahu mengusir
malu yang sudah bertandang.
Tiba-tiba
aku jatuh cinta,
Bukan
sekali,
Tetapi
berkali-kali,
Padamu
bidadariku..
Aku
kasih..
Tiba-tiba
aku jatuh cinta,
Ketika
kau sujud kepada Tuhanmu,
Sewaktu
tulus dalam doamu,
Padamu
isteri solehahku,
aku
terpesona..
Tiba-tiba
aku jatuh cinta,
Bukan
pada wajah,
Pun
bukan pada harta,
Tapi
pada agama yang ada dalam dirimu,
Aku
rindu..
Tiba-tiba
aku jatuh cinta,
Pada
dirimu isteriku,
Terasa
tenang melihat wajahmu,
Apabila
kau dan aku bersatu,
Kerana
cintakan Dia yang satu..
Aku cinta padamu..
Air
mata Adriana menitis perlahan, terharu dengan bait-bait cinta nukilan dari
suami sendiri. Aku cinta padamu wahai bidadara syurgaku. I love you my hero!!