Wednesday 31 October 2012

Assalamu'alaikum.. Jom layan jap.. Nisa wat sendiri vdeo ni :)

Moga ada manfaat..

Percaya cakap nisa, yang tertutup tu lagi indah :)
Rasa lagi tenang, seyes nisa dah alaminya dulu..
Dulu nisa bukannya baik, tp sekarang Insha Allah nisa akan cuba berubah jadi baik :)

Mujahadah tu bukannya mudah,
Mendidik hati juga terasa payah,
Tapi nisa takkan menyerah kalah,
Sebab nisa tahu syurga itu indah..

Kawan-kawan,
Kalau dah ade niat nak berubah,
Jangan tunggu lama-lama,
Berubahlah segera, biar perlahan..
Sebab kita taktau bila kita meninggal,
Nisa sentiasa support korang :D
Lagipun Allah kan ade?


Tuesday 30 October 2012

CINTA HIGH CLASS

Monday 29 October 2012

Assalamu'alaikum :)

Assalamu'alaikum.. Sihat semua?? :)

Nisa nak mntak pendapat korg, boleh?? *muka mntak simpati ni

Korang rasa nak bace SE dalam blog je atau nak publishkan?

Sunday 28 October 2012

Suami Ekspress 36 (Part 1)


BAB 36

Tepat jam empat setengah pagi, Faris sudah terjaga. Keadaan bilik yang bersuhu rendah itu membuatkan dia terjaga lebih awal dari kebiasaannya. Dalam samar-samar cahaya yang menerobos dari luar bilik dia memerhatikan wajah tenang yang lena tidur di sebelahnya. Wajah isteri yang semakin lama semakin menjadi penyejuk mata buatnya.

Sungguh hatinya kini milik wanita itu, hatinya sudah terpaut pada sebaris nama yang indah iaitu Adriana Qistina. Dia mula jatuh hati terhadap isterinya sendiri saat dia melafazkan akad nikahnya. Sedar tak sedar sudah lebih enam bulan mereka membina baitul muslim. Alhamdulillah, sudah banyak ujian kebahagiaan yang dirasai mereka. Mampukah mereka terus mempertahankan kebahagiaan ini? Mampukah dirinya menjadi imam yang mampu memimpin keluarganya menuju cinta Ilahi?

Faris mengusap lembut pipi isterinya, nampak lena sungguh isterinya tidur. Dia bangun perlahan-lahan dari katil. Bimbang jika dia menganggu tidur si isteri yang nampak benar keletihan. Sempat pula dihadiahkan kucupan di dahi isterinya sebelum dia melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Masih ada masa lagi untuk dia melakukan qiamullail. Rugi rasanya jika hari itu dibiarkan tanpa melakukan qiamullail.

Faris menghamparkan sejadah, dia hanya membiarkan Adriana tidur. Tidak sampai hati mahu mengejutkan isterinya itu. Nampak benar keletihan pada wajah polos itu. Dia mula menggangkat takbir memulakan solat sunat taubat, memohon agar diampunkan segala dosanya yang lalu, kini dan akan datang.

Lama dia berteleku di atas sejadah biru itu. Walaupun kini dia sedang berbulan madu tetapi bukan menjadi alasan untuknya meninggalkan amalan yang sudah menjadi rutin hidupnya. Baginya qiamullail adalah masa terbaik untuk dia berkomunikasi dengan Allah. Suasana pagi yang sunyi menambahkan lagi rasa ketenangan saat dia mengadu kepada Penciptanya sendiri.

Adriana terjaga tika telinganya menangkap suara suaminya mengalunkan ayat-ayat Al Quran. Lantas dia mencapai handphone di meja kecil yang terletak di sisi katil, jam sudah menunjukkan pukul lima suku pagi. Dia terpisat-pisat bangun. Faris tak kejut dia bangun qiam ke? Atau dia yang tidur lena sangat sampai tak sedar yang Faris sudah mengejutnya??

Adriana melangkah perlahan ke arah Faris. Lantas ditepuknya perlahan bahu lelaki yang sudah lengkap berpakaian baju melayu berwarna ungu muda dan berkain pelikat itu.

“Abang tak kejut Riana?” soalnya masih lagi mamai. Dia memandang wajah Faris meminta jawapan.

“Tak sampai hati sayang. Riana tidur lena sangat. Sempat lagi kalau Riana nak qiam. Abang tunggu Riana” beritahu Faris sambil tersenyum melihat wajah babyface isterinya yang baru bangun tidur itu. Comel sangat..

“Ok..” balas Adriana, kakinya melangkah ke bilik air.

Usai sahaja solat subuh berjemaah mereka pagi itu, Faris mengajak Adriana bertadarus bersama. Sempat juga diadakan sedikit tazkirah pagi antara mereka berdua.
“Pagi ni abang nak kongsi cerita tentang orang pertama” Faris memulakan sesi tazkirah pagi itu dengan menghadiahkan senyuman paling manis untuk isterinya.

“Orang pertama?” soal Adriana, dahinya sedikit berkerut.

“Ha’ah.. Orang yang pertama menulis Bismillah Nabi Sulaiman AS. Orang yang pertama minum air zamzam Nabi Ismail AS. Orang yang pertama berkhatan Nabi Ibrahim AS. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat Nabi Ibrahim AS. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat Nabi Adam AS. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah Sayyidatina Hajar iaitu ibu Nabi Ismail AS. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat Nabi Muhammad SAW. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam. Abu Bakar AsSiddiq RA. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah Umar bin Al-Khattab RA. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam Al-Hasan bin Ali RA” Faris menarik nafas panjang. Dilihatnya wajah Adriana yang sedikit teruja dengan ilmu baru yang dikongsi bersama.

“Subhanallah” bertasbih seketika Adriana mendengar ilmu baru yang dikonsi suaminya. Alhamdulillah dia peroleh ilmu baru hasil perkongsian dari suami solehnya.

“Nak dengar lagi?” tanya Faris sambil mencubit pipi Adriana geram. Makin berseri wajah isterinya.

“Ada lagi? Mestilah Riana nak dengar…” jawab Adriana sedikit teruja. Dipeluk erat lengan suaminya.

“Ada sayanggg… Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW Thuwaibah RA. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki Al-Harith bin Abi Halah RA. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita Sumayyah binti Khabbat RA. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab atau lembaran Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah Saad bin Abi Waqqas RA. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan Bilal bin Rabah RA. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW Ali bin Abi Tholib. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW Tamim Ad-dary RA. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah Az-Zubair bin Al-Awwam RA. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW Ibban bin Othman bin Affan RA. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW Khadijah binti Khuwailid RA. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh Imam Syafie RH. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam Ali bin Abi Tholib RA. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam Muawayah bin Abi Sufyan RA. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid RH. Orang yang pertama mengadakan baitul mal Umar Al-Khattab RA. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW Ali bn Abi Tholib RA. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH. Orang yang pertama digelar Al-Muqry Mus’ab bin Umair RA. Orang yang pertama masuk Syurga Nabi Muhamamad SAW”

“Alhamdulillah, pandainyaa suami Riana ni. Ni hadiah untuk abang” Adriana mencium lama pipi Faris. bertuah dirasakan dirinya apabila memiliki suami yang tahu sejarah Islam, suami yang menjadikan Islam sebagai Ad Deen iaitu cara hidup. Insha Allah suami solehnya ini juga yang akan memimpin tangannya menuju syurga Firdausi nanti.

“Thanks for the special ‘gift’ sayang. Nak tahu siapa orang pertama yang abang sayang selepas ummi dan abi?” Faris mengucup perlahan tangan Adriana.

“Siapa?” soal Adriana berdebar. Walaupun mungkin dia sudah mengetahui jawapan yang bakal diberitahu suaminya tapi hatinya tetap berdebar menanti jawapan dari mulut suaminya itu.

“Orang pertama yang abang sayang selepas ummi dan abi selain Rasulullah ialah Adriana Qistina” ujar Faris, matanya menatap lama mata milik isterinya.

Wajah Adriana sudah mula kemerahan menahan malu. Rasa bahagia mendengar pengakuan Faris. I love you too Faris Ar Rayyan!!

Wednesday 24 October 2012

Friday 19 October 2012

Suami Ekspress 35


BAB 35

Malam itu, sedang asyik Adriana mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang esok, dia menyambung kembali tugasnya yang tergendala petang tadi, pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Tanpa menoleh ke belakang dia sudah tahu si empunya diri hanya dengan bauan perfume si empunya diri. Lagi pula siapa yang berani memeluk erat dirinya kalau bukan suaminya sendiri. Hishh, ada-ada sahaja Mr. Farisnya itu.

            “Abang… Riana tengah kemas barang ni” tegur Adriana perlahan, mahu menyambung kembali kerja yang tergendala petang tadi.

Faris semakin mengeratkan pelukan di pinggang Adriana, sengaja mahu mengusik isteri solehahnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia seakan-akan tidak mahu berenggang dengan isterinya kini. Seakan-akan ada magnet yang menarik supaya dia selalu di samping isterinya itu. Mungkinkah ini dikatakan manisnya cinta pada yang halal? Cinta selepas nikah, pada jalan yang halal. Kata Pahrol Mohamad Juoi, semakin banyak kemanisan yang kita teguk sebelum bernikah, semakin banyak kepahitan yang terpaksa kita telan selepas bernikah.

            “Abang tahu sayang, nak abang tolong tak?” bisik Faris.

            “Tolong duduk jauh-jauh sikit, sikit je lagi yang Riana tak habis kemas ni” ujar Adriana sambil berusaha merungkaikan pelukan di pinggangnya.

            “As your wish, dear. Tapi jangan lama-lama tau, I have something for you sayang. I’m waiting” jawab Faris mengalah, dirungkaikan pelukan di pinggang isterinya. Kakinya melangkah ke arah katil. Sambil berbaring di katil matanya ralit memerhati wajah Adriana yang bersungguh-sungguh mengemas barang. Comel wajah isterinya, beruntungnya dia memiliki isteri solehah yang sentiasa menjaga aurat dan maruahnya.

            ‘Apa mahar yang diperlukan untuk meminangmu di syurga nanti sayang?’ monolog Faris sendirian sedangkan matanya tidak lepas dari memandang Adriana.

Adriana menelan air liur yang seakan tersekat di tekak, renungan Faris mendebarkan. Dia sengaja berpura-pura tenang sedangkan hati hanya Ilahi yang mengerti. Renungan suami yang mampu membuatkan dia seperti kekurangan oksigen di dalam bilik hotel itu. Awak, please jangan tenung saya macam tu, rasa macam nak tercabut dah jantung ni!! Huuuhuuu..

Faris tersedar apabila tingkah Adriana yang mula gelabah apabila dia merenung isterinya sebegitu. Lantas dia tergelak kecil melihat telatah isterinya. Sikap pemalu isterinya yang menebal itu kadang-kala menyebabkan dia semakin sayang kepada bidadarinya itu.

            ‘Malu itu perisai orang beriman’ bisik hati kecilnya perlahan.

            “Sayang, dah sudah kemas?” soal Faris apabila dilihatnya barang-barang yang tidak tersusun tadi kini sudah tursusun kemas.

            “Dah” Adriana menelan air liur, dia menarik nafas menenangkan hati sendiri.

            “Mari dekat abang..” ajak Faris sambil dikenyitkan matanya. Sengaja mahu mengusik Adriana yang nampak cemas.

Adriana melangkah perlahan menuju ke arah Faris yang sedang berbaring di katil. Sengaja ditundukkan kepalanya memandang karpet, segan dengan renungan suami sendiri.

Faris sudah tergelak kecil. Geli hati melihat telatah Adriana.

            “Sayang, karpet tu lagi handsome dari abang ya?” Faris giat mengusik.

            “Errr….” Adriana kelu sendiri. Mestilah Faris lagi handsome dari karpet merah yang ditenungnya sebentar tadi.

            “Meh, duduk dekat abang” pelawa Faris sambil menarik perlahan tangan Adriana. Dia lantas duduk di atas katil itu.

Adriana akur dengan permintaan Faris, sedar tanggungjawab isteri untuk menghiburkan suami sendiri. Dia tersenyum manis sambil membalas renungan Faris sebentar tadi. Tidak sampai tiga saat, dia kembali melarikan pandangannya. Segan mahu terus membalas renungan Faris.

Faris sudah mengukir senyum, dia masih merenung wajah isterinya. Seakan tidak puas merenung wajah polos itu, seakan ada kuasa yang mahu dia terus menerus merenung wajah isteri kesayangannya itu. Nikmatnya apabila cinta itu sudah halal.

            “Sayang bahagia dengan abang?” soal Faris, sama seperti soalan yang pernah ditanyanya sebelum ini.

            “Bahagia sangat-sangat.. seperti bahagianya Zulaikha di sisi Yusuf” jawab Adriana sambil mengucup perlahan tangan suaminya. Mana mungkin dia tidak bahagia memiliki insan soleh sebagai suami? Insan yang sama-sama berjanji dengannya untuk menuju redha Ilahi dan menggapai syurga Firdausi..

            “Abang pun bahagia dengan Riana seperti bahagianya Ali di sisi puteri Rasulullah” balas Faris.

            “Alhamdulillah, moga ujian bahagia semakin mendekatkan kita dengan Dia” tulus doa Adriana.

            “Insha Allah sayang.. abang ada something untuk sayang. Special for my dear. Hanya untuk bidadari kesayangan abang ni..” balas Faris sempat dikucupnya dahi Adriana. Lantas dia bangun menuju ke meja solek. Mencapai hadiah yang terletak elok di atas meja itu

Adriana terpegun saat melihat Faris mengeluarkan sekotak hadiah dan sekeping kad yang berwarna ungu. Argggghhhh, romantiknya Mr. Faris a.k.a suami solehnya itu.

Faris sudah tersenyum melihat Adriana yang kelihatan terpengun. Bulat terus mata isterinya saat itu, nampak makin comel pula.

Sedang asyik dia menyusun langkah menuju ke arah Adriana, kakinya tersadung karpet merah tadi. Bagai nangka busuk jatuh menyembah bumi dirasakannya ketika badannya jatuh terpelejok di hadapan isterinya sendiri. Malu jangan cakaplah, sudah setebal kamus dewan dirasakan malunya saat ini. Huhu. Masa-masa nak tunjuk macho ni jugak lah dia nak jatuh kan?? Sumpah segan!! Hilang terus suasana romantis sebentar tadi.

Adriana mula panik, Faris jatuh?? Cepat-cepat dia bangun mahu membantu suaminya. Ok ke tak agak suami dia ni?? Mana dia larat mahu menggangkat tubuh sasa suaminya jika kecederaan serius yang dialami suaminya itu..

            ‘Hishhh, apa yang aku merepek ni’ Adriana menepuk perlahan dahinya, bertuah punya isteri!! Suaminya sedang sakit boleh pulak otaknya melayang ke tempat lain, astaghfirullahal a’zim…

            “Abang ok tak?” soal Adriana risau.

Dahi Faris sudah berkerut menahan kesakitan, sakitnya punggung akibat jatuh tadi. Dia cuba mengukir senyum walaupun dia tahu senyumannya hambar saat itu.

Adriana cuba membantu Faris untuk bangun. Kasihan melihat suaminya yang jatuh terduduk sebentar tadi. Haishhh, macam manalah Mr. Faris ni boleh jatuh?? Spoil terus mood ramantis sebentar tadi.. huhu..

            “Abang, are you okay?” tanya Adriana lagi, risau melihat Faris yang masih tidak menjawab soalannya sebentar tadi.

Faris melemparkan senyuman, tidak mahu Adriana terlampau panik melihat kondisinya. Sayang juga Adriana dekat dia kan?

            “I’m okay lah sayang. Cuma, punggung ni rasa kebas sikit” bibir Faris masih lagi mengukir senyuman, sudah berkurang sedikit kesakitan yang dialaminya. Alahai, macam manalah dia boleh jatuh?? Huhu.. rasa malunya akibat jatuh tadi melebihi rasa sakit yang dialaminya sebentar tadi.

            “Betul ni??”

            “Betullah sayang..” Faris mencubit perlahan pipi Adriana.

Adriana menghela nafas lega, Alhamdulillah.. sempat pula Faris mencubit pipinya sebentar tadi, petanda yang suaminya benar-benar ok.

            “Sayang, ni untuk sayang.. just for you” Faris mengambil hadiah yang terjatuh sebentar tadi.

            “Thanks abang…”
           
            “Sayang suka?” tanya Faris. tangannya mula bermain-main dengan rambut Adriana.

Gulp!! Alamak mood romantis Faris sudah datang kembali..

            “Mestilah suka, hadiah free kan?” sakat Adriana, lama sudah dia tidak menyakat Faris, selalunya Faris asyik menyakat dia. Mungkin hobi terbaru Faris menyakat dia agaknya.

            “Amboiii, nakal..” balas Faris.

            “Boleh Riana buka sekarang?” pinta Adriana.

            “Boleh Riana…”

Adriana terpegun saat dia membuka hadiah dari Faris. eh, Faris hadiahkan dia bantal peluk? Uniknyaa, jarang suami nak hadiahkan bantal, selalunya orang kasi bunga. Tapi bagi Adriana yang alahan dengan bunga, dia bersyukur Faris tidak menghadiahkan dia bunga, dia memang sejak kecil alahan dengan bunga. Jika perempuan di luar sana lebih mengemari bunga, tetapi tidak dia.

            “Bantal peluk?” soal Adriana, dibeleknya bantal peluk yang bersaiz kecil itu. Cantik, ada gambar kartun lelaki dan perempuan yang ditengah-tengahnya ada love. Unik sekali bantal peluk yang berwarna pink itu.

            “Ha’ah, kenapa? Tak suka? Nak tahu kenapa abang bagi bantal peluk tak?”

            “Mestilah Riana suka, suka sangat-sangat. Kenapa abang?”

            “Sebab, nanti bila Riana dah balik universiti, Riana tidur sorang-sorang kan? Abang takde nak temankan Riana. So, bila rindu bolehlah Riana peluk bantal tu. Tapi kalau abang ada, jangan harap Riana boleh peluk bantal tu” bisik Faris nakal.

Adriana menggaru kepala yang tidak gatal. Eh, kenapa tak boleh nak peluk pulak?? Habis tu hadiah ni nak buat apa? Perhiasan? Huhu..

            “Kenapa tak boleh pulak?” tanya Adriana tidak puas hati.

            “Sebab abang nak Riana peluk abang, bantal tu letak tepi ya sayang” Faris sudah tergelak nakal.

Adriana sudah termalu sendiri. Amboi, nakalnya Faris.. plan baik punya.. cepat-cepat tangan Adriana mencapai kad yang dihadiahkan suaminya sebentar tadi, mahu mengusir malu yang sudah bertandang.

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan sekali,
Tetapi berkali-kali,
Padamu bidadariku..
Aku kasih..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Ketika kau sujud kepada Tuhanmu,
Sewaktu tulus dalam doamu,
Padamu isteri solehahku,
aku terpesona..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Bukan pada wajah,
Pun bukan pada harta,
Tapi pada agama yang ada dalam dirimu,
Aku rindu..

Tiba-tiba aku jatuh cinta,
Pada dirimu isteriku,
Terasa tenang  melihat wajahmu,
Apabila kau dan aku bersatu,
Kerana cintakan Dia yang satu..
Aku cinta padamu..

Air mata Adriana menitis perlahan, terharu dengan bait-bait cinta nukilan dari suami sendiri. Aku cinta padamu wahai bidadara syurgaku. I love you my hero!!

Suami Ekspress 34


BAB 34

Petang itu selepas mereka melawat ladang teh dan strawberi, Faris dan Adriana kembali ke bilik mereka. Habis banyak buah strawberi yang dibeli Adriana di kebun strawberi sebentar tadi. Apabila ditanya Faris untuk apa buah strawberi yang banyak itu, Adriana hanya mampu tersenyum.

Sedang asyik Faris ralit membelek mp3 ditangannya, tiba-tiba dia terpandangkan Adriana yang sedang asyik mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke Melaka petang esok. Lantas dipanggilnya Adriana untuk turut sama berehat dengannya di atas sofa berwarna merah itu.

            “Kenapa abang?” tanya Adriana perlahan.

            “Sinilah…” sengaja Faris meleretkan suaranya.

Adriana melangkah perlahan menuju ke sofa merah, dilabuhkan punggungnya bersebelahan Faris. dia memandang hairan wajah suaminya, meminta jawapan.

            “Cuba sayang dengar lagu ni” ujar Faris sambil memasukkan perlahan earphone ke cuping telinga isterinya membuatkan kedudukan mereka sangat hampir.

Adriana sudah berdebar dengan kedudukan mereka yang sangat hampir saat ini. Nafasnya ditarik perlahan mengusir jauh debaran di hati. Romantisnyaaa Mr. Farisnya saat ini. Perlahan-lahan dia cuba menghayati lagu yang dimainkan oleh gajet mp3 itu.

Erk.. lagu nashid?? Macam selalu dengar lagu ni, tapi lagu apa eh??

Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya

Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta

Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan

Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda

Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah

Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman

           
            “Sayang pernah dengar lagu ni? Lagu Halimatus Sa’diah.. ibu susuan nabi” terang Faris sambil memeluk rapat bahu Adriana.

Adriana mengangguk perlahan menjawab soalan Faris. Ya, memang dia pernah mendengar lagu nashid itu suatu ketika dahulu. Dia merebahkan kepalanya di bahu Faris.

            “Sayang pernah dengar kisah Halimatus Sa’diah?” soal Faris perlahan.

            “Pernah…” jawab Adriana. Diambilnya tangan Faris lalu diusapnya perlahan tangan kasar tersebut.. owhhh, langkahnya sudah semakin berani, sudah ada skinship dengan suami ‘soleh’nya kini.

            “Boleh sayang cerita dekat abang kisah Halimatus Sa’diah?” Faris menghadiahkan senyuman paling manis untuk isteri ‘solehah’nya itu. Tidak sabar mahu mendengar sendiri kisah gemilang Halimatus Sa’diah dari bibir comel itu.

Terus tegak kepala Adriana yang sejak tadi bersandar di bahu Faris. Err, kena cerita kisah Halimatus Sa’diah dekat Faris?? Gulppp!! Dia memang takde bakat bercerita, masuk pertandingan cerita pun tak pernah, aiyoyo..

Faris tergelak kecil melihat telatah Adriana, makin comel dirasakan wajah Adriana saat itu. Lantas dicubitnya perlahan pipi yang sudah kemerahan itu. Comel!!

            “Abang……”

            “Ya sayanggg…” balas Faris, sengaja menyakat isterinya. Makin bertambah merah wajah Adriana, sudah seperti udang kena bakar!!

            “Nak dengar tak kisah Halimatus Sa’diah?” pancing Adriana cuba mengalihkan ‘minat’ suaminya dari terus mengusiknya. Dia mengalah kali ini..

Faris merebahkan kepalanya di paha isterinya. Dia memandang tepat wajah Adriana yang sedikit menunduk kerana mahu membuka cerita mengenai kisah Halimatus Sa’diah.

Adriana mengusap lembut rambut suaminya yang sedang berbaring di atas ribanya. Faris kini seperti anak kecil yang ingin dimanja selalu. Benarlah kata orang, walaupun jika kita sudah mempunyai zuriat sendiri nanti, suami tetap anak sulung yang harus diberi perhatian, dibelai dan dimanja selalu.
           
 “Sebelum Riana cerita, Riana nak abang cerita dengan Riana dulu. Ceritakan sedikit biodata Halimatus Sa’diah pada Riana, boleh?” soal Adriana sambil dikenyitkan mata kirinya.

      “Boleh sayang.. Halimatus Sa’diah ni berasal daripada Bani Sa’ad bin Bakr.   Tinggal di tengah suku Badwi bersama suaminya al-Harits.  Ibu susuan Rasulullah SAW selepas Tsuwaibah iaitu hamba Abu Lahab dan Ummu Aiman. Mengajar Rasulullah SAW erti kasih sayang dan kefasihan bahasa. Halimahtus Sa’diah juga mengasuh Abu Sufyan bin Harits bin Abdul Muthalib. Halimahatus Sa’diah juga menyusukan Hamzah bin Abdul Muthalib iaitu bapa saudara Rasulullah, hingga menjadikan Hamzah itu saudara susuan baginda.  Halimahtus Sa’diah meninggal di Madinah dan dikuburkan di perkuburan Baqi’..”

Adriana tersenyum puas mendengar bait-bait yang dituturkan suaminya. Alhamdulillah, dikurniakan seorang imam yang tahu sirah nabi. Bukti kasih sayang kita sebagai ummat akhir zaman yang tidak pernah menatap wajah baginda dan tidak pernah mendengar suara baginda ialah dengan mengetahui sirah baginda, mengamalkan sunnah baginda serta membaca dan mengaplikasikan mukjizat teragung iaitu Al Quran sebagai panduan dalam hidup kita. Allahu robbi, lemah sungguh kita hari ini. Bagaimana mahu diminta syafa’at baginda di akhirat nanti jika biodata dan sirah hidup baginda kita tidak tahu? Nabi kita sendiri kita tidak kenal? Ya Rabb, aku malu kepada RasulMu..

Sedangkan nabi, utusan teragung tidak putus-putus menyebut ummati, ummati di saat baginda di ambang maut, sedangkan kita hari ini?? Menjadikan selain nabi sebagai idola kita, sebagai cara hidup kita. Ya Allah, malunya aku dengan RasulMu..

            “Sayang, are okay?” tegur Faris mematikan monolog Adriana.

            “Okay abang..” balas Adriana tersenyum, dia mula bercerita tentang kisah Halimatus Sa’diah. Saat wanita barakah itu mahu menyusukan insan terpilih iaitu baginda S.A.W.

            Setelah baginda dilahirkan, baginda disusui oleh Ummu Aiman sementara menunggu kumpulan orang kampung dari Bani Saad datang untuk mengambil upah menyusu bayi. Setelah beberapa hari, tibalah rombongan dari Bani Saad. Kumpulan ini kebiasaannya mencari anak orang kaya-kaya untuk diambil menyusu kerana kebiasaannya upahnya tinggi. Baginda Rasulullah adalah anak yatim....bukan di antara pilihan utama mereka” sambil bercerita tangannya bermain-main dengan rambut suaminya, ibarat seorang ibu yang mahu menidurkan anak kecil.

            “Unta yang dinaiki oleh Halimatus Saadiah adalah seekor unta yang telah uzur. Jalannya juga perlahan. Dia merupakan orang terakhir yang sampai di Mekah ketika itu untuk mencari anak susuan. Disebabkan tiada lagi orang lain...Halimatus Saadiah terpaksalah menerima bayi Siti Aminah walaupun dia sedar anak yatim yang disusui upahnya tidak seberapa. Tetapi dia redha dengan rezekinya” Adriana menarik nafas sebelum menyambung kembali ceritanya.

 “Tanpa diduga Halimatus Saadiah rupanya mengambil upah untuk menyusu seorang lelaki agung pilihan Allah. Atas keberkatan baginda Rasulullah, unta yang pada asalnya sangat uzur dan berjalan perlahan bertukar menjadi cergas dan pantas. Air susu Halimatus Saadiah juga bertambah banyak kerana pada asalnya sebelah daripada susu beliau pada asalnya tidak mengeluarkan susu. Begitu juga hasil tanaman yang diusahakan oleh suaminya juga subur dan memperolehi hasil yang lumayan” Adriana menghadiahkan senyuman paling manis untuk Faris usai sahaja dia menghabiskan ceritanya.

            “Sayang tahu kenapa ibu susuan dari Bani Saad menjadi pilihan masyarakat Makkah?” soal Faris.
           
Adriana tersenyum, dia tahu Faris sengaja menduga dia sedangkan suaminya itu lebih berilmu dari dia. Bijaknya Faris mahu menguji dia, mahu meraikan pendapat dan ceritanya.

            “Mereka tahu bahawa ibu-ibu susuan Bani Saad mempunyai reputasi baik dalam menyusukan bayi sejak turun-temurun. Antara tujuan utama kaum Quraisy mengupah ibu susuan ialah kerana mereka ingin mengajar anak mereka fasih berbahasa Arab seperti golongan Badwi. Tambahan pula, mereka yakin dan percaya hidup secara nomad di gurun pasir boleh melatih seseorang anak berjiwa kental. Masakan tidak, kaum Quraisy pernah hidup secara nomad sebelum menetap di sekitar kaabah di bawah pimpinan Qussai. Selain tu, Makkah yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa berisiko membawa virus buat bayi. Wabak penyakit yang sering melanda Makkah telah menyebabkan kematian ramai bayi. Mereka tidak mahu wabak itu turut menimpa bayi mereka. Betul kan abang?” soal Adriana sambil menarik perlahan hidung mancung milik suaminya. Tahu benar taktik Faris, Faris sengaja menyoalnya sedangkan lelaki itu sendiri tahu jawapannya.

“Alhamdulillah, pandainyaa isteri abang” Faris bingkas bangun dari ribaan isterinya. Lantas dikucupnya pipi Adriana kiri dan kanan. Hadiah ‘khas’ buat sang isteri yang sudah menjadi pencerita sirah nabi untuknya hari itu. Moga suara ini juga yang akan bercerita sirah-sirah anbiya’ kepada bakal zuriatnya nanti. Moga sirah dan kisah nabi akan menjadi bedtime story untuk mujahidnya suatu hari nanti, insha Allah..

Sedangkan Adriana sudah malu sendiri, disentuhnya perlahan pipi yang dicium suaminya sebentar tadi. Hisshhh, nakal sungguh Faris!!