Tuesday 27 October 2015

HIDUP INI PILIHAN.

Assalamualaikum.

Lama rasanya menyepi di sini.

Tapi malam ini seolah olah ada sesuatu yang menarik daku ke sini.
Melarikan mata mata pena yang kian tumpul.

Cer baca tajuk kat atas. 😊

Hidup ini pilihan.

Ya pilihan.

Sedar tak yang kita sendiri yang memilih hidup kita bagaimana.

Awal awal lagi Allah dah beri pilihan.
Sejak dari kita mula bangun tidur lagi.

Saat terjaga pagi. Sama ada nak terus bangun solat atau terus hanyut dibuai mimpi.

Dalam hidup ni, kita kena buat banyak sangat pilihan.

Nak belajar.
Nak kerja.
Nak nikah.
Nak itu, nak ini.

Semua kena buat pilihan.

Rasa macam susah sangat kan nak buat pilihan?

Sahabat kata.

Buatlah pilihan yang mendekatkan kau dengan Allah.

Misal kata nak nikah.
Kau keliru.
Kau ragu.

Maka istikharah dan musyawwarahlah.
Tak rugi org yang minta petunjuk dari Dia.

Misal kata. Kau nak nikah.
Muhasabah balik matlamat kau nak nikah tu
Sebab apa?
Adakah lepas kau nikah nanti menjadikan kau semakin hebat di medan perjuangan atau terus jatuh dibuai cinta dunia semata

Adakah selepas kau nikah nanti menjadikan kau semakin dengan Dia atau hanya terbuai kerana cinta manusia??😢

Kerinduan Itu

Assalamualaikum.

Tajuk macam ehem ehem je. Haha..

Jujur rasa rindu nak menulis.

Rasa rindu nak susun plot jadi sebuah cerita.

Lately makin aktif pula update blog. Hehe. Walaupun tahu takde sape nak baca. Hahaha.

Mungkin sebab dah deactive kat fb. Merajuk dengan fb mungkin haha.

Rindu rindu rindu.
Kerinduan yang tak bertepi.

Pernah rasa rindu, tapi tak tahu kat siapa?
Mesti pernah kan kan kan kan.

Tu maknanya Allah rindu dengan kau.
Tak caye?

Cer baca al fatihah, dan hadiahkan buat hati sendiri. InsyaAllah pulih.
Sambil tu berbual bual lah dengan Allah.
Minta apa yang kita nak, cerita apa masalah kita, cerita apa dosa yang kita buat.

Ceritalah.
Hanya pada Dia.

InsyaAllah rindu tu akan terubat.

Monday 26 October 2015

Jaulah Klate

Aku tak pandai berbicara.
Maka dengan penulisan aku meluahkan rasa.

Kelantan.
Bumi berkat.
Pernah ditadbir ulama'.

Jujur, terasa ketenangannya di sini.
Seakan ada sesuatu yang membuatkan rasaku terpaku di pantai timur ini.

Saat kaki melangkah menuju ke pusara almarhum tuan guru di Pulau Melaka.

Diri ini disapa sebak.
Apa layak diri yang penuh dengan dosa ini menziarah insan mulia itu?
Yang tika hayatnya hanya mengharap redha Ilahi.
Yang tika hayatnya tak jemu mengajar ummah mengenal Rabbi.

Tika tiba di pusara almarhum.
Lantas bacaan al fatihah kulantunkan dalam hati.
Kukatakan pada diri.
Inilah destinasi terakhirku nanti.
Apa mungkin ada amalan yang boleh membantuku nanti?

Air mata ditahan mengalir jua.
Mengenang susuk tubuh yang pernah berjuang untuk agama.
Susuk tubuh yang tegas dengan prinsipnya.
Yang hebat dengan amalannya.

Alhamdulillah,
Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku menziarahi dia.
Walau cuma pusaranya.

Keluar dari pusaranya,
Diri ini menanam tekad,
Aku mahu meneruskan perjuangannya,
Melihat hukum islam terlaksana di negara tercinta.
Melihat islam megah di negara Malaysia.

InsyaAllah.

Saturday 24 October 2015

Kanta Bahagia

Bahagia.

Bagi aku definisi bahagia itu luas.

Ada orang bahagia apabila punya banyak harta.
Ada orang bahagia apabila punya pasangan yang cantik dan anak anak yang cerdik.
Ada orang bahagia apabila penuh ilmu di dada.

Ya definisi bahagia tiap orang itu berbeza.

Tapi ini definisi bahagia buat diriku

Bahagia itu apabila kita dekat dengan Si Pemberi Bahagia.

Siapa? Tentulah Dia.

Bagi aku, kunci bahagia adalah dengan bersyukur dan menghargai apa yang kita ada.

Ramai yang kata.
Kenapa aku tak bahagia?
Kenapa dia pandai, aku tak.
Kenapa dia cantik, aku tak.

Sayang.
Bahagia itu apabila kau hargai apa yang kau ada.
Dan tak membandingkan dengan apa yang orang lain ada.
Jalan cerita hidup kita berbeza sayang.
Yakin, Allah menulis jalan cerita kita dengan cinta.

Hidup ini.
Hargailah apa yang kita ada.
Hargai.
Sekali kau sudah kehilangan sesuatu yang bernilai, pasti susah untuk kau dapatkan kembali.

Makanya.
Bersyukur dan hargailah apa yang kita ada.
InsyaAllah kita akan bahagia.

Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
Jangan.

Nak bahagia.
Cari Si Pemberi Bahagia.
Si Pemilik Cinta.

Ramai yang kaya harta.
Tapi miskin jiwa.
Harta takkan pernah mampu membeli harga sebuah kebahagiaan.
Harga sebuah kebahagiaan itu hanya mampu ditebus dengan rasa syukur.
Percayalah. Syukur kunci kebahagiaan.

Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Percayalah.☺☺