Thursday 29 November 2012

(^^) Assalamu'alaikum, Sedikit sedutan utk yg rindukan SE, heee :)


Bab berapa, itu rahsiaaaa.. jengg2.. haha :D

“Abang.. jangan nangis, Riana tahu abang sedih tapi Riana lagi sedih kalau tengok abang macam ni. Allah pun tak suka hambaNya terus menerus bersedih. Ini ujian Allah, Allah takkan menguji di luar kemampuan hambaNya” Adriana terus memujuk.

“Thanks Riana. Janji dengan abang untuk terus

berada di sisi abang ya sayang?” Faris meleraikan pelukan, menuntut janji agar Adriana terus setia disampingnya. Dia perlukan Adriana sebagai semangatnya untuk terus bangkit mencari kekuatan. Dia perlukan Adriana untuk mentarbiyah dirinya.

“Insya-Allah, selagi abang perlukan Riana selagi itulah Riana akan di sisi abang. Tugas seorang isteri adalah bersama suaminya masa susah dan senang. Insya-Allah Adriana akan setia di sisi abang sebagaimana setianya isteri Nabi Ayyub saat menjaganya ketika sakit” Adriana tersenyum.

Faris mula mengukir senyum, dalam kesedihan kehilangan Haji Mansor dia sedar dia masih mempunyai isteri yang solehah yang akan berada di sisi.

“Tapi abang, kita hanya manusia. Jangan bergantung dan hidup kerana manusia kerana manusia akan tetap tinggalkan kita. Hiduplah kerana Ilahi kerana Dia tak akan pernah tinggalkan kita” dalam diam Adriana bijak menyelitkan nasihat. Benarlah Adriana kelihatan matang dari usianya.

“Terima kasih ingatkan abang sayang”

“Sama-sama cik abang sayang. Abang bersedia nak dengar sesuatu tak?” pancing Adriana.

“Apa dia sayang?”

“Riana tahu masa sekarang tak sesuai untuk bincang apa yang berlaku petang tadi tapi Riana tak nak tidur tanpa redha abang. Riana nak mintak maaf pasal kejadian siang tadi. Insya-Allah selepas ni Riana akan lebih tegas dalam menjaga maruah diri, menjaga maruah abang. Boleh maafkan Riana?” Adriana mencium tangan Faris, ada air hangat yang menitis keluar dari matanya.

Faris memeluk Adriana, sungguh dia yang sepatutnya memohon maaf kerana dia tidak bijak bertindak sebagai suami. Dia gagal melawan amarah dan egonya sendiri.

“Abang maafkan Riana.. abang nak mintak maaf jugak”

Adriana tersenyum bahagia, selesai sudah masalahnya dan Faris, Alhamdulillah, masalahnya dengan Faris telah selesai, mujurlah marah Faris tidak lama. Apa yang berlaku biarlah dia mengambil pelajaran untuk bertindak dengan lebih matang lagi. Resam rumah tangga tidak terlepas dari ujian. Apa yang penting adalah belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaikinya lagi, bukannya menunding jari mencari salah siapa.

“Riana sentiasa maafkan abang, abang redha dengan Riana?” Tanya Adriana polos, tangan suaminya diambil lalu diletakkan di pipinya.

Faris tersenyum, untuk apa dia tidak meredhai isteri sesolehah Adriana, isteri yang sentiasa bersabar melayan kerenahnya, isteri yang sentiasa menitip semangat untuk diri saat ujian datang bersinggah? Wanita itu mudah untuk ke syurga hanya dengan mentaati suruhan Allah, mentaati suami dan menjaga kehormatannya, maka wanita itu berhak untuk ke syurga melalui mana-mana pintu syurga seperti maksud sebuah hadis:

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” –HR Ahmad.

Sedangkan seorang suami harus dihisab dan disoal dengan pelbagai tanggungjawab, tanggungjawab mendidik isteri dan anak, tanggungjawab mencari nafkah dan sebagainya. Layakkah dia untuk bersama Adriana di syurga nanti? Apa mahar yang diperlukan untuk meminang isterinya di syurga nanti??

“Abang sentiasa redha untuk isteri sesolehah Riana” Faris menjawab, diciumnya perlahan ubub-ubun Adriana.

“Bahagianya hidup jika dalam redha Allah dan suami” Adriana menjawab. Tangannya menarik Faris ke tepi tingkap kayu itu.

Faris mengikut langkah Adriana, Adriana sentiasa punya cara untuk memperbaharui kemesraan dan kasih sayang dalam rumah tangga mereka. Walaupun usianya masih muda tapi tingkahnya matang dalam menyelesaikan masalah.

“Jom teman Riana tengok bintang.. malam ni bintang banyak kan?” Adriana melentokkan kepalanya ke dada bidang Faris.

“Ha’ah, tapi Riana sentiasa jadi bintang yang tercantik di mata abang. Bintang sentiasa ada untuk ceriakan kegelapan malam, macam tu jugak dengan Riana, sentiasa ada untuk ceriakan hidup abang kalau abang ada masalah” Faris terus menghargai Adriana. Dia tidak segan untuk meraikan dan menghargai isterinya sendiri. Ingatlah kaum Adam di luar sana, sentiasalah hargai isteri anda walaupun sekecil-kecil perkara.

“Abang pula ibarat matahari bagi Adriana, yang sentiasa menerangi alam. Abang beri Riana sinar hidup baru selepas Riana hampir-hampir kecundang kerana terlalu sedih kehilangan mama dan papa”

“Syhhh, abang sentiasa ada untuk Riana, insya-Allah. Adriana Qistina adalah tanggungjawab Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi” Faris memeluk bahu Adriana. Mereka sama-sama merenung langit malam.

“Terima kasih abang, Alhamdulillah puji-pujian hanya untuk Tuhanmu..” Adriana mengucap syukur. Indahnya hidup andai cinta Ilahi yang dicari.

“Abang, Riana ada kuiz untuk abang” Adriana memegang tangan Faris yang sedang memeluk bahunya.

“Kuiz?? Ada hadiah tak sayang??” Faris mencium pula rambut lembut Adriana, wangi.. bertuah mempunyai isteri yang hanya berhias untuk suami bukan untuk lelaki ajnabi lain.

“Mestilah ada, ‘special’ untuk cik abang sayang. Soalan kuiz kita hari ini ialah pukul berapa kita nak tidur malam ni?”

Faris sudah tersenyum, bijak betul soalan Adriana. Dia tahu Adriana mahu meraikan dirinya. Beruntungnya mempunyai isteri yang sentiasa menghiburkan. Indahnya cinta selepas nikah. Tetapi bukan mudah untuk mencapai barakah dalam rumah tangga, perlu bermatian-matian bermujahadah melawan nafsu sebelum kahwin. Jika diri sudah hanyut dengan cinta yang berpaksikan nafsu sebelum kahwin mana mungkin ‘manis’nya cinta selepas kahwin itu mampu dinikmati.

“Kita tidur sekarang, pagi esok senang nak qiam” Faris berbisik lembut di telinga Adriana.

Saturday 24 November 2012

Assalamu'alaikum... Dilemma ohhh dilemma :'(

Sahabat, nisa dalam dilemma sangat-sangat :'(
Selain istikharah, musyawwarah (perbincangan) jawapan terbaik kan?
Nisa di'offer' lagi untuk dinilai SE untuk diterbitkan..

Nisa nak mintak pendapat kawan2 ni, nak raikan pendapat korang :)
 Oke jom sama2 fikirkan baik buruk kalau SE diterbitkan.

Insya-Allah kalau SE dicetak dalam bentuk buku, ni kebaikannya:

1) Insya-Allah nisa akan olah balik jalan cerita ni, panjangkan lagi cerita ni sebabnya syarat untuk hntar manuskrip at least 400 pages. Sekarang ni baru dekat 300 pages *tersangatlah sikit kan?
 2) Secara tak langsung, kalau bertambah jalan cerita , nisa akan masukkan and share ilmu yang nisa tahu :)
3) Korang tak perlu nak serabutkan kepala dengan bukak balik entri-entri yang lepas, sebabnya blog nisa ni tersangatlah serabutnya. Kalau dah dicetak dalam buku senang nak refer. Senang nak bawak gi mana-mana.. *teringin gak nak tengok SE jadi buku.. hoho

Keburukan kalau SE diterbitkan:

1) Korang mungkin akan keluar duet untuk beli kan? *tu pun kalau korang sudi beli, huhu..
2) Nisa kena hardworking untuk olah cerita SE, sebabnya nisa ni pemalas nak menaip, hoho 

Anything yang korang nak tambah baik buruk kalau SE diterbitkan?? Jomlah share dengan nisa, kita kan kawan :)
Please kawan-kawan give ur own opinion... Dilemma sangat ni..




Assalamu'alaikum :)

Jom layan lagu ni,
Antara favourite songs nisa :)
Boleh bayangkan Faris nyanyi untuk Adriana ?? :D hee


Suami Ekspress 42


BAB 42

            Merah padam muka Faris menahan kemarahan. Diurus beberapa kali dengan istighfar, mengusir kemarahan yang mula menjeruk tangkai hati. Hati mana yang tidak sakit apabila ada lelaki lain yang melamar isteri sendiri di depan mata??

            Pada mulanya dia ingin menjemput Adriana pulang ke Melaka pada petang hari. Tetapi disebabkan kerinduan kepada isteri tersayang, dikuatkan hati untuk menjemput isterinya pada tengah hari itu juga. Difikirkan isterinya akan terkejut dengan kehadirannya di situ, tetapi alih-alih dia sendiri yang terkejut melihat babak ‘drama melamar’ antara Aqil dan Adriana.

            “Assalamu’alaikum” Faris menyapa, cuba menghadiahkan senyuman yang dirasakan hambar saat itu. Mana mungkin bibirnya mampu mengukir senyuman ikhlas jika hatinya kecewa tika ini.

            Adriana hanya menunuduk. Rasa bersalah walaupun kesalahan itu bukannya disebabkan oleh dirinya sepenuhnya. Mujurlah ada Iman di sisi, jika tidak fitnahnya mungkin lebih besar dari ini.

            “Wa’alaikumsalam” balas mereka serentak.

            “Sir jaga exam ke?” Aqil menyoal.

            “Taklah, jemput isteri habis exam” balas Faris, sengaja ditekankan perkataan isteri itu. Matanya masih memandang tepat ke arah muka Adriana.

            “Owh, really?? Tak bagitahu pun sir dah kahwin. Wife sir belajar dekat sini?? Saya kenal wife sir??” soal Aqil terkejut. Siapa yang tidak terkejut, tiada angin tiada ribut tiba-tiba Faris memberitahu sudah punya isteri!! Masih belajar pula tu..

            Adriana sudah menelan air liur sendiri, tahu kebenaran akan muncul sebentar lagi. Dia memegang erat tangan Iman, meminta sedikit kekuatan.

“Ha’ah saya dah kahwin. Almost six months ago. Adriana Qistina is my wife” Faris memberitahu jujur. Dia rasa ini masa yang sesuai untuk dia berterus terang tentang statusnya dan Adriana. Dia tidak sanggup lagi menyaksikan ada lelaki lain yang melamar isterinya. Benarlah ajaran Islam yang mengatakan sembunyikan pertunangan dan iklankan (hebahkan) pernikahan. Pernikahan seharusnya dihebahkan atau diumumkan kepada orang ramai agar tidak akan berlaku lamaran kepada isteri orang dan untuk mengelakkan fitnah.

Faris menarik rapat tubuh Adriana. Dilemparkan senyuman seikhlas mungkin walaupun hatinya terasa sakit. Dia harus bijak mengawal amarahnya.

Tangan Adriana terlepas dari tangan Iman saat Faris memeluk pingangnya erat. Adriana mengucap syukur di dalam hati. Sekurang-kurangnya Faris tidak melontarkan amarahnya di hadapan Aqil.

“Adriana, Adriana wife… wife sir???” soal Aqil tidak percaya.

“Yes, she is my wife. Perempuan yang awak lamar tadi isteri saya…”

Aqil terasa lemah tubuhnya untuk terus berdiri. Hancur harapannya mahu melamar si mawar agama. Tidak disangka selama ini dia menaruh hati pada isteri orang!! Isteri pensyarahnya sendiri.

“Jom balik.. Aqil, Iman balik dulu… Assalamu’alaikum” Faris meminta diri.

Adriana tahu Faris sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dia sendiri bingung bagaimana mahu memujuk Faris nanti. Moga Allah tunjukkan jalan. Adriana sempat memeluk Iman sebelum mereka berpisah. Dia bergerak laju mengikut langkah Faris.

“Wa’alaikumsalam..” Aqil sudah terduduk lemah saat melihat wanita yang dicintainya berlalu pergi. Sungguh hatinya hancur saat ini!!


Suasana sunyi menemani perjalanan pulang Adriana ke Melaka. Sejak dari tadi Faris lebih selesa mendiamkan diri. Adriana jadi buntu sendiri memikirkan kedinginan sikap Faris.Dia tahu Faris sedang marah saat ini. Tipulah kalau dia tidak terasa saat ini, hati mana yang tidak tersentuh dengan layanan dingin suami sendiri?? Sungguh dia rindukan Faris tapi tidak mungkin dia menyalahkan Faris dengan apa yang berlaku.

            Benarlah kadangkala ujian itu menyapa tanpa sebarang petanda. Dia harus bijak menyelesaikan masalah yang baru bermula. Dibiarkan dahulu Faris menguruskan emosinya, akan dipujuk suaminya ketika amarah suaminya sudah menjauh pergi.

            Adriana mula merebahkan kepalanya di tepi tingkap, ingin melelapkan mata sebentar. Perutnya mula terasa lapar kerana dia hanya sempat menjamah dua keeping roti pagi tadi. Didiamkan sahaja perut yang berbunyi minta diisi. Cuba melelapkan mata sebentar dan berharap semuanya akan kembali seperti sediakala apabila dia terjaga nanti.

            Faris memandang sayu ke arah Adriana, dia tahu isterinya berpura-pura tidur. Ingin saja dipeluk isterinya itu, melepaskan kerinduan. Tetapi dia tidak mahu, hatinya kecewa melihat isteri sendiri dilamar di hadapan mata. Dia memerlukan masa untuk meredakan amarahnya.

            Faris beristighfar lagi, mengusir hati yang tidak tenang.  Teringat pesan abinya, perbanyakkan istighfar saat hati tidak tenang. Faris teringat kepada sepotong hadis yang bermaksud:

            "Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka"

            Faris juga mula membaca beberapa potong ayat Al Quran yang dihafaznya. Dia mahu meminta kekuatan dan ketenangan dari Ilahi. Memang sudah menjadi kebiasaan baginya untuk lebih suka berdiam diri apabila marah mula menguasai diri. Dia tidak mahu melempiaskan amarahnya bukan tepat pada tempatnya. Diam itu lebih baik bagi dirinya. Mungkin sudah dididik sebagai anak sulung, dia tidak suka melempiaskan amarahnya pada orang lain dan dia lebih suka memuhasabah dan berdiam diri ketika marah.

            Ingin sekali dia memegang lembut tangan isterinya, tetapi dia tidak mampu. Dia berperang dengan perasaannya sendiri. Walaupun kesalahan itu tampak kecil tetapi hatinya hancur apabila isteri sendiri dilamar di depan mata. Maruahnya sebagai seorang suami terasa jatuh menjunam, seolah-olah dia tidak mampu menjadi suami yang baik.

            Perlahan-lahan Adriana membuka mata, dia memandang wajah Faris dari sisi. Rindu dengan seraut wajah yang putih itu. Dia tahu Faris memerlukan ruang sendiri. Tetapi hatinya tidak tenteram jika Faris terus menerus mendiamkan diri.

            “Abang…” Adriana memanggil lembut. Tangannya menyentuh lembut bahu Faris.

            “Abang tengah drive, nanti kita bincamg” Faris mematikan kata-katanya sebelum dia sempat memujuk lelaki itu. Benarlah Faris inginkan ruang sendiri.

            “Ok” Adriana mengalah. Jujur air matanya mahu menitis saat itu. Ditahannya air mata dari terus mengalir, dia tidak mahu nampak lemah di mata Faris. Faris tidak pernah sedingin itu, biarlah suaminya mengambil ruang sendiri.

            Faris cuba memfokuskan pemanduannya, dia ingin Adriana memberi ruang kepadanya. Dia tidak mahu amarahnya dilempiaskan kepada Adriana. Diam itu lebih baik baginya. Biarlah masa yang akan mengurangkan amarahnya.

            Masing-masing mula mendiamkan diri, memuhasabah kembali diri. Adriana sibuk melayani fikirannya sendiri, Faris terus menerus mengusir amarah dengan istighfar di hati.

Tiba-tiba telefon bimbit Faris berbunyi. Lantas dipasang earphone lalu dijawabnya panggilan dari Hajjah Mardhiyah.

“Wa’alaikumsalam ummi, ya Faris on the way ambil Riana ni. Apa?? Tok abah masuk hospital??” Faris terkejut, nasib baik pemanduannya tidak terbabas.

Adriana memandang wajah gusar milik Faris, hatinya tertanya-tanya apa yang berlaku. Kenapa Haji Mansok masuk ke hospital??

“Tok abah dipatuk ular, sekarang dalam ICU” terang Faris ringkas. Dia seboleh mungkin untuk bersikap tenang.

Ya Allah, dugaan apakah lagi yang diuji untuk meningkatkan keimanan kami di sisiMu??

Friday 23 November 2012

Suami Ekspress 41


BAB 41

            Hari terakhir Adriana menduduki peperiksaan semesternya sebelum dia menamatkan pengajian diplomanya di universiti. Hari ini Adriana tampil ringkas dengan jubbah bercorak bunga-buga merah jambu. Tudung labuh yang berwarna pink senada dengan warna bunga-bunga kecil di jubahnya dipadankan. Ringkas dan menutup aurat!! Adriana tersenyum puas menatap wajahnya di cermin.

            Dibeleknya pula tubuh di hadapan cermin panjang itu, meneliti kalau-kalau ada perbezaan pada tubuhnya itu. Sejak akhir-akhir ini selera makannya bertambah, dia sendiri hairan dengan tabiat barunya itu. Mungkin disebabkan stress exam atau stress dengan sikap Aqil yang tidak faham bahasa??

Teringat kembali saat dia mempelawa Kak Tasha iaitu teman sebiliknya untuk makancoklat cadbury pada malam tadi. Dengan selambanya dia menghulurkan coklat Cadbury yang besar kepada Kak Tasha. Dia pun hairan dengan sikapnya sejak akhir-akhir ni, kerap benar menjamah coklat walaupun pada malam hari. Kak Tasha merangkap teman seusrahnya itu memandang pelik ke arahnya.

“Akak, nak coklat?” pelawa Adriana selamba.

“Hah? Thanks, akak dah kenyang. Kan baru lepas makan tadi” Kak Tasha menolak pelawaannya lembut.

Adriana melemparkan senyuman sambil tangannya lincah memasukkan coklat ke dalam mulut. Ha’ah kenapa agaknya seleranya seperti lain macam saja? Padahal dia baru usai makan bersama Kak Tasha sebentar tadi. Arggghhh, akalnya malas mahu memikirkan soalan seremeh itu, dia seboleh mungkin berfikiran positif, mungkin stress exam agaknya.

“Lately, Riana kuat makan eh?” tegur Kak Tasha jujur.

Bukk!! Bagai dihempap buah kelapa dirasakan dirinya saat ini. Rupanya Kak Tasha juga perasan dengan perubahan dirinya. Aduh, malunya!! Jujurnya Kak Tasha ni, straight forward tegur, takde belok-belok!!
           
            Adriana tersengih bagai kerang busuk, terbantut sebentar seleranya mendengar teguran Kak Tasha.

            “Yeke? Stress exam kot. Riana nampak gemuk ke kak?” soal Adriana. Gusar juga jika berat badannya naik mendadak nanti.

            “Gemuk?? Taklah cuma pipi tu makin tembam” balas Kak Tasha sambil ketawa. Walaupun begitu Adriana masih nampak cantik malah bertambah comel lagi.

            Pipi tembam?? Adriana pantas mengambil cermin kecil di meja study, dibeleknya wajah di cermin. Betul ke nampak tembam?? Habislah dia kena usik dengan Faris nanti. Huhu..

            “Habislah, cuti semester nanti kena diet ni!!” azam Adriana bersungguh-sungguh.. Hai, coklat selamat tinggal!!

            “Diet?? Haha.. Riana, Riana..” Kak Tasha mengeleng-gelengkan kepalanya. Macam-macamlah Adriana ni.

            Adriana kembali mengambil coklat, selamba wajahnya memakan coklat yang hampir tinggal separuh itu, padahal sebentar tadi bersungguh-sungguh hendak diet.

            “Kata tadi nak diet??” soal Kak Tasha pelik.

            “Diet masa cuti semester nanti bukannya sekarang” Adriana membalas selamba. Mana boleh tahan tengok coklat depan mata. Ish, ishh rugi kalau tak makan.

            Adriana tersentak dari lamunan apabila telefon bimbit bergetar di atas meja study. Diambilnya gajet yang berwarna merah-hitam itu. Tersenyum sendiri apabila membaca nama si pemilik yang sedang menghubunginya kini. Faris!! hatinya berdetak laju, bibirnya mengukir senyum sendiri. Ohh indahnya cinta selepas nikah!!

            “Assalamu’alaikum abang sayang..” dia terlebih dahulu memberi salam buat suami tercinta.

            “Wa’alaikumsalam cik sayang tembam” Faris mula menyakat.

            Tembam?? Adriana terkedu sendiri. Faris tahu ke pipi dia sudah tembam?? Faris ada pasang CCTV ke apa ni? Macam tahu-tahu saja..

            “Tembam?? Sampainya hati dia” balas Adriana pura-pura merajuk. Tak salah rasanya nak bermanja dengan suami sendiri kan?

            “Alolo, merajuk ya sayang abang ni? Riana akan tetap nampak cantik di mata abang sebabnya akhlak dan agama Riana cantik di mata abang. Abang terima baik dan buruknya diri Riana. Abang cintakan Riana bukan sebab fizikal Riana tapi sebab agama yang ada pada Riana. Ingat sayang lenyapnya cinta itu bersama sebab cinta itu sendiri. Jika kita cintakan seseorang itu kerana rupanya, cinta itu akan lenyap apabila wajah dimamah usia, jika cinta itu kerana harta kekayaan nescaya cinta itu akan pergi bersama hilangnya harta tetapi jika kita cintakan seseorang itu kerana Ilahi, percayalah cinta itu takkan pernah hilang kerana Ilahi sentiasa di sisi” dalam diam Faris melontarkan nasihat penuh berhikmah. Dituturnya lembut nasihat itu kepada isteri tersayang.

            “Alhamdulillah, bertuahnya Riana apabila memiliki suami soleh seperti abang” Adriana terus memuji dan meraikan suaminya. Tidak mahu terlepas peluang memperoleh pahala apabila terus meraikan suaminya.

            “Abang lagi, lagi dan lagiii beruntung dapat isteri solehah seperti Riana. Alhamdulillah, baiknyaa Allah” tutur Faris tidak mahu mengalah. Dia teringat sepotong hadis yang mengangkat tinggi maruah wanita solehah.

            “Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” hadis riwayat Muslim.

            Teringat lagi Faris pada bait-bait sebuah lagu nasyid:

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli ,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.

            “Alhamdulillah, hari ni last paper Riana, jangan lupa titipkan doa untuk Riana ya abang? Doakan Riana dalam setiap sujud abang” pinta Adriana.

            “Insya-Allah sayang. Abang sentiasa doakan Riana dunia dan akhirat. Dah packing barang? Dua tiga hari nanti kita balik Mersing” Faris mula merancang untuk balik ke Mersing. Dia juga rindukan tok ummi dan tok abahnya. Kerap kali dia termimpikan tok abahnya kebelakangan ini.

            “Jazakallah ya zauji. Alhamdulillah, dah habis packing barang. Tinggal tunggu abang datang ambil je” balas Adriana.

            “Good, jawab last paper ni betul-betul.. jangan asyik ingat abang je. Good luck sayang and I know you can do well” Faris tidak lupa menitipkan semangat buat Adriana tapi dalam diam sempat lagi dia menyakat isterinya.

            Ingat Faris?? Gulp!! Adriana sudah termalu sendiri. Memanglah dia tengah angau dengan Faris tapi insya-Allah takdelah sampai dua puluh empat jam dia asyik teringatkan suaminya itu. Insya-Allah dia akan bijak menguruskan emosinya nanti. Sudah pasti dia mahu lakukan yang terbaik dalam examnya nanti kerana dia mahu lulus dengan cemerlang seterusnya mengambil bidang pharmacy apabila Ijazah nanti.

            “Insya-Allah, abang jumpa petang nanti ya? Assalamu’alaikum” balas Adriana. Jam di tangan sudah pukul lapan pagi, hari ini kertasnya bermula jam sembilan pagi.

            “Ok, sayang Riana fillah. Wa’alaikumsalam”

            “Sayang abang fillah aidhon” balas Adriana sebelum menamatkan perbualan mereka. Sudah menjadi rutin wajib bagi Faris untuk menghubunginya sebelum dia menjawab exam. Suaminya itu akan terus menitipkan semangat untuknya menjawab peperiksaan.

Selepas sahaja dia tamat menjawab kertas organic chemistry petang nanti dia akan pulang ke Melaka. Tak sabar rasanya mahu menghabiskan masa cuti semesternya nanti bersama cik abang sayang. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Sudah merancang satu persatu agenda untuk menghabiskan masa bersama Faris nanti.

Tamat sudah peperiksaan Adriana tengah hari itu menandakan tamatlah juga diplomanya sepanjang enam semester di university. Insya-Allah.. petang nanti Faris akan menjemputnya pulang, tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Faris. sudah setebal kamus dewan dirasakan rindunya kepada suami sendiri.

            Adriana tersenyum sendiri, bahagianya rasa bila sudah tamat menjawab exam. Lega rasa hatinya saat itu. Rasa macam nak senyum sorang-sorang sepanjang hari, hehe..

            “Riana, happynya aku tengok!!” Iman memeluk bahu Adriana erat.

            Adriana memandang Iman pelik, dia rasa Iman yang terlebih happy ni. Peluk bahu orang macam tak nak lepas!!

            “Aku rasa kau yang lagi overexcited ni. Haha..” Adriana sudah angkat kening dua tiga kali. Sengaja mahu mengusik Iman.

            “Alhamdulillah, rasa lega sangat-sangat. Tak sangka kita dah enam semester dekat sini. Rasa macam baru semalam je orientasi kat sini. Tup-tup dah habis diploma” luah Iman, mindanya mula mengingat kembali saat mula-mula mereka menuntut di sini. Sekejapnya masa berlalu.

            “Alhamdulillah, ha’ah.. sekejapnya masa berlalu. Dulu masuk sini, mama dan papa aku yang hantar. Tapi sekarang dorang dah takde” Adriana mengiakan, dalam diam ada rindu yang bertandang untuk arwah kedua orang tuanya.

            Benarlah kata pepatah Arab, masa itu umpama pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia yang akan memotong kita. Natijahnya masa itu harus diurus sebaik mungkin. Adriana memuhasabah kembali dirinya, antara nikmat yang selalu dia terlepas pandang adalah nikmat masa sihat, masa muda dan masa lapang. Allahurobbi..

            Teringat kembali nasihat suaminya suatu ketika dahulu, kata Faris:

            “Hati ini umpama gelas-gelas kosong. Jika tidak diisi dengan molekul-molekul air pasti akan diisi dengan udara kosong. Begitu jugalah hati, jika tidak diisi dengan ilmu yang bermanfaat sudah tentu akan diisi dengan benda-benda kosong, benda-benda yang tidak bermanfaat. Dan masa muda adalah masa yang terbaik untuk mencari ilmu”

            “Sabarlah Riana, ada hikmah yang tersembunyi. Memang benar kau kehilangan orang tua. Tetapi Allah tidak akan mengujimu dengan sia-sia. Insya-Allah ujian ini akan mengangkat dirimu di sisi Allah. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi perancanganNya kan?” Iman terus menerus melontarkan semangat. Sentiasa menitipkan semangat agar dia bersangka baik dengan Allah. Indahnya mempunyai sahabat yang sentiasa berfikiran positif.

            “Jazakillah Iman. Moga Allah sentiasa membalas kebaikanmu sahabat. Cuti semester nanti mesti aku rindu kau” Adriana mengenggam erat tangan Iman. Moga ukhuwah ini sampai ke syurga. Moga ukhuwah ini menjadi saksi di hadapan Ilahi kelak.

            “I will miss you too. Jangan sedih-sedih. Hari ni kan kau nak jumpa cik abang sayang. Chill k?” Iman terus menghiburkan Adriana, tidak mahu Adriana terus tenggelam dengan kesedihan.

            Adriana menghadiahkan Iman senyuman. Pasti nanti dia akan rindu dengan tarbiyah dan nasihat Iman. Indahnya ukhuwah kerana Ilahi. Bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah.

            “Kau balik bila?” Adriana mula mengalih topik, tidak mahu kesedihan terus menghimpap diri.

            Mengapa harus bersedih hati? Lumrah kehidupan, sentiasa diuji, ayuh bangkit mencari kekuatan diri. Bukankah Allah sentiasa di sisi??

            “Insya-Allah pagi esok. Kau??”

            Belum sempat Adriana menjawab, Aqil terlebih dahulu datang menyapa. Kenapalah Aqil selalu menyampuk perbualan mereka?? tidak tahu adabkah lelaki itu??

            “Hai Riana. Hai Iman… Assalamu’alaikum” Aqil menyapa ceria.

            “Wa’alaikumsalam” jawab Adriana dan Iman serentak. Dia cuba bersangka baik dengan Aqil. Mungkin lelaki itu mahu mengucapkan salam perpisahan.
           
            “Balik bila??” Aqil menyoal.

            “Esok!!”

            “Petang ni!!”

            Adriana dan Iman menjawab serentak. Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Ishh, excited bebenor nak balik ke kampung halaman masing-masing.

            “Ohhh, I see” balas Aqil tersenyum.

            Adriana sudah menjeling jam di tangan. Hanya tinggal beberapa jam sebelum Adriana dijemput oleh Faris. tidak sabarnya mahu berjumpa dengan kekasih hati.

            “Riana, I want to tell you something…” Aqil sudah menyampaikan hasrat. Tidak mahu terlepas melamar si mawar agama.

            “Silakan..” Adriana masih meraikan Aqil. Diberi peluang kepada lelaki itu. Cuba berfikiran positif, lagi pula hari ini hari terakhir sebelum mereka pulang ke kampung masing-masing nanti dan sudah tentu dia akan berjumpa lagi dengan Aqil.

            “Saya nak melamar awak cuti nanti. Saya cintakan awak kerana agama awak” Aqil bersungguh-sungguh meluahkan. Dan dia merasakan ini masa yang sesuai untuk dia berterus terang.

            “Tapi….” Adriana terkedu, semudah itu Aqil meluahkan perasaan kepada dia?? Kenapa dia?? Tidak Iman??? Dugaan apakah ini Ya Rabbi?

            “Saya betul-betul cintakan awak Riana. Saya sungguh-sungguh nak awak jadi sayap kiri perjuangan saya dan saya yakin awak mampu untuk jadi isteri yang membahagiakan saya” Aqil terus menerus meluahkan harapan, Adriana jadi terkedu sendiri melihat kesungguhan pemuda di hadapannya. Sayang sekali, pemuda itu meluahkan perasaan kepada isteri orang.

            Adriana ingin menjawab, tetapi tangannya disiku Iman.

            “Kenapa??” soal Adriana.

            “Tuuu..” Iman memuncungkan mulutnya.

            Adriana memandang ke arah yang Iman yang ditunjukkan Iman sebentar tadi. Allah, rasa nak gugur jantungnya saat itu!! Faris!!! Dugaan apakah ini???

Thursday 22 November 2012

Assalamu'alaikum :D

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah SE dah bab 40..
Tinggal lagi 10 bab je, yeayyy!! *sambil lompat2 :p
Maaf atas sebarang kekurangan ya sahabat :)
Thanks sahabat-sahabat yg sudi bace,  yang sudi comment :) thanks a lot awop !! :D nisa bace semua comment korang.. thanks utk peng'komen' yg setia.. sangat2 menghargai..
 
 
p/s: gambo takde kaitan.. :p

Suami Ekspress 40


BAB 40

            Hari ini hari pertama Adriana mengambil peperiksaan akhir bagi semester terakhirnya sepanjang menuntut diploma. Semester ini dia mengambil lima subjek iaitu Biological Technique and Skills, Organic Chemistry II, Modern Physics, Enterpreneurship, and Material Science. Tidak sabar rasanya mahu menghabiskan pengajiannya di universiti.

            Dia membelek nota kecil di tangan, dijelingnya jam di tangan baru pukul tujuh setengah pagi. Hari ini dia mengambil peperiksaan bagi subjek Modern Physics, antara subjek kegemarannya. Moga-moga dia beroleh keputusan yang cemerlang untuk subjek itu, insya-Allah. Dia sudah berusaha sebaik mungkin dan kini dia hanya berserah kepada Allah agar dipermudahkan urusannya untuk menjawab peperiksaan nanti.

            Teringat kembali pada saat akhir dia mengulangkaji, terasa begitu rimas dengan kerenah Aqil yang kebudak-budakan. Rasa seperti mahu diketuk-ketuk kepala mamat yang tak paham bahasa tu. Kerapkali Aqil menghantar mesej kosong, hanya ingin memujuk dia belajar bersama dengan lelaki itu. Pelbagai cara yang digunakan Aqil untuk memujuknya, dia sudah cukup muak dengan cara Aqil. Dia berdoa agar dikurniakan semangat mujahidah yang tinggi supaya dia mampu menguruskan nafsunya sendiri. Perempuan yang bijak adalah mereka yang tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan tipu helah lelaki.

            Adriana beristighfar perlahan, sedar fikirannya sudah jauh melayang sedangkan sebentar lagi dia bakal menduduki peperiksaan, dia harus bijak menguruskan emosinya saat ini.

            ‘Arghh, dari aku teringatkan perangai Aqil yang menyakitkan hati, baik aku call Faris’ tanpa sedar hati Adriana memberontak sendirian.

            Adriana meletakkan nota kecil di atas meja belajar. Dia berjalan ke katil mahu mengambil telefon bimbitnya. Terasa seperti mahu menghubungi suaminya, mahu meminta sedikit kekuatan sebelum dia memasuki dewan peperiksaan.

            Pantas tangannya mendail nombor telefon suami tersayang, dia melangkah ke arah tingkap yang sudah terbuka luas. Terasa tenang memandang kehijauan hutan, nikmatnya memandang ciptaan Ilahi, subhanallah terlalu menenangkan.

            “Assalamu’alaikum cik abang sayang” sapanya sebelum sempat Faris memberi salam, sedikit teruja suaranya.

            “Wa’alaikumsalam cik sayang manja” usikan dibalas usikan. Bukankah gurauan itu penyeri rumah tangga?

            Adriana sudah tersenyum sendiri, tangannya bermain dengan hujung tudung. Terasa bahagia menjadi isteri untuk suami sesoleh Faris, suami yang sentiasa meraikan dirinya dalam apa jua hal. Suami yang sentiasa mengangkat tinggi maruah seorang isteri, suami yang sentiasa menjadi pelindung kepada dirinya. Alhamdulillah, sangat bahagia dianugerahkan suami sehebat Faris. mampukah ujian bahagia ini mendekatkan diri kepada PenciptaNya sendiri? Mampukah ujian bahagia ini terus kekal dalam bahtera rumah tangganya? Jawapan sudah tentunya tidak!! Kerana akan tiba saatnya nanti ujian musibah itu akan datang bersinggah. Sedangakan manusia yang hebat iaitu baginda Rasulullah juga diuji dalam rumah tangganya inikan pula dia insan biasa.

            Teringat kisah bagaimana Rasulullah diuji dalam rumah tangga baginda. Baginda terpaksa berhadapan dengan kerenah isteri-isteri baginda yang cemburu. Tapi mujurlah lelaki agong pilihan Allah itu bijak mengurus kecemburuan isteri-isteri baginda.

            “Sayang??” Faris menyapa menghentikan lamunan Adriana.

            “Iya..” balas Adriana, lidahnya seolah-olah kaku mahu menuturkan ayat. Hilang terus kata-katanya.

            “Riana nervous ya?? Nanti exam buat betul-betul. Try your best and I know you can do well” Faris terus-menerus menitipkan semangat buat isteri tersayang.

            “Insya-Allah, I will do my best. For Ad Deen, for ummah and of course for you. Insya-Allah I will make you proud with me. I miss you abang” tanpa sedar bibirnya meluah apa yang terzahir di hati. Adriana menepuk perlahan bibirnya, macam mana boleh terlepas ni?? Adriana termalu sendiri, kebiasaannya Faris yang memulakan dulu.
           
            “Miss you too sayang. Dah ready nak jawab exam? Dah breakfast tak?” Faris bertanya prihatin.

            “Insya-Allah dah ready tapi nervous. Alhamdulillah Riana dah breakfast dah, abang?”

            “Alhamdulillah dah, Riana habis exam nanti kita balik Johor nak? Jumpa tok mi dengan tok abah. Diorang rindu dekat sayang”

            Adriana mula terbayangkan wajah Hajjah Zubaidah dan Haji Mansor. Dalam diam ada rindu yang bertandang. Rindu mahu merasa kehangatan kasih sayang orang tua yang sudah dianggap seperti datuk dan neneknya sendiri.

            “Insya-Allah abang, Riana pun rindu dekat tok mi dengan tok abah. Rindu nak makan siput sedut. Haha” Adriana tergelak kecil, teringat kembali saat dia mula-mula belajar memakan siput sedut. Memalukan sungguh apabila teringatkan peristiwa di kampung dulu.

            “Haha, sampai merah-merah muka orang tu sedut siput. By the way, Riana nampak cute masa tu” Faris sudah menghamburkan tawanya.

            Adriana sudah termalu sendiri, ciss sampai hati Faris gelakkan dia? Huhu.. dalam diam Adriana turut tersenyum apabila mendengar tawa Faris yang masih tidak henti-henti itu. Setelah difikir-fikir balik memang lawak pun!! Sah, memang dia sudah memalukan dirinya sendiri.

            “Abanggg, dahlah tu” Adriana menegur lembut.

            “Ok-ok, sorry.. Good luck ya dear” Faris mengalah, kasihan melihat Adriana. Hishh, isteri tengah nak exam, dia boleh bantai gelak pulak kan? Bertuah punya suami..

            “Thanks.. Jazakallah ya zauji. Next time I will call you again. Jangan lupa doakan Riana. Assalamu’alaikum” sempat pula Adriana menyebut beberapa perkataan dalam bahasa arab.

            “Most welcome honey, Insya-Allah. Wa’alaikumsalam. Love you” sempat lagi Faris menitipkan kata cinta buat Adriana.
           
            Adriana tersenyum, dibalas kata cinta suaminya sebelum menamatkan panggilan.

            “I love you too, three, four, and forever” lantas diletakkan terus telefon, dia termalu sendiri. Owhhh, Adriana Qistina sudah semakin berani!!


Tamat sahaja menjawab kertas Modern Physics mereka tengah hari itu, Adriana dan Iman sama-sama melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Alhamdulillah, selesai sudah satu kertas peperiksaan, tinggal lagi empat sebelum mereka sama-sama menamatkan pengajian mereka. Alhamdulillah Allah mempermudahkan Adriana menjawab soalan Modern Physics tadi.

            Sedang asyik Adriana memasukkan kembali peralatan tulisnya ke dalam beg, dia ditegur dari belakang.

            “Hai Riana, macam mana paper tadi? Mesti ok right?” tegur Aniq. Aniq merupakan ketua kelas mereka merangkap sahabat baik Aqil. Aniq dan Aqil ibarat kembar, ke mana sahaja pergi selalu bersama. Seperti dia dan Iman juga.

            Adriana melemparkan senyuman. Senyuman kepada seorang sahabat, jika dia bermuka masam nanti dianggap sombong pula. Lagi pula bukankah Islam selalu meraikan ukhuwah selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat.

            “Alhamdulillah, ok. Kau?” tanya Adriana pula, soalan dilontarkan agar tidak nampak terlalu hambar ukhuwah itu.

            “Alhamdulillah, ok. Eh, aku gerak dulu. Good luck for next paper” balas Aniq meminta diri.

            “Insya-Allah, kau pun good luck weh. Assalamu’alaikum”

            “Wa’alaikumsalam” balas Aniq, tangannya diangkat tanda meminta diri.

            Adriana kembali memasukkan peralatannya ke dalam beg, menyambung kembali kerja yang tertangguh sebentar tadi. Pantas pula tangannya menyandang beg yang berwarna ungu muda.

            Iman menepuk bahu Adriana.

            “Dah?” soal Iman ringkas.

            “Done” balas Adriana.

            Mereka mula melangkah meninggalkan dewan peperiksaan yang masih dikelilingi ramai pelajar. Terpancar riak kelegaan di wajah pelajar apabila telah tamat menjawab pepriksaan berbeza dengan wajah gelisah sebelum menduduki peperiksaan. Kalau sebelum jawab exam nak senyum pun payah berbeza sungguh dengan riak selepas exam.

            “Tinggal empat paper je lagi. Tak sabarnya nak habis diploma ni!!” kata Iman sedikit teruja.

            “Ha’ah, aku pun tak sabar nak cuti sem. Nak sabar nak berdating dengan cik abang sayang” Adriana sudah tersenyum sendiri.

            “Amboiii, plan baik punya ya?” soal Iman diangkat keningnya berkali-kali. Hah, dah sampai mood mengusiklah tu!!

            “Eh, mestilah. Kami mana pernah dating sebelum kahwin, sebab tulah rasa cinta tu ‘meletup’ selepas kahwin. Indahnya cinta apabila telah halal, dapat pahala lagi” Adriana mengangkat keningnya nakal. Apa ingat Iman sorang je boleh buat?? Dia pun boleh ok!!

            “Rasa cinta ‘meletup’ selepas kahwin? Macam ayat Ustazah Fatimah Syarha. Untunglahhh ada cik abang sayang” Iman membalas.

            Belum sempat Adriana membalas, ada suara yang bertanya. Ada jugak orang yang menyampuk perbualan orang lain kan?

            “Siapa yang dah ada cik abang sayang??” soal Aqil serius.

            Eh, mamat ni suka hati saja menyampuk perbualan orang lain kan? Huhu.. sadis betul hidup kalau jumpa mamat ni. Memang tak dinafikan dulu  Adriana pernah meminati Aqil dalam diam. Tapi sekarang dia semakin meluat melihat kerenah Aqil yang tidak matang. Alhamdulillah Allah aturkan Faris menjadi suaminya dan bukannya Aqil. Sungguh cantik aturan Allah. Dia yang Maha Mengetahui apa tang terbaik untuk hambaNya.

            “Hah??” jawab Iman dan Adriana serentak. Pura-pura tidak faham soalan Aqil atau lebih tepat lagi malas melayan kerenah Aqil.

            “Owh, tak apa-apalah. Macam mana exam?” Aqil beralih ke soalan lain pula.

            “Ok” Adriana dan Iman menjawab serentak lagi. Bagaikan berpakat pula mereka. Lagi pula Aqil tak specifickan soalan itu untuk siapa kan? Tak mention pun nama Adriana atau Iman.

            “Jom makan kat café nak?” ajak Aqil selamba. Matanya tetap memandang gadis bertudung labuh itu. Walaupun pakaian Adriana tertutup rapi, tapi dia masih kelihatan cantik di mata Aqil.

Aqil bukanlah seorang lelaki bodoh yang hanya menilai kecantikan wanita mengikut hawa nafsunya. Bukan wanita yang berpakaian ketat dan seksi yang menjadi pilihannya. Sebab bagi Aqil yang tertutup itu jauh lebih indah. Lebih terselamat dari pandangan buas lelaki-lelaki yang bertuhankan nafsu. Dia tidak sanggup jika bakal isterinya menjadi tatapan mata-mata buas lelaki lain. Sebab itu jugalah dia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan Adriana. Gadis yang berpakaian sopan dan gadis yang sangat menjaga maruah diri.

“Owhhh, takpelah. Balik dulu” Adriana pantas menarik tangan Iman.

“Emm, Assalamu’alaikum” kecewa lagi Aqil kali ini. Tapi dia takkan berputus asa.

“Wa’alaikumsalam” balas mereka serentak.

Iman menarik kembali tangannya, sakit apabila ditarik kuat oleh Adriana tadi.

“Sorry Iman” Adriana memohon maaf, sedar kesilapan diri. Tak pasal-pasal Iman jadi mangsa. Kasihannya Iman.

  “It’s ok” Iman tersenyum.

   “Eh, jom pergi café, aku laparlah” Adriana mula merengek.

   “Tadi kata tak nak pergi café” balas Iman pelik, tadi beriya-iya tak nak ke café apabila dipelawa Aqil, sekarang lain pula. Adriana, Adriana… 
             
“Tadi lain, jomlah aku lapar ni. Lepas tu teman aku pergi kedai dekat atas. Nak beli roti dengan coklat” Adriana membalas. Kecur air liur dia apabila terbayang coklat Cadbury blackforest yang besar tu!!

Iman sudah garu kepala yang tidak gatal. Dia salah dengar ke? Kuatnya Adriana makan. Overstress ke apa minah ni? Stress sebab exam atau stress sebab Aqil??

“Iman, cepatlah. Aku lapar ni. Tak kesian dekat aku ke??” Adriana sudah tayang muka comel, nak mintak simpatilah tu..

“Yelahhh… kau tak breakfast ke pagi tadi??” soal Iman pelik. Memang pelik tengok selera Adriana yang luar biasa.

“Dah.. kenapa?” Adriana melangkah laju. Tak sabarnya nak makan coklat.

“Takde apa-apalah. But you look so weird today”

“Apa yang pelik??” Adriana masih melangkah laju.

“Forget it, nothing” Iman garu kepala yang tak gatal.