Monday 20 January 2014

KAU YANG BERNAMA KEKASIH





September 2003...

“Hoi Dhea !” jerit Maria sambil menepuk meja sekolah.
“Oh mak kau jatuh tergolek..” latah Dhea. Terbang semua angan-angan aku tadi. “Ishh kau ni agak-agak la kalau ya pun, kalau aku ada darah tinggi ke lemah jantung ke tak ke naya?”Maria ni memang la tau. Suka sangat kalau aku membebel macam mak nenek. Bikin panas hati je.
Hahahaha.. jangan la marah Dhea. Aku gurau pun nak sentap la kau.” Hehe..balas Maria tanpa rasa bersalah. Siap gaya tutup mulut sebab tak tahan gelak! Nak kena minah ni! Takpe-takpe ada lori ada bas.
“Apa hal ni cari aku sampai sini, ada berita baik nak share ke?” tanya aku nada serius. Saja buat nada macam tu, nak kenakan minah ni balik..hehe
“Eh kau, sampai hati kau tanya aku macam tu eh? Selalu aku datang kelas kau takde pun nak tanya-tanya ni. Kenapa sekarang kena ada alasan nak jumpa kau? Kalah artis you! Hahaha”ejek Maria lantas duduk di kerusi kosong sebahku, nasib baik Fiqah tak datang. Ishh asyik aku jugak yang terkena lah!
“Tak la aku tanya je, kenapa kau datang? Cikgu tak ada kat kelas kau eh?.”
“ Eh, kan cikgu semua ada meeting sekarang sebab budak-budak form five nak SPM, kita tahun depan pula. Tu lah kau ni selalu sangat berangan kan? Teringat Haizul la tuh! Hehe, nak aku kirimkan salam ke? Takpe-takpe, aku balik kelas karang aku cakapkan kat dia eh yang kau rindu dia, nak? Offer Maria. Tersengeh-sengeh dia macam kerang busuk.
“Gila kau! Aku kawan je la dengan dia. Sekolah lagi mana boleh ada feeling bagai ni!” sangkal aku.
“Weh semua rahsia kau dalam kocek aku la beb, apa yang kau rasa, apa yang kau pendam semua aku boleh baca” pangkah Maria.
“Huhh..” keluhku. Dengan Maria memang aku tak boleh nak selindung apa-apa. Memang kalah punya. Dialah kawan yang paling aku rapat dekat sekolah ni. Walaupun kami berlainan kelas. Aku kelas sains tulen, dia pulak kelas akaun. Padahal time PMR tahun lepas result dia gempak jugak. Puas aku pujuk masuk kelas sains sama dengan aku, tapi dia kata dah minat dia mengira apa boleh buat. Haishh.
“Aku tak faham dengan kau ni, cakap tak ada perasaan tapi tengok kau aku dah tau kau suka dia kan? Haizul pun aku rasa macam suka kau juga. Kau tak perasan ke?” tanya Maria.
“Tak la Mar..kami kawan je, dia pun tak pernah cakap dengan aku apa-apa. Tapi memang aku tak boleh tipu kau yang kami memang rapat. Aku ni kira kawan perempuan yang paling rapat dengan dia, no hard feeling” jelasku. Titik!
“Ya, aku tau tu..tapi aku faham sangat kau....suka dia kan Dhea?” tanya Maria rapat ke telinga aku. Tak nak bagi orang dengar la tu. Hehe. Bagus Maria ni.
Aku pusing mengadap Maria. Mata ku redupkan. Haila Maria..macam mana kau boleh tau ni, bisikku. Lambat-lambat aku angguk.
“Aku dah agak, dari awal lagi”.
Aku jeling Maria. “Kau jangan bagi tau siapa-siapa okey. Aku suka je, eh tak minat yang lebih sebenarnya”. Hehe.
“Eleh kau, menyampah aku!” cebik Maria. Lambat-lambat dia senyum jugak. “Okey, aku tak bagi tau siapa-siapa” janji Maria.
Fuhh lega. Hehe. Maria memang terbaik!
“Dah la Mar, balik la kelas kau, sekejap lagi mesti cikgu dah habis mesyuarat” halauku.. Hehe
“Ciss kau, halau nampak!” balas Maria dengan wajah kelat . Nak mintak simpati aku la tu! Haha.
“Petang ni aku tak balik dengan kau tau, ada orang datang ambil aku, so kau balik seorang okey? Lagi pun kau ada kelas tambahan biologi kan? Okey la, aku balik dulu, jumpa rehat nanti ya. Bye” lambai Maria sambil bangun berlalu keluar. Aku geleng kepala. Studi lagi bagus. Jangan ingat form four ni tahun honeymoon Dhea! Ishh ishh ishh.

......................................................................................................................................................

Tettt..tett. Aku bangun dari katil lantas mencapai handphone di atas meja belajar.
Aku senyum. Apa dia buat tak tidur lagi pukul 11.30 malam ni?
-          Dah tidur ke?
-          Belum lg. Knpa x tidur lg ni?
-          X boleh tdo J
-          So?
-          Nyanyikan sy satu lagu. Hehe :D
-          Perlu ke?
Aku dah tergelak.
-          Perlu la. Baru sy boleh tidur nt. Hehe..please...
-          Nk lagu apa?
-          Ermm..up to u. Apa pn boleh.
-          Ok.
-          Sy call skrg eh.
Jantung dah nk terkeluar dah ni! Alamak dia dah call la. Ishh.. lambat-lambat aku angkat. Jangan nampak excited sangat Dhea! Ehemm, bismillah.
“Helo, assalamualaikum Dhea” ucap Haizul. “Dah ready? Haha. You can start now. Cepat sikit, tak sabar dah ni!” desaknya.
“Okey, jangan gelak eh.”
“Okey dear” balas Haizul.
Gurlpp ..tak tertelan air liur aku. Cis. Main dear-dear ni yang tak suka ni! Gugur jantung gua!
“Ehemm..ehemm..”

Aku inginkan dirimu.. Datang dan temui aku..
Kan ku katakana padamu.. Aku sangat mencintai dirimu..

Aku inginkan dirimu.. Datang dan temui aku..
Kan ku katakan padamu.. Aku sangat mencinta..

Sepenuh hati aku nyanyikan lagu tu. Berharap dia akan faham. Tapi...mengertikah Haizul? Kenapa dia layan aku baik sangat selama ni? Dia suka aku atau tak eh? Atau aku yang terhegeh-hegeh? Tapi cara dia tu....yaAllah.. apa yang aku fikir ni?


“Dhea..” panggil Maria.
Aku tersentak lantas mengangkat kepala yang ku letak di atas meja tadi. Loceng tamat sekolah sudah lima minit berlalu.
“Kenapa Mar?” tanyaku.
“Kau okey tak?”
Aku pandang Maria pelik. “Kenapa tanya aku soalan macam tu? Nampak aku tak okey ke?” soalan Maria aku balas dengan soalan juga.
“Yela..aku tak sangka Liza dan Haizul tergamak buat kau macam ni. Aku faham kot apa yang kau rasa. Mesti sakit kan kawan sendiri buat macam ni pada kita?”
Aku pandang Maria tepat. “Alah Mar..aku tak kesah la.”
“Ishh..aku geram betul dengan Haizul tu, kalau suka si Liza tu cakap la awal-awal, kenapa dia layan kau dulu?” marah Maria.
“Mar, tu hak dia la nak suka siapa pun..aku tak kesah dah sekarang. Lagipun Liza tu cantik orangnya, putih,  tak macam aku ni, gelap. Mar kau janji dengan aku jangan ungkit lagi hal ni depan aku ya? Tolong aku Mar..” pintaku supaya Maria tidak mengungkit lagi perkara yang akan merobek hati aku. Sungguh sakit. Bila fikir-fikir balik tak berbaloi aku nak sedih pasal hal ni, tapi biasa la jiwa remaja. Memang tak boleh disangkal! Huh!
“Eh, kau gelap? Kau ni rabun ke apa beb, ke buta warna? Kau okey apa tak la gelap mana pun. Kau sebenarnya kan putih tapi disebabkan kau bersukan mesti la muka kau tu kurang cerah sikit! Hehe. Setakat si Liza yang tak bersukan tu memang la putih memanjang! Aku tengok semenjak dia dengan si Liza tu bukan main lagi dia, kau pun dia tak pandang dah! Geram betul aku! nak je aku sepak si Zul tu macam bola!” bebel maria lagi.
Aku pandang Maria tajam. Mar!
“Opss..sorry dear. Aku marah sangat ni bagi pihak kau.” Hehe. “Dhea, kau ni ganas tau, tapi bila dengan si Zul tu kau bukan main lembut lagi eh, kenapa ek?
Aku jegilkan mata. Mar! Terkikik-kikik Maria gelak. Saja la tu nak kenakan aku!
Aku tarik tangan Maria. “Dah, jom balik. Kang Mak Cik Leha marah aku pulak kalau anak dara dia ni lambat balik. Haha . Saja aku tukar topik. Tukar mood cepat-cepat! Fuh! Pergilah kau wahai bayangan Haizul! Titik! Lepas ni jangan harap aku nak layan lelaki! Semua boleh jalan lah! Ma Fi Qalbi Ghairullah..tiada di hatiku melainkan Allah. Dah tiba masa aku berubah. Ampunkan aku Wahai Allah.

......................................................................................................................................................

Kringgggg!!!! Bunyi loceng tanda bermulanya sesi PNP.
“Eh, kertas apa ni?” bisik Dhea sambil membelek kertas bewarna kuning lembut yang baru diambil dari bawah meja sekolah.
“Oh, kad rupanya..siapa punya ni?” tanyaku untuk diri sendiri. Cepat-cepat aku buka kad yang nampak menarik tu.

Allah Maha mengetahui setiap isi hati hamba-Nya..
La tahzan ! Jangan lah engkau bersedih
Ada yang lebih baik sedang menunggumu
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum

AMAY

“AMAY, nasib baik tak AYAM, haha  siapa ni? Nama tak vogue langsung !” geram betul hati aku lah! Siapa yang berani main-mainkan aku ni. Memang nak kena sepak dengan aku! tak ada kerja lain agaknya. Stay cool and cute bagai..tuihh! tak lain ni mesti kerja minah senget tu! Rehat ni tau la aku kerjakan kau Mar. Haha. Ada hati nak kenakan aku ya, silap orang la. Ni kak long kawasan lah.. Kikiki.
Bunyi berdesing kerusi diseret kedengaran sangat ngilu. Haish, cikgu dah masuk. Cepat- cepat aku bangun lantas menyimpan kad tadi. Lantaklah.
......................................................................................................................................................

Bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun 2003 aku dihujani dengan kad-kad kuning tersebut. Setiap hari isnin mesti ada kad tu bawah meja aku siap-siap. Pelik. Lagi pelik bila minggu terakhir sekolah setiap hari mesti ada kad tu. Siapa yang hantar sampai sekarang aku tak dapat nak kesan. Tanya Maria dia langsung tak tahu-menahu. Bukan kerja dia rupanya. Tapi cara tulisan tu macam dah kenal aku lama. Siapa ya?
Aku ambil semua kad tersebut. Nak baca balik. Hehe. Mana tau boleh jadi Detective Conan ke. Haha.


Apabila kita mengingati Allah, maka Allah pun akan mengingati kita.
Stay cool and cute. J
assalamualaikum
AMAY

Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa.
p/s : So, banyak-banyakkan berdoa moga kita dijodohkan. Hehe
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Gila! Dia pun aku tak kenal, nak doa macam mana. Ekekeke.

“Usah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana orang yang berputus asa daripada rahmat Allah hanyalah orang kafir.” Surah yusuf, ayat 87.
p/s : jangan sedih-sedih. Perancangan Allah lebih hebat. Awak tu kan kak long kawasan, kalau sedih-sedih buat malu saja. Haha
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Cis! Sempat dia kenakan aku. Mana dia tau aku selalu gelar diri aku kak long kawasan ya?

“Pandangan adalah salah satu anak panah daripada anak panah milik iblis yang beracun. Siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, Aku memberi balasan iman kepadanya dan beliau pasti merasakan nikmat iman dalam hatinya.”
p/s : Semoga saya berpeluang menatap mata Ainul Mardhiah saya dengan cara halal yang penuh dengan nikmat Allah.
Akan tiba “waktu”nya. Suatu masa nanti.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY

“Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan kepada syurga.” (HR.Ath-Thabarani)
p/s : Sejujurnya, saya ingin benar bersama Ainul Mardhiah saya degan cara yang diredhai Allah. Semoga “waktu” itu akan tiba. InsyaAllah.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY

Tunggu kad saya ya? Hehe
Untuk last day ni, saya tak banyak benda nak cakap. Cukup awak tahu saya benar-benar ikhlas ingin memiliki awk. Ainul Mardhiah saya. Jangan push diri awak untuk cari siapa saya. Jangan tertekan. Just releks Saya akan sentiasa ada. Berdoalah semoga saya diberi kesempatan akan “waktu” itu. Mugkin ini kad terakhir saya untuk awk.
p/s : Semoga menjadi wanita solehah wahai Ainul Mardhiah binti Kamarul.
Stay cool and cute. J
Assalamualaikum
AMAY
Hishh..pelik-pelik! Siap tahu nama penuh aku tu. Siapa mamat ni ya? Selalu sebut yang aku ni Ainul Mardhiah dia. Bila masa aku ni dia punya? Cis...






September 2013...

“Adik baru balik?” tanya Puan Aisyah. Satu-satunya umi yang aku ada.
Aku tegakkan badan atas sofa. Tukar posisi dari baring mengereng tadi. Bajet nak luruskan pinggang sikit! Haha
“Aah umi” balasku sambil mengangguk.
“Okey tak sekolah baru ni?”
Aku angguk lagi.
“Boleh la umi, setakat ni semua okey lagi.” Aku senyum sehabis manis lantas menggenggam jari umi. Dengan umi kena tunjuk muka yakin, setakat ada masalah sikit tu tak payah cerita pun tak apa, nanti lagi buat umi susah hati.
“Murid-murid adik semua okey? Cikgu-cikgu okey tak?” tanya ayah tiba-tiba muncul dari belakang.
Aku tunjuk ibu jari.
Ayah angguk tanda puas hati langsung duduk di sebelah umi.
Fuh selamat! Dengan ayah memang senang bawak bincang daripada umi. Maklom la anak last la kata kan, umi dengan ayah mesti sayang lebih! Modal ni la yang aku selalu sakat abang-abang aku. Hehe
“Along, Angah dengan Achik tak balik ke minggu ni umi,ayah?” tanyaku bila mula teringat abang-abang tersayangku. Sayang sangat! Haha . Orang- orang yang bertanggungjawab sebab dah buat adik tercantik diaorang ni jadi ganas sejak kecik. Hehe . Selalu buli aku! Kejam betul! Kejam-kejam diaorang aku tetap sayang. Siapa tak sayang abang oiii!! Haha
“Adik kenapa tersenyum-senyum tu”? tanya umi dengan muka pelik.
Aku tersedar. Hehe , kantoi. “Teringat abang-abang kesayangan la umi” balasku.
“Abang kesayangan ke “abang” sayang?” Umi dah senyum-senyum.
“Apa umi ni, okey la adik naik dulu ya, nak mandi ni melekit-lekit dah badan, kerja kat sekolah banyak sangat bila dah hujung tahun ni.” Aku bangun dari sofa lantas berlalu ke tangga dengan pantas. Soalan untuk umi dan ayah tadi tak sempat aku dapatkan jawapan. Baik lari dulu sebelum kena! Tau sangat perangai umi tu.
“Adik! Nak lari la tu kan? Umi geleng kepala dengan perangai aku.
Umi memang macam tu. Nak aku kawin cepat-cepat. Katanya umur aku dah patut bernikah, Maria pun dah bertunang. Sabar la wahai umi. Anakmu ini belum bersedia. Hehe. Belum bersedia ke tunggu seseorang yang tidak ku tahu akan datang atau tidak? Ish ish ishh
......................................................................................................................................................

Aku menutup pintu seusai masuk ke dalam bilik. Hati rasa tak sedap. Dah lama aku tak ingat tentang dia. Bila umi bangkitkan hal ni..urmmm.. Encik AMAY! Dia ingat aku lagi atau tidak ya? Dah 10 tahun berlalu, tak kan dia ingat aku lagi? Dalam diam aku menunggu sebenarnya. Tanpa aku sedar dan tanpa aku paksa perasaan itu hadir sendiri. Tapi hati aku yakin yang dia untuk aku. Entah kenapa, aku terpikat dengan tulisannya. Tulisannya atau orangnya kah? Aku senyum sendiri. Khayal lagi! Wahai Ainul Mardhiah sedarlah!
Aku berlalu ke penyidai tuala lantas ke bilik air. Mandi dulu, bisikku.
......................................................................................................................................................

Mana Maria ni, tak sampai-sampai lagi? Dah nak dekat 15 minit aku jadi penunggu meja kat restorant ni. Aku sedut fresh orange di atas meja.
“Hoi Dhea!” jerit Maria. Aku tersedak. Bertuah punya kawan! Nasib baik tak tersembur air aku minum tadi.
Maria ketawa geli hati dengan reaksi aku. Tahu yang aku akan marah.
“Kau ni dah tak pandai beri salam ke? Jumpa aku mesti nak terkejutkan aku la, menyampah betul!” marahku.
“Alaa Dhea sayang, sorry okey aku gurau je. Lama dah tak jumpa sahabat dunia akhirat aku ni” pujuk Maria sambil memeluk aku dari belakang lantas duduk di sebelahku.
Maria aku jeling.
“Assalamualaikum!” serentak aku dan Maria menoleh ke kanan kami.
Siapa ni? Haikal aku kenal, tapi siapa sebelah dia tu? tanya hatiku.
“Waalaikumsalam” jawab aku lambat-lambat. Maria dah senyum-senyum bila nampak bakal suaminya itu.
“’Hai Dhea, lama tak nampak kau, kerja okey?” tanya Haikal merangkap tunang Maria. Memang aku janji dengan Maria nak teman dia jumpa tunangnya. Dah lama kami tak borak dan keluar sama. Kami bertiga memang rapat. Aku kenal Haikal pun daripada Maria.
“Alhamdulillah semuanya okey, tapi biasa la kan guru sekarang kerja makin bertambah, semua mesti ada dalam sistem, kalau buta IT memang susah” jawabku sambil tersenyum memandang kearahnya yang mula mengambil tempat didepan aku dan Maria.
Aku jeling orang disebelah Haikal. Mata kami bertembung. Sepantas kilat aku kalihkan pandangan. Kenapa pandang orang macam nak telan je tu?
“Dhea, kenalkan ni Amus, Amus kenalkan ni Dhea, Ainul Mardhiah merangkap sahabat sejati tunang tersayang aku” kata Haikal sambil melirik kearah tunangnya.
Aku pandang Amus sekilas sambil layangkan senyuman. Buat syarat, nanti dicop sombong pulak. Dia balas dengan senyuman tawar. Macam nak tak nak je. Dinginnya dia ni! Senyum pun macam..arhh..ingat aku heran nak kenal dengan kau! Boleh jalan lah!
Meja kami riuh kedengaran suara Maria dan Haikal. Sekali-sekala aku menyampuk. Macam kekok pula nak bersembang dengan mereka bila ada mamat ais depan ni.  Akhirnya aku pilih jalan untuk banyak diam. Sama naik dengan mamat tu. Bajet aku nak borak dengan kau? tuihh. Aku mula naik rimas bila dia asyik pandang aku dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Jalan terbaik ajak Maria balik. Pertemuan aku dan Amus buat pertama kali berakhir begitu sahaja. Dia nampak dingin. Aku lagi tak ingin!
......................................................................................................................................................

Aku melangkah laju setelah mengeluarkan duit di ATM. Gaji baru masuk. Nak belikan umi dan ayah sesuatu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 35 tahun. Hehe. Nak kena singgah kedai dulu ni. Nak bagi umi dan ayah hadiah apa ya?
“Cik Ain!” panggil satu suara. Aik, siapa Ain ni?
Aku pandang kiri dan kanan aku. Tak ada orang.  Aku pandang ke belakang apabila panggilan itu berulang berkali-kali. Mamat ais! Dia panggil aku ke?
“Cik Ain!, penat saya panggil awak, tak dengar ke?”
“Maaf saya tak perasan, saya ingat ada orang lain, lagi pun nama saya bukan Ain, tak mengapa saya faham, awak tak ingat nama saya kan? Emm, saya tak kisah, nama saya Dhea.” balasku panjang.
Dahinya berkerut. “Betul lah, nama awak Ainul Mardhiah, kan?”
“Ya, memang betul, tapi orang biasa panggil saya Dhea.”
“Saya nak jadi orang luar biasa panggil awak Ain” pintasnya. Aku telan air liur. Apa kena dia ni? Tebiat apa? Ish Dhea tak baik cakap orang macam tu! Aku pandang dia pelik.
“Tapi saya tak selesa orang panggil saya Ain, Encik Amus!” pangkasku tanda tak setuju.
“Tapi saya selesa!” jawabnya pantas. Tepat! Mengena!
Aku diam. Suka hati kau lah! Kau aje yang betul!
“Okey la Encik, saya gerak dulu ya” kataku sambil berkira-kira untuk berlalu. Malas nak ramah sangat. Dulu kemain ais beku lagi, sekarang dah cair pulak ke? Menyampah! Aku berlalu tanpa sempat dia berkata apa-apa.
“Tak mengapa, akan tiba waktunya Ain” bisik Amus.
......................................................................................................................................................

“Dik, rindunya kat Adik!” jerit Ashraf merangkap Abang Chik aku sambil memeluk aku kuat. Ish! Tak malu betul, baru je dua bulan kawin, perangai tak berubah langsung. Tetap gila-gila. Nasib baik kakak  ipar sporting habis. Hehe . Aku pandang Achik lantas menyalamnya.
“Mana Along dan Angah?”
“Diaorang sampai lewat sikit la Dik, maklom la jauh” haha. Aku angguk kepala, memang patut pun lambat, mereka menetap luar dari kawasan Johor. Masing-masing bekerja di Kuala Lumpur. Achik je di Johor, dekat dengan kami.
“Ohh..tak sabar dah ni nak jumpa anak –anak buah Adik!” kataku teruja.
“Eleh, sibuk anak orang buat apa? Nak anak kawin jela, apa susah? Tuh kakak ipar Adik pun muda dua tahun dari Adik tau! Kata Achik lantas ketawa kuat. Achik aku jeling maut. Menyampah! Semua orang nak halau aku dari rumah ni! Semua nak aku pergi! Sadis!
Malas layan Achik! Aku berpaling lalu pantas menuju ke dapur. Achik tak habis ketawa lagi. Suka buli aku! Tak boleh jadi, gejala membuli semakin berleluasa dalam rumah ni. Cikgu pulak tu yang kena buli. Hampeh.
Umi geleng kepala melihat gelagat kami. Jangan umi pun join sudah! Malas aku nak menjawabnya nanti. Sibuk suruh kawin. Baik lari.
“Asyik nak lari je kan Adik tu umi?” kata Ashraf.
“Umi pun dah buntu nak fikirkan cara nak pujuk Adik tu Achik. Penat dah umi ni berkias, tak faham. Cakap direct pun buat-buat tak faham jugak.. asyik lari je” keluh Puan Aisyah.
“Entah-entah tunggu putera turun dari langit kot umi” seloroh Ashraf. Damea senyum mendengarkan kata-kata daripada suaminya. Perbincangan anak-beranak. Malas mahu masuk campur.
Umi hanya mampu senyum. Macam-macam Achik ni.



“Mus, bila nak mula bagi tahu?” tanya Haikal.
Amus yang sedang menyandarkan badannya di pintu kereta Honda City metallic miliknya memandang pelik. “Mula apa?”
“Buat-buat tak faham pulak kau kan?”
Amus senyum. “Biarkan dulu la, aku nak uji dia lagi, kau macam tak kenal aku, aku kan tak suka terburu-buru.”
“Suka hati kau lah, jangan melepas sudah! Menangis lagu hindustan kau nanti, bukan menangis tak berlagu, tahu!” balas Haikal.
“InsyaAllah, kalau jodoh aku tetap jodoh aku, jangan risau. Aku yakin dengan pilihan Allah untuk aku.”Amus senyum kecil. Tahu yang Haikal mula bosan dengan sikapnya yang tidak mahu berterus terang apabila sudah berkali-kali diingatkan.
“Aku tunggu masa yang sesuai, bila aku yakin yang dia betul-betul sukakan aku, aku takkan tunggu-tunggu lagi!” Titik!
Amus melangkah pantas menyaingi langkah Haikal yang laju menuju bangunan dihadapan mereka lantas memeluk bahu sahabatnya itu. Mahu memujuk, bimbang dia akan berkecil hati dan bosan untuk menasihati dan mengingatkannya lagi. Haikal harus tahu strategi baru yang dirancangnya!
......................................................................................................................................................

Hujung minggu ini aku terpaksa menemani Maria dan Haikal untuk membantu membuat pilihan barang-barang hantaran mereka yang bakal tiba kurang dua bulan lagi. Kata mereka aku pandai dalam memilih barang-barang yang terkini. Simple tapi cantik. Saja nak bodek aku lah tu. Memang pasangan serasi! Haha . Saja propa diaorang tu, padahal mama Haikal dan Mak Cik Leha dah pesan awal-awal nak keluar mesti bukan berdua! Tau sangat aku. Haha
Aku belek handbag warna coklat muda dari Sembonia. Cantik juga. Tidak sarat dan just nice bagi aku. Kalau untuk hantaran memang sesuai la. Kalau aku buat basahan beg ni memang tak lah! Tengok harga je dah tarik nafas panjang. Hehe . Aku cari kelibat Maria yang entah kemana- mana.
“Cantik awak pilih.” Aku berpaling ke arah suara tersebut. Mata aku bulatkan. Air liur tersekat! Dia lagi! Mesti ikut Haikal lagi ni. Aku kena hadap dia lagi ke untuk satu hari ni? haishh.. kalau peramah macam Haikal aku tak kesah la sangat, ni bajet cool je. Puihh. Tapi hari ni dia nampak sangat simple dengan t-shirt polo kuning dan dipadankan dengan jeans blue black. Aik! Macam mana warna baju dia boleh sama dengan warna blaus aku ni? Haishh... Rambut yang sedikit terpacak kemas membuatkan dia nampak seperti ala-ala pelajar. Haha . Muka yang tampak segar dan dihiasi sedikit kumis. Kemas. Bau haruman yang dipakai buat aku khayal. Sedap! Aku mula sedar dari menilik penampilannya. Cukup untuk hari ini. Buat malu saja kalau kantoi tenung anak teruna orang!
Dia yang faham aku terkejut melihatnya di situ tayang muka cool. Aku kalihkan pandangan. Malas layan mamat ni. Mata dia tu tak boleh ke nak pandang aku macam orang lain biasa pandang aku? Aku pun tak boleh pandang lama-lama mata tu. Hati rasa lain macam. Ceh Dhea! Dan-dan kau! Eh, tapi betul tau!
“Kalau Ain suka handbag tu belilah, Maria punya cari yang lain.” katanya tiba-tiba.
Erk! Ingat aku ni kaya sangat ke, setakat gaji cikgu ni nak simpan untuk sebulan lagi kot. Aku bukan jenis boros. Tapi tengok keadaan juga bila nak membeli barang, kalau aku rasa berbaloi aku keluarkan duit untuk sesuatu barang itu aku tak kesah. Tapi..kalau setakat beg nak bawak ke hulu ke hilir ke sekolah guna beg mahal macam ni tunggu aku dapat seru dulu lah. Haha. “ Tak apa kot Encik Amus, saya tengokkan untuk Maria je” balasku sambil tersenyum kecil.
Dia tetap buat wajah cool. Ceh! Mahalnya senyum dia. Dia angguk kepala. Ish, ingat nak tolong belikan ke apa, sibuk tanya-tanya kita buat apa? Tak ada sense langsung la mamat ni. “Awak datang sini nak cari handbag juga ke? Nak beri pada girlfriend ke tunang ke?” tanyaku pada Amus yang sibuk membelek beg-beg yang bersusun di atas rak yang disediakan. Saja tanya soalan cepumas. Nak tahu dah berpunya ke belum mamat ais ni. Eh, hari ni dia macam okey sikit, tak ais sangat, mungkin boleh panggil mamat ais on the way defrost. Hahaha . Stok-stok lelaki macam Amus ni tak percaya aku tak berpunya lagi. Umur pun mesti lebih kurang Haikal jugak ni, tua tiga, empat tahun dari aku. Tak pun sebaya Achik tak? Hah, Haikal dengan Achik memang sebaya..29 tahun. Mungkin dia pun sama la ni kot, kiraku.
“Awak rasa?”
“Ikut Encik Amus la nak ada ke tak, saya saja bertanya” balasku malas. Bajet tak kisah tapi dalam hati meronta-ronta nak tahu. Haish, kenapa aku rasa macam ni? Dah lama aku tak crush dengan siapa-siapa selepas Haizul. Haizul? Apa khabar dia sekarang ya? Mungkin baik-baik saja dengan Liza. Aku ukir senyum tawar tanpa sedar.
“Kenapa awak senyum?” Aku pandang wajahnya. Kacak sungguh. “Kenapa suka panggil saya encik? Saya lagi selesa kalau Ain panggil saya Amus tanpa ada encik di depannya.” Aku pandang lagi wajahnya tanpa berkelip. Apa sudah jadi? Aku seperti dipukau oleh matanya. Amus pandang aku sambil melayangkan senyuman senget. “Kalau panggil abang lagi saya selesa” ucapnya perlahan.
Aku seperti tersedar dari mimpi. “Awak cakap apa tadi?” tanyaku. Termalu sendiri. Hari ini dua kali tertangkap sebab tenung muka dia. Ya-Allah Dhea malunya!
“Saya memang dah ada yang special tapi sedang menunggu jawapan dia untuk hidup bersama saya” jawabnya untuk soalanku tadi. Dia memandangku sambil tersenyum manis. Aku tersedak! Dah berpunya mamat defrost ni? Haila kenapa hati aku macam hancur lagi untuk kali kedua. Sadisnya kisah hati aku. Adakah aku ditakdirkan tidak mempunyai pasangan di dunia, hanya di akhirat kelak? Aku pasrah. Hati mula sedih. Pedih. Aku buat muka cool juga. Sama macam dia selalu buat. Jangan tunjuk sangat kau kecewa Dhea! Kuat! Kuat!
“Awak pula Ain, macam mana? Dah ada yang punya?” tanya Amus yang masih lagi berdiri di sebelahku memandang sekeliling. Tinggi juga dia daripada aku ni. Kepala aku paras bahu dia sahaja. Aku pantas mengangguk. Tak nak kalah depan dia. Jawab je ada, bukan dia tahu pun kisah hidup aku melainkan dia tanya Haikal atau Maria. Habis aku nanti! Tapi takkan lah kan? Nak sibuk tahu pasal aku buat apa?
Pantas aku berlalu darinya sebelum soalan-soalan lain yang aku tak akan dapat jawab nanti yang akan keluar dari mulutnya. Baik cari Maria dari layan mamat defrost tu! Mana lah diaorang merayau, tinggalkan aku pulak tu! Maria bila dah dapat Haikal terus lupa aku! Siot punya kawan.
Dari jauh aku lihat Amus hanya tersenyum lebar. Asyik senyum je dia hari ini. Hari senyum seduniakah?
......................................................................................................................................................
Now you’re gone
I realized my love for you were strong
And I miss you here now you’re gone
I keep waiting here by the phone
With your pictures hanging on the wall ....

Aku mendengar lagu now you’re gone dari Basshunter di dalam laptop ku diatas meja belajar. Sadis juga kisah cinta dia, sama macam aku! Huh! Aku mengeluh. Ishh Dhea tak baik mengeluh, Allah tak suka! Astaghfirullah. Aku mula terbayang wajah tampan Amus. Haila..patah hati lagi. Peliknya aku, rasanya aku baru kenal Amus, bercakap pun sepatah dua, dah suka? Ish ish ish Dhea teruknya perangai kau! Tapi bukankah waktu pertemuan itu tidak menjadi pengukur untuk kita sukakan seseorang? Allah lebih mengetahui. Serahkan pada Allah sahaja Dhea. Aku pujuk hati, mungkin jodoh aku belum tiba lagi. Husnu zhon. Bersangka baik pada Allah. Perancangan Allah lebih baik. Aku senyum. Kuatkan hati!
Tiba-tiba aku teringatkan kad-kad kuning yang pernah aku dapat sewaktu tingkatan empat dahulu. Encik AMAY! Aku senyum lagi. Entah ada lagi atau tidak dia. Zaman tak matang. Aku masih menyimpan kad-kadnya. Tak tahu kenapa, kad tersebut yang buatkan aku kuat semangat dan berubah menjadi lebih baik. Terima kasih Encik AMAY!
Tukk tukk tukk... bunyi ketukan pintu bilik. Siapa ya?
“Masuk lah, pintu tak berkunci” jeritku dari dalam bilik.
Terjengul wajah umi. Oh umi rupanya! Aku senyum menyambut kedatangan umi. “Kenapa umi?” tanyaku.
“Umi nak bincang sesuatu dengan Adik ni.”
“Bincang apa umi? Bunyi macam serius je ni.” Aku kerut dahi.
Umi senyum. “Memang serius pun, jadi jangan cuba-cuba nak buat lawak dan main-main bila umi tanya!” kata umi tegas. Tahu dengan perangai aku yang akan cuba lari dari soalan yang aku tak suka.
“Apa dia umi, cakaplah.”
“Ayah yang wakilkan umi ni untuk tanya pada Adik.” Kata umi lambat-lambat. Buat suspens je umi ni lah! Aku angkat kening tanda menyuruh umi teruskan.
“Ada org datang rumah kita pagi tadi.”
Aku ketawa kuat. Hahahaha. “Apa umi ni, orang datang rumah kita pun umi nak bagi tahu adik buat apa? Tetamu tu kan bawa rezeki, biarlah. Hihi. Muka umi nampak bengang. Eh, kenapa umi ni?
“Umi marah Adik ke? Kenapa umi?” tanyaku.
“Orang tu tanyakan Adik! Adik setuju tak? Dia nak nikah bulan ni jugak kalau Adik setuju. Macam mana?” tanya umi tanpa henti.
Gurlppp! Aku telan liur. Biar betik! Aku tak salah dengar kan? kan? kan? Siapa pulak hamba Allah yang sanggup beristerikan aku ni? Aku tak pernah ada admire sebelum-sebelum ni pun! Encik AMAY! Itu je yang ada dalam kepala otak aku ni, tapi takkan lah!! Aku pandang umi. “Siapa umi orangnya tu? Adik kenal ke? Berapa lama tempoh untuk jawapan?!”
Umi senyum. “Eh macam tak sabar nak kahwin je Adik ni, excited semacam. Ke yang datang tu memang kawan Adik? Adik je yang tak bagi tahu kat kami, ye ke?” tanya umi lagi.
“Eh! Tak lah umi, Adik tak kenal pun siapa-siapa yang datang tu! Apa nama dia umi?”
“Entah umi tak tahu nama penuh anak dia, tapi yang dok sebut Akim kalau tak silap umi.”
“Akim?” Umi angguk. Sumpah aku tak kenal sorang pun nama Akim.
“Macam mana Adik? Dia bagi masa seminggu untuk fikir.”
“Ermm..bagi Adik masa lah umi, tapi bagi umi macam mana?”
“Ikut Adik la, umi tak kisah pun, kalau ada orang lain yang adik berkenan umi boleh tolakkan.”
“Ish umi! Adik mana ada kenal siapa-siapa. Emm.. okey Adik fikirkan dulu, nanti adik bagi jawapan pada umi ya?” balasku mengakhiri perbualan tersebut.
Selepas umi keluar, aku terus berbaring di atas katil. Huhh! Masak! Masak! Apa nak buat ni? Aku buntu. Entah siapa-siapa yang datang tanyakan aku pun aku tak tahu. Aku buntu. Aku pejamkan mata, penat berfikir. Ya-Allah bantulah hambamu ini. Aku bangun dari pembaringan. Tak sedar aku terlelap tadi. Hampir pukul dua pagi. Baik aku solat. Aku cepat-cepat bangun menuju ke kamar mandi untuk berwudu’.
Usai solat sunat tahajud, hajat dan istikharah aku berdoa kepada Allah supaya memberikan aku kekuatan untuk membuat keputusan yang tepat. Perkara nikah kawin ini sangat berat bagiku. Satu tanggungjawab yang perlu digalas dengan sebaik mungkin sebagai isteri dan seorang ibu kelak. Penentuan aku untuk menggamit syurga bersama pendampingku iaitu suamiku suatu hari nanti. Akim? Nama itu terlayang-layang difikiranku.
......................................................................................................................................................

Genap seminggu, aku mesti memberikan keputusan. Sudah aku fikirkan, buat apa aku menunggu orang yang entahkan datang atau tidak? Umi sudah ku beritahu. Mungkin sudah tiba masanya aku bernikah. Baik pandangan umi dan ayah, baiklah sisi pandanganku. Apa yang aku tahu tentang bakal suami aku hanyalah nama pendeknya, Akim, dan bekerja dalam bahagian reka bentuk dalaman dalam kawasan Johor juga. Bagus, tak jauh aku dengan umi nanti. Hehe.
Tiga minggu lagi aku akan bernikah. Semua persiapan tidak perlu aku risau kerana pihak lelaki sudah sediakan awal kata umi. Aku hanya pasang badan sahaja, untungnya nasib! Hehe. Nasib baik aku dah hadir kursus kawin dengan Maria dulu. Tak lah kelam kabut lagi, Cuma aku pening dengan pengurusan borang nikah. Susah juga nak kawin ya? Pelik! Macam tahu-tahu yang aku akan beri jawapan positif. Maria dan Haikal tak habis-habis perli aku. Meraka bertunang dulu, aku pula yang nikah awal. Haha. Nasib korang la. Dah takdir aku nikah dulu daripada mereka. Asyik kena bahan aje lah aku ni. Hehe.
Titt tiit.. bunyi mesej dari handphone ku menyedarkan aku daripada memikirkan perkara yang mengejut ini. Aik! No baru? Mesej ku buka.
017-7778295 – Assalamualaikum Ain, ni sy Amus. Dgr cerita Ain nak bernikah ya? Maaf mgganggu persiapan Ain, sy just nak ucap selamat pengantin baru pada Ain dan suami. Semoga bahagia hingga ke syurga. Doakan sy juga akn mencapai bahagia seperti Ain. Maaf sepanjang perkenalan kita Amus terlalu dingin dengan Ain. Maaf sekali lagi sbb mesej dan ambil no Ain tanpa kebenaran. Sy just nak wish dan ucapkan terima ksih sbb brkawan dgn sy. Ok la, have a nice day! Happy selalu. Assalamualaikum. J ~AMUS~
            Aku pandang sayu mesej Amus. Haish..terlafaz sahaja akad, akan aku lupakan semua crush-crush yang pernah singgah dalam hati aku. Peh! Macam ramai bebeno crushnya. Kikiki. Berdosa menduakan suami! Semoga Amus bahagia dengan pilihannya. Dia nampak bahagia ketika menyebut tentang teman istimewanya di depan aku dahulu. Wajah Amus terbayang lagi. Mata yang sangat memukau pandanganku. Bukan jodohku dengannya. Ishh, aku mana sesuai dengan orang sekacak dia. Berangan lagi Dhea! Ingat, kau nak bernikah! Astaghfirullahalazim. Aku beristigfar, lalainya aku. Banyak betul setan! Tambah dengan iman aku yang turun naik ni. Nauzubillah.
......................................................................................................................................................

            “Aku terima nikah Ainul Mardhiah binti Kamarul dengan mas kahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai!”
“Sah?” Tanya Tok Imam pada saksi-saksi.
“Sah!” Kedengaran riuh suara mengatakan sah dan alhamdulillah tanda syukur lafaz akad nikah telah selesai.
Suara sayup-sayup ketika akad nikah oleh suamiku sebentar tadi mengingatkan aku tentang seseorang. Takkanlah dia!? Aku memang meminta kebenaran daripada keluarga untuk keluar seusai akad nikah dan sujud syukur oleh suamiku. Tidak mahu duduk di depan bersama-sama ketika akad. Gemuruh rasa hatiku jika berhadapan dengannya nanti. Tidak mengapalah, janji aku sudah memberikan persetujuan untuk menerimanya sebagai suami. Selepas ini apa nak jadi, jadilah. Aku tetap miliknya.
“Dhea! Jom keluar, majlis batal air sembahyang dan pembacaan taklik dah nak mula ni, bersedia tak?” bisik Maria ke telingaku. Aku mengangguk sambil menberikan senyuman manis bercampur gemuruh. Pantas aku bangun untuk mengadap suamiku. Sampai sahaja aku di hadapan suamiku, terus mataku terarah kepadanya. Gurlppp!! Liur ku telan berkali-kali. Mataku tak beralaih-alih memandang matanya. Aku gugup! Aku terkesima! Dia tersenyum manis kearahku. Yang paling manis rasanya! Amus!!!! Kenapa dia? Bukan Akim yang selalu umi cerita? Aku khayal degan pandangannya.
“Tak kan pandang saja?” tanya satu suara. Aku tundukkan pandangan. Sedar akan keterlanjuranku. Malu! Tersangatlah malu! Kedengaran tawa kuat bergema di seluruh ruang tamu rumah. Gelakkan aku lah tu! Sumpah malu tak ingat! Suara yang paling kuat siapa lagi kalau bukan abang-abang tersayang aku, Along, Angah dan Achik. Kenal sangat suara-suara sumbang tuh!
“Hulurkan jari sayang dulu, abang nak sarung cincin ni. Nak pandang lama-lama lepas selesai ni semua nanti ya?” katanya dengan senyuman manis. Abang? Sayang? Mesra terlebih mamat defrost ni. Aku hulur jemari kanan utuk disarungkan cincin lantas aku menyalam tangannya. Terasa dahiku dikucup sayu oleh suamiku. Insya-Allah abang yang pertama dan terakhir untuk Ain, bisikku.
......................................................................................................................................................

“Macam mana awak rancang semua ni?” tanyaku pada Amus ketika melangkah masuk ke dalam bilik pengantin kami. Maklom lah, di luar tak dapat nak bertanya panjang. Sibuk melayan tetamu dan bergambar. Lepas akad nikah pagi tadi, kami teruskan dengan acara sanding. Satu hari sekaligus. Senang cerita! Huhu.
“Awak? Siapa awak?”
Aku pandang Amus. “Maaf, saya tak biasa lagi abang.” Pelik betul bunyinya. Ah, gasak la!
“Mulai sekarang sayang kena biasakan diri panggil abang, abang dan bahasakan diri sayang Ain. Mana boleh saya awak lagi, tak romantik la macam tu” kata Amus sambil ketawa.
Aku jegilkan mata. Pandai je kenakan orang! Nasib baik suami, kalau bukan lama dah aku bangkang. Huhu.
“Cepatlah cerita, Ain nak tahu sangat ni!” desakku.
“Boleh, tapi dengan syarat.” Aku telan liur. Ah, sudah mesti nak mintak bukan-bukan ni. Ishh, dah la tak biasa berdua lagi. Lelaki semua sama la! Menyampah! Aku buat muka meluat. “Sya..rat a..pa?” tanyaku tergagap-gagap bila Amus mula mendekatkan bibirnya kearah telingaku. Dadanya aku tahan dengan tangan. Apa pulak dia nak buat ni. Muka aku dah merah dah gamaknya menahan malu. Amus ni memang nak kena.
“Jom solat sunat kahwin berjemaah!” bisik Amus dekat lantas senyum senget apabila menjauhkan jarak badannya denganku. Fuhh! Nak runtuh jantung aku..tak agak-agak Amus ni. Tak faham ke aku tak biasa! Amus aku jeling.
“Jeling, jeling suami! Nanti mata tu Allah jullingkan baru tahu. Dah jom solat!” arahnya.
Cepat-cepat aku ke kamar mandi untu membersihkan diri dan berwudu’.
Sayu hati aku mendengar doa Amus. Walaupun perkenalan aku dan dia sangat singkat, tetapi inilah titik permulaan kami dalam mengharungi alam rumah tangga nanti. Aku masih kekok dengannya. Tapi tidak bagi Amus. Dia nampak biasa dan memahami aku. Apa rahsia dia? Sabar Dhea, tak lari gunung dikejar.
Aku bangun melipat telekung dan sejadah yang sudah digunakan. Rambut panjangku lepaskan. Rimas! Seharian bertutup membuatkan aku tak selesa.
“Cantik rambut sayang.”
Gurlp! Alahai macam mana boleh lupa yang dia ada dalam bilik ni. Aduh, jangan dia ingat aku nak goda dia sudah la. Aku buat muka tak bersalah. Cool Dhea cool. “Biasa je” balasku lantas duduk diatas kerusi meja solek untuk menyikat rambut.
Wajah Amus terbias di cermin hadapanku. Matanya tepat mengenai mataku. Aduh! Janganlah pandang macam tu, dia bukan tak tahu aku memang kalah dengan mata cair dia tu. Sengaja physiko aku ! Aku buat tak tahu. Jangan dia datang sini sudah la, lepastu buat benda yang bukan-bukan memang aku lari karang! Dia ketawa kuat sambil geleng-geleng kepala. Ciss gelak pulak dia. Apa yang digelakkannya? Dah la hutang cerita dengan aku, buat tak tahu pula.
Aku ingat dia nak datang tapi sampai ke sudah aku sikat rambut tak juga mulut dia keluarkan apa-apa perkataan. Malunya kau Dhea, bajet dia nak datang kat kau puji-puji lagi? Tadi orang puji jual mahal. Ishh malu malu! Aku bangun dari kerusi lantas menuju kearah katil dan duduk di sebelah Amus. Buat biasa je Dhea. Ehemm.. aku betul-betulkan duduk. Amus pandang aku sambil gelak lagi.
“Kenapa asyik gelak je ni? Dah tak ada kerja? Apa yang kelakar sangat?” tanyaku tanpa henti. Geram punya pasal.
Bunyi tawa Amus semakin kurang. “Abang kelakar tengok sayang, cute sangat! Kelam-kabut! Semua ada, kenapa? Nervourse eh?”
Dia gelak lagi. Kali ni bertambah kuat. “Gelaklah sampai subuh, Ain tak kesah! Ain tidur dulu! Assalamualaikum, nite!” kataku sambil baring membelakanginya lantas memejamkan mata. Sedih! Ada suami macam tak ada, suka membuli pula tu. Dia macam tak kesah tentang perasaan aku. Apa yang aku tanya semua dia tak jawab. Dia ingat aku ni patung bernyawa agaknya yang tak ada perasaan dan boleh dia buat sesuka hati! Mata aku mula berair walaupun aku sedang menutup mata. Terasa dipermainkan olehnya. Sebak pulak rasanya. Wahai suamiku, pujuklah! Lembab betul la sensor dia ni.
            “Sayang...” Tiba-tiba aku terasa ada tangan yang melingkar di pinggangku dari arah belakang. Amus mendekatkan jarak kami lantas mengeratkan pelukan. Aku terkaku. Tak sangka Amus bertindak begitu. Ingin menolak takut dikira berdosa. Biarkan saja Dhea, dia ada hak. Aku diam. “I’m so sorry sayang..” katanya lalu mencium rambutku. Aku rasa terharu. Terasa keikhlasannya. Aku kutuk diri sendiri, kenapa sejak bernikah ni aku terlalu sensitif? Padahal mungkin Amus cuma ingin bergurau denganku, aku yang terasa lebih! Kesian pula dengan suamiku. Aku ingin meminta maaf atas sikapku tadi, tetapi hati menolak dahulu. Baik tengok cara Amus pujuk aku la. Haha. Dhea! Sejak bila kau menggedik? Kikikiki.
            “Sayang adalah anugerah terindah yang pernah abang miliki. Jangan begini sayang. Abang hanya bergurau, abang tak sengaja. Ain tak faham apa perasaan yang abang tanggung sekarang ni. Perasaan gembira, terharu, bersyukur yang tak terhingga sebab dapat memeluk gadis yang abang tunggu selama bertahun-tahun ini. Gadis yang berjaya tetapkan hati abang untuk setia pada yang satu sehingga tiba waktu yang sesuai untuk abang sunting dan memilikinya. Abang nak kongsi perasaan abang ni dengan Ain. Sayang faham tak perasaan abang?” katanya lirih.
Aku terkejut. Bertahun-tahun? Apa maksud Amus? Aku pusingkan badan mengadapnya. “Apa maksud abang bertahun-tahun? Bukan kita baru je kenal?” tanyaku pelik.
Amus memandang mataku sambil tersenyum suka. Mungkin reda hatinya melihat yang aku bertambah okey. “Banyak benda yang abang nak cerita dengan sayang, tapi janji jangan tidur pulak!” katanya sambil ketawa. Dadanya aku pukul perlahan. “Takkanlah!” jawabku sambil tersenyum manis memandangnya. Aku baru perasan, sejak bila aku jadi tak tahu malu depan dia? Haha. Lantaklah, janji dah jadi suami aku. muehehehehe..
Okey, firstly abang nak beritahu sayang yang abang dah kenal sayang 10 tahun dulu. Sejak sayang form four lagi” katanya sambil jarinya bermain dengan anak rambutku.
“Abang kenal Ain macam mana?”
“Ingat tak hari yang sayang ada kelas tambahan, tak balik sama dengan Maria. Then, sayang hantarkan buku rujukan addmath pada dia dekat gate sekolah?”
Aku mula mengingat. Oh ya! Ada-ada. Aku mula mengimbas detik itu. Memang aku ada hantarkan buku rujukan pada Maria sebab tak dapat balik bersamanya pada hari tersebut. Kata Maria dia memerlukan buku itu segera untuk study bersama beberapa orang rakan kelasnya di rumah. Aku yang terlupa memulangkan pada waktu rehat terkocoh-kocoh mengejarnya sebelum bermula kelas tambahan. Harta orang mesti pulangkan kata umi dulu. Nasib baik Maria tak balik lagi. Cepat-cepat aku kejar. Tapi apa kena mengena?
Okey, Ain ingat time tu, kenapa ya?” tanyaku laju.
“Abang ada je dekat luar gate tu perhatikan sayang.” Hehe. “Sayang time tu nampak lelah sangat berlari, termengah-mengah,  cute, muka merah padam walaupun tak berapa nak putih macam sekarang tapi still boleh nampak merah, abang tak dapat tahan ketawa masa tu.” tambahnya lagi. Aku jegil mata. Nak kata aku gelap lah tu time dolu-dolu! Dia ketawa lepas. Tahu yang aku bengang, sengaja cari pasal. Dia memang suka aku marah.
Ketawa Amus makin reda.  “Sebenarnya Maria adik sedara abang. Sayang jangan marah dia dan Haikal tau sebab berkomplot dengan abang. Nak marah, marah abang. Mereka cuma ikut arahan abang.” Amus kelipkan mata sekali. “Sayang nampak sangat lah innocent, hati abang mula tertarik dengan Ain. Abang tanya Maria siapa budak yang hantarkan buku tu? Dari situ la abang korek cerita pasal Ain dan pada masa tu juga abang tolong mak ngah ambilkan Maria dari sekolah sebab tak nak Maria balik sendiri tanpa Ain. Kebetulan abang cuti sem waktu tu, terlanjur abang datang rumah mak ngah abang pun volunteer nak tolong la. Tapi bagus jugak, dapat abang jumpa sayang.” Hehe. Aku pandang suamiku tanpa berkelip. Macam tak percaya. Lama juga dia tunggu aku. Tapi takkan sekali jumpa dah suka? Laki aku ni memang pelik la! Bisik hatiku.
Amus mencocok jari telunjuknya di telinga kiriku yang sedang berkhayal. Aku terkejut. Bila sedar Amus dah tergelak sakan. Cis! Suka mainkan aku la mamat defrost ni, haipp laki kau tu Dhea. Ish ish ish..
“Ada kejutan lagi tau yang, sebenarnya perjumpaan kita semua dirancang. Abang yang suruh Maria ajak sayang ikut sekali bila keluar dengan Haikal. Padahal abang seorang kalau teman pun dah cukup and kalau nak tahu Haikal rakan sekerja abang. Abang nak jumpa Ainul Mardhiah abang ni selepas bergelar guru, bagaimana keadaannya tanpa kata-kata puitis dari abang.” kata Amus sambil mengangkat kening memandangku.
Mataku terbeliak. Kata-kata puitis? Sejak bila Amus pandai berpuitis? Bila masa? Aku makin tak faham.
“Kenapa? Pelik? Confuse?” Haha..  “Kesian sayang abang ni, actually, semua kad-kad kuning yang ada pada Ain abang yang tulis” kata Amus. Aku dah terdiam.  Banyaknya rahsia dia dan banyak perkara yang dia sembunyikan sepanjang tempoh perkenalannya denganku. Terlalu banyak! Hingga tak terjangka oleh akalku.
“Ohho..so AYAM tu abang lah ya? tanyaku dengan menekankan sebutan AYAM tersebut. Padan muka! Sengaja buat dia terasa.
Amus gelak lagi. “Sampai hati sayang panggil abang ayam ya? bukan ayam la tapi AMAY, nama abang la tu Amirul Mustaqim Abdul Yusuf.” balas Amus. Aku pandang wajahnya. Baru tahu nama penuh dia. Apa punya bini la aku ni, baru tau nama penuh suami. Aku terkejut juga apabila mengetahui yang Amus adalah pengantin lelaki, padahal nama yang diberitahu ialah Akim. Banyak sangat nama. “Kenapa panggil Amus?”
“Sebab abang suka!” balasnya sepatah.
“Apa yang membuatkan abang yakin Ain akan terima pinangan abang ya?”
Amus ketawa. “Eleh, macam la abang tak tahu yang sayang dah mula sukakan abang bila first time kita jumpa dulu. Tapi abang tetap tak puas hati dan ingin menguji Ain lagi. Abang sengaja buat-buat dingin dekat sayang, saja nak uji. Haha. Ain pandang abang tak berkelip kot setiap kali jumpa!, tahu lah abang kacak” kata Amus sambil tahan ketawa.
Aku mencebik. Perasan! “Bila masa Ain macam tu?” tanyaku sambil menjelingnya tajam! Bengang. Buat malu kaum saja Amus cakap aku macam tu.
“Sebenarnya, mula-mula abang tak yakin juga, sebab tu abang tunggu masa yang sesuai. Perkara yang membuatkan abang betul-betul yakin dengan keputusan abang untuk menikahi sayang ialah sewaktu abang katakan yang abang sedang menunggu jawapan dari teman istimewa abang untuk hidup dengan abang. Perubahan pada wajah sayang sangat jelas! Abang dapat tangkap yang sayang sangat kecewa.” Amus senyum sambil menggengam jemari kananku lantas mengucupnya. “Betulkan sayang?” Aku angguk. Patutlah waktu tu Maria dan Haikal hilang tiba-tiba. Rupanya dah rancang pertemuan untuk aku jumpa Amus.
“Sampai hati abang, Maria dan Haikal sembunyikan hal ni daripada Ain ya? Pandai semua berlakon. Ain je yang tak tahu apa-apa. Mesej yang abang bagi Ain sebelum kita bernikah tu pun propa je kan? Rasa macam dipermainkan je!” protesku.
Amus geleng kepala. “Abang tak bermaksud untuk menipu sayang, tapi yakinlah, abang buat semua ni bersebab. Abang tak nak ganggu sayang lagi sewaktu sayang sedang belajar. Kita masing-masing masih muda. Abang juga sedang belajar waktu itu dan keadaan abang tak stabil untuk menanggung orang yang sangat istimewa bagi abang. Dengan cara menulis apa yang abang rasa kepada Ain sudah cukup membuatkan abang puas hati. Abang bertekad untuk berjaya dan akan kembali pada Ain bila sampai waktu yang sesuai. Abang selalu berdoa jika Ain memang ditakdirkan untuk abang, abang berharap Allah jagakan Ain sehingga abang mampu berhadapan dengan Ain seperti sekarang” terangnya.
“Abang harap Ain faham keadaan abang.” Aku angguk. Mula terasa bersalah kerana menuduhnya yang tidak-tidak. Padahal dia lakukan semuanya untuk aku. Tak nak aku jadi lalai dengan cinta sewaktu meniti alam persekolahan. Baik sungguh suamiku. Bertuahnya aku memilikinya, yang sangat sayangkan aku.
Panjang sungguh perbincangan pada malam pertama kami. Letih fizikal dan mental. Semuanya berlaku dengan pantas! Semua sebab AMUS! Ya, dia suamiku!
Aku memandang Amus dengan pandangan sayu lantas memeluknya kuat tanda berterima kasih atas segalanya. Erat sekali. Amus membalas pelukanku. Buat pertama kali memeluk lelaki yang bukan mahramku. Terasa sangat lain perbezaannya. Memeluk abang, ayah dan dia. Tentulah, dia lebih istimewa. Ya, kerana dia suamiku!
Amus melonggarkan pelukan. Termalu aku yang memeluknya bagai tidak mahu lepas. Dia tersenyum memandangku. “Abang rasa semuanya dah abang ceritakan pada Ain, sekarang giliran Ain tolong abang pulak boleh?” katanya.
Aku mendongak memandang wajahnya. “Tolong apa?”
“Tolong tutup lampu.” Aku mengangguk. Setakat tutup lampu apa lah sangat. Aku bangun menutup suis lampu lantas berlalu perlahan kearah katil kembali. Sampai sahaja di tepi katil aku terasa tanganku ditarik dan aku hampir melayang. Mujur ditahan oleh badan sasa Amus. Apa main tarik-tarik orang ni?
Amus peluk aku kuat. Tangan yang mula menjalar di batang leherku membuatkan aku mengigil kecil dan memahami setiap maksud sentuhan dan kucupannya di wajahku. “Maafkan abang, sayang ada overtime malam ni, tak apa kan? Ada kerja yang perlu kita selesaikan.” Hehe. Bisik Amus dekat di telingaku. Aku rela. Sesungguhnya rela. Ya, kerana dia suamiku! Doa yang dibaca oleh Amus membuatkan aku sedikit tenang. Sesungguhnya adab-adab yang telah diajar nabi tidak sia-sia. Sentiasa ada hikmahnya. Aku tersenyum mendengar setiap perkataan kasih dan cintanya terhadapku. Ain sayang abang!
......................................................................................................................................................
Setahun kemudian..

Aku mengambil kad yang terletak diatas meja solek lantas membukanya.

To my lovely wifey <3

Ainul Mardhiah..kau seharum kuntuman ditaman syurga.. menanti hadirnya seorang
lelaki untuk menjadi bukti cinta sejati.
Oh Tuhan bisakah dicari didunia ini seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih..dihati lelaki bernama kekasih...
p/s : abang sangat bahagia memiliki sayang. Semoga sayang ikhlas disamping abang didunia dan diakhirat. Abang berdoa dan berharap Ainul Mardhia binti Kamarul ini akan menjadi ketua bidadari untuk abang disyurga kelak. Insya-Allah. J
Happy 1st anniversary sayang. Tunggu abang balik petang nanti. Just wait, surprises will come out!
lots of love
AMAY yor lovely husband.

Aku ketawa kecil sambil menggeleng kepala. Amus memang banyak rahsia dan sukakan kejutan. Masalahnya bukan dia yang terkejut. Balik-balik aku juga yang terkejut! Hehehe.
Aku mengusap perut yang mula membuncit. Walaupun aku yang nikah awal, tapi Maria yang hamil dulu. Sekarang usia kandungannya nak masuk enam bulan. Aku baru empat bulan. Tidak mengapalah. Rezeki orang berbeza-beza. Semasa hari bahagia Maria dan Haikal, teruk mereka kena dengan aku. Yelah, berani diaorang berkomplot dengan suami aku untuk kenakan aku ya! haha. Tapi aku tetap berterima kasih pada mereka. Tanpa mereka aku tidak akan berpeluang mengecap bahagia bersama Amus seperti sekarang. Semoga Allah memelihara dan memanjangkan usia pernikahan kami hingga akhir hayat. Insya-Allah Amiinn.
......................................................................................................................................................
~TAMAT~ ;)