Friday 30 August 2013

Penghijrahan Cinta 22


BAB 22

            Tepat jam empat pagi itu Humaira terjaga dari tidur. Angin pagi yang menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidak ditutup menyegarkan lagi matanya. Sejuknya meresap sehingga ke tulang!

            Humaira mengerling ke sisi, mencari seraut wajah yang dicintai. Memang sudah menjadi kebiasaannya menatap wajah Wafiq setiap pagi. Mencari sedikit semangat dengan menatap wajah tenang itu.

            Dahi Humaira berkerut apabila ruang di sebelahnya kosong. Pelik! Dia bingkas bangun dan mengikat rambutnya yang sedikit tidak terurus.

            “Dah bangun ke?” soal Humaira sendiri. Biasanya dia yang terjaga awal.

            Humaira melangkah keluar dari bilik, mencari kelibat Wafiq. Dia jadi hairan sendiri, Wafiq jarang terjaga seawal pagi. Dari ruang tamu, dia menjengah ke bilik kerja apabila terperasankan lampu bilik itu masih terpasang.

            Humaira menguak sedikit pintu bilik kerja dan dia melangkah masuk ke dalam. Kepalanya digeleng berkali-kali apabila terperasankan Wafiq yang sudah terlentok di atas meja kerja.

            “Astaghfirullah. Kat sini rupanya.” Gumam Humaira.

            “Abang, bangun. Kenapa tidur kat sini?” tanya Humaira hairan. Keningnya sudah terjongket tinggi.

            Badan Wafiq gerak sedikit apabila dikejut Humaira.

            “Emm..” dalam mamai Wafiq mengangkat muka. Tengkuknya diurut sedikit, lenguh apabila tertidur di meja kerja.

            “Kenapa tidur kat sini?” soal Humaira lagi, tak pernah-pernah lagi Wafiq terlena di meja kerja. Tak ke pelik tu?

            Wafiq garu kepala yang tak gatal. Akhirnya dia terlena juga setelah menyimpan diari Humaira semalam. Pukul berapa dia terlelap, dia sendiri tak sedar.

            “Emm, abang masuk bilik dulu.” Wafiq membalas ringkas. Langkahnya agak tidak teratur, kantuknya masih menguasai diri.

            Humaira hanya memandang langkah Wafiq. Dia mengoyak senyuman terpaksa. Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali. Haih peliknya dengan Wafiq Rizqi ni!

            Tiba di depan pintu kamar mereka, langkah Wafiq terhenti. Mindanya mula merencana asbab dia tertidur di bilik kerja. Ya, kerana diari itu! Dia merengus kasar. Dalam keadaan terpaksa diatur juga langkah menuju ke katil. Rambutnya diramas kasar sebelum dia merebahkan kepala di bantal.

            Sungguh, kepalanya sedang serabut tika ini. Matanya merenung kosong siling bilik. Apabila kelibat Humaira menghampiri bilik, cepat-cepat dipejamnya mata rapat-rapat. Berpura-pura tidur sedangkan otaknya mula giat mencari jawapan kepada persoalan sendiri.

            Humaira tenang melangkah masuk ke dalam bilik, dilihatnya tubuh Wafiq yang sedang keletihan berbaring di atas katil. Humaira tersenyum memandang seraut wajah yang mula bertakhta di hatinya. Pantasnya masa berlalu, sudah tiga bulan usia perkahwinan mereka.

Dalam tempoh tiga bulan ini macam-macam yang telah berlaku. Wafiq akan tamat praktikalnya tidak lama lagi dan dia juga akan menamatkan semester keempatnya tidak lama lagi. Sungguh masa yag berlalu dirasakan sangat pantas, tambahan pula tugasnya sebagai seorang pelajar dan isteri membuatkan diri sering kesuntukan masa.

Syuhada juga sudah mengikat tali pertunangan dengan pilihan umminya. Akhirnya gadis itu akur dengan pilihan ummi tersayang. Insya-Allah tak lama lagi Syuhada bakal mengikut jejak langkahnya mendirikan rumah tangga. Tapi saat berlangsungnya pertunangan Syuhada, Humaira tidak dapat hadir kerana majlis tersebut dilangsungkan di kampung ummi Syuhada di Kelantan. Walaupun berasa sedikit terkilan namun Humaira turut gembira dengan pertunangan sahabatnya itu.

Humaira melangkah ke arah katil, mahu mengejutkan Wafiq untuk bertahajjud bersama. Masa-masa sunyi seperti inilah masa terbaik untuk mereka berdating dengan Pencipta sendiri. Kalau seharian berpenat lelah dengan urusan dunia, sekarang adalah masa terbaik untuk urusan akhirat pula.

“Abang..” Kejut Humaira perlahan. Dia mengusap perlahan bahu Wafiq.

“Emm.” Wafiq membalas ringkas. Saat mindanya mula melupakan masalah yang timbul dan ingin terlena ada pula tangan yang mengerakkannya.

“Nak bangun tak?” perlahan suara Humaira bertanya.

“Em, kejut abang pukul enamlah.” Wafiq memutuskan. Matanya semakin memberat kerana kekurangan tidur. Kepalanya juga sudah menunjukkan symptom migrain. Pantang dirinya kalau kurang tidur, mulalah migraine menyerang.

“Okay.” Humaira sedikit kecewa. Lamanya tak bertahajjud dengan suami dalam keheningan pagi. Lamanya dia tak mendengar doa kudus dari Waqfiq saat fajar subuh belum bermula.

Dengan langkah longlai diatur juga langkahnya mengambil telekung yang elok tersidai. Dia mula memakai telekung berwarna putih itu, laju kakinya melangkah ke arah meja solek.

“Beginilah wajahku ketika dikafankan, bezanya sekarang aku mampu tersenyum.” Muhasabah hati Humaira sendiri, dia mengoyak senyuman hambar. Sehambar hatinya yang kecewa dengan tingkah Wafiq sebentar tadi. Tapi dia akan berusaha menjadi isteri yang memahami, dia tahu Wafiq penat semalaman menyiapkan practical reportnya.

Diambilnya pula sejadah dan dihamparkan mengadap kiblat.

            ‘Ya Rabb, hamba dating pada-Mu,’ bisik hatinya syahdu. Dia mula mengangkat takbir menuju Dia yang satu.

            Usai solat sunatnya, Humaira melangkah ke meja belajar. Mahu menyelesaikan sedikit assignment dan tutorialnya. Bagi Humaira suasana pagi yang tenang memudahkan dan menambahkan lagi semangatnya untuk belajar. Dia harus buktikan walaupun bergelar isteri ketika belajar namun itu bukanlah halangan untuknya mencapai kejayaan. Fighting!

Setengah jam berlalu Humaira masih focus mengadap tugasannya. Alarm dari jam loceng di atas meja belajar dimatikan. Sudah pukul lima pagi. Dia meluruskan otot-otot yang mula keletihan. Dikerlingnya pula Wafiq yang sedang lena di katil. Nampak penat sungguh wajah lelaki itu. Dalam hatinya tertanya sendirian, pukul berapa agaknya lelaki itu tertidur? Pasti tidak selesa kerana tertidur di meja kerja.

Humaira menyambung kembali fokusnya yang lari. Dia terus khusyuk mengadap assignment dan tutorialnya sehinggalah azan subuh berkumandang mengejutkan manusia dari lena. Sayup-sayup suara memuji kebesaran Ilahi pada keningan pagi.

Tengah hari itu Wafiq masih di pejabat sedangkan kawan-kawannya yang lain sudah mengisi perut masing-masing. Seleranya seakan lumpuh tengah hari itu. Dia hanya duduk termenung di meja kerjanya. Hanya tinggal seminggu lagi sebelum dia tamat latihan praktikalnya. Selepas itu dia bebas!

            Dibukanya laci kerja lalu diambilnya lagi diari lama itu. Sebelum ke pejabat pagi tadi sempat pula dia memasukkan diari tersebut ke dalam briefcase miliknya. Ada rahsia yang harus dibongkar dan kuncinya hanya ada pada diari tersebut.

            Dia menarik nafas panjang, mencari sedikit kekuatan untuk membaca diari tersebut. Hati yang sedikit sakit dipujuknya. Dia jadi keliru dengan rasa hatinya selepas membaca diari itu. Ada rasa cemburu dan marah dengan kenangan silam Humaira. Dia buntu! Hari ini buat pertama kalinya dia tidak menjamah sarapan yang disediakan Humaira, bukan itu saja solat subuh mereka juga tidak berjemaah pagi ini. Lain dari kebiasaannya. Bukan dia tak perasan wajah mendung dan air mata di wajah isterinya tapi entah tiba-tiba hatinya menjadi sekeras kerikil. Saat ini hatinya pada isteri kosong. Sekosong kanvas yang belum dilakarkan.

10 Dec 2007
Hari ini S menelefonku, suaranya sarat dengan rasa rindu dan cinta. Melalui suaranya aku tahu dia memang menyintaiku. Katanya dia sudah berada di kampung dan sedang mencari kerja sementara menunggu keputusan SPMnya keluar tahun hadapan. Katanya lagi dia mahu kami berjumpa minggu hadapan. Melalui perbualan kami di talian S meluahkan perasaan rindunya. Sungguh S memang bijak menyusun bicara membuatkan aku semakin jatuh cinta! Dan sememangnya diri ini tersangat bertuah kerana mendapat cinta lelaki yang hebat seperti S. Tak sabarnya menanti pertemuan kami seterusnya dan sudah pasti mulai hari ini aku akan terus menghitung pertemuan nanti.

Wafiq melemparkan senyum sinis. Melalui suara saja sudah tahu lelaki itu mencintai dirinya? Ahh cinta monyet, semuanya indah belaka!

Wafiq menyelak lagi helaian seterusnya. Dirinya tertanya sendiri. ‘Hebat sangatkah bekas kekasih Humaira?’

18 Dec 2007
Aku dan dia keluar bersama hari ini. Menatap wajahnya meleraikan rindu yang semakin bermukim di hati. Sukarnya percintaan jarak jauh. Kami ke taman dahulu, bertukar cerita setelah lama tak bersua. Mula-mulanya aku agak malu namun S bijak saja membuatkanku selesa. Katanya dia mahu kami kerap bertemu dan mujurlah jarak Batu Pahat dan rumahnya tidak terlalu jauh. Kami menghabiskan masa bersama, menyulam impian masa depan bersama. Dan sudah pasti pertemuan ini berjaya meleraikan rasa rindu yang menyesakkan dada.

Wafiq melemparkan senyuman hambar, kata-kata romantis Humaira yang terlakar di diari membuatkan dadanya sesak sendiri. Kenapa Humaira jarang sekali menuturkan bicara seperti itu dengannya? Adakah Humaira mencintai S melebihi dirinya? Soal hatinya sendirian.

Dia menyelak lagi helaian seterusnya, keadaan pejabat yang sunyi membuatkan semangat ingin tahu terhadap kisah silam isterinya semakin berkobar. Helaian kali ini agak lain, dakwat pennya seolah telah comot dibasahi air. Hati Wafiq semakin tertanya dan dia kembali meneruskan bacaannya.

25 Dec 2007
Saat aku menulis diari ini hatiku hancur, sehancurnya. Hanya enam bulan percintaan kami dan S telah berjaya memperbodohkan aku. Sedihnya rasa hati hanya Dia yang tahu! Dan aku akan ingat kenangan ini selamanya! Inikah balasan kerana menderhaka kata ibu dan abah? Abah, maafkan Mia! Aku tak kuat untuk mencoret nukilan seterusnya!

            Rasa ingin tahu semakin membukit di dada dan Wafiq pasti dakwat comot pada diairi tersebut kerana kesan air mata Humaira. Humaira menangis sambil menulis, dia pasti itu! Saat rasa ingin tahu semakin membara dalam dirinya, ada pula suara yang menengurnya.

            “Tak keluar rehat bro?” Tanya Asyraf merangkap teman sekerjanya.

            Wafiq terkedu, lidahnya seakan kelu untuk menjawab soalan semudah itu. Saat hatinya teruja untuk meneruskan bacaan, dia disapa pula dengan soalan sebegitu, mahu tak terkedu!

            “Err..” sungguh lidahnya kelu menjawab soalan. Bagaikan pesalah yang sedang tertangkap ketika melakukan kesalahan.

            “Yang kau macam nampak hantu ni kenapa?” Tanya Asyraf pelik. Hairan. Pucatnya wajah Wafiq saat ini, kalau ditoreh pasti tak berdarah!

            “Hah??” soal Wafiq terpinga-pinga. Mindanya mula berfungsi saat ini.

            “Kenapa kau tak lunch hari ni?” Asyraf ulang semula soalannya sebentar tadi. Aihh Wafiq, jauhnyaa kau mengelamun!

            “Ohh tak. Tak lapar.” Wafiq tayang sengih, sedar kesilapan diri yang sudah jauh mengelamun. Tangannya laju memasukkan kembali diari Humaira ke dalam laci. Tertangguh lagi niatnya macam membaca diari tersebut.

            Asyraf mengukir senyuman. Selalunya Wafiq yang akan bersemangat bila lunch time mereka tapi hari ini?

            “Pelik betullah kau hari ni, ada masalah ke?” soal Asyraf prihatin.

            “Er, takdelah bro. Jom solat.” Dalih Wafiq, diajaknya pula Asyraf untuk solat Zuhur bersama.

            Asyraf hanya mengikut langkah Wafiq tapi mindanya mula mengerah jawapan sikap Wafiq hari ini dan dia tahu Wafiq punya masalahnya sendiri. Dia pasti! Mungkin Wafiq memerlukan ruangnya sendiri.

P/s: 3 chapters to go :) kat blog nisa akan letak sampai bab 25 saja :)

And nisa akan letak scene Aisy al Hafiz dan Husna Humaira dalam bab last nanti (bab 25) insya-Allah :D

Monday 26 August 2013

Penghijrahan Cinta 21


BAB 21

Sedar tak sedar seudah tiga bulan usia perkahwinan Wafiq dan Humaira, masing-masing kini sibuk dengan tugas masing-masing. Wafiq dengan praktikalnya dan Humaira dengan kuliahnya. Ada masa Humaira terpaksa bermalam di kolej menyiapkan assignment dan presentation.

Humaira menapak menuju ke kamar, badannya agak letih sejak akhir-akhir ni. Mungkin kerana kekurangan rehat untuk diri sendiri.

“Nak tidur dah ke?” soal Wafiq pelik. Jam di dinding dipandang sekilas. Baru pukul 8.50 malam.

“Haah,” balas Humaira dengan kantuk yang menguasai diri. Dah dua tiga malam ni, lepas sahaja solat isyak dia sudah terlena di atas katil.

Wafiq angkat kening. Memang pelik Humaira dua, tiga hari ni.

'Mungkin penat dengan kuliah agaknya' pujuk Wafiq sendiri.

“Maira masuk tidur dulu tau,” Humaira meminta diri.

“Okay, okay..” Balas Wafiq.

Humaira kembali menyusun langkah ke bilik. Mulutnya sudah menguap tiga, empat kali dah. Tapi bagus juga dia tidur awal, awal-awal pagi juga dia sudah terjaga. Setiap pagi pasti dia akan terjaga tepat jam empat.

Humaira melangkah ke arah beg sandangnya. Diambilnya telefon bimbit, ingin diperiksa mesej atau tugasan yang dicatit di bahagian memo untuk esok hari. Tiba-tiba tangannya terpegangkan diari lama miliknya.

Diambil lalu dibawa ke katil sebagai 'peneman' tidur. Baru baca satu muka surat, mulutnya menguap lagi. Pantas diletakkan diari tersebut di bawah bantal. Humaira memejam mata, tidak sampai seminit dia sudah terlena.

Sedang Wafiq di luar menghadap laptopnya. Menyiapkan final report praktikalnya. Wafiq mengurut tengkuk sendiri. Aihh penatnya, ada isteri tapi dah tidur pulak. Kalau tak, ada teman bergaduh! Huhu..

Wafiq menjeling jam di dinding, sudah sejam dia mengadap laptop. Sambil-sambil menyiapkan report, dia online! Hehe. Mana nak siapnya kerja kalau buat report sambil online? Kan, kan?

Setelah penat matanya mengadap skrin laptop, Wafiq ke dapur untuk membacuh air panas. Direngangkan sedikit otot-otot yang sudah keletihan.

“Sunyinya kalau Humaira dah tidur,” kata Wafiq lebih kepada dirinya sendiri.

Kalau ada Humaira, ada jugak teman cerita, teman untuk dia menyakat, teman untuk dia bergaduh.

Wafiq melangkah kembali ke ruang tamu bersama mug air di tangan. Air yang suam-suam itu dihirup perlahan. Sedap jugak kan kalau sesekali merasa air tangan sendiri? Dua kali teguk, dia mula meletakkan kembali mug di atas meja. Niat di hati mahu menyambung kembali tugasan dan cepat-cepat tidur! Bosan pulak sorang-sorang kat luar ni.

Wafiq kembali fokus menyiapkan tugasannya. Matanya mula diserang virus mengantuk. Jam di dinding dipandang lama.

“Patutlah, dah dekat pukul 12 rupanya,” gumamnya sendiri.

Lima minit berlalu dan dia sudah pun menyiapkan report untuk praktikalnya. Wafiq mengungkap syukur di hati. Alhamdulillah, finally siap jugak!

Wafiq menghantar mug kembali ke dapur dan melangkah ke ruang tamu untuk menyimpan laptopnya. Matanya semakin memberat kini. Dia melangkah laju memasuki ruang kamar.

“Ya Allah, Maira ni.. lampu pun tak dipadamnya, tidur terang benderang ni,” gumam Wafiq sendirian. Masuk saja kamar biliknya dia sudah melihat Humaira yang sedang lena tidur di atas katil tanpa memadam lampu bilik.

Kepalanya digeleng beberapa kali. Lantas dibukanya lampu tidur di tepi katil. Suram-suram cahaya lampu tidur itu mula menerobos ke serata bilik.

Perlahan-lahan Wafiq merebahkan badan ke katil, dia tidak mahu menganggu lena isterinya yang nampak kepenatan itu. Direnungnya wajah Humaira dalam cahaya yang suram itu. Wajah tenang Humaira ketika tidur membuatkan dia tersenyum sendiri. Tangannya laju mengelus pipi Humaira.

“Kesiannya isteri abang ni.” Wafiq mencium pula dahi Humaira.

Belum sempat kepalanya mencecah bantal, dia terpegang sesuatu di bawah bantal.

Err, buku apa ni?” soalnya sendiri.

'Ni bukan buku yang kat kampung hari tu ke?' bisik Wafiq.

Lantas diambilnya buku tersebut dan dibawanya ke meja belajar. Dibukanya pula lampu meja belajarnya. Hatinya benar-benar ingin tahu isi kandungan buku itu.

Dengan rasa bersalah, dia membuka diari tersebut. Rasa ingin tahunya mengatasi rasa bersalahnya.

“Emm, takpe kot baca diari isteri sendiri. Bukan ke patutnya suami isteri tu takde rahsia antara satu sama lain..” pujuk hatinya sendiri, lebih kepada memujuk hati sendiri dari dihimpit rasa bersalah menceroboh hak privacy Humaira.

Diselak helaian pertama. Melihat tulisan tangan Humaira, bibirnya mengoyak senyuman. Kertas yang kekuningan itu menandakan diari tersebut bukanlah catatan baru Humaira.

27 Jun 2007

Hari ini aku berkenalan dengan si dia. Dia yang aku cinta dalam diam menghulurkan salam perkenalan. Gembiranya hati, hanya Dia yang tahu.

Wafiq tersentak. Ada perasaan lain muncul. Rasa hatinya bercampur tika itu. Rasa bersalah pada awalnya diganti dengan perasaan lain.

15 Julai 2007

Hari pertama kami jumpa. Aku bawa sekali Amira untuk temankan aku berjumpa dengan S. Aku jadi tersipu malu bila dia memandangku. Ohh memang jantungku berdetak laju!

Wafiq menarik nafas panjang membaca coretan tangan itu. Hatinya mula diserang rasa cemburu yang maha hebat. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak di dalam dada. Dia menyelak lagi laman seterusnya.

20 Ogos 2007

Sudah sebulan hubungan kami, dia melayan aku bagaikan seorang puteri. Bahagianya apabila dicintai dan mencintai. S, saya sayang awak sangat-sangat! I love you, sayang!

Wajah Wafiq sudah berubah riak, dadanya bagaikan ingin pecah mendengar luahan cinta Humaira walaupun itu cumalah kisah silam Humaira. Rasa cemburunya kian membara dalam dada. Helaian seterusnya diselak kasar.

1 Nov 2007

Hari ini kami sama-sama keluar dating. Hanya kami berdua. S memujiku, katanya aku manis berpakaian sebegitu. Bagiku penampilanku biasa-biasa saja. Tapi dalam diam hatiku berbunga, bangga apabila dipuji cantik oleh orang yang aku cintai! S, saya sayang awak sorang je! Tolong jaga hati saya baik-baik! Kami keluar ke panggung wayang, menonton cerita romantis bersama. Apabila S mula memengang tanganku, aku terkejut, cepat-cepat aku menarik kembali tanganku. Dan S hanya tersengih memandangku.

“Damn!!” marah Wafiq. Dia seolah-olah dapat membayangkan kemesraan Humaira dan kekasih lamanya. Seolah-olah dia hanya penonton kepada kisah cinta Humaira dan S. Dia bagaikan patung yang hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa!

Wafiq merengus kasar, maruahnya terasa dipijak! Walaupun itu cumalah kisah silam Humaira tapi dia tidak merelakan Humairanya punya memori indah bersama lelaki lain! Dia tak rela!

Walaupun hatinya mendongkol geram tapi diteruskan juga bacaannya. Dia ingin tahu kisah silam istei sendiri.

17 Nov 2007

Hari ni hari terakhir persekolahan. Sedihnya rasa hati terpaksa berpisah dengan S. S yang aku cinta bakal menduduki peperiksaan SPM. Selepas ini kami akan sama-sama membawa haluan masing-masing. Tapi S berjanji padaku, tamat saja peperiksaan SPMnya dia akan mencari aku. Dan aku hanya mampu menghadiah senyuman terpaksa. Ahh pasti aku akan merinduinya nanti! Aku tatap lama wajah S kerana selepas hari ni mungkin kami akan jarang bertemu. Apabila S menghadiahkan aku sekeping kad yang cantik, aku tersenyum menyambut hadiahnya. Dalam gembira menerima pemberiannya, air mata aku tumpah juga. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Dalam aku melayan perasan senduku, tiba-tiba ada tangan yang menyapu air mataku dari terus mengalir. Aku hanya membiarkan kerana aku tahu selepas ini kami akan jarang bertemu.

Wafiq menarik nafas dalam-dalam. Sungguh rasa cemburunya sudah sampai ke kemuncak! Rasa hendak dibaling saja diari ini keluar tingkap! Dia rasa seperti hendak menumbuk orang sekarang!
Dia memandang wajah Humaira yang lena tidur, entah mengapa rasa hatinya pada isteri sendiri sudah kosong. Rasa kantuk yang tadi menguasi diri lenyap tiba-tiba. Dan yang ada cuma rasa amarah dan cemburu yang kian membara!

Wafiq bangun menuju ke tingkap bilik yang belum ditutup. Dia mahu mencari ruang selepas hatinya membara membaca coretan tangan isteri sendiri. Entah kenapa, dia rasa dia tidak kenal dengan Humaira yang dihadapannya kini. Betul ke Humaira sendiri yang melakar memori lalu dalam diari itu? Hatinya menidakkan, tapi dia kenal tulisan tangan isteri sendiri.
Dalam mindanya kini pelbagai soalan yang muncul, pentingkah diari tersebut sehingga Humaira bawa bersama ketika tidur? Ada lagikah rasa cinta Humaira untuk bekas kekasihnya? Benarkah Humaira mencintainya atau Humaira sekadar ingin menjaga perasaannya?? Berapa banyak lagi rahsia Humaira yang dia tidak tahu? Mengapa Humaira tak pernah berkongsi rahsia masa silamnya? Tak pentingkah dirinya dalam hidup Humaira??

Wafiq meraup kasar rambutnya, dia merengus geram. Tiba-tiba biliknya dirasakan berbahang. Dia menoleh memandang wajah Humaira yang masih lena di katil. Ahh hatinya kosong untuk wanita itu saat ini, yang tinggal di dadanya hanya rasa amarah yang kian membara.

Wafiq mengatur langkah keluar dari bilik tapi sempat pula dicapainya diari tadi. Walaupun hatinya membara apabila membaca diari tersebut tapi dia memang memerlukan lagi diari itu. Ada rahsia masa silam yang harus dibongkar dan kuncinya hanya ada pada diari tersebut. Nak diharapkan Humaira membuka mulut, memang sangat mustahil!

Langkahnya terhenti di hadapan pintu bilik kerja, lantas dibukanya perlahan bilik tersebut. Dia duduk menghadap meja kerjanya. Aneh rasa kantuk yang menguasai diri tadi hilang serta merta! Tangannya membuka lagi helaian kertas diari tersebut.

8 Dec 2007

Hari ni hari terakhir S menduduki peperiksaannya. Aku girang sekali apabila menyambut panggilan telefonnya! Kata-katanya di talian penuh dengan rasa cinta, sarat dengan rasa rindu. Ohh jantungku berdegup laju. Ternyata dia mengotakan janjinya untuk menghubungiku sebaik sahaja dia tamat peperiksaan. Rindunya aku pada dia hanya Tuhan yang tahu. Katanya selepas ini dia akan pulang ke kampungnya untuk mencari kerja dan dia berjanji akan berjumpa denganku lagi. Hatiku bernyanyi riang mengingatkan janjinya. Sungguh saya cinta dan sayangkan awak!

Laju tangan Wafiq menumbuk meja yang tak bersalah. Tindakan spontannya untuk melepaskan amarah. Aahhh mengapa Humaira yang didepannya kini lain? Benarkah Humaira sudah berubah ataupun cuma berpura-pura untuk menjaga hatinya? Wafiq resah sendirian.

Saat hati ini telah kuserahkan,
Hadirnya ujian,
Menguji kesetiaan,
Menuntut kesabaran,
Ohh Tuhan,
Berikanlah aku kekuatan!

Monolog hati Wafiq sendirian, dia menutup diari itu perlahan. Tak sanggup rasanya meneruskan bacaannya malam ini. Hanya ada rasa sakit dan amarah tika dia membaca diari itu. Dia menarik nafas dalam-dalam dan lamunannya kian panjang.

Cinta Dalam Hening

~ Cinta dalam hening ~

Tatkala cinta itu datang menyapa,
Aku resah,
Aku gelisah,
Hatiku bermonolog sendirian,
Adakah ini cinta dari Tuhan?

Saat aku jatuh cinta,
Takkanku mudah melafaz bicara,
Mengungkap janji setia,
Memberi harapan cinta,
Kerana kutahu cinta itu bukan segalanya,
Biarlah masa yang merungkaikannya.

Cukuplah cinta ini hanya Dia yang tahu,
Kerana kuyakin apabila tiba masanya nanti,
Semuanya akan terungkai,
Semuanya akan terlerai.

Cukuplah aku mencintaimu dalam hening,
Dalam restu Tuhan,
Dalam redha ibu bapa..



 

Wednesday 21 August 2013

Penghijrahan Cinta 20


BAB 20

Pagi itu Humaira dihantar Wafiq ke universitinya sebelum lelaki itu bertolak ke tempat praktikalnya. Jarak antara universiti Humaira dan tempat praktikal Wafiq tidaklah terlalu jauh, hanya mengambil masa kira-kira lima belas minit perjalanan menaiki kereta.

Humaira melangkah keluar dari toyata vios milik Wafiq setelah bersalaman dengan suaminya itu. Semester baru datang lagi! Kali ini dia berstatus baru, sebagai seorang isteri kepada Wafiq Rizqi. Sudah pasti selepas ini dia harus lebih berhati-hati terutamanya dalam menjaga maruah Wafiq dan keluarga. Dia bukan lagi anak gadis yang bebas ke mana-mana, dia sudah punya suami yang harus didahulukan dalam semua hal. Dalam usia semuda dua puluh dua tahun dia sudah mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri!

Humaira menunggu Syuhada di hadapan library seperti yang dijanjikan dalam mesej pagi tadi. Dalam mindanya mula memikirkan masalah Syuhada. Hatinya gelisah apabila memikirkan kemungkinan Syafiq yang merisik Syuhada adalah orang sama yang dikenalinya ketika di bangku sekolah dahulu. Pemuda yang menanam racun dalam hidupnya!

Kepalanya digeleng laju. Mustahil! Mustahil mereka adalah orang yang sama! Mana mungkin ummi Syuhada berkenan dengan pemuda seperti Syafiq! Pemuda yang hanya tahu menanam janji-janji manis di bibir.

“Assalamualaikum” sapa suara dibelakangnya. Humaira berpaling, dia tersenyum. Hilang terus perihal Syafiq.

“Waalaikumsalam Syu! Rindunyaa dekat kau!” ujar Humaira, dipeluknya erat tubuh Syuhada.

Syuhada membalas pelukan Humaira. Dia juga rindukan Humaira. Empat semester mereka bersama, suka dan duka banyak dikongsi bersama.

“Aku pun rindu kau.” luah Syuhada. Dia melepaskan pelukan.

“Apa khabar?” soal Humaira, tangannya masih lagi mengenggam erat tangan Syuhada.

“Alhamdulillah, sihat. Kau? Macam mana life after jadi isteri orang?” Tanya Syuhada, bibirnya mengonyak senyuman.

“Alhamdulillah sihat jugak. Life after jadi isteri orang??” kening Humaira terjongket, sengaja soalan dibalas soalan.

“Haah.. tapi dari riak wajah kau, aku tahu kau bahagia.” jujur jawapan Syuhada. Tak perlu jawapan dari mulut Humaira dia sudah tahu sahabatnya itu bahagia.

“Alhamdulillah, aku bahagia sekarang. Bahagia sangat-sangat!” luah Humaira polos.

“Kalau kau nak rasa macam mana bahagianya, nikahlah cepat-cepat!” Sambung Humaira lagi. Matanya dikenyit nakal.

Syuhada tersenyum. Bezanya Humaira yang di hadapannya kini. Humaira sekarang lebih ceria, lebih bahagia,

'Moga bahagia selamanya menjadi milikmu sahabat' monolog hati Syuhada. Dia juga tumpang gembira.

“Maira...” panggil Syuhada lembut. Lamanya anak matanya menikam anak mata Humaira. Ada sesuatu yang ingin diluahkan.

“Ya..” Sahut Humaira.

I have something to share with you. Really need your advice.” luah Syuhada serius. Nafasnya ditarik perlahan.

“Jom pergi cafe. Kita cerita kat sana.” Cadang Humaira, ditariknya lembut tangan Syuhada supaya mengikut langkahnya.

Daripada riak Syuhada Humaira tahu cerita yang bakal dikongsi bukanlah hal remeh dan sebab itulah dia memilih cafe sebagai tempat untuk Syuhada meluahkan segalanya. Dia mahukan suasana yang santai antara mereka, dia tidak mahu Syuhada terlampau terbeban dengan masalahnya.

Setibanya mereka di cafe, mereka memilih meja yang agak tersorok. Mahukan privacy lebih pastinya! Mujurlah keadaan cafe tika itu tidak ramai orang.

“Kak, bagi milo ais satu. Syu, kau nak minum apa?” Soal Humaira lembut.

“Teh ais satu.” Jawab Syuhada.

“Maira, kau ada baca mesej yang aku hantar dekat facebook?” Ujar Syuhada memulakan bicara. Sungguh lidahnya agak kelu mahu berkongsi cerita.

“Aku baru baca pagi tadi.” Balas Humaira.

“Aku keliru Maira..” jujur bicara Syuhada.

Humaira memengang erat tangan Syuhada, ingin menyalurkan kekuatan.

“Macam mana ummi kau kenal syabab tu?” tanya Humaira ingin tahu.

“Dia anak sahabat baik ummi. Ummi aku berhajat sangat nak jadikan dia menantu.” cerita Syuhada, matanya memandang meja. Sungguh hatinya gundah saat ini. Dia bagaikan tersepit di antara hajat umminya dan kehendak sendiri.

Humaira mengangguk kepala.

“Kau dah bincang dengan family? Dah istikharah? Aku pun pernah rasa apa yang kau rasa Syu. Sabarlah, pasti ada jalan keluar masalah ni. Yakinlah dengan Dia!” makin kuat genggaman tangan mereka.

“Aku dah puas berbincang, mereka sangat-sangat berharap agar hajat ummi tercapai. Istikaharah aku belum jumpa jawapannya. Masih samar-samar.” Luah Syuhada.

“Sabarlah, pasti ada penyelesaian pada persoalan ni. Kau ta'aruf dulu dengan syabab tu. Mana tahu lepas ini hati kau tenang padanya.” Ujar Humaira.

“Tapi ummi nak aku bertunang tak lama lagi! Ummi seolah-olah sudah membuat keputusan bagi pihak aku. Aku sedih Maira! Rasa macam diri ni tak mampu untuk buat keputusan sendiri.” cerita Syuhada lagi. Kali ini ada air mata yang sudah bertakung.

Humaira terkedu. Senekad itu keputusan ummi Syuhada!

“Pasti ummi kau mahukan yang terbaik untuk kau! Yakinlah, di dunia ni semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.” Pujuk Humaira lembut.

“Tapi...” keluh Syuhada lagi.

Belum sempat Humaira membalas, pesanan mereka sudah tiba. Mereka hanya memerhatikan pelayan tersebut meletakkan dua mug di atas meja.

“Terima kasih kak.” Balas Syuhada dan Humaira serentak.

“Tapi Maira, aku ada sukakan seorang syabab ni,” cerita Syuhada tanpa berselindung.

“Siapa orangnya??” soal Humaira terkejut, mahu tak terkejut selama ini Syuhada mana pernah mempamerkan perasaannya yang menyukai mana-mana lelaki.

“Hafiz.” Syuhada sudah tertunduk malu. Pertama kali berkongsi rahsia hati dengan Humaira. Dia sudah lama tertarik dengan peribadi Hafiz.

“Hafiz Exco Dakwah ke??”

“Haah,” balas Syuhada ringkas.

“Kau nak aku bagitahu Wafiq supaya sampaikan pada Hafiz?” ujar Humaira.

Syuhada menggeleng perlahan. Ada riak sedih yang hadir di wajahnya.

“Tak perlu. Aku tak sanggup, sebab ada insan lain yang sama-sama menaruh hati pada Hafiz,” riak wajah Syuhada berubah mendung.

Humaira menggaru kepalanya perlahan. Pening! Berserabutnya masalah ni, ibarat tali yang bergumpal dan sukar dileraikan!

“Maksud kau??” tanya Humaira.

“Kak Liyana sukakan Hafiz!” Jujur jawapan dari bicara Syuhada.

Humaira tersentak. Saling berkaitnya masalah antara mereka! Pusing-pusing ke situ jugak masalah mereka.

“Mana kau tahu?” soal Humaira lagi.

“Dari riak wajah dan caranya. Dari kiasan bicaranya aku tahu dia ada menyimpan perasaan pada Hafiz.” Syuhada membuka cerita.

“Allah..” tergamam Humaira dengan kenyataan Syuhada yang baru didengarinya.

“Aku tak mahu jadi penghalang hubungan mereka. Mereka sepadan, agama mereka sekufu,” bicara Syuhada merendah diri.

Humaira mengeluh berat. Sukarnya membuat pilihan apabila berada di tempat Syuhada. Di kanan ummi tersayang, di kiri sahabat seperjuangan! Benarlah ujian yang hebat hanya untuk orang yang hebat!

“Syu, andai dia jodoh yang Allah titipkan untuk kau, larilah sejauh manapun mesti dia akan cari kau. Percayalah, jodoh itu rahsia Allah, hanya boleh dibuka dengan kunci sabar,” lembut nasihat Humaira.

“Tapi, buat masa sekarang aku tak bersedia. Cukuplah aku hanya mengangumi dia dalam diam, seperti cinta Saidina Ali dan Saidatina Fatimah,”

“Syu, yakinlah apa yang Allah aturkan takkan pernah silap. Malah itu yang terindah kerana tersimpan seribu hikmah. Hikmah yang dapat kau nilai dengan mata hati,” nasihat Humaira menyentak sanubari. Tangannya mengenggam erat tangan Syuhada. Ingin menyalurkan semangat untuk teman seperjuangan.

“Kau ta'aruf dulu syabab pilihan ummi kau. Apa yang kita tak suka tak semestinya itu bukan yang terbaik untuk kita. Boleh jadi kita membenci sesuatu padahal itulah yang terbaik untuk kita,” balas Humaira lagi.

Syuhada menarik nafas panjang. Mindanya mula mencerna nasihat Humaira. Benar kata Humaira, dia harus memberi ruang untuk hatinya mengenali syabab pilihan umminya.

I will do my best for Ad-Deen and for myself too. Thanks Maira..” Ujar Syuhada. Bibirnya mula menghadiahkan senyuman.

Most welcome sayang! Please take your time. I always with you! Aku akan sentiasa support kau!” Humaira memeluk erat bahu Syuhada.

Syuhada mula mengukir senyuman lega. Lega apabila masalah yang selama ini membelenggu diri dikongsi bersama sahabat.

Finish? Let's go to the class!” Ajak Humaira apabila minuman yang dipesan tadi habis diminum.

Langkah mereka sama-sama beriringan menuju ke bilik kuliah. Hari baru, semester baru dan sudah pastinya semangat baru kian membara dalam diri mereka.

Petang itu Wafiq mengambil Humaira di universiti. Rancangannya selepas ini ialah terus singgah ke rumah mamanya. Mujurlah jarak di antara Shah Alam dan Klang tidak terlalu jauh. Walaupun sudah berkahwin, dia harus bijak mencuri masa untuk menziarahi orang tuanya sendiri. Syurganya masih lagi di bawah tapak kaki seorang itu. Selamanya begitu dan takkan pernah berubah!

Walaupun badannya sedikit letih hari ini tapi digagahkan juga memandu ke rumah mamanya. Awal-awal lagi sudah diberitahunya kepada Humaira tentang rancangannya. Hari pertama sebagai jurutera pelatih memberi pengalaman baru kepadanya. Hari ini tidaklah terlalu mencabar buatnya, hanya sekadar sesi perkenalan dengan staf dan dia terpaksa membaca fail-fail yang mengenai pertubuhan syarikatnya. Hari pertama praktikal dia harus mengetahui tentang selok-belok company dan membuat sedikit kajian mengenai projek yang dikendalikan oleh syarikatnya.

Dari jauh lagi kelibat Humaira sudah kelihatan. Manisnya Humaira berjubah, sedap mata memandang. Bagaikan mimpi dia berjaya menikahi Humaira. Gadis yang dulu menjadi musuh kini menjadi isteri! Hebatnya aturan Allah.

“Assalamualaikum.” Salam diberi sebaik sahaja Humaira melabuhkan punggungnya.

“Waalaikumsalam. Maira kalau pergi kelas jangan lawa-lawa sangat boleh?” Pinta Wafiq tiba-tiba. Dia sendiri hairan bicaranya boleh terlepas begitu.

Humaira kerut dahi. Apa yang lawanya? Simple je kot pakaian dia. Berjubah dan bertudung labuh lagi! Make-up pun dia tak pakai.

“Apa yang lawanya?” Soal Humaira ingin tahu.

“Err... Jubah Humaira kot. Bermanik sangat.” Luah Wafiq. Entah mengapa pada pandangannya Humaira nampak cantik hari ini. Dia jadi cemburu jika ada mata-mata lelaki yang memandang Humaira nanti.

“Bermanik?” Tanya Humaira lebih kepada dirinya sendiri. Dia garu kepala yang tak gatal.

“Kalau lawa-lawa macam ni, pakai depan abang je.” Ujar Wafiq sebelum dia menurunkan handbreak dan memulakan perjalanan mereka.

“Yelah..” Balas Humaira perlahan, dalam diam dia kecewa jugak dengan sikap Wafiq yang satu ni. Tapi mungkin ada kebaikannya sendiri kan?

“Marah abang ke?” Tanya Wafiq apabila terperasan nada suram isterinya.

“Taklah.” Balas Humaira ringkas. Cuba belajar memahami Wafiq.

“Abang bukan tak bagi Maira pakai macam ni tapi ada sebabnya.” Terang Wafiq, matanya memandang wajah monyok Humaira seketika sebelum matanya kembali fokus kepada pemanduan.

“Sebab apa?” Tanya Humaira.

“Sebab abang suami Maira, kalau mata abang sendiri taknak lepas pandang Humaira yang lawa-lawa macam ni, macam mana pula mata lelaki lain? Kecantikan Maira untuk abang. Isteri bukan panggung wayang yang harus ditonton oleh semua orang, tapi isteri ialah home theater yang diletakkan khas di rumah. Macam tulah kecantikan diri Maira.” terang Wafiq.

“Tapi Maira bukan pakai seksi pun. Cuma jubah je.” Ujar Humaira, ada nada tidak puas hati pada bicaranya.

“Sayang. Tak salah pun kalau Maira nak pakai seksi, tapi untuk abang. Memanglah bagi Maira jubah Maira ni biasa je, tapi manik-manik kat jubah tu bila kena matahari jadi shinny. Kan menarik perhatian orang.” Wafiq menerangkan, sempat juga dia menyelitkan gurauan.

Kepala Humaira terangguk-angguk tanda faham. Dia mula mempositifkan diri sendiri, ada benarnya nasihat Wafiq.

“Abang nasihat, abang tegur sebab abang sayang sangat-sangat kat Maira tau!” sambung Wafiq lagi.

Humaira mula tersenyum. Pandai Wafiq mengambil hatinya selepas menasihati dirinya.

“Maira pun sayang abang jugak! Thanks for your lovely advice!” Humaira sudah menghadiakan senyuman.

“Hah, kan comel kalau senyum macam ni. Nanti monyok, mama marah abang pulak nanti. Hehe..” balas Wafiq.

“Abang...” Panggil Humaira lembut.

Yup..”

“Ohhh abang...” Panggil Humaira lagi.

“Ye sayang...” balas Wafiq.

“Abang ohh abang..” Sakat Humaira.

“Haha. Apalah Maira ni!” Wafiq sudah tergelak. Humaira ada saja tingkahnya yang mencuit hati. Itu belum campur dengan tingkah gelabah Humaira yang sering membuatnya tertawa sendiri.

“Hehe.. mama tahu tak kita nak datang ni?” soal Humaira.

“Tak tahu. Saje abang tak nak bagitahu. Nanti mama sibuk nak masak itu, ini. Abang tak nak menyusahkan mama nanti.” Jawab Wafiq.

“Ohh.. abang suka makan apa?” Tiba-tiba terlintas pula soalan itu di minda Humaira. Bertuah kan dia? Makanan kegemaran suami pun tak tahu. Ohh tolong jangan ikut perangai dia! Huhu..

“Abang lebih prefer masakan kampung. Simple tapi pedas.” Wafiq membalas.

“Asam pedas?”

Favourite abang tu! Asam pedas plus bendi, fuhh menjilat jari! Lagi sedap kalau dapat makan asam pedas ikan duri atau ikan pari.” Ujar Wafiq. Kecur air liur weh!

“Haha, macam orang mengidam! Nanti Maira masak eh?” kata Humaira. Dia sudah tertawa kecil.

“Ehem, mengidam pun apa salahnya.” Wafiq angkat kening nakal.

Ishh abang ni!” ujar Humaira, laju tangannya menampar lengan Wafiq.

“Kenapa tak boleh ek kalau abang nak mengidam?”

Humaira sudah tertunduk malu. Wafiq ni ada saja telatahnya nak mengusik orang!

Dua puluh minit perjalanan akhirnya kereta Wafiq tiba jua di rumah Puan Wafiyyah. Dia memberhentikan kereta di ruangan porch. Matanya menangkap kelibat kerana Honda Civic milik kakak sulungnya.

“Kak Aina'a pun ada?” Tanya Wafiq.

“Mana abang tahu?” Soalan dibalas soalan.

“Tu..” mulut Wafiq sudah memuncung ke arah kereta kakak sulungnya.

“Kereta ada, mestilah orang ada! Hehe..” balas Humaira selamba.

“Ishh, menjawab!” Wafiq ketuk perlahan bibir Humaira dengan jari telunjuknya.

“Kenapa datang tak bagitahu mama?” tiba-tiba sampuk suara Puan Wafiyyah dari arah pintu.

“Assalamualaikum mama!” Soalan mamanya dibiarkan sepi. Wafiq dan Humaira melangkah ke arah mamanya.

“Waalaikumsalam. Nasib baik mama ada kat rumah.” kata Puan Wafiyyah lagi. Bagaikan berpakat pula anak sulung dan anak bongsunya hari ni. Sama-sama berkumpul di rumahnya.

Selepas bersalaman dan berpelukan dengan mamanya, Wafiq dan Humaira melangkah masuk ke dalam. Mencari kelibat papa dan Kak Aina'a pula.

“Akak!” jerit Wafiq girang.

“Ish kamu ni. Salam tak ada, apa tak ada. Main terjah je!” Rungut Aina'a. Tapi bibirnya tetap menguntum senyuman. Faham sangat kerenah Wafiq.

“Akak, sihat?” tanya Humaira sopan selepas bersalaman dengan kakak iparnya itu.

“Alhamdulillah.. kamu? Ada Si Wafiq ni buli kamu?” Soal Aina'a ramah.

“Ishh akak ni, ada tanya macam tu! Papa mana?” gumam Wafiq.

“Papa balik lewat sikit. Ada hal. Alaa macam akak tak faham perangai suka buli orang kamu tu..”

“Maira sihat kak. Abang memang kali buli kak.” Balas Humaira selamba. Sengaja dia sakat Wafiq, hari ni dia ada geng dah! Mesti takkan kalah lagi. Hehe..

“Ceitt. Korang buli Wafiq kan? Takpelah Wafiq kawan dengan Kimi je,” ujar Wafiq pura-pura merajuk. Diatur langkah ke arah anak buahnya, Daniyal Hakimi.

“Kimi..” panggil Wafiq.

Humaira dan Aina'a sama-sama tergelak. Childishnya Wafiq! Haha..

“Pakcu..” pelat-pelat suara itu membalas.

Humaira tersenyum, alahai comelnyaa Hakimi ni! Bam, bam..

“Kimi nak ikut pakcu jalan tak?” Soal Wafiq, dia memang gemar melayan kerenah anak buahnya yang berusia dua tahun setengah itu.

“Pergi mana? Playground eh?” Polos soalan dari bibir comel Hakimi.

“Haah, nak ikut tak?” ajak Wafiq.

“Nak, nak..” Hakimi sudah melompat girang.

“No sayang, dah nak malam. Next time boleh pergi ok?” Bantah Aina'a. Mati terus senyuman Hakimi sebentar tadi.

“Alaa...”

“Takpe-takpe. Nanti kita pergi. Sekarang nak main game kat handphone pakcu tak?” pancing Wafiq. Hah, dia memang kaki game!

Humaira hanya memerhati tingkah Wafiq melayan Hakimi. Penyayangnya Wafiq! Tak sangka pulak Wafiq yang kaki buli ni suka kanak-kanak!

“Maira, Wafiq.. jemput makan. Mama ada masak mee rebus sikit.” Pelawa Puan Wafiyyah, mujurlah masih ada lagi mee rebus yang dimasak sebentar tadi.

“Ish, susah-susah je mama ni.” Balas Wafiq.

“Takde susah mana. Dah pergi makan.” Puan Wafiyyah sudah mengeluarkan arahannya.

Wafiq bingkas bangun dan meraih tangan Humaira.

“Jom sayang.” ajak Wafiq.

“Pakcu, game ni?” tanya Hakimi apabila Wafiq meninggalnya sendiri.

“Mainlah dulu, ajak mama sekali. Hehe..” balas Wafiq.

“Okay” Hakimi membalas ringkas. Matanya masih ralit memengang handphone Wafiq di tangan.

Melihat telatah manja dan wajah polos Hakimi membuatkan Humaira teringin mempunyai zuriat sendiri. Moga Allah izinkan suatu hari nanti, insya-Allah.