Wednesday 20 February 2013

(^^) Assalamualaikum... Sedikit sajaaaaaaa sambungan untuk Bab 1 PC *intro tak perlu panjang :p (sebenarnyaaa malas nak menaip) :p




Penghijrahan Cinta.. BAB 1

Wafiq mencampak kasar beg sandangnya di atas meja belajar. Wajahnya merah menahan marah apabila mengingatkan situasi yang berlaku di cafe tadi. Minah tu memang patut diajar!! Dia berjanji dengan dirinya sendiri bahawa dendam ini harus dibayar!!

“Haishh bro, angin tak tentu pasal ni kenapa? Kenapa rambut kau basah, muka kusut masai ni bro??” tanya Hafiz merangkap teman sebiliknya. Dia tergelak kecil melihat kondisi sahabatnya itu. Wafiq yang selama ini sentiasa mementingkan penampilan diri berubah menjadi kusut seperti suami kematian isteri. Hairan..

“Yang kau gelak kenapa? Aku bengang betullah dengan minah tu, memang tak cukup adab!!” luah Wafiq tidak puas hati. Kalaulah Humaira ada di depannya sekarang, mahu dilambung-lambungnya perempuan tu. Kalau boleh biar Humaira lenyap terus dari muka bumi ni!!

“Laaahhhh aku gelak pun salah? Minah mana pulak ni?” soal Hafiz ingin tahu. Agaknya perempuan mana yang berjaya menaikkan kemarahan Wafiq? Wafiq bukanlah jenis yang suka marah-marah. 

“Allaahhh minah comot mana entah. Arghhhh tak kisahlah siapa dia tu. Yang penting memang aku tengah bengang dengan dia. Kalau jumpa dia lagi, tahulah macam mana aku nak ajar minah tu” luah Wafiq lagi. Dia meramas kasar rambutnya.

“Nama dia comot? Macam nama kucing je..” tanya Hafiz lurus.

“Hah, betullah tu. Nama dia comot” Wafiq hanya membenarkan kata-kata Hafiz. Dahlah dia tengah bengang, mamat ni pulak banyak tanya.

“Yang kau bengang sangat ni kenapa? Hah, dah solat belum? Malam ni ikut aku pergi surau. Takde alasan!!” dalam diam Hafiz mula mengeluarkan ceramah freenya itu. Hafiz memang berbakat jadi ustaz! Siapa yang tak kenal dengan Hafiz, Exco Dakwah di universiti mereka.

“Errr, nak solatlah ni” balas Wafiq gugup.

“Patutlah kau angin tak tentu pasal sebab solatnya pun belum lagi. Haishhh kau tahu kan amalan  pertama yang dihisab di akhirat  nanti adalah solat?” dah semakin melarat pula ceramah Hafiz. Tapi Wafiq sedar sahabat seperti Hafizlah yang diperlukan, sahabat yang sentiasa menasihatinya ke arah kebaikan.

“Iyaaa.. aku tahu, nak solat ni bro” ujar Wafiq sambil menghayun langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Wednesday 13 February 2013

Penghijrahan Cinta 1




Hari ini Humaira terlewat ke kelas, ini semua gara-gara menyiapkan assignment lewat malam tadi. Lepas subuh baru dia melelapkan mata. Haishh, itulah padahnya apabila menyiapkan kerja last minute. Semuanya jadi kelam kabut. Humaira menjeling jam di tangan, hari ni memang dia lewat habis! Bukan lewat lima, enam minit tapi lewat setengah jam!! Ohhh My Allah..

Langkahnya laju pagi itu, tak sempat nak jalan control ayu-ayu dah, prinsip Rukun Negara yang kelima, Kesopanan dan Kesusilaan awal-awal lagi dah fail!! Dia berlari selaju mungkin tanpa menghiraukan manusia di sekelilingnya, lantaklah apa orang nak kata asalkan dia cepat sampai ke kelas. Dah macam nak marathon pun ada juga padahal mahu ke kelas saja, inilah padahnya kalau lambat ke kelas. Huhu..

Dia hanya menaiki tangga, tak sanggup nak tunggu turn naik lif. Dia mahu cepat sampai ke kelas, pensyarah subjeknya pagi ini boleh tahan garangnya. Sikit-sikit nak tolak markah. Oppsss, sorry madam terkutuk pulak! Buku di tangan dipeluk kemas, bersedia untuk marathon sambil 'mendaki' tangga pula. Anak tangga dilangkah dua tiga, nasib baik kakinya tidak panjang. Kalau tidak kesemua sekali anak tangga akan didakinya sekaligus, hehe..

Gedebukkk!! Habis sakit kepalanya terhantuk dengan 'objek keras' di hadapannya itu. Rasa macam dah ada bintang-bintang yang keluar dekat tepi kepala ni, toing-toing!! aiyoo..

“Hoiii, tak nampak ke?” marahnya sambil menggosok kepala. Sakit tau, dahlah orang lambat nak ke kelas ni.

“Eh, dia yang langgar orang. Nak mengamuk tak tentu pasal pula” balas suara di hadapannya sinis.

Humaira mengetap bibir geram, lantas diambil bukunya yang jatuh sebentar tadi. Malas nak bertekak, nanti lagi lambat dia kelas. Buang masa je layan mamat ni. Lantas dia meneruskan langkahnya mahu menuju ke kelas.

“Nak bawak ke mana buku aku tu?” tanya mamat tu lagi.

Humaira berpaling ke belakang, nak apa lagi mamat ni?? Buku? Buku apanya??

“Buku tu... meh sini” balas Wafiq sambil melangkah ke arah Humaira.

Humaira memandang buku di tangannya. Eh sejak bila dia ambil subjek engineering ni? Alamak, salah ambik bukulahhhh..

Lambat-lambat Humaira memulangkan kembali buku tersebut kepada tuannya. Eh mana eh bukunya? Humaira memanjangkan lehernya mencari buku.

“Lah kat atas lantai lagi buku ni, kesian kau” omel Humaira sendirian.

“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa tak cukup kau dah pakai empat mata sekarang?” balas Wafiq pedas.

“Kau ni nak apa lagi? Tak puas hati dengan aku?” Humaira sudah mula naik angin. Orang dah lambat nak ke kelas, mamat ni pulak sengaja cari pasal. Hilang terus budi bahasanya dengan mamat yang tak paham bahasa ni.

“Eh, memang aku tak puas hati dengan kau pun..” Wafiq sengaja membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Nampak muka je lembut tapi perangai hampeh. Dah langgar orang, mintak maaf pun takde.

“Arggghhh, sukati kaulah. Kau layanlah rasa tak puas hati kau tu sorang diri. Bye!” Humaira melangkah laju meninggalkan Wafiq. Malas nak melayan mamat tu.

Wafiq hanya memerhati langkah laju Humaira. Haishh gelabah betullah minah ni. Tak sopan betul, perkataan maaf langsung tak diucapkan. Memang sahlah tak belajar Pendidikan Islam kat sekolah dulu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat tingkah gadis itu. Haishh malangnya siapa yang dapat jadi suami gadis itu nanti.

Humaira menarik nafas sebelum dia menolak pintu bilik kuliahnya. Dia lewat empat puluh lima minit!! mindanya mula merencana alasan yang akan diberikannya nanti.

“Assalamualaikum doc. I'm sorry I'm late..” tuturnya lembut. Dalam hati dia berdoa agar dilembutkan hati pensyarah dihadapannya itu.

“Waalaikumsalam. Why are you late today? Alasan apa kali ni? Kucing awak beranak??” soal pensyarah di hadapannya.

Gulp!! Humaira sudah menelan air liur, alamak alasannya dah tak valid lagi. Mana taknya selalu sangat dah muka dia yang lewat ke kelas.

“Errr..” balasnya gugup.

“Dah, pergi duduk” arah Doktor Maria. Dia malas mahu melayan kerenah pelajarnya yang seorang ini. Ada saja alasan yang diberi.

“Thanks doctor” ujar Humaira sambil tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Nysa.

“Alasan apa pula kau lambat pagi ni?” tanya Syuhada, matanya masih memandang nota pensyarah di hadapan kelas.

“Lambat bangun..” balas Humaira selamba.

“Macam mana kau tak bangun lambat kalau kau tidur lepas Subuh? Lain kali kau gantung je jam dinding yang besar tu tepi telinga kau” balas Syuhada, memang dia dah faham sangat dengan perangai Humaira. Walaupun Humaira sering menimbulkan masalah tetapi tidak dapat dinafikan Humaira seorang pelajar yang pintar. Namanya sering kali tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang.

“Tu kejam namanya..” Humaira mula mengelurkan buku notanya.

“Humaira.. Humaira...” ujar Syuhada, dia kembali meyambung fokus pembelajarannya.

Tiba di cafe, Humaira awal-awal lagi sudah meluru ke arah meja kosong. Cuaca yang panas hari ini menyebabkan tekaknya mahu diisi air sejuk. Dilihatnya Syuhada yang masih lagi sopan menutur langkah.

“Kak, air tembikai satu ya” order Humaira. Tekaknya memang haus tika ini.

“Saya nak air sirap ais satu kak” Syuhada pula membuat pesanan.

“Makan??” tanya pelayan cafe tersebut.

“Tak nak” balas mereka serentak.

Humaira mula mengipas wajahnya yang berbahang. Panasnya cuaca hari ni, dia merenung Syuhada di hadapannya. Nampak maintain saja, ahh Syuhada memang begitu. Selalu saja tenang, berbeza sungguh dengan dirinya yang macam ribut.

“Syu...” panggil Humaira lembut. Dia suka melihat wajah tenang Syuhada, agaknya bila dia mampu menjadi setenang Syuhada?

“Kenapa?” tanya Syuhada perlahan.

“Err.. saja panggil kau” Humaira sudah tayang wajah innocentnya.

“Kau memang nak bermanja dengan aku kan?” usik Syuhada. Dia dan Humaira memang rapat. Bagai isi dengan kuku.

Belum sempat Humaira menjawab, minuman mereka sudah tiba. Lantas dihirupnya minuman di hadapan. Sedang Humaira ralit bermain dengan straw di dalam gelasnya, dia ditegur seseorang.

“Err.. kau lagi” sinis suara di belakangnya.

Humaira berpaling ke belakang. Adui apa tak cukup besar ke universiti ni? Asyik jumpa muka mamat sombong ni je!

“Kau nak apa?” tanya Humaira kasar.

“Kenal ke?” tanya Syuhada. Pelik melihat mood Humaira yang sudah bertukar. Humaira bukanlah jenis yang suka marah-marah.

“Tak kenal. Entah mamat mana tiba-tiba tegur orang” balas Humaira geram.

“Eh kau yang langgar aku pagi tadi kan? Dahlah maaf pun takde. Kau memang tak tau adab ke?” Wafiq seboleh-bolehnya mahu membakar kemarahan gadis di hadapannya itu. Dia bukanlah jenis yang suka cari pasal dengan orang tapi dengan gadis di hadapannya ini mudah saja dia membalas dengan ayat yang menyakitkan hati. Baginya gadis seperti Humaira harus diajar supaya menghormati orang lain.

“Ohh, ok. Maaf” tutur Humaira tidak ikhlas. Sengaja dia mahu bermain api. Sukati mamat ni je nak kata orang takde adab, dia sendiri pun tak beradab.

Bulat terus mata Wafiq, dia tahu perkataan maaf itu tidak ikhlas. Dia memandang Humaira tajam, geram apabila terasa dirinya dipermainkan.

“Kau ni harap je muka lawa tapi perangai kau hampeh! Zero..” ujar Wafiq.

Humaira mula menyirap, ehh apa masalah mamat ni eh? Mulut dia pun sama jelah. Mulut takde insurans. Humaira sudah berdiri, matanya bertentang dengan mata pemuda tersebut. Syuhada di sisi sudah mula menarik tangannya, bimbang pergaduhan akan meletus.

“Kau lagi takde adab. Mulut kau macam longkang!”

Wafiq sudah menarik nafas panjang. Ishh minah ni memang nak kena kan? Lantas diambilnya air tembikai di atas meja.

Dusshhh.. baki air tembikai itu selamat mendarat di atas kepala Humaira. Basah tudungnya. Wafiq sudah tersenyum sinis.

“Sedaappp air longkang tu? Aku...”

Belum sempat Wafiq menghabiskan ayatnya, air sirap Syuhada pula yang selamat mendarat di atas kepalanya.

Humaira tergelak, fikir kau sorang je boleh buat? Sorry Syu nanti aku ganti air kau.

“Kau memang melampau..” Wafiq sudah mengetap giginya geram.

“Kau jugak yang ajar” balas Humaira masih ingin membakar kemarahan Wafiq.

Wafiq membetulkan kembali rambutnya yang basah dengan air sirap. Dia memandang tajam wajah Humaira. Lantas dia melangkah meninggalkan gadis itu, takpe hari ni hari kau. Esok belum tentu kau menang.  

p/s: ini novel kedua yang nisa taip :) alhamdulillah .. nisa harap korang sudilah tinggalkan komen.. mana yang kurang, insya-Allah nanti nisa improve :D selamat membaca! ;)

Sunday 3 February 2013

Kenapa aku menulis :)

Assalamu'alaikum, bismillahirrahmanirrahim :D

Kenapa aku menulis?

Aku menulis kerana aku memegang dengan prinsip hidupku sendiri,

Bukan mahu menjadi popular,
Jauh sekali mahu menjadi angkuh,
Kerana aku sedar hidup ini tujuannya kerana Ilahi,
Aku menulis kerana aku mahu menyebarkan dakwahku,
Mahu mengajak sahabat-sahabat yang aku sayang menuju cinta-Nya,
Mahu tembus menuju ke syurga-Nya.

Aku menulis kerana prinsip hidupku,
Aku tahu apabila seorang manusia itu telah meninggal,
Hanya tulisannya sahaja yang tinggal,
Pesan Rasulullah "sampaikanlah walau sepotong ayat"
Aku bukanlah hebat menyusun pena,
Tapi aku mahu hasil tulisanku ini menjadi saham pahala untukku nanti,
Menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.

Aku bukanlah seperti Fatimah Syarha,
Yang mampu menarik hati pembaca,
Yang bijak menyusun pena bicaranya,
Yang hebat ilmu di dadanya,
Aku hanya insan biasa,
Terlalu biasa,
Insan biasa yang mula bertatih mencari cinta-Nya,
Doakanlah aku terus kuat untuk menjadi dai'e,
Kalau tidak kepada orang lain,
Cukuplah menjadi pendakwah untuk diriku sendiri..


Fieyta An Nisa..

Boleh share dengan nisa tentang cerpen SE, listkanlah kekurangan yang ada :)
Insya-Allah akan cuba diperbaiki :)
Cer komen, baru semangat nak post new entru..

Nisa budak yang baru belajar, maaf tak mampu puaskan hati semua orang..
Kalau korang harapkan karya yang sempurna, itu bukan nisa orangnya..

Nisa banyak kekurangan..

Saturday 2 February 2013

Cerpen: Suami Ekspress.



Pagi itu Adriana bangun awal, dia menoleh ke sisi memandang Faris yang masih lena. Jam di dinding bilik sudah menunjukkan lima pagi. Dia bangkit menuju ke bilik air yang terletak di hujung bilik, mahu membersihkan diri seterusnya mahu ber'dating' bersama si Dia.

“Abang...” panggil Adriana lembut usai sahaja dia keluar mengambil wuduk.

Adriana melangkah ke tempat penyidai telekung, mahu menyarung telekung yang dihadiahkan Faris sempena mahar pernikahan mereka dahulu. Dikalihnya pandangan ke arah katil, Faris masih diam menyelebungi diri di dalam selimut. Adriana tersenyum nipis, letih benar Faris pagi itu.

“Abang sayang..” Adriana mengerakkan lagi lena Faris, kali ini lebih tegas nadanya.

“Ermmm” hanya itu yang terkeluar dari mulut Faris.
Adriana menggeleng kepalanya perlahan, haissshhhlaaaahhh cik abang sayang. Susahnya nak bangun tidur. Agak-agak teknik apa yang senang nak kejutkan encik suami bangun tidur??

“Abang, taknak solat ke? Dah pukul enam setengah ni” tipu Adriana. Sengaja mahu mengumpan Faris untuk sama-sama bangun qiam dengannya. Hehe..

“Pukul berapa ni sayang” respon Faris perlahan.

“Pukul enam setengah, cepatlah bangun” kali ini Adriana menarik perlahan selimut Faris.

Faris yang masih kantuk terus terbuka matanya apabila mendengar jawapan dari Adriana. Eh dah pukul enam setengah? Alamak! Terlepas nak qiam. Eh tapi rasa macam baru je lena tadi.

“Abang..” panggil Adriana lagi, selagi Faris tak bangun dari katil selagi tulah dia akan jadi bodyguard tepi katil ni. Adil tak?

“Yee, abang bangun..” pantas Faris bangkit dari tidur. Tergesa-gesa dia mahu ke bilik air, haishh apa punya suamilah dia ni, makmum yang kejut imam!

Adriana tersengih, Faris ni memang senang percaya cakap orang kan? Hehe.. dia mengatur langkah untuk mengambil sejadah dan membentangkan sejadah untuk dia dan Faris.

“Sayang, kenapa macam gelap lagi ni?” tanya Faris pelik.

“Memanglah, kan tak bukak lampu bilik. Just bukak lampu tidur je” Adriana tersengih. Memanglah gelap baru pukul lima lebih cik abang oii, tadi tu tipu sikit je.

“Ohh, ok” balas Faris mengiakan saja jawapan Adriana.

“Abang, qiam dulu tau” pesan Adriana.

“Kan dah lambat nak subuh” ujar Faris, nak qiam apa kalau bangun subuh pun dah lambat.

“Cuba tengok jam pukul berapa..” balas Adriana selamba. Ditahannya saja tawa, haishh Faris, Faris.. Subuh tak masuk lagi cik abang sayang.

Faris berpaling mengadap jam di dinding. Baru pukul lima suku? Digosok matanya berkali-kali seakan sukar percaya. Tadi kata pukul enam setengah, maknanya....

“Rianaaaaaa!!!” jerit Faris. Pecah suaranya waktu pagi-pagi macam ni. Hehe..

“Haha” Adriana sudah mengangkat kain telekungnya, bersedia satu, dua, tiga lariiiiii.....

“Tipu abang eh pagi-pagi ni” Faris mengejar Adriana dari belakang, amboi pandai dah Puan Adriana ni eh?

Tawa mereka memecah keheningan pagi, habis bilik yang sederhana besar itu menjadi 'track larian' mereka.

“Hah, dapat pun” ungkap Faris dalam ceria. Dipeluknya Adriana erat dari belakang.

“Alaaa, tak acilahh. Bilik abang kecik, Riana susah nak lari” ujar Adriana masih tak puas hati.

“Haha, tak kisahlaaahhh yang penting abang menang, ohh tipu suami eh?” Faris masih lagi memeluk erat Adriana. Tawanya masih lagi bersisa.

“Faris, Riana. Apa yang bising-bising tu?” tegur Puan Hajjah Mardhiyah dari luar.

Adriana dan Faris sudah terkedu, eh bising sangat ke? Huhu..

“Riana ni ummi, tapi hal kecik je” balas Faris spontan.

Adriana sudah membulatkan mata, apa pulak salah dia? Bukan Faris ke yang ketawa tak ingat dunia tadi? Ini tidak adil bagiku *sila nyanyi ikut lagu yuna ok!

Tiba-tiba Adriana menepuk dahinya perlahan, eh bukan tadi mereka nak qiam ke? Kenapa Faris memeluknya pula tika ni?

“Abang, qiam...” spontan Adriana mengingatkan.

“Hah?” soal Faris blur.

“Qiam” Adriana mengerling jam di dinding. Sudah jam lima tiga puluh lima! Eh sempat lagi ke nak qiam ni. Pantas dirungkaikan pelukan Faris dan dia berlalu ke bilik air. Mahu mengangkat semula wuduk.

Faris terpinga-pinga melihat tingkah gelabah Adriana. Ohh, maksud Adriana qiam ke tadi? Aiyooo.. usai sahaja Adriana mengambil wuduk, gilirannya pula mengambil wuduk.

Tepat jam lima empat puluh pagi, Faris megimamkan solat sunat taubat mereka. Nasib baik sempat qiam mereka pagi itu.

“Sayang..” panggil Faris apabila usai sahaja solat subuh mereka.

“Ya abang sayang” balas Adriana manja. Dia melangkah perlahan menuju ke arah Faris sambil membawa al-Quran kecil miliknya.

“Jom tadarus dan tadabbur al-Quran” ajak Faris.

“Hari ni kita nak baca surah apa?” tanya Adriana.

“Surah Ar-Rahman boleh?” Faris meraikan juga pendapat Adriana.

“Insya-Allah, Riana baca abang tasmi' ya?” pinta Adriana, dia mula bersedia untuk membaca kalam Ilahi itu.

“Ok sayang, nanti ayat empat puluh satu abang pulak sambung” balas Faris.

Pagi itu suara mereka memecah keheningan pagi, sama-sama menghayati surat cinta dari Ilahi. Jika cinta manusia kita mampu fahami mengapa tidak kita fahami Si Pemilik cinta itu sendiri. Dia yang mencampakkan rasa cinta, maka haruslah cinta si Dia yang menjadi keutamaan.

Adriana tersenyum menghayati suara merdu Faris membaca al-Quran berserta tarannumnya sekali. Subhanallah.

“Abang, boleh terangkan pengajaran atau ibrah yang boleh kita dapat dalam surah ni?” Adriana meraikan pendapat Faris.

“Surah ar-Rahman ni maksudnya Yang Maha Pemurah. Sesuai dengan apa yang dijelaskan di dalam surah ni sendiri. Allah tu Maha Pemurah, Dia menciptakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang soleh. Dalam syurga, Allah beri pelbagai nikmat antaranya ialah pelbagai pohon dan buah-buahan, ada mata air yang memancar, ada permaidani yang diperbuat dari sutera, ada bidadari dan pelbagai lagi. Ganjaran untuk hamba-Nya yang soleh” bicara Faris terhenti, dia menarik nafas perlahan.

“Subhanallah, alhamdulillah. Baiknyaaa Allah” telus keluar bicara dari bibir Adriana.

“Allah itu Maha Pemurah sayang. Pelbagai ganjaran yang dijanjikanNya untuk hamba-hamba-Nya. Maka nikmat apa yang kita dustakan? Ayat ni banyak kali Allah sebut dalam surah ar-Rahman. Dekat dunia lagi Allah dah beri kita pelbagai nikmat. Nikmat kesihatan, harta, keluarga, perkahwinan dan sebagainya. Cuba renungkan balik, betul tak cara kita uruskan nikmat yang Allah kurniakan untuk kita tu?” terang Faris lagi, matanya memandang wajah Adriana.

Terkunci bicara Adriana, dia memuhasabah dirinya. Ya Allah, sudah diuruskan atau tidak nikmat yang Allah kurniakan dengan sebaiknya? Allah, Allah, Allah. Dia teringat sepotong hadis yang bermaksud:

“Takkan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apa ia dihabiskan,ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudahan serta kecergasannya"..hadis riwayat Tirmizi


“Kalau Allah Maha Pemurah kenapa Dia tetap ciptakan neraka?” soal Faris membuka minda Adriana, sengaja dia mahu menguji fikrah Adriana.

“Allah Maha Pemurah tapi Allah juga Maha Adil, Maha Menghukum. Kalau Allah tak ciptakan neraka, maknanya orang yang jahat juga akan masuk syurga. Ini tak adil bukan? Ibaratnya pencuri tidak mendapat pembalasannya. Allah tu Maha Adil dan Dia juga Maha Menghukum” terang Adriana ringkas, dia tahu Faris sengaja mengujinya.

Faris tersenyum puas mendengar jawapan Adriana. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman menandakan tamat sudah perbincangan mereka pagi itu.

Adriana menyambut tangan Faris, dikucupnya lembut. Terasa ubun-ubunnya pula dikucup lembut.

“Abang, Riana nak pinjam kereta boleh? Riana nak keluar kejap petang nanti” pinta Adriana seraya mengangkat kepalanya memandang tepat anak mata Faris.

“Keluar? Nak pergi mana? Nak abang temankan tak?” tanya Faris pula.

“Nak beli barang sikit, Iman nak datang sini. Boleh tak abang? Rasa abang tak perlu teman sebabnya Riana tahu abang busy nak marking paper”

“Ok sayang, tapi apa-apa hal call abang tau” pesan Faris.

“Macehhh abang” balas Adriana tersenyum, haishhh tak sabarnya nak jumpa Iman.


Hari ini Adriana bersemangat mahu memasak untuk makanan kegemaran suaminya. Awal-awal lagi sudah riuh rendah dapur ummi dikerjakannya. Habis segala resepi dari internet, buku dan umminya bersepah di atas meja dapur. Kata orang kalau nak pikat suami ikat perutnya dahulu dengan air tangan kita. Entah betul atau tidak, mari kita buktikan teorinya hari ini, hehe..

“Riana nak ummi tolong?” tanya ummi agak ragu-ragu dengan kebolehan menantunya yang seorang ini.

“Eh takpe ummi, insya-Allah Riana boleh ni. Ummi rehat je dekat depan” balas Adriana yakin. Dibeleknya lagi resepi yang diambil dari internet. Nampak macam mudah saja nak memasaknya.

“Ok, kalau nak mintak ummi tolong nanti panggil ya” balas Hajah Mardhiyah sebelum berlalu.

“Oraittt ummi” jawab Adriana, dia mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak.

Adriana tersenyum seorang diri apabila memasak di dapur, dia teringat kembali kata-kata Iman pada pertemuan mereka yang lalu. Rakannya yang seorang itu memang ceria dan positif orangnya. Pelbagai nasihat yang diberikan, tentang ilmu rumah tangga pun ada. Haishh macamlah sudah berkahwin sahabatnya yang seorang itu.

“Riana, kalau nak pikat suami kau kena ada strategi tau. Kena selalu perbaharui hubungan, baru tak bosan” nasihat Iman seperti sudah berpegalaman sahaja lagaknya.

“Err” Adriana terkaku, hilang bicaranya. Amboii Iman semakin maju ni.

“Tak percaya? Balik nanti trylah, haha” tawa Iman sudah terhambur.

Huhu, aduiii Iman, Iman. Tapi betul jugak ya? Orang yang belum kahwin ni patut kena tahu hal kekeluargaan ni. Persiapan sebelum kahwin tu penting, kita kena ada ilmu. Rumah tangga ni bukanlah medan percubaan, medan perjudian tapi sebagai medan perjuangan menuju cinta Ilahi. Mana mungkin nak pergi berjuang tapi tak ada persiapan ibaratnya seperti seorang tentera yang pergi berjuang tanpa membawa senjata.

“Akak.....” tegur Faathirah sedikit kuat.

Tersentak Adriana dari lamunan, kussss semangat! Faathirah, Faathirah..

“Allah, terperanjat akak” Adriana kembali dengan tugasannya.

“Akak nak masak apa ni?” soal Faathirah mula melabuhkan punggungnya di sebelah Adriana.

“Nak masak lauk favourite along” balas Adriana perlahan. Faris masih lagi di universiti.

“Lauk ketam masak lemak cili api?” soal Faathirah.

“Ha'ah” Adriana tersenyum. Dia menjeling jam di dapur, tinggal lagi dua jam sebelum Faris pulang dari kerja, dia harus segera memasak lauk kegemaran suaminya itu.

“Owhh, special untuk along ya?” Faathirah sudah tersenyum-senyum. Sweet jugak eh Kak Riana dengan along?

“Lebih kuranglahhh” balas Adriana, dia sudah termalu sendiri.

“Nak Irah tolong?” Faathirah menghulurkan bantuan, sama seperti ummi.

“Takpe, akak boleh buat sendiri, insya-Allah” Adriana membalas seraya menghadiahkan senyuman.

“Ok, Irah ke depan dululah. Taknak kacau akak” balas Faathirah mengusik, dia sengaja ingin memberi ruang kepada akak iparnya.

Adriana hanya menghadiahkan senyuman sebelum memerhati langkah Faathirah yang mula berlalu pergi menghampiri umminya di ruang hadapan rumah.

Sambil memasak Adriana sempat menitipkan doa pengasih yang diajar Rasulullah dan dititipkannya juga selawat. Hampir satu jam setengah akhirnya masakannya berjaya juga dihidang di atas meja makan. Hanya tunggu kepulangan Faris dari universiti sahaja. Adriana naik ke tingkat atas mahu membersihkan diri, dia mahu nampak cantik dan eksklusif di hadapan Faris.

Tepat jam enam petang Faris pulang ke rumah umminya. Wajahnya sedikit muram mencerminkan hatinya yang sedikit gusar dengan masalah kerja.

Adriana menyambut kepulangan Faris dengan senyuman, dia memandang wajah Faris yang sedikit muram. Jarang dia melihat wajah muram Faris. Mesti lelaki itu punya masalah sendiri. Adriana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Faris, dia mencapai briefcase Faris lalu dibawanya naik ke bilik.

Adriana kembali turun ke ruang bawah, dia menarik tangan Faris menuju ke dapur. Mahu melayan dan menemani suaminya makan.

“Abang dah solat?” Adriana bertanya, dia tidak mahu Faris culas dalam melaksanakan ibadah.

“Dah” hanya sepatah perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Faris.

Adriana terkedu, biasanya Faris banyak bicaranya tapi petang itu sepatah ditanya sepatah dijawab. Dia membiarkan Faris seketika, biarlah Faris makan dahulu. Akan dicungkil masalah Faris nanti.

Faris makan tanpa bicara, seleranya juga seakan mati. Fikirannya celaru memikirkan masalah yang baru timbul. Dia sedar dia seakan tidak matang dalam menyelesaikan masalah, masalah di tempat kerja seharusnya tidak perlu dibawa pulang ke rumah. Hanya separuh pinggan sahaja nasi yang berjaya dihabiskan. Itu pun dia makan untuk menjaga hati Adriana. Sungguh seleranya mati, biasanya dia akan cuba sedaya upaya meraikan masakan isterinya tapi hari ini dia tidak mampu.

Wajah Adriana berubah apabila Faris mula mengangkat punggung menuju ke sinki tanda suaminya itu sudah habis makan. Separuh lagi nasi di pinggan tidak dihabiskan. Hatinya terasa dengan sikap Faris. Lain benar sikap Faris hari ni, masakannya tak sedapkah?

“Abang naik atas dulu..” ujar Faris, kakinya melangkah ke kamar mereka di tingkat atas.

Adriana terkaku di tempat sendiri, dinginnya sikap Faris petang ini sedingis ais di kutub. Biasanya Faris akan memuji dan meraikan masakannya walaupun dia tahu masakannya tidaklah sehebat mana. Tapi hari ini, mana pergi sikap Faris yang suka meraikan? Arghhh terasa seperti dia gagal menjadi isteri yang mampu menenangkan suaminya sendiri. Sungguh dia terkesan dengan perubahan Faris.

Lambat-lambat Adriana mengemaskan meja makan, air matanya sudah bertakung. Rasa sendu mula bertandang. Penat badannya tidak terasa yang rasa hanyalah sebak di dada. Sungguh hatinya sebak saat ini. Mungkin bagi isteri lain, perubahan sedikit suami tidak diambil kisah tetapi tidak bagi Adriana. Faris yang dia kenal tidak sedingin itu, maka perubahan kecil Faris sangat memberi kesan untuk dirinya. Faris yang selalu petah bicaranya menjadi diam secara tiba-tiba. Hati mana yang tak terasa? Allah..


Faris di bilik hanya merenung kosong ke luar jendela. Salahkah dia seorang pensyarah menegur untuk menegakkan hukum Ilahi? Hanya kerana dia pensyarah biasa, dia ditengking di hadapan pelajarnya sendiri? Dia juga punya maruah. Dia hanya menegur tentang program pelajar yang dilihatnya semakin bercampur antara lelaki dan perempuan tanpa batas. Salahkah dia sebagai seorang Muslim menegur kemungkaran yang berlaku di depan matanya sendiri?

Adriana menolak perlahan pintu kamarnya, dilihat Faris ralit merenung ke luar jendela. Jauh lamunan Faris, agaknya masalah apa yang melanda suaminya saat itu? Dia seakan hilang punca apabila melihat sikap dingin Faris. Dengan lafaz bismillah berserta tawakal kepada Allah diatur langkah menuju ke arah Faris. Diusapnya lembut bahu Faris.

Faris menepis perlahan tangan lembut yang mula mendarat di bahunya. Dia memerlukan ruang sendiri. Ini salah satu sikapnya, apabila dirundung masalah dia lebih gemar bersendirian. Sebagai anak sulung dia jarang berkongsi masalahnya dengan orang lain. Dia gemar memendam perasaannya sendiri.

“Abang mandi dulu” nada sedingin ais dituturkan oleh Faris. Dia melangkah tanpa menoleh sedikitpun wajah Adriana yang memandangnya.

Adriana tertunduk lemah, gagal merawat duka suaminya. Ingatkan panas sampai ke petang tapi hujan di tengah hari. Diharapkan bahagia berpanjangan namun ujian datang menguji. Disabarkan hatinya melayan kerenah Faris. Wajahnya dimaniskan tapi hatinya menangis sendiri. Hati mana yang tidak sedih jika kehadirannya seolah tidak dipedulikan suami sendiri? Segala usahanya untuk memujuk Faris gagal!! tak mampukah dia menjadi isteri yang mampu menenangkan Faris. Tidak layakkah dia untuk berkongsi duka dengan suami sendiri? Dia hanya seperti tunggul di mata suami. Allah..

Adriana melangkah lemah ke katil, cara apa lagi yang harus dilakukan untuk memujuk Faris? Sungguh dia tidak kreatif merawat luka di hati suami. Dia sedar sikap Faris yang satu itu, lebih suka bersendirian apabila dilanda masalah. Tapi sampai bila harus dibiarkan Faris melayan duka sendirian. Apa gunanya dia sebagai isteri jika tak mampu menenangkan suami.

“Abang...” panggil Adriana usai Faris keluar dari bilik air.

“Ya..” pendek saja sahutan Faris, tiada gurauan seperti selalu.

“Riana ada soalan” balas Adriana perlahan.

“Abang penat” dingin jawapan yang lahir dari mulut Faris.

Mata Adriana sudah bergenang air mata, bila-bila sahaja mutiara jernih itu akan turun. Sungguh dia terasa dengan sikap Faris. Mana hilangnya sikap Faris yang suka meraikan, mana hilangnya sikap Faris yang penyayang? Dia seakan tidak kenal dengan sikap Faris yang di hadapannya sekarang.

“Riana keluar dulu” Adriana mengundur diri, dia tidak mahu air matanya tumpah di hadapan Faris. Inikah lelaki yang berjanji mahu membimbingnya menuju cinta Ilahi. Inikah lelaki itu?

“Ermm” balas Faris.

Malam itu, Adriana membawa diri ke bilik Faathirah. Sengaja mahu menghiburkan diri. Biarlah Faris dengan dunianya sendiri. Dia juga punya perasaan, hatinya juga terguris dengan sikap Faris. Terasa sangat dipingkirkan oleh suami sendiri.

“Akak tak boleh solat ke?” tanya Faathirah pelik. Dilihat jam di dinding. Sudah jam lapan setengah, tinggal hanya beberapa minit sebelum masuk waktu Isyak. Hari ini dia pelik dengan sikap Adriana yang terlebih ramah bertandang ke biliknya. Biasanya akaknya itu lebih banyak menghabiskan masa dengan Faris.

“Eh, boleh. Kenapa dah azan ke?” tanya Adriana gelabah. Dia bingkas bangkit dari duduknya.

“Taklah, tapi biasa akak kan jemaah dengan along maghrib dan isyak. Lepas tu baru akak lepak dengan Irah” jujur jawapan dari mulut Faathirah.

Adriana sudah terkaku sendiri. Janganlah Faathirah menyoalnya bukan-bukan pula.

“Akak ada masalah?” serkap Faathirah apabila dilihatnya wajah Adriana berubah keruh.

“Hah?? Ehh tak adalah. Akak nak pergi dapur kejap, haus pulak” jawab Adriana sekaligus melarikan dirinya ke dapur.

Faris termenung mengadap siling bilik, terasa sunyi pula apabila dia tidak mendengar celoteh dari mulut Adriana. Keterlaluankah tindakannya?? bukan dia tidak perasan ada mutiara jernih yang bertakung di mata Adriana siang tadi tapi dibiarkan sahaja. Kejamkah tindakannya untuk isteri sebaik Adriana? Tapi itulah kelemahannya, dia suka bersendirian apabila dilanda masalah. Faris memandang jam di sisi meja. Sudah hampir jam dua belas malam, mana agaknya Adriana membawa diri. Terasa pelik pula apabila lena malamnya tanpa Adriana. Lantas dia bangkit menuju ke pintu bilik.

Adriana teragak-agak mahu melangkah masuk ke bilik, sekarang sudah hampir jam dua belas malam. Tadi pun dia solat isyak di bilik solat tingkat bawah. Tapi kalau dia tak masuk bilik dekat mana mahu dilelapkan mata malam ini? Tiba-tiba akalnya mencerna idea, hah tidur kat bilik solat!! belum sempat dia melangkah menuruni anak tangga suara Faris menegurnya. Nasib baik dia takde heart attack, kalau tidak ada yang masuk hospital malam-malam ni.

“Nak pergi mana?” tegas suara Faris. Dah macam suara warden asrama dah.

“Errr” kaku lidahnya mahu memberi jawapan.

“Nak pergi mana??” soalan sama diulang Faris. Matanya memandang tajam wajah Adriana.

Adriana hanya menunduk merenung kaki, tak sanggup mahu memandang renungan Faris.

“Jom masuk..” Faris menarik perlahan tangan Adriana.

Adriana hanya mengikut langkah Faris. Dalam hati dia tak putus-putus mendoakan yang baik saja.

“Tadi kenapa tak solat sama?” tanya Faris.

“Hah, errr..” kelu lagi lidahnya. Memang silapnya melarikan diri, tapi bukan ke Faris seperti menghalaunya siang tadi.

“Abang tanya jawab!” sedikit tegas suara Faris.

Air mata Adriana sudah merembes keluar, kalau siang tadi dia mampu menahan air matanya tapi malam ini dia gagal. Dia menangis tersedu-sedan, segalanya kesedihan siang tadi dilepaskan. Biarlah dia kelihatan lemah malam ini, tapi dia akan mencari kembali kekuatan selepas ini.

Faris mula cuak, sedar kesilapan diri. Tak sangka Adriana menangis disebabkan soalan yang dianggap remeh olehnya. Dia menarik Adriana di dalam pelukan.

“Syhhh, abang tak marah. Abang tanya je” Faris memujuk Adriana.

Adriana hanya menangis, dilepaskan segalanya di bahu Faris. Masih adakah sayang untuknya lagi?

“Sayang.. syhhhh” Faris memujuk lagi.

“Abang mintak maaf” pinta Faris, dia mengusap pula belakang Adriana.

“Abang tak perlukan Riana lagi..” dalam sendu ayat itu yang diluahkan Adriana.

“Sayang, maaf ya. Abang tahu abang emosi siang tadi tapi itulah kelemahan abang. Maaf ya sayang. Siapa kata abang tak perlukan Riana? Setiap suami perlukan isterinya sebagai sayap perjuangan. Abang perlukan Riana sebagaimana Ali memerlukan Fatimah” Faris menutur ayat.

“Betul ni?” tanya Adriana melepaskan pelukan.

“Betul sayang” balas Faris, dia menyapu air mata Adriana.

Adriana mengukir senyuman, senyuman dalam tangisan. Cepat benar hatinya terpujuk.

“Riana nak tanya boleh?” soal Adriana.

“Soalan yang sama macam siang tadi eh sayang?” tanya Faris, emosinya kini lebih stabil. Dia mahu mengusir terus amarahnya.

“Ha'ah, abang kalau kita ada masalah elok kita simpan atau kongsi?”

Faris tersenyum, faham benar soalan yang mahu dia berkongsi masalahnya bersama.

“Kongsi, Riana nak dengar masalah abang?”

“Nak. Ceritalah” Adriana sudah menghadiahkan senyuman.

“Abang kena marah sebabnya abang tegur program student yang sekarang makin melagha. Bukan abang tak kasi kalau student nak release stress tapi program tu pergaulan tak jaga, melalaikan” terang Faris.

Adriana tersenyum, sensitif juga Faris ni. Dia memengang lembut tangan Faris.

“Kena marah?” tanya Adriana.

“Ha'ah, dorang kata sekarang zaman dah lain. Lagipun dorang kata abang bukannya ustaz yang nak nasihatkan orang. Abang belajar pun sampai phD je” luah Faris.

“Memanglah bagi orang lain ni hal kecik tapi bukan bagi abang. Abang takut Allah persoal dekat abang masa akhirat nanti. Kenapa abang tak tegur kemungkaran depan mata” sambung Faris lagi.

“Abang, nak dakwah ni bukan mudah. Sebab ganjarannya indah. Jalan mujahadah tak selalunya mudah sebab syurga itu indah” lembut bicara Adriana.

“Tapi tak patut dorang rendahkan maruah abang macam tu” Faris meluahkan lagi apa yang terbuku di hatinya.

“Abang sayang, kita takkan selamanya pernah puaskan hati manusia. Kita hidup ni tujuannya kerana Allah. Utamakanlah pandangan Dia, biar kita dicaci kerana dakwah asalkan kita tidak dimurka Allah di sana nanti” nasihat Adriana penuh berhikmah.

“Biarlah mereka menghina kita asalkan kita tahu tujuan hidup ni. Bagi Riana abang tetap suami soleh Riana” Adriana meraikan pula Faris.

Faris terkesan dengan kata-kata Adriana. Biarlah dia dihina di dunia asalkan dia dipandang mulia oleh Pencipta. Rasulullah juga pernah dihina tapi baginda tetap berdakwah, inikan pula dia insan kerdil di sisi Pencipta.

“Thanks sayang” Faris mula tersenyum, dia sudah disuntik semangat baru oleh si bidadari.

“Welcome” Adriana tersenyum lagi, alhamdulillah selesai masalah.

“Sayang, maafkan abang ya? Isteri sebaik Riana memang tak layak disakiti. Abang rasa macam tak layak untuk Riana, abang banyak kekurangan” ujar Faris perlahan.

“Abang, setiap orang ada kekurangan masing-masing. Allah ciptakan pasangan supaya kita saling melengkapkan kekurangan pasangan kita. Bagi Riana abang suami yang hebat, hebat di mata Riana dan Pencipta”

“Terima kasih sayang, thanks for everything. Alhamdulillah abang punya sayap kiri yang sentiasa memotivasikan diri” Faris memandang mata Adrian sarat dengan perasaan cinta. Insya-Allah inilah juga bidadarinya di akhirat nanti.

“Sama-sama abang” balas Adriana, matanya membalas renungan suami tersayang. Mata bertentang mata dan biarlah hati berbicara sendiri.