Friday 3 April 2015

HIJRAH CINTA KERANA DIA DAH RELEASED!!

 


Assalamualaikum :)

Lama menyepi di blog sendiri, sampai terlupa password blog *astaghfirullahal'azim* :')

Alhamdulillah, novel kedua dah released. Boleh order dari nisa :)


PM kat fb ya kalau na order dari nisa :) insyaAllah ada sign dan free gift :)

Tajuk Penghijrahan Cinta ditukar kepada HIJRAH CINTA, KERANA DIA


Jemput baca sinopsis :)

“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” - WAFIQ 

“Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” - HUMAIRA

Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.

DAMIA HUMAIRA - Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

WAFIQ RIZQI - Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita-citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.

Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah. 

“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq

“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” - Humaira

SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.

“Semudah tu awak buang cinta kita?” - Syakir

“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” - Humaira

Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?
Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua?