Setelah pulang dari berjogging, Adrianna terus pulang ke rumah.
Ketika melintas di taman mini mamanya, kelihatan papa dan mamanya
sedang berbual-bual di kerusi yang terletak berhampiran dengan
gazebo. Taman mini mamanya kelihatan memang cantik kerana dihiasi
dengan pelbagai jenis bunga. Mamanya memang mengemari bunga dan
mamanya selalu menghabiskan masanya dengan menanam bunga. Apalah
nasib bunga-bunga itu nanti setelah mamanya mengikut papanya ke Jepun
nanti. Nak harapkan dia, awal-awal lagi dia sudah surrender kerana
dia memang alah dengan bunga.
“Hah Qistina, come here. Ada benda yang papa and mama nak discuss
dengan kamu ni” panggil papanya.
Keluarganya memang memangilnya dengan nama Qistina manakala
rakan-rakannya lebih selesa memanggilnya dengan nama Adriana kerana
di kelasnya terdapat seorang lagi rakannya yang bernama Nurin Qistina, untuk mengelakkan kekeliruan, rakan-rakannya memanggil dia
Adriana. Dia sememangnya tidak kisah kerana namanya Adriana Qistina. Tidak kisahlah orang nak panggil Adriana atau Qistina.
“Ok pa, tapi hal apa ye?” soal Adrianna ringkas.
“Kamu tahu kan papa terpaksa transfer ke Jepun nanti?” tanya
Encik Nazri
“I know pa, but why?” soal Adrianna keliru, dia memang sudah
dari awal lagi tahu yang papanya terpaksa transfer ke Jepun. Jadi apa yang mahu dibincangkan oleh papanya, serius bunyinya.
“Papa ingatkan nak suruh kamu tinggal kat rumah Mak Long Azimah
kamu bila papa and mama takde nanti, do you agree?” soal Encik
Nazri menanyakan pendapat anaknya. Dia memang risaukan keselamatan
puteri tunggalnya, lebih-lebih lagi kini terdapat banyak kes pecah
rumah di kawasan tempat tinggalnya.
“Eh, papa. Mama tak setuju. Qistina kan dah anak dara, Kak Long tu
pulak ada anak bujang, si Haikal tu, nanti apa kata jiran-jiran?”
sampuk Puan Aishah sebelum Adriana sempat menjawab soalan papanya.
Mamanya memang kuat berpegang teguh dengan adab-adab orang timur
asalkan ianya tidak bertentangan denagn agama, berbeza dengan
papanya. Mungkin disebabkan latar belakang mereka yang berbeza.
Mamanya berasal dari kampung dan merupakan anak seorang imam manakala papanya berasal dari bandar. Barangkali latar belakang yang
berbeza mempengaruhi cara pemikiran mereka.
“Tapi mama Qistina just tinggal kat sana bila dia cuti semester
saja, right? Papa rasa tak salah and papa yakin Qisitna pandai jaga
diri bila dia tinggal kat sana nanti” bantah Encik Nazri.
“Mama tetap tak setuju melainkan dorang tu ada ikatan” jawab
Puan Aishah mempertahankan pendiriannya. Bukan dia tidak percaya
dengan anak saudaranya tapi zaman sekarang macam-macam perkara boleh
berlaku. Dan dia tahu anak saudaranya, Haikal sudah lama menaruh hati
terhadap Adriana kerana kakaknya pernah merisik Adriana dahulu.
“Maksud mama, nak jodohkan Qistina and Haikal ke?” soal Encik
Nazri keliru.
“Ye, tak salahkan papa? Lagipun kita dah kenal Haikal tu sejak dia
dari kecil lagi, sama-sama membesar dengan Qistina depan mata kita
sendiri. Keturunanya pun kita kenal” ujar Puan Aishah.
“Tapi ma, Qistina tak setuju. Qistina dah anggap Haikal tu macam abang Qistina sendiri, Qistina sanggup kahwin dengan orang lain tapi bukan
dengan Haikal” ujar Adriana serius. Mana mungkin dia mahu menerima
Haikal yang sudah dianggap sebagai saudara kandungnya.
“So, Qistina tak kisah kalau kena kahwin dengan usia semuda ni”
soal Encik Nazri, tidak percaya anaknya senekad itu semata-mata mahu
melepaskan diri dari dijodohkan dengan sepupunya sendiri.
“Ye papa, tapi bukan dengan Haikal” jawab Adrianna berani, dia
sendiri pun tidak tahu dari mana dia mendapat kekuatan itu, yang
penting dia tidak sanggup menerima Haikal. Mana mungkin dia tidak
kisah jika dijodohkan seawal usia 20 tahun. Banyak perkara yang perlu
dikorbankan jika dia mendirikan rumahtangga seawal usia 20 tahun.
Tapi dia yakin papanya sudah pasti tidak dapat mencari calon lagipun
hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi papa dan mamanya menetap di
Malaysia.
“Ok pa, Qistina naik atas dulu, petang nanti dah nak balik
universiti” ujar Adrianna meminta diri. Kepalanya mula pening memikirkan apa saja kemungkinan yang bakal berlaku.
***
***
Petang itu, Adrianna pulang semula ke universitinya. Esok sudah mula
kuliah, minggu ni dirasakan sangat sibuk dengan assignment yang
berlambak, test dan quiz yang berlambak. Tapi dia harus akur, adat
belajar. Kerja mana yang tidak susah dalam dunia ni, nak makan pun
susah kot. Nak kena suap nasi masuk mulut dulu, bukan nasi tu
terus-terus melompat masuk mulut.Malam itu, dia ke rumah Iman kerana
ingin menyelesaikan assignment biologi mereka.
“Assalamualaikum, Iman oh Iman” ujar Adrianna sambil mengetuk
pintu bilik rakannya itu.
“Waalaikumsalam,masuklah Adrianna, pintu tak kunci pun” jerit
Iman dari dalam.
“Amboi Iman, sedapnya kau melayan movie korea ni, assignment dah
siap belum?” soal Adrianna. Enak saja rakannya itu melayan movie,
Iman,iman..
“Alaa, rileks lah. Tinggal dua episod je lagi ni. Assignment ni
kena hantar minggu depan kan, hehe. Apa kata, kita tengok sama-sama
cerita ni” ujar Iman sambil matanya tidak beralih dari memandang
skrin laptopnya. Sempat pula dia mempelawa temannya itu.
“Oit bertuah punya kawan, aku penat datang rumah kau ni, kau
sedap-sedap je layan movie. Dah-dah tutup movie tu, nak tunggu kau
habis layan movie, sampai besok pun tak abes” jawab Adrianna sambil
mencubit paha Iman.
“Apa cubit-cubit ni? Sakitlah, yelah-yelah aku tutup movie ni”
ujar Iman mengalah. Laptop di atas katil ditutup.
“Hah, camtulah Cik Iman Farhana. Kau dah dapat bahan-bahan untuk
buat assignment ni?” soal Adrianna.
“Of courselah dah dapat. Ini Iman Farhana lah” ujar Iman bangga. Bukan susah sangat nak cari bahan, search je dekat internet, semua ada. teknologi di hujung jari beb. he.. he..
“Dah tak payahlah nak bangga sangat Cik Iman, dah jom start buat
assignment ni. Kalau dilayan kau ni, sampai besok pun kita tak siap
assignment Madam Syazuani ni” kata Adrianna tegas. Memang jika
dilayannya kerenah rakannya seorang ini, alamatnya sampai besok pun
kerjanya tak siap. Siapa yang tidak kenal dengan Iman Farhana, kalau
mulutnya sudah berbicara, alamatnya takde fullstop!! Tapi, hakikat
yang tidak boleh disangkal Iman merupakan seorang pelajar yang
pintar.
Setelah hampir tiga jam mereka bertungkus-lumus menyiapkan tugasan
mereka, akhirnya selesai juga tugasan yang diberikan. Akhirnya mereka
berjaya menarik nafas lega melihat hasil tugasan mereka.
“Alhamdulillah, selesai jugak assignment ni” ujar Adrianna
memecah kesunyian antara mereka.
“Alhamdulillah, bolehlah aku sambung balik layan movie korea aku,
hehe. Macam mana balik kampung best tak?” soal Iman.
“Biasa-biasa saja balik kampung, tapikan ada hot story tau” ujar
Adrianna sengaja memancing minat temannya.
“Hot story?? Meh habaq mai kat cek na” ujar Iman dengan loghat
utaranya.
“Hahaha, amboi kalau cerita-cerita yang hot ni cepat je kau eh,
involuntary response!! Haha” gelak Adriana.
“Alah kau ni, cepatlah cerita, apa yang hotnya? Sharing is caring,
right?” pujuk Iman.
“Banyaklah kau punya caring, erm kalau aku cerita ni kau jangan
over acting tau” ujar Adrianna, sudah lali dengan kelakuan Iman
yang kadangkala over acting itu.
“Kau cerita jelah, aku dah tak sabar ni” desak Iman tidak sabar.
“Er, hari tu kan aku terserempak dengan Mr. Faris time aku jogging
kat taman” ujar Adrianna.
“Hah, really?? Bila kau jumpa dia, kau ada nampak dia dengan
siapa-siapa tak??” soal Iman bertalu-talu. Bagai peluru, haishh Iman, Iman...
'Hah, see. Baru aku cakap sepatah dia dah tanya sepuluh patah
perkataan. Iman, iman' ujar Adrianna dalam hati.
“See, aku baru cakap sikit kau dah tanya macam-macam. Aku jumpa
dia pagi tadi, kalau tak silap aku dia dengan makwe dia pagi tadi,
cun kot. Comel je” ujar Adrianna sedikit berbohong.
“Alamak, melepaslah aku nak tackle dia” jawab Iman hampa. Wajahnya mula menunduk kecewa.
“Haha, kau ni. Dia tu kan pensyarah kita. Kita ni students dia
jelah, mana dia nak pandang budak hingusan macam kita ni” ujar
Adrianna sambil menepuk-nepuk bahu rakannya itu.
“Eh, wait-wait. Statement kau yang kata kita ni just students dia
je aku agree but yang kau kata kita budak hingusan lagi aku totally
disagree. Setahu aku kau je yang budak hingusan lagi, bukan aku. Aku
ni sudah anak gadis dong, gedik gitu” jawab Iman yang sudah kembali
ceria. Lagipun, dia memang sekadar minat saja dengan pensyarah muda
itu, tak lebih dari itu.
“Hah, camtulah Iman yang aku kenal, tapi kan weh aku tak sangka
boleh jumpa dia kat situ. Kecik betul dunia ni rupanya. Actually kan,
dia dengan adik dia lah, hihi” ujar Adrianna jujur.
“Lah, ada harapan lagilah aku nak tackle dia ni” balas Iman
sambil tersenyum nakal.
“Amboi, gatai na. Cek habaq kat mak hang nanti baru tau langit
tinggi rendah na” ujar Adriana.
“Tak payah nak habaq, cek memang dah taw langit tu tinggi, tak
tercapai dek akalmu. Haha” balas Iman tidak mahu mengalah.
“Ok lah, Iman aku balik dululah. Dah dekat pukul 11 malam ni.
Jumpa esok, jangan ponteng lagi kelas abang Faris kau tu” ujar
Adrianna sengaja dia menekankan perkataan abang Faris.
“Insha Allah, see you tomorrow. Bak-baik jalan, jatuh bangun
sendiri” jawab Iman sambil membuka pintu untuk temannya.