BAB 32
Malam
itu usai sahaja sampai di rumah Adriana mula menyusun strategi untuk meraikan
ulangtahun kelahiran suaminya malam itu. Otaknya ligat memikirkan cara yang
terbaik bagi meraikan hari lahir insan yang sangat istimewa dalam hidupnya. Semasa
di dalam kereta lagi puas dia memujuk suaminya agar malam nanti mereka
sama-sama bermalam di rumah peninggalan arwah mama dan papanya. Faris mulanya
agak keberatan tetapi setelah dipujuknya dengan kata-kata lembut akhirnya Faris
bersetuju mengikut kehendaknya. Ya, dia punya agendanya sendiri malam nanti.
Malam
itu dia tidak ikut serta Faris berjemaah, dia hanya solat bersendirian di
rumah. Mudahlah bagi dia mempersiapkan apa yang patut pada malam itu. Habis dapur
arwah mamanya berselerak angkara dia yang selama ini jarang masuk ke dapur
memengang sudip untuk memasak khas untuk suaminya. Nasib baiklah dapur arwah
mamanya tidak terbalik ataupun terbakar angkara dia. Huhu.. Malam itu dia memasak makanan yang baru
dibelajarnya dari Iman iaitu spaghetti dan udang masak sambal. Err pelikkan masak spaghetti dengan udang
masak sambal?? Arghhh dia main bantai sahaja memasak. Baru nak menunjukkan
skills memasak. Ini baru dia masak spaghetti belum lagi dia masak rendang. Alamatnya
boleh terbalik dapur mama kalau dia masak rendang malam ni. Huhu…
Selesai
sahaja ber’perang’ dengan kuali dan sudip, Adriana menunaikan kewajipannya
dahulu iaitu menunaikan solat Isyak. Usai sahaja mengadap PenciptaNya, Adriana
mempersiapkan diri pula. Malam itu dia berhias cantik sekali. Dia bersolek
nipis dan memakai pakaian yang cantik. Khas untuk suaminya bukan untuk lelaki
ajnabi lain.
Dari
dalam rumah, dia mendengar tombol pintu dipulas perlahan dari luar, kemudian
lantas dia menghayun langkah menuju ke arah pintu, disemburnya sedikit minyak
wangi. Dia menyambut Faris dengan senyuman yang paling manis. Khas untuk
pemilik cinta selepas Allah dan Rasulullah.
Faris
terpengun saat Adriana menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengannya. Argghhhh cantik sungguh bidadarinya malam
itu. Hatinya tersenyum puas melihat isteri solehah yang selama ini dijaga rapi
hanya berhias untuk dirinya bukan untuk orang lain. Alhamdulillah..
“Abang, jom makan” ajak Adriana
sambil menarik lembut tangan suaminya menuju ke meja makan.
Faris
terpengun sekali lagi apabila melihat keadaan dapur yang dihias dalam suasana
yang romantis. Hanya tiga batang lilin merah yang menerangi dapur. Candle light
dinner!!
“Sayangggg, malam ni ada apa ya?”
soal Faris hairan.
Adriana
hanya tersenyum, ditariknya perlahan tangan suaminya untuk duduk di meja makan.
Dia mula ingin melayan suaminya di meja makan. Tiba-tiba sebuah kucupan hinggap
di pipinya.
“Sayang cantik malam ni, macam
bidadari.. subhanallah” ucap Faris.
Adriana
hanya tersenyum manja. Memang dia malu, tetapi untuk suaminya dia sanggup
mengetepikan rasa malunya. Arghhh, untuk apa disimpannya rasa malu tidak
bertempat itu. Dia hanya berhias untuk suaminya bukan untuk orang lain. Hanya untuk Faris..
“Abang, tu air Riana” tegur Adriana
apabila dilihatnya Faris selamba menenguk air di gelasnya.
“Abang tahu..” balas Faris selamba. Diletakkannya
bibir ditempat isterinya minum sebentar
tadi.
“Sayang tahu Rasulullah minum
segelas dengan isteri baginda. Baginda meletakkan bibirnya sama dengan tempat
isterinya meletakkan bibir di bekas tu. Macam yang abang buat tadi. Romantik kan
baginda?” sambung Faris lagi. Dia tersenyum melihat bidadarinya malam itu.
“Tahu, apa lagi sunnah baginda yang
kita tak amalkan dalam rumahtangga kita?” tanya Adriana.
“Lumba lari…” balas Faris perlahan.
“Hah, kalau macam tu esok kita lumba
lari yaa?” cadang Adriana, dikenyitnya mata kepada Faris.
Faris
hanya tergelak kecil melihat telatah manja dan nakal dari Adriana.
Selesai
sahaja makan malam romantis mereka, Faris meringankan tulang untuk sama-sama
membantu Adriana di dapur. Dia tanpa segan silu menyinsing lengan baju
melayunya untuk membantu Adriana membasuh pinggan di dapur. Walaupun puas
dilarang Adriana tetapi dia selamba membantu isterinya membilas pinggan
mangkuk.
“Abang….” Adriana berbicara lembut
sambil menarik tangan suaminya meniti anak tangga satu persatu menuju ke kamar
mereka setelah mereka menyelesaikan tugasan di dapur.
Faris
terkasima melihat telatah Adriana malam itu, hatinya berdebar melihat
kecantikan Adriana yang luar biasa malam itu. Jantung berdetak laju, dia
bagaikan kekurangan oksigen apabila berdepan dengan isterinya saat ini. Hatinya
berselawat dan beristighfar panjang. Moga Allah menenangkan hatinya saat ini.
“Abang, happy birthdayyyyy” ujar
Adriana, dihulurkan hadiah kepada Faris. sempat pula dihadiahkan sebuah ciuman
di pipi suaminya.
Faris
menepuk dahi perlahan. Memang dia lupa hari ini hari lahirnya. Memang sudah
dididik sejak kecil oleh ummi dan abinya, jarang sekali hari lahirnya disambut.
Hanya kenduri kesyukuran itupun ketika hari lahirnya dalam bulan Islam sahaja.
“Thanks sayang, boleh abang bukak
hadiah ni?” tanya Faris perlahan.
Adriana
hanya menganggukan kepala tanda mengizinkan permintaan Faris. dia tersenyum
melihat wajah teruja dan wajah gembira suaminya semasa menerima hadiah itu.
Faris
mula membuka kotak hadiah tersebut perlahan-lahan. Terdapat sebuah buku di
dalam kotak tersebut.
“Abang, esok kita ke Cameron Highlands
ya? Honeymoon..” ujar Adriana. Hanya Cameron Highlands sahaja yang sempat dia
menempah hotel, lagi pula cutinya tidak panjang mahu ke tempat lain.
“Honeymoon??” tanya Faris nakal.
“Ha’ah, Riana belanja” jawab
Adriana.
“Ok, ni yang abang sayang Riana
lebih. Riana, boleh abang baca kad ni?” pinta Faris sambil memengang kad kecil
yang berwarna ungu di tangan.
“Boleh..”
Hati
Faris tersentuh membaca bait-bait yang terlakar di kad tersebut. Tanpa sedar,
air matanya mula bertakung di bibir mata.
“Thanks Riana, abang hanya mencari
agama dalam diri Riana untuk sama-sama kita menuju cinta Ilahi. Kayu ukuran pakah
lagi yang diajar Islam selain memilih seseorang itu kerana agamanya?? Cukuplah agama
yang ada dalam diri Riana. Abang tidak mencari kesempurnaan dalam diri Riana
kerana tiada insan yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan itu hanya milik
Dia, sayang…” perlahan Faris mengucup tangan Adriana. Ada air hangat yang
mengalir dari mata itu.
Adriana
terkejut apabila ada air hangat yang mengalir keluar dari mata suaminya. Lembutnya
hati Faris, hanya disebabkan kad yang ditulisnya Faris mengalirkan air mata?? Dia
tidak mahu Faris tenggelam dengan emosi, niatnya mahu mengembirakan Faris pada
malam itu.
“Abang….” panggil Adriana perlahan,
disapunya air mata yang mengalir perlahan. Ya Allah, lembutnya hati Faris.
“Abang, tak comellah menangis. Hero Riana
ni kan kuat” pujuk Adriana. Dipeluknya kejap belakang suaminya. Cuba menenangkan
emosi Faris.
Faris
menarik nafas, mencari semula kekuatan. Dia pun tidak tahu mengapa malam ini
dia terlampau beremosi. Dia beristighfar
mengusir emosi yang tidak tenang.
“Sayang…” lembut Faris memanggil.
“Ya abang..” sahut Adriana pula. Dieratkan
pelukan di pinggang suaminya.
“Sayang nak dengar cerita tak?”
tanya Faris.
“Nak, cerita apa ya?” soal Adriana
tidak sabar.
“Kisah malam pertama puteri
Rasulullah dan Saidina Ali” terang Faris.
Gulp!!
Malam pertama?? Jantung Adriana berdengup laju..
“Ermm, boleh juga” jawab Adriana
perlahan, sedangkan dalam hati hanya Allah yang mengerti. Dia meleraikan
pelukan, bersedia mahu mendengar cerita dari suaminya. Sungguh Faris penuh ilmu
agama walaupun Faris bukan seorang ustaz!! Alhamdulillah…
Faris
mula menceritakan malam pertama Saidatina Fatimah bersama Saidina Ali. Bagaimana
bijaknya Saidatina Fatimah menguji cinta suaminya pada malam pertama mereka.
Pada
malam pertama mereka, berkata Saidatina Fatimah Az Zahra, “Wahai suamiku Ali,
dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada Allah kerana ayahanda
memilihkan dinda suami yang tampan, soleh, cerdas, dan baik sepertimu”
Kata
Saidina Ali, “Kanda pun begitu wahai Fatimahku sayang. Kanda sangat bersyukur
kepada Allah akhirnya cinta kanda kepada adinda yang selama ini dipendam telah
menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini”
Fatimah
pun berkata lagi dengan lembut, “Wahai suamiku, bolehkah dinda berkata jujur
denganmu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi
kelanjutan rumah tangga kita”
Kata
Ali, “Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan, kanda mendengarnya”
Fatimah
pun berkata, “Wahai Ali, maafkan dinda. Tahukan kanda bahawa sesungguhnya
sebelum bernikah dengan kanda. Dinda telah lama mengangumi dan memendam rasa
kepada seorang pemuda. Dinda juga tahu bahawa itu juga telah memendam rasa
cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku,
maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah
kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai Allah”
Saidina Ali berasa bahagia mendengar
kata-kata Saidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun,
Saidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin
dengannya, ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun
dia merelakan perasaannya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu Rasulullah
SAW.
Kemudia Saidatina Fatimah berkata
lagi, “Wahai suamiku sayang, maafkan adinda. Dinda tidak bermaksud untuk
menyakitimu. Demi Allah dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kanda
adalah pemilik cintaku”
Saidina Ali menjawab, “Fatimah,
dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda
berjuang memendam rasa cinta demi ikatan cinta bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah
dinda saat ini kanda juga bersedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesumgguhnya
kanda tidak mahu orang yang kanda
dicintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan
kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun
dinda pasti mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh.
Fatimah tersenyum mendengar
kata-kata Saidina Ali. Lalu Saidina Ali berkata lagi, “Wahai Fatimah, kanda
sudah menikahimu tetapi kanda tidak sedikit pun belum menyentuhmu. Dinda masih
suci, kanda rela menceraikan adinda mala mini agar dinda dapat berkahwin dengan
pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum itu, bolehkah kanda tahu siapa
pemuda yang dinda cinta itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi
dari dirimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu”
Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia telah berkata, “Wahai
Ali, demi Allah dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana
Allah. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?”
Ali mula menjadi keliru, lalu dia
berkata dengan selembut mungkin, “Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan
telah mencintai seorang pemuda tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda
itu telah berkahwin”
Lalu Fatimah berkata, “Kanda ingin
tahu siapa pemuda itu? Baiklah sekarang dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang
berada di sisi dinda. Dinda sangat mencintainya dan tekaan dinda memang benar,
dia juga saat mencintai dinda. Pemuda itu bernama Ali bin Abi Thalib”
“Nakal kan Saidatina Fatimah, bijak
sungguh dia menguji cinta Saidina Ali” sambung Faris.
Adriana
hanya tersenyum, membenarkan kata-kata suaminya. Tidak hairanlah selepas itu
Saidatina Fatimah dan Saidina Ali mengharungi lautan rumah tangga yang sangat bahagia
walaupun kadang kala dilanda ombak dugaan.
Adriana
merebahkan kepalanya di bahu Faris, tangan kananya megusap lembut tangan
suaminya. Faris menarik tangan Adriana menuju ke katil. Diusapnya perlahan
ubun-ubun Adriana, sempat dititipkan doa kebaikan ke atasnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon
kepadaMu kebaikan dan kebaikan ke atasnya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada
kejahatannya dan kejahatan ke atasnya”
Dititipkan
lagi doa:
“Dengan nama Allah, Yaa Allah
jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan
kepada kami. Maka seandainya ditakdirkan dari hubungan itu seorang anak, anak
itu tidak akan diganggu syaitan selama-lamanya”
Akhirnya, malam itu mereka
melewati malam yang sangat indah. Malam
yang membawa rahsianya yang tersendiri dan malam itu lebih indah dari
malam-malam yang mereka lalui sebelum ini. Telah lengkaplah separuh dari agama
mereka seperti yang terdapat dalam sepotong hadis yang bermaksud:
“Apabila seorang hamba Allah berkahwin, maka
telah sempurna separuh daripada agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah
pada separuh yang berbaki"