Wednesday 31 July 2013

Sahabat :)


Sahabat,
Doanya telus dari hati,
Nasihatnya menyentak sanubari,
Kritikannya membina diri,
Bicaranya terkesan dalam diri ..

Sahabat,
Ukhuwwahnya demi Ilahi,
Roh dakwah semarak dalam diri,
Nasihat menasihati menuju Ilahi,
Berpesan-pesan untuk ukhrawi ..

Sahabat,
Walau tak bertemu di realiti,
Tapi doa untukmu penghubung diri,
Ukhuwwah ini bukan semata untuk duniawi,
Tapi untuk melangkah bersama menuju syurga Ilahi ..

Sahabat,
Bantulah diri ini,
Nasihatlah diri ini,
Andai kau nampak aku jauh dari Ilahi,
Andai kau lihat aku tersungkur dengan duniawi .. 


Really miss my secondary school's friends :) May Allah bless them with barakah and His love :)


Lia a.ka. Kak Yong :) Antara kami dialah kakak sulung tapi orangnya kecik je.. hihi
Kawan yang banyak share suka, duka dengan aku :) 



 Ni tasha :) Bestfriend merangkap 'dormate' hehe.. Orangnya nampak pendiam tapi kalau dah rapat memang akan berborak 24 jam. hehe. Love youu tashaa.. 




:) Amy a.k.a Amot. Kawan yang ceria dan manja. Seboleh mungkin dia mahu ceriakan kawan2 sendiri. 



 :) Amira .. Tegas dan ceria. hah, Yang ni kawan duduk sebelah meja masa form 5, haha.




:) Zaimah.. Yang ni pun aku rindu jugak. Rindu nak borak-borak. Zaimah ni kira macam 'surat khabar' bergerak kami kat ostel. Semua isu boleh sembang dengan dia ;) hehe. Dari isu ekonomi, politik, agama, semua kitorang sembang! haha


Actually ramai lagi sahabat yang aku rindu, yang aku rapat. tapi ni carta tertinggi yang aku rindu dan rapat :p hehe

And of course aku rindu kawan-kawan masa dip dulu. Dapat kenal dengan bestfriend yang solehah plus owsem membuatkan aku sangat2 bertuah! Thanks sakinah kerana banyak mentarbiyah diri ini dengan akhlak awk :) Sayangggg Sakinah doble triple. Kawan yang sama2 berjihad menghabiskan 6 sem bersama :')



Sakinah yang pakai tudung labuh warna pink. Sangat solehah dan menenangkan. Really love her. Sayang awak fillah :) 




Tuesday 30 July 2013

Penghijrahan Cinta 17



Pagi Ahad itu Syuhada termenung di tepi tingkap bilik. Usai sahaja solat subuh, dia mula membawa dirinya ke situ. Minggu hadapan kuliahnya akan bermula. Sudah seminggu juga teman baiknya mendirikan rumah tangga. Dia tumpang bahagia dengan baitul muslim yang baru dibina itu. Dan pagi ini juga uminya membawa berita lain. Berita yang dia sedang dirisik teman baik uminya sendiri.

Syuhada menarik nafas panjang. Terasa lelah dengan risikan tersebut. Hendak menolak dia rasa bersalah, hendak menerima dia rasa sengsara. Maka pilihan apa yang dia ada? Umurnya yang kian menginjak menyebabkan dia selalu dirisik dan acapkali juga dia menolak risikan. Baru dia hendak menolak risikan ini, uminya sudah membantah. Uminya seboleh-bolehnya mahu dia bernikah awal. Kata uminya, demi untuk menjaga agama dari terfitnah, demi untuk menjaga hati dari terzina.

“Kak Chik..” panggil satu suara menyedarkan dia dari lamunan.

Syuhada menoleh, mencari kelibat yang sedang elok berdiri di muka pintu. Memang dalam keluarganya memanggil dia dengan panggilan Kak Chik. Ini kerana dia anak sebelum bongsu.

“Boleh Sya masuk?” sambung suara itu lagi. Syahirah, adiknya yang bongsu sedang melemparkan senyuman kepadanya.

Syuhada tersenyum. Lantas dia mengangguk.

“Kak Chik, jauhnya termenung tadi. Ada masalah ke?” soal Syahirah. Dia dan kakak kembarnya, Syuhada memang akrab.

Syuhada menggelengkan kepala. Dia dan Syahirah memang tiada rahsia. Mungkin disebabkan mereka saudara kembar, gerak hati mereka selalunya sama. Berkongsi tarikh lahir dan placenta yang sama.

“Akak dirisik kan?” bijak adiknya menduga.

Bulat mata Syuhada. Sejauh mana dia cuba menyembunyikan masalahnya tapi adik kembarnya itu tetap bijak meneka masalahnya.

“Sya dengar walid dengan umi bincang hari tu” selamba mulut itu melemparkan bicara.

“Akak keliru. Umi nak sangat akak terima risikan tu” luah Syuhada. Ya, cuma dia harapan uminya. Adiknya Syahirah sudah pun bertunang.

“Akak istikharahlah, mohon petunjuk. Akak kenal syabab tu?” tanya Syahirah lagi.

“Tak, tapi umi ada beritahu namanya. Syafiq kalau tak silap akak” ujar Syuhada.

Syahirah mengangguk kepalanya tanda mengerti. Uminya jika sudah beria, memang nekad habis. Kasihan pula melihat riak kakak kembarnya itu.

“Orang mana kak?” soalan lain pula yang ditanya.

“Orang mana tu akak tak sure, tapi ibunya sahabat baik umi. Kalau tak silap akak namanya Syafiq” cerita Syuhada lagi. Memang dia tak berapa mengenali syabab yang merisik dirinya.

“Syafiq? Sedap namanya.” ujar Syahirah.

“Tapi akak risau. Kami tak saling mengenali, zaman sekarang dah lain. Tapi umi nampak berhajat benar untuk berbesan dengan sahabatnya” luah Syuhada lagi. Masih terbayang wajah uminya yang penuh mengharap.

“Akak ta'aruf dahulu dengan syabab tu,” cadang Syahirah. Dia tidak mahu kakaknya terlalu cepat menolak risikan. Dia yakin umi mereka mahukan yang terbaik untuk kakak kembarnya itu.

“Insya-Allah, tapi akak harap umi tak kecewa andai kata akak menolak syabab tu” uajr Syuhada jujur.

“Apa saja pilihan akak, umi harus raikan. Nanti Sya pujuk umi ya?” Syahirah bijak menenangkan Syuhada.

Syuhada mula tersenyum, rasa lega dapat meluahkan apa yang tersirat di hati. Bertuahnya punya saudara kembar yang selalu ada di sisi.

Syahirah mula memeluk bahu Syuhada. Apa gunanya saudara kembar jika tak mampu mengembirakan saudara kembar sendiri. Bahagia Syuhada, bahagia juga dirinya. Sedih Syuhada, sedih juga dirinya.

Syu dan Sya pasangan kembar yang sangat akrab, jauh berpisah tapi selalu dekat di hati. Gerak hati mereka hampir sama. Riak wajah yang sama cuma yang membezakan mereka adalah lesung pipit di pipi. Syuhada manis berlesung pipit di pipi kanan manakala Syahirah manis bertahi lalat kecil di bawah bibir.


Malam itu, Humaira sedang ralit mengemas beg pakaian dia dan Wafiq. Esok mereka akan bertolak ke Pulau Mahsuri, meyeloroti keindahan pulau untuk bulan madu mereka.

“Abang dah call mama?” soal Humaira memecah kesunyian mereka berdua.

“Kejap lagilah abang call” balas Wafiq selamba. Matanya tidak lepas dari memandang skrin laptop.

Humaira menarik nafas panjang. Tempoh seminggu pernikahan mereka membuatkan dia semakin kenal dengan pemilik nama Wafiq Rizqi.

Sepuluh minit berlalu, dua minit berlalu. Masih sunyi antara mereka. Humaira ralit mengemas barang dan Wafiq masih khusyuk mengahadap skrin laptopnya.

Humaira memandang tingkah Wafiq. Selesai saja mengemas barang-barang untuk dibawa esok dia melangkah laju ke arah Wafiq. Khusyuknya Encik Suami menghadap laptop. Macam nak masuk dalam skrin laptop pun ya juga. Hehe.

“Hah, buat apa tu??” sergah Humaira dari belakang. Dia menepuk bahu si suami.

“Opocot mati tertikam” latah Wafiq. Dia memandang Humaira, bulat terus matanya. Geram.

“Astaghfirullah, main game rupanyaa” Humaira beristighfar. Adoi ingatkan khusyuk buat proposal ke, resume ke. Rupanya main game. Astaghfirullah, suami, suami... Sabar jelah.

“Emmm” nada ais batu Encik Suami dah keluar dah. Memang pantang dia, kalau tengah concentrate main game ada orang kacau. Huhu..

Humaira angkat kening. Aik marah ke? Nampaknya banyak benda lagi yang dia tak tahu tentang Wafiq ni.

“Abang nak air? Maira buatkan eh?” tanya Humaira, bosan pula apabila Encik Suami terlampau concentrate dengan game.

“Emm” hanya itu yang terluah dari mulut Wafiq. Matanya masih memandang laptop. Hah, dah level 20 ni. Concentrate kena lebih.

Humaira melangkah perlahan menuju ke dapur. Kecik hati pun ada ni. Apa game tu lagi penting ke dari isteri sendiri? Huhu.. Air matanya yang sudah bertakung di tubir mata dibiar sahaja. Alamak, sensitiflah pulak hati ni bila dah kahwin ni.

Dicapai juga mug dan air panas di dalam thermos. Malam-malam ni buat susu pun best jugak. Susu campur madu. Great! Selesai dua mug yang sudah berisi susu, dia melangkah masuk ke dalam bilik. Air mata sudah dilap kering, di'jampi' sedikit air susu tadi dengan perencah basmallah dan doa pengasih ajaran Rasulullah.

“Assalamualaikum” kali ini lebih sopan dia menyapa sang suami, dilemparkan senyuman semanis mungkin.

“Waalaikumsalam” Wafiq menjawab, bagai ada aura luar biasa kali ini. Suara Humaira menenangkan. Lantas dia menutup aplikasi di laptopnya.

Humaira melangkah dalam debar. Melihat aksi sang suami, hatinya lega sedikit.

“Maira buat air apa?” tanya Wafiq ceria, beza benar dengan intonasinya sebentar tadi.

Humaira tersenyum manis, alhamdulillah berkesan doa pengasih ajaran rasul.

“Susu campur madu” jawab Humaira lembut, diletakkan mug di atas meja. Satu untuk Wafiq, satu untuk dia.

“Bunyi macam sedap” komen Wafiq jujur.

“Kalau nak tahu sedap ke tak, kena minum” Humaira sudah tersenyum manja.

Dengan lafaz basmallah, dihirup perlahan air tersebut. Leganya tekak.

“Sedap, manis. Semanis orang yang buat air ni” komen Wafiq.
Humaira mengucap syukur dalam hati. Semakin banyak ragam Wafiq dia mula kenali kini. Wafiq yang serius, Wafiq yang ceria, Wafiq yang tegas, Wafiq yang romantis, Wafiq yang nakal. Benarlah kata orang, selama manapun kita bercinta dengan seseorang itu sebelum bernikah kita takkan pernah tahu sikapnya yang sebenar. Mereka boleh berlakon dan berpura-pura. Tapi sebaik sahaja kita melangkah ke alam rumah tangga, warna sebenar pasangan kita mula terungkai. Sebab itulah, jika hendak mengenali seseorang itu, bukan dengan bercinta selama sepuluh tahun sebelum bernikah, tapi risiklah akhlaknya dengan keluarga dan kawan-kawannya.

“Eh abang puji sikit dah termenung?” sakat Wafiq. Biasalah Wafiq, jika tak menyakat Humaira sehari memang tak senang duduk.

“Mana ada termenung, berangan je. Berangankan seseorang ni...” selamba Humaira membalas. Hah, of course dia tak nak mengalah. Hehe.
“Berangan siapa? Abang depan mata pun boleh berangan lagi. Haishh.” luah Wafiq tak puas hati. Ok, virus jeles semakin menular.

“Agak-agak Maira berangankan siapa?” duga Humaira. Sesekali tengok wajah cemberut Wafiq pun best jugak. Comel je mamat ni. Muncung mulut tu dah kalah muncung mulut itik. 'Haha, jahatnyaa aku'

“Manalah abang tahu, kekasih gelap ke, bekas kekasih ke, bekas kuih ke” ujar Wafiq geram. Ok, memang jeles ni!

Humaira tergelak. Bekas kuih pun terlibat ke? Adoi!

“Ehem..” dehem Humaira. Sengaja mahu melihat respon Wafiq.

“Disebabkan suami Maira yang tak berapa nak handsome ni merajuk. So, Maira ada lagu special untuk abang..”

“Em...” hah, kan nada ais batu Encik Suami dah keluar. Alaa manjanya dia. Anak bongsu kan? Hehe..

“Nak dengar tak?” pancing Humaira.

Humaira mengambil marker pen di atas meja. Dijadikan marker pen tersebut sebagai mikrofonnya.

Wafiq memandang wajah Humaira, bibirnya sudah mahu mengukir senyuman, namun ditahan sahaja senyuman tersebut.

“Lagu ni ditujukan khas untuk Encik Suami, Wafiq Rizqi. Serius lagu ni memang special untuk beliau. Takkan ada kat kedai lagu ni. Terimalah 'Dia Cintaku'.” ujar Humaira, dia melirik dengan lirikan nakal.

Dia Cintaku

Jujur tak pernah kurasakan,
Rasa indah sebegini,
Rasa cinta yang mula terbit dari hati,
Hanya untukmu suami.

Ohh cinta,
Janganlah kau merajuk,
Kerna memang aku tak pandai pujuk,
Lagi kau merajuk,
Lagi kurasa nak ketuk.

“Haha” Wafiq tergelak besar. Adoii, spoil betul lirik lagu ciptaan Humaira. Rangkap first je syahdu, rangkap kedua hancur. Haha.

Humaira sudah tersenyum, hah comel pun Wafiq gelak. Menjadi taktik memujuk suami.

“Best kan lagu tadi?” tanya Humaira. Walaupun hakikatnya dia tahu lagu tadi memang ke laut.

“Hampeh, hancur” komen Wafiq jujur. Haha. Lawaklah Humaira ni.

“Elehh” cebik Humaira, hah tak kisahlah hancur ke tak lagu tadi yang penting dia dapat dengar Wafiq gelak dan tak merajuk lagi.

“Kalau nak create lagu, meh belajar dengan abang” sakat Wafiq lagi.

“Abang jiwang memanglahh” luah Humaira tanpa sengaja.

“Jiwang?” tanya Wafiq. Hah, kan dah keluar suara romantis dia tu. Adoi!

“Err..” kelu terus bicara Humaira.

“Abang jiwang? Ke romantik?” makin giat pula dia menyakat Humaira yang sudah tertunduk malu itu.

Humaira menarik nafas, err rasanyaa dia lagi suka Wafiq dengan mood merajuk daripada Wafiq mood romantik ni. Huhu.. Mindanya mula mencerna idea mahu melepaskan diri. Ibu, tolonglah anak ibu ni!

“Err, Maira rasa.. Maira rasakan..” tersekat-sekat bicaranya.

“Maira rasa apa?” soal Wafiq.

Humaira mula menjarakkan diri.

“Maira rasa nak call mama” laju lidahnya mencari helah. Cepat-cepat dia bangun mahu menjauh dari Wafiq.

“Adoii” tapi belum sempat dia melangkah mengambil handphonenya kepalanya terhantuk dengan dagu Wafiq.

“Sakitnyaa, keraslah kepala Maira ni” ujar Wafiq, tangannya mengurut dahu yang terasa sengal.

“Dagu abang lagi keras! Sakit kepala Humaira” luah Humaira.

Terangkat kening Wafiq. Adoii manjanya bini aku ni.

“Mana yang sakit? Meh abang tengok.” balas Wafiq prihatin. Dia mula memeriksa kepala Humaira, habis diselak rambut Humaira.

Humaira hanya mendiamkan diri melihat tingkah Wafiq. Tiba-tiba lidahnya kelu, tingkahnya beku.

“Lengkuas belakang pintu, budak baik memang begitu,” ujar Wafiq sambil tangannya menggosok perlahan kepala Humaira.

“Err, jampi apa tu?” tanya Humaira ingin tahu. Apa macam pelik je jampi tu?

“Ni 'jampi' yang mama ajar kalau abang terhantuk kat mana waktu kecik-kecik dulu. Sambil-sambil selawat mama baca 'jampi' ni.” cerita Wafiq.

“Ohhhh..” terlopong mulut Humaira, wahh kreatifnya ibu mentuaku!

“Nak call mamalah, nak mintak petua sikit” ujar Humaira, tiba-tiba rindu pulak dengan Puan Wafiyyah.

“Petua?” soal Wafiq pelik.

“Haah, petua memikat hati suami. Haha” tawa Humaira terletus, bibirnya mengorak senyuman menggoda. Hah, sengaja cari pasallah tu.

Hishh, ada-ada je Maira ni.. and one more thing, jangan senyum macam tu boleh?” ujar Wafiq.

Humaira kerut dahi.

“Kenapa tak boleh senyum pulak?” soalnya sedikit hairan. Kening kanannya sudah terangkat tinggi.

“Nanti abang tergoda..” balas Wafiq selamba.

Terkedu terus Humaira. Ohh My Allah. Cepat-cepat Humaira capai handphone dan berlalu ke ruang hadapan. Tindakan refleks bila dah menggelabah. Haha. Tadi dia yang berani sangat kan? Huhu..

“Haha, Maira, Maira...” luahnya perlahan.

Wafiq hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah kalut Humaira. Tapi beriya nak petua memikat hati suamilah, apalah. Tapi bila suami dah terpikat, dia lari seribu batu pulak. Alahaii Cik Bidadari, nasib baik sayang.

Wafiq tersenyum sendiri. Tempoh seminggu perkahwinan semakin membuatkan dia bahagia, lebih ceria dan insya-Allah lebih matang.


P/S: Thanks for reading.. and kalau rajin please drop your comment. Really appreciate, insya-Allah  your comment can give me some inspiration or motivation to improve my writing skills. :)

Wednesday 24 July 2013

Penghijrahan Cinta 16


BAB 16

Sudah seminggu walimah pernikahan mereka, hari ini Wafiq dan Humaira berpindah ke rumah baru. Rumah kecil yang disewa. Cukuplah untuk mereka berdua. Kata Wafiq dia ingin membina rumah tangganya sendiri, dia ingin berdikari.

“Maira, abang mintak maaf sebab tak mampu nak sediakan rumah yang mewah untuk Maira” kata Wafiq semasa mereka mula menjejakan kaki di pintu masuk rumah tersebut.

Humaira memerhatikan rumah sewa mereka, rumah kecil yang menempatkan dua bilik tidur. Cukuplah untuk mereka berdua. Dia bukanlah jenis yang suka meminta-minta.

“Takpe bang, bagi Maira cukuplah apa yang kita ada sekarang. Maira tahu kita sama-sama baru bertatih mencari rezeki sendiri.” Ujar Humaira.

Wafiq tersenyum, bertuahnya punya isteri yang memahami. Isteri yang sama-sama ada saat susah. Kata orang, pasangan yang ada ketika kita berada di saat susah lebih setia kerana dia juga turut merasa pahitnya kesusahan. Betul atau tidak, waallahu'alam..

“Tapi abang akan berusaha perbaiki hidup kita. Insya-Allah,” jawab Wafiq bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu dirinya malas berusaha untuk mengubah nasib mereka sekeluarga. Dia teringat firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka

“Insya-Allah, terima kasih abang” balas Humaira, dia mula menanggalkan tudung di kepala. Selepas ini, agenda lain pula menanti. Yeaahhh, mengemas rumah berjemaah. Hehe..

“Maira, nanti kita pergi bercuti nak? Maira nak pergi mana? Insya-Allah abang bawak kecuali...” ayat Wafiq tergantung di situ. Diangkat keningnya nakal.

'Hah saja nak buat suspenlah tu' desis hati Humaira.

“Kecuali??” Humaira kerut dahi, inginkan jawapan semestinya.

“Kecuali ke bulan, matahari dan bintang. Haha” tawa Wafiq sudah terhambur. Suka melihat wajah Humaira yang polos.

“Ceittt” itu saja yang terluah dari bibir Humaira. Ingatkan apalah tadi.

Ohh lupa nak bagitahu, sepanjang tempoh pernikahan mereka ni memang tak dinafikan dia dan Wafiq sering bergaduh. Tapi gaduh-gaduh manja jelah. Gaduh macam anjing dengan kucing tu belum lagi. Hehe..

“Maira nak pergi mana?” tanya Wafiq lagi. Kali ini lebih serius nadanya.

“Emm, Maira nak pergi pulau boleh?” selamba jawapan Humaira.

“Pulau? Pulau Pinang ke?” soal Wafiq lurus.

Humaira sudah tergelak kecil, haishh jujur sangat Wafiq ni. Apa dia ingat hanya ada Pulau Pinang je ke? Habis tu Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Redang nak campak mana? Hehe..

“Kalau tak memberatkan abang, Maira nak pergi Pulau Langkawi. Boleh?” ujar Humaira. Seboleh mungkin dia tidak mahu membebankan Wafiq dengan permintaannya. Dia tahu Wafiq baru mengumpul duit sendiri.

“Insya-Allah boleh je, nanti abang uruskan honeymoon kita” jawab Wafiq, sengaja ditekankan perkataan honeymoon. Riak mukanya sudah berubah nakal. Sengaja mahu menyakat isteri sendiri.

“Thanks abang” jawab Humaira girang. Dijengketkan sedikit kakinya menyaingi tinggi Wafiq lantas dikucupnya pipi Wafiq.

“Welcome” balas Wafiq tersengih. Gembira menerima 'hadiah' dari Humaira.

Petang itu barulah mereka selesai mengemas rumah baru mereka, Humaira hanya tinggal menyusun baju-baju di dalam beg untuk dipindahkan ke dalam almari. Selepas itu, bolehlah dia melepak di atas katih. Hehe..

'Oh katil, wait for me yaaa.. haha' hatinya bermonolog nakal.

Sedang dia mengeluarkan baju-baju tersebut, tangannya terpegang sesuatu yang keras di dalam beg. Humaira mengerut dahi. Benda apa ni eh? Takkan baju keras? Huhu..

“Diari?” bisiknya perlahan.

Dahinya mula berkerut, sejak bila dia letak diari yang selama ni dalam laci ke dalam begnya?

“Ni diari yang enam tahun lepas..” bicaranya lagi, perlahan. Pelik apabila diari yang selama ni tersimpan elok dalam laci di tepi katil dalam bilik di kampungnya boleh terlompat masuk dalam beg pakaiannya. Tak pelik ke tu?

“Hah, kenapa dahi tu berkerut? Dah berkedut dah abang tengok” sarkastik soalan dari Wafiq yang tiba-tiba muncul.

Humaira berpaling mencari wajah Wafiq. Hah, mulalah tu nak mengusik dia. Kalau berkedut pun isteri awak jugak. Huhu..

“Maira peliklahhh..” ujar Humaira, memang pelik sungguh ni. Takkan diari ni pandai berjalan kot. Sangat mustahil ok!

“Pelik kenapa?” sampuk Wafiq. Amboii memang pelik sungguh muka Puan Damia Humaira ni.

“Ni, macam mana boleh ada dalam beg baju Maira?” soal Humaira, diangkat diari dan ditunjukkan kepada Wafiq.

Wafiq tersengih, kerja siapa lagikan kalau bukan kerja dia?

“Abang yang letak” jawab Wafiq selamba. Takde langsung riak bersalah.

Humaira sudah membulatkan mata. 'Biar betul laki aku ni?'

“Kenapa abang letak dalam beg Maira?” tanya Humaira ingin tahu.

Hatinya sudah berdebar, agak-agak Wafiq baca tak apa yang terkandung dalam diarinya? Rasa hatinya sudah bercampur. Antara rasa sedih dan rasa marah.

“Sajaa” balas Wafiq selamba. Dia pun tak mengerti laju saja tanggannya mencapai diari tersebut dan memasukannya ke dalam beg Humaira. Pada asalnya dia ingin membuka laci kecil itu untuk mengambil barangnya tapi apabila terpandangkan diari itu lain pula yang dicapainya. Akibat disergah Humaira ketika di kampung tempoh hari, laju saja tangannya mencampak diari tersebut ke dalam beg tanpa sempat membuka diari tersebut.

“Saje? Abang sukahati je ambil hak privacy Maira. ” Dah naik nada suara Humaira. Rasa geram pun ada ni.

Wafiq sudah terkedu melihat riak wajah Humaira yang mula kemerahan tanda marah. Hah, rasanya Humaira yang mula-mula dia kenal dulu dah kembali.

“Abang mintak maaf.” hanya itu yang terluah. Dia akui itu kesilapannya menceroboh hak privacy orang lain walaupun isteri sendiri.

“Abang dah baca buku ni?” soal Humaira gugup.

“Tak..” ringkas jawapan Wafiq.

Humaira menarik nafas lega. Tapi sampai bila dia mampu menyorok kisah silamnya. Hari ini mungkin diari ini yang terbongkar, esok lusa?

Humaira meneruskan kembali kerjanya. Melihat riak Humaira yang diam seribu bahasa membuatkan Wafiq rasa bersalah.

“Maira, abang tunggu kat luar” ujar Wafiq dan dia terus melangkah ke luar bilik. Mindanya mula merencana agenda untuk memujuk Humaira.

Humaira hanya mengangguk. Mood ceria tiba-tiba menjauh pergi. Terasa dengan sikap Wafiq yang selamba mencuri hak privacy orang lain.

Usai sahaja dia mengemaskan pakaiannya dan Wafiq, Humaira bangkit duduk di atas katil. Akalnya merencana tindakannya terhadap Wafiq sebentar tadi. Wajarkah tindakannya tadi? Tapi sungguh dia terasa dengan sikap Wafiq yang sewenangnya menyentuh barang dia.

“Maira..” panggil Wafiq perlahan.

Wafiq melangkah ke arah pintu bilik. Elok sahaja dia melihat Humaira yang sedang termenung itu. Apa agaknya yang difikirkan Humaira. Allah, baru seminggu nikah, ujian sudah datang bersinggah? Tapi ujian inilah yang akan mendekatkan dia dengan Penciptanya sendiri. Ujian yang akan mematangkan dia dan Humaira. Kembara rumah tangga mana yang tidak dilanda ujian?

“Maira, abang nak mintak maaf ni. Abang tahu salah abang” ujar Wafiq tulus.

Humaira memandang wajah Wafiq. Tak sampai hati pulak nak marah lama-lama. Alahaii naifnya muka bila mintak maaf.

“Janji jangan buat lagi?” tanya Humaira.

Promise..” balas Wafiq. Tangan diangkat laju seperti mengangkat sumpah. Hah, ni betul-betul serius ni.

“Tapi Maira rasa macam nak denda abanglah. Boleh?” Humaira sudah tayang riak nakalnya.

“Denda?? Denda apa??” soal Wafiq ingin tahu. Amboii siap denda bagai ni.

“Teman Maira tengok tv” Humaira sudah tersengih bagai kerang busuk.

Wafiq menepuk dahinya perlahan, lah ingatkan nak denda apa tadi.

“Tv? Cerita apa?” tanya Wafiq lagi.

Ala setakat teman tengok tv, apa ada hal kan? Hehe..

“Petang-petang macam ni ada rancangan memasak kan?” jawab Humaira selamba.

Wafiq angkat kening. Rancangan memasak? Hah, memang ke lautlah gayanya nanti. Haha.

“Err, rancangan memasak? Maira nak abang temankan tengok ke?” ujar Wafiq ragu-ragu.
'Biar betul bini aku ni'

“Alaaa, temankan Maira eh?” pujuk Humaira lagi. Sesekali kenakan Wafiq pun best jugak kan?

Wafiq garu kepalanya yang tak gatal. Em, rancangan memasak pun rancangan memasaklah. Isteri punya pasal, layankan ajelah. Ye tak?

Mereka sama-sama melangkah ke ruang tamu, ruang tamu yang hanya menempatkan set sofa dan televisyen. Hanya itu yang termampu disediakan Wafiq buat masa sekarang. Cukup memadailah buat mereka berdua, lagi pula jika dia sudah mula praktikal dan Humaira sudah mula kuliah minggu hadapan, pasti rumah mereka kembali sunyi.

Humaira menjeling jam di dinding, ada lagi lima belas minit. Mindanya mula merangka apa yang harus dia dan Wafiq manfaatkan lima belas minit yang terluang ini. Sesi ta'aruf mungkin.

“Abang, Maira ada soalan untuk abang” Humaira memulakan perbualan.

“Soalan? Soalan apa?” tanya Wafiq ingin tahu.

Humaira membetulkan letak duduknya. Jujur sudah lama dirinya tertanya-tanya tentang soalan ini. Kerap kali soalan ini berada di mindanya namun tak pula terluah melalui bicaranya.

“Macam mana abang boleh suka Maira? Sedangkan kita dulu bukannya kenal sangat,” tulus soalan itu yang ditanya. Mana mungkin hatinya tidak sangsi, dia dan Wafiq bukanlah teman rapat dahulu. Lagi pula awal perkenalan mereka bukanlah suatu peristiwa yang indah. Masing-masing bagai anjing dengan kucing jika bertemu.

Terus tegak tubuh Wafiq. Rasa tak mampu dia berterus terang menjawab soalan Humaira. Mana mungkin dia jujur memberitahu asbab dia menyintai Humaira. Hanya kerana dia membaca diari wanita itu dan dia terus jatuh cinta dengan Humaira?

“Err, its hard to explain. But..” bicaranya tergantung di situ, mencari ruang untuk menyusun ayat seterusnya.

But??” Humaira sudah angkat kening, menanti bicara seterusnya dari bibir si suami.

Wafiq menarik nafas dalam. Masa belum sesuai untuk dia berterus terang. Sedangkan tercampak diari Humaira ke dalam beg pakaian pun, Humaira sudah merajuk inikan pula jika dia berterus terang.

“Abang jatuh cinta dengan Humaira sebab diri Humaira sendiri. Humaira tak hipokrit bila berhadapan dengan orang lain. Humaira tetap Humaira” balas Wafiq.

Humaira tersenyum, mana mungkin dia mampu bersikap hipokrit ketika marah? Bukankah kali pertama bertemu dengan Wafiq mereka sudah mulakan perang dingin?

“Lagi?” soal Humaira nakal. Saja ingin menyakat sang suami. Tips untuk perbahurui hubungan mungkin. Hehe..

“Lagi? Bila abang tengok wajah Humaira, abang rasa tenang. Dan yang paling abang suka sikap tegas Humaira” sambung Wafiq, bibirnya sudah mengukir senyuman.

Humaira angkat kening. Wohoaaa. Kelas gituu jawapan Encik Suami.

'Err, tapi bilanya aku tegas?' hatinya tertanya-tanya.

“Tegas??” soal Humaira pelik.

“Haha, ingat tak bila Maira simbah abang dengan air and ketuk kepala abang dengan buku?”

“Haha.. mestilah ingat” tawa Humaira terhambur jua. Mana mungkin dia lupa, selamba dia je ketuk kepala anak orang dengan buku. Tebal pulak tu buku tu.

“Adoi, waktu memang abang bengang dengan Maira tau. Tapi Allah izin abang jatuh cinta dengan Maira jugak akhirnya” luah Wafiq.

“Haha, Maira pun tak sangka Maira seberani tu” ujar Humaira.

“Nak tahu lagi sebab apa abang jatuh cinta dengan Maira?” pancing Wafiq.

“Hah, lagi, lagi, lagi dan lagi....” tanya Humaira bagai anak kecil. Sesekali bermanja apa salahnya tak?

“Sebab sikap pemalu Maira, dalam tegas ada rasa malunya” jujur jawapan Wafiq. Dia masih ingat bagaimana pemalunya Humaira ketika dia berkunjung ke rumah gadis itu dahulu.

Wafiq merenung wajah Humaira dalam-dalam. Rasa macam best je kalau tengok riak Humaira yang tersipu malu tu kan? Hehe..

Wajah Humaira sudah berbahang. Segan pun ada dengan jawapan Wafiq kali ni. Lagi pula renungan Wafiq tu dah semacam.

“Err, abang dah nak startlahh.” Humaira mengalih topik perbualan. Lebih baik selamatkan diri dulu.

Wafiq tergelak kecil. Pandai saja Cik Isteri tukar topik kan?

Masing-masing mula mendiamkan diri. Humaira sudah tayang wajah khusyuknya. Siap ada kertas untuk mencatit bahan-bahan. Wafiq di sebelah sudah menguap dua tiga kali. Hah, nak teman isteri sangatlah katakan. Huhu..

Dua, tiga minit berlalu. Mata Wafiq mampu bertahan. Tapi bila sampai ke minit yang kesepuluh, rasanya mata ni dah nak kena tongkat dengan batang mancis.

“Maira, abang tumpang riba jap” Wafiq sudah mencari posisi terbaik untuk landing.

Humaira yang sedang khusyuk, hanya mengangguk kepala. Mana tak khusyuk, orang tu masak resepi ketam masak cili berempah dan udang masak mentega. Ok, telan air liur laju-laju. Haha.

“Abang, sedapnya lauk ni. Maira nak trylah” luah Humaira teruja. Wajahnya masih tetap memandang televisyen.

Humaira kerut dahi, no response dari Encik Suami. Lantas dia memandang wajah Wafiq yang berbaring elok di ribanya.

“Lahh, tidur rupanyaaa” Humaira tersengih. Comel pulak tengok Wafiq yang sedang lena. Hah, bertambah comel dengan janggut sejemput dia tu. Muka innocent habis.

Humaira memang gemarkan lelaki yang berjanggut. Perhiasan lelaki bukan dengan memakai rantai atau emas tapi dengan menyimpan janggut. Bukankah menyimpan janggut itu sunnah? Humaira teringat sebuah hadis yang bermaksud:

“Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik,pendekkan misai yang meliputi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat”
-HR Muslim.

Tangan Humaira sudah mula bertindak nakal. Dia mengusap perlahan rambut lebat Wafiq. Sungguhlah rasa cinta ini semakin membara buat dia yang halal. Memandang wajah Wafiq membuatkan dia semakin tenang. Wajah Wafiq ketika tidur polos persis anak kecil.

Wafiq tersedar apabila rambutnya diusap. Ohh dia tertidur rupanya. Nasib baik tak sempat mimpi tadi.

“Lena tidur?” Humaira sudah melemparkan senyuman.

“Emm,” hanya itu yang terluah. Mamai.

“Sedap kan 'bantal' abang?” Humaira mengusik lagi. Makin seronok melihat telatah Wafiq yang baru tersedar.

“Bantal?” suaranya sedikit kaget. Wafiq memandang 'bantal' yang dimaksudkan Humaira. Ohh riba isteri sendiri rupanya. Patutlah lagi cepat lena tadi. Hehe..

Wafiq bingkas bangun. Tangannya menutup mulut yang masih meguap. Wahhh, mengantuknya. Macam baru balik dari camping.

“Abang nak air panas?” soal Humaira, belum sempat Wafiq membalas dia sudah bangun menuju ke dapur. Bagi minum air panas, biar segar sikit mata suaminya. Lagi pula tak elok tidur lepas asar ni.

“Maira, nak buat air apa?” dalam mamai Wafiq mengekori langkah Humaira.

“Air nescafe, boleh?” jawab Humaira, tangannya laju mencapai mug.

“Boleh je” Wafiq sudah melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Matanya memerhati tingkah Humaira.

Siap membancuh air, Humaira meletakkan dua mug nescafe di atas meja. Satu untuk Wafiq dan satu lagi untuk dia.

Dengan basmallah, Wafiq menghirup perlahan air nescafe. Rasa segar menghirup air tangan isteri sendiri.

“Maira, apa tak mampu menjanjikan yang mewah-mewah untuk Maira. Tapi abang akan berusaha untuk memberi yang terbaik untuk Maira” luah Wafiq jujur.

Kadangkala dia takut Humaira tak mampu untuk membahagiakan Humaira. Dia masih lagi bertatih mencari rezeki.

“Abang, bahagia itu bukan terletaknya pada kemewahan. Tapi terletak pada besarnya jiwa memandang nikmat Tuhan” bicara Humaira.

Wafiq tersenyum.

“Pandainya Humaira. Abang bukan lelaki soleh dan syabab yang sempurna agamanya tapi abang akan berusaha ke arah tu. Berusaha menjanjikan cinta kita berpaksikan cinta kepada Pencipta”

Humaira menghadiahkan senyuman. Dia bukanlah wanita yang sempurna yang menginginkan lelaki yang sempurna. Cukupla dia mempunyai suami yang berusaha bersamanya menuju cinta Ilahi dan dia masih ingat lagi antara bait puisi Wafiq ketika hari pertama pernikahan mereka.

Dia yang aku cinta,
Sudikah kau menjadi sayap perjuangan,
Buat suami yang tak culas dengan kesilapan,
Yang sentiasa inginkan perubahan,
Sebelum kembali bertemu Tuhan.