Saturday 8 September 2012

Suami Ekspress 32



BAB 32


Malam itu usai sahaja sampai di rumah Adriana mula menyusun strategi untuk meraikan ulangtahun kelahiran suaminya malam itu. Otaknya ligat memikirkan cara yang terbaik bagi meraikan hari lahir insan yang sangat istimewa dalam hidupnya. Semasa di dalam kereta lagi puas dia memujuk suaminya agar malam nanti mereka sama-sama bermalam di rumah peninggalan arwah mama dan papanya. Faris mulanya agak keberatan tetapi setelah dipujuknya dengan kata-kata lembut akhirnya Faris bersetuju mengikut kehendaknya. Ya, dia punya agendanya sendiri malam nanti.

Malam itu dia tidak ikut serta Faris berjemaah, dia hanya solat bersendirian di rumah. Mudahlah bagi dia mempersiapkan apa yang patut pada malam itu. Habis dapur arwah mamanya berselerak angkara dia yang selama ini jarang masuk ke dapur memengang sudip untuk memasak khas untuk suaminya. Nasib baiklah dapur arwah mamanya tidak terbalik ataupun terbakar angkara dia. Huhu..  Malam itu dia memasak makanan yang baru dibelajarnya dari Iman iaitu spaghetti dan udang masak sambal.  Err pelikkan masak spaghetti dengan udang masak sambal?? Arghhh dia main bantai sahaja memasak. Baru nak menunjukkan skills memasak. Ini baru dia masak spaghetti belum lagi dia masak rendang. Alamatnya boleh terbalik dapur mama kalau dia masak rendang malam ni. Huhu…

Selesai sahaja ber’perang’ dengan kuali dan sudip, Adriana menunaikan kewajipannya dahulu iaitu menunaikan solat Isyak. Usai sahaja mengadap PenciptaNya, Adriana mempersiapkan diri pula. Malam itu dia berhias cantik sekali. Dia bersolek nipis dan memakai pakaian yang cantik. Khas untuk suaminya bukan untuk lelaki ajnabi lain.

Dari dalam rumah, dia mendengar tombol pintu dipulas perlahan dari luar, kemudian lantas dia menghayun langkah menuju ke arah pintu, disemburnya sedikit minyak wangi. Dia menyambut Faris dengan senyuman yang paling manis. Khas untuk pemilik cinta selepas Allah dan Rasulullah.

Faris terpengun  saat Adriana menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Argghhhh cantik sungguh bidadarinya malam itu. Hatinya tersenyum puas melihat isteri solehah yang selama ini dijaga rapi hanya berhias untuk dirinya bukan untuk orang lain. Alhamdulillah..

            “Abang, jom makan” ajak Adriana sambil menarik lembut tangan suaminya menuju ke meja makan.

Faris terpengun sekali lagi apabila melihat keadaan dapur yang dihias dalam suasana yang romantis. Hanya tiga batang lilin merah yang menerangi dapur. Candle light dinner!!

            “Sayangggg, malam ni ada apa ya?” soal Faris hairan.

Adriana hanya tersenyum, ditariknya perlahan tangan suaminya untuk duduk di meja makan. Dia mula ingin melayan suaminya di meja makan. Tiba-tiba sebuah kucupan hinggap di pipinya.

            “Sayang cantik malam ni, macam bidadari.. subhanallah” ucap Faris.

Adriana hanya tersenyum manja. Memang dia malu, tetapi untuk suaminya dia sanggup mengetepikan rasa malunya. Arghhh, untuk apa disimpannya rasa malu tidak bertempat itu. Dia hanya berhias untuk suaminya bukan untuk orang lain.  Hanya untuk Faris..

            “Abang, tu air Riana” tegur Adriana apabila dilihatnya Faris selamba menenguk air di gelasnya.

            “Abang tahu..” balas Faris selamba. Diletakkannya bibir ditempat  isterinya minum sebentar tadi.

            “Sayang tahu Rasulullah minum segelas dengan isteri baginda. Baginda meletakkan bibirnya sama dengan tempat isterinya meletakkan bibir di bekas tu. Macam yang abang buat tadi. Romantik kan baginda?” sambung Faris lagi. Dia tersenyum melihat bidadarinya malam itu.

            “Tahu, apa lagi sunnah baginda yang kita tak amalkan dalam rumahtangga kita?” tanya Adriana.

            “Lumba lari…” balas Faris perlahan.

            “Hah, kalau macam tu esok kita lumba lari yaa?” cadang Adriana, dikenyitnya mata kepada Faris.

Faris hanya tergelak kecil melihat telatah manja dan nakal dari Adriana.

Selesai sahaja makan malam romantis mereka, Faris meringankan tulang untuk sama-sama membantu Adriana di dapur. Dia tanpa segan silu menyinsing lengan baju melayunya untuk membantu Adriana membasuh pinggan di dapur. Walaupun puas dilarang Adriana tetapi dia selamba membantu isterinya membilas pinggan mangkuk.

            “Abang….” Adriana berbicara lembut sambil menarik tangan suaminya meniti anak tangga satu persatu menuju ke kamar mereka setelah mereka menyelesaikan tugasan di dapur.

Faris terkasima melihat telatah Adriana malam itu, hatinya berdebar melihat kecantikan Adriana yang luar biasa malam itu. Jantung berdetak laju, dia bagaikan kekurangan oksigen apabila berdepan dengan isterinya saat ini. Hatinya berselawat dan beristighfar panjang. Moga Allah menenangkan hatinya saat ini.

            “Abang, happy birthdayyyyy” ujar Adriana, dihulurkan hadiah kepada Faris. sempat pula dihadiahkan sebuah ciuman di pipi suaminya.

Faris menepuk dahi perlahan. Memang dia lupa hari ini hari lahirnya. Memang sudah dididik sejak kecil oleh ummi dan abinya, jarang sekali hari lahirnya disambut. Hanya kenduri kesyukuran itupun ketika hari lahirnya dalam bulan Islam sahaja.

            “Thanks sayang, boleh abang bukak hadiah ni?” tanya Faris perlahan.

Adriana hanya menganggukan kepala tanda mengizinkan permintaan Faris. dia tersenyum melihat wajah teruja dan wajah gembira suaminya semasa menerima hadiah itu.

Faris mula membuka kotak hadiah tersebut perlahan-lahan. Terdapat sebuah buku di dalam kotak tersebut.

            “Abang, esok kita ke Cameron Highlands ya? Honeymoon..” ujar Adriana. Hanya Cameron Highlands sahaja yang sempat dia menempah hotel, lagi pula cutinya tidak panjang mahu ke tempat lain.

            “Honeymoon??” tanya Faris nakal.

            “Ha’ah, Riana belanja” jawab Adriana.

            “Ok, ni yang abang sayang Riana lebih. Riana, boleh abang baca kad ni?” pinta Faris sambil memengang kad kecil yang berwarna ungu di tangan.

            “Boleh..”

Hati Faris tersentuh membaca bait-bait yang terlakar di kad tersebut. Tanpa sedar, air matanya mula bertakung di bibir mata.

            “Thanks Riana, abang hanya mencari agama dalam diri Riana untuk sama-sama kita menuju cinta Ilahi. Kayu ukuran pakah lagi yang diajar Islam selain memilih seseorang itu kerana agamanya?? Cukuplah agama yang ada dalam diri Riana. Abang tidak mencari kesempurnaan dalam diri Riana kerana tiada insan yang sempurna dalam dunia ni. Kesempurnaan itu hanya milik Dia, sayang…” perlahan Faris mengucup tangan Adriana. Ada air hangat yang mengalir dari mata itu.

Adriana terkejut apabila ada air hangat yang mengalir keluar dari mata suaminya. Lembutnya hati Faris, hanya disebabkan kad yang ditulisnya Faris mengalirkan air mata?? Dia tidak mahu Faris tenggelam dengan emosi, niatnya mahu mengembirakan Faris pada malam itu.

            “Abang….” panggil Adriana perlahan, disapunya air mata yang mengalir perlahan. Ya Allah, lembutnya hati Faris.

            “Abang, tak comellah menangis. Hero Riana ni kan kuat” pujuk Adriana. Dipeluknya kejap belakang suaminya. Cuba menenangkan emosi Faris.

Faris menarik nafas, mencari semula kekuatan. Dia pun tidak tahu mengapa malam ini dia terlampau beremosi.  Dia beristighfar mengusir emosi yang tidak tenang.

            “Sayang…” lembut Faris memanggil.

            “Ya abang..” sahut Adriana pula. Dieratkan pelukan di pinggang suaminya.

            “Sayang nak dengar cerita tak?” tanya Faris.

            “Nak, cerita apa ya?” soal Adriana tidak sabar.

            “Kisah malam pertama puteri Rasulullah dan Saidina Ali” terang Faris.

Gulp!! Malam pertama?? Jantung Adriana berdengup laju..

            “Ermm, boleh juga” jawab Adriana perlahan, sedangkan dalam hati hanya Allah yang mengerti. Dia meleraikan pelukan, bersedia mahu mendengar cerita dari suaminya. Sungguh Faris penuh ilmu agama walaupun Faris bukan seorang ustaz!! Alhamdulillah…

Faris mula menceritakan malam pertama Saidatina Fatimah bersama Saidina Ali. Bagaimana bijaknya Saidatina Fatimah menguji cinta suaminya pada malam pertama mereka.

Pada malam pertama mereka, berkata Saidatina Fatimah Az Zahra, “Wahai suamiku Ali, dinda telah halal bagimu. Dinda sangat bersyukur kepada Allah kerana ayahanda memilihkan dinda suami yang tampan, soleh, cerdas, dan baik sepertimu”

Kata Saidina Ali, “Kanda pun begitu wahai Fatimahku sayang. Kanda sangat bersyukur kepada Allah akhirnya cinta kanda kepada adinda yang selama ini dipendam telah menjadi halal dengan ikatan suci pernikahan ini”

Fatimah pun berkata lagi dengan lembut, “Wahai suamiku, bolehkah dinda berkata jujur denganmu? Dinda ingin menjalinkan komunikasi yang baik antara kita demi kelanjutan rumah tangga kita”

Kata Ali, “Tentu sahaja boleh wahai isteriku. Silakan, kanda mendengarnya”

Fatimah pun berkata, “Wahai Ali, maafkan dinda. Tahukan kanda bahawa sesungguhnya sebelum bernikah dengan kanda. Dinda telah lama mengangumi dan memendam rasa kepada seorang pemuda. Dinda juga tahu bahawa itu juga telah memendam rasa cinta kepada dinda. Sekarang dinda adalah isterimu dan kanda adalah imamku, maka dinda pun ikhlas melayanimu, mendampingimu, mematuhi dan mentaatimu. Marilah kita sama-sama membangunkan keluarga yang diredhai Allah”

            Saidina Ali berasa bahagia mendengar kata-kata Saidatina Fatimah yang bersedia untuk melayari hidup bersama. Namun, Saidina Ali agak terkejut dan berasa sedih kerana mengetahui sebelum berkahwin dengannya, ternyata isterinya telah memendam perasaan kepada pemuda lain. Namun dia merelakan perasaannya itu demi berbakti kepada ayahandanya iaitu Rasulullah SAW.

            Kemudia Saidatina Fatimah berkata lagi, “Wahai suamiku sayang, maafkan adinda. Dinda tidak bermaksud untuk menyakitimu. Demi Allah dinda hanya ingin jujur kepadamu dan saat ini kanda adalah pemilik cintaku”

            Saidina Ali menjawab, “Fatimah, dinda tahu bahawa kanda sangat mencintaimu. Dinda pun tahu betapa kanda berjuang memendam rasa cinta demi ikatan cinta bersamamu. Tapi Fatimah, tahukah dinda saat ini kanda juga bersedih kerana mengetahui hatimu sedang terluka. Sesumgguhnya kanda tidak  mahu orang yang kanda dicintai disakiti. Kanda akan berasa bersalah seandainya dinda menikahi kanda bukan kerana dinda sungguh-sungguh cinta kepada kanda walaupun kanda tahu lambat-laun dinda pasti mencintai kanda dengan bersungguh-sungguh.

            Fatimah tersenyum mendengar kata-kata Saidina Ali. Lalu Saidina Ali berkata lagi, “Wahai Fatimah, kanda sudah menikahimu tetapi kanda tidak sedikit pun belum menyentuhmu. Dinda masih suci, kanda rela menceraikan adinda mala mini agar dinda dapat berkahwin dengan pemuda yang dinda cintai itu. Namun sebelum itu, bolehkah kanda tahu siapa pemuda yang dinda cinta itu? Kanda berjanji tidak akan meminta apa pun lagi dari dirimu, namun izinkanlah kanda mengetahui nama pemuda itu”

Air mata Fatimah mengalir deras. Lalu dia telah berkata, “Wahai Ali, demi Allah dinda sangat mencintaimu. Dinda sangat mencintaimu kerana Allah. Adakah kanda tahu bahawa pemuda itu telah berkahwin?”

            Ali mula menjadi keliru, lalu dia berkata dengan selembut mungkin, “Apa maksudmu wahai Fatimah? Dinda mengatakan telah mencintai seorang pemuda tetapi dinda juga mencintaiku sedangkan pemuda itu telah berkahwin”

            Lalu Fatimah berkata, “Kanda ingin tahu siapa pemuda itu? Baiklah sekarang dinda akan beritahu. Pemuda itu sekarang berada di sisi dinda. Dinda sangat mencintainya dan tekaan dinda memang benar, dia juga saat mencintai dinda. Pemuda itu bernama Ali bin Abi Thalib”

            “Nakal kan Saidatina Fatimah, bijak sungguh dia menguji cinta Saidina Ali” sambung Faris.

Adriana hanya tersenyum, membenarkan kata-kata suaminya. Tidak hairanlah selepas itu Saidatina Fatimah dan Saidina Ali mengharungi lautan rumah tangga yang sangat bahagia walaupun kadang kala dilanda ombak dugaan.

Adriana merebahkan kepalanya di bahu Faris, tangan kananya megusap lembut tangan suaminya. Faris menarik tangan Adriana menuju ke katil. Diusapnya perlahan ubun-ubun Adriana, sempat dititipkan doa kebaikan ke atasnya:

            “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dan kebaikan ke atasnya. Dan aku berlindung kepadaMu daripada kejahatannya dan kejahatan ke atasnya”

Dititipkan lagi doa:

            “Dengan nama Allah, Yaa Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka seandainya ditakdirkan dari hubungan itu seorang anak, anak itu tidak akan diganggu syaitan selama-lamanya

Akhirnya, malam itu mereka melewati malam yang sangat indah.  Malam yang membawa rahsianya yang tersendiri dan malam itu lebih indah dari malam-malam yang mereka lalui sebelum ini. Telah lengkaplah separuh dari agama mereka seperti yang terdapat dalam sepotong hadis yang bermaksud:

            “Apabila seorang hamba Allah berkahwin, maka telah sempurna separuh daripada agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang berbaki"


Saturday 1 September 2012

Suami Ekspress 31 ( Fully Entri)



BAB 31

Malam itu usai sahaja membaca Surah Al Kahfi, Faris menelefon Adriana. Memang kebiasaan baginya membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Teringat Faris pada sepotong hadis daripada al-Baihaqi dan al-Hakim yang bermaksud:

            “Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat”

Faris mencapai gajet yang berwarna hitam di atas meja. Dia mula mendail nombor telefon isteri kesayangannya.

            “Assalamu’alaikum abang…” sapa Adriana di hujung sana, sengaja dilunakkan suaranya. Khas untuk pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul, iaitu suaminya sendiri.

            “Wa’alaikumsalam, sayang sihat?” balas Faris ceria.

Adriana sudah tersenyum lebar mendengar suara suaminya. Moodnya semakin ceria, indahnya cinta yang Allah titipkan pada setiap hambaNya, bertambah indah jika cinta itu pada yang berhak.

            “Alhamdulillah sihat.. abang? Dah makan?” soal Adriana.

            “Alhamdulillah abang sihat juga. Cuma tulah demam rindu dekat isteri kesayangan abang ni. Abang dah makan dah tadi. Riana esok abang ambik ya? Esok Riana balik kan?” tanya Faris, sunnguh dia rindu isteri solehahnya.

Adriana melangkah kaki menuju ke katil, esok birthday Faris dan dia sudah mempunyai rancangannya sendiri untuk meraikan hari lahir suaminya.

            “Esok?? Hurmmm, tengoklah dulu. Riana banyak kerja” sengaja Adriana ingin menguji suaminya.

Faris mula kecewa, tetapi dia ditabahkan hatinya untuk memahami situasi yang kebiasaannya dihadapi sebagai seorang pelajar yang kadangkala sibuk dengan tugasan kerana dia juga pernah memegang status pelajar.

            “Ok, abang faham” balas Faris lemah.

Adriana di hujung sana mula berasa serba salah. Tidak sampai hati pula mahu mengecewakan suaminya. Adriana mula mencari idea untuk menghiburkan suaminya, tidak betah jika Faris hanya bersikap dingin dengannya.

            “Abang… esok kita jumpa nak?” pujuk Adriana, sengaja dilembutkan lagi suaranya.

Mood Faris mula kembali ceria, terhibur mendengar suara isterinya. Memang Adriana pandai memujuk. Hebatnya ujian bahagia yang Allah kurniakan kepada dia dan Adriana. Moga ujian bahagia ini semakin mendekatkan diri mereka dengan Pencipta mereka sendiri.

            “Esok?? Insha Allah boleh je” balas Faris.

            “Abang, solat kat masjid tadi?” tanya Adriana, sudah menjadi kebiasaan bagi suaminya untuk berjemaah di masjid. Mungkin sudah dididik sejak kecil oleh bapa mertuanya.

            “Alhamdulillah, ha’ah.. tapi abang solat maghrib je. Abang solat isyak kat rumah je. Riana boleh bacakan abang hadis?” pinta Faris perlahan. Dia cuba menerapkan suasana Islam dalam rumah tangganya, ingin membina baitul muslim yang mampu melahirkan ulama’ Islam seterusnya melahirkan pejuang-pejuang Islam, insha Allah..

            “Tapi sebelum tu, Riana nak dengar abang mengaji boleh? Irah kata abang selalu jadi imam kat rumah, surah apa yang selalu abang baca? Riana nak dengar boleh??”

            “Surah As Sajadah, nak dengar eh?. Khas untuk isteri solehah abang ni”

            “Ha’ah” balas Adriana ringkas.

Faris mula mengalunkan kalam cinta Ilahi, suaranya merdu mengalunkan bingkisan cinta Ilahi itu. Subhanallah indahnya bingkisan cintaMu. Adriana khusyuk menghayati bait-bait kalamullah tersebut, seolah-olah mengalir aura yang luar biasa dalam segenap nadinya.

            “Lama kita tak berhalaqoh kan sayang?” soal Faris, rindu dengan suasana halaqah atau usrah. Dia memang membudayakan dan mempraktiskan suasana halaqah dan usrah dalam rumah tangganya.

            “Ha’ah. Rindu dengan suasana halaqah. Rindu nak bertadarus, tazkirah” ujar Adriana meluahkan rasa.

            “Ye ke? Alhamdulillah.. errr ke rindu dengan abang?” usik Faris. memang hobi terbarunya mengusik Adriana dan dia rasa seronok dengan hobi terbarunya itu. Hehe..

            “Rindu abang?? Errrr.. rindu jugak” bisik Adriana perlahan.

Faris mula mengukir senyuman di hujung sana. Macam mana eh muka isterinya saat ini? Mesti sudah kemerahan menahan malu. Argghhh, rindunya dengan isteri sendiri.

            “Abang pun rindu dekat Riana. Em, boleh abang dengar Riana bacakan hadis untuk abang?”

            “Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Abang huraikan maksud hadis ya?”

Faris mula menghuraikan maksud hadis tersebut disertakan sekali contoh dan situasi masa kini.

            “Riana, esok kita jumpa kan? Riana nak jumpa pukul berapa?” tanya Faris

            “Insha Allah.. lepas abang solat Jumaat boleh?” cadang Adrian. Sebenarnya esok dia akan pulang ke Melaka bersama Faris, sengaja dia ingin membuat kejutan untuk suaminya. Dia memang ingin meraikan hari lahir suaminya.

            “Ok, insha Allah.. kalau Riana nak ikut abang balik lagi best” pujuk Faris tidak mahu mengalah.

            “Riana tak janji tau nak ikut abang balik, assignment Riana banyak” ujar Adriana, sengaja diperlahankan suara, berpura-pura sedih sedangkan bibirnya sudah mengukir senyuman.

            “Ok sayang… nanti abang call lagi ya? Jaga diri, jaga iman ya sayang” sempat Faris menitipkan nasihat untuk isterinya.

            “Insha Allah, sayang abang.. assalamu’alaikum” dibisikkan pula kata cinta untuk Faris.

            “Wa’alaikumsalam, sayang Riana jugaa” ujar Faris sambil memutuskan talian.

Moga esok masih terus memberi sinar bahagia buat mereka. Moga ikatan cinta ini menuju cinta Ilahi, menuju syurga Ilahi.. insha Allah..


**


            Usai sahaja Solat Jumaat petang itu, Faris terus memandu keretanya menuju kolej kediaman Adriana. Mereka sudah berjanji untuk bertemu sebelum dia pulang ke Melaka. Dari jauh lagi kelihatan isterinya sedang membelek-belek kertas di tangan. Dia tersenyum sendiri apabila teringatkan telatah Adriana. Kadang-kala sikap isterinya sukar dijangka, adakalanya Adriana bersikap keanak-anakan tetapi adakalanya Adriana bersikap matang dari usianya.


Faris tidak menyangka bahawa dia bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Jarak umur mereka yang agak jauh juga kadangkala membuatkan dia seakan tidak percaya dengan takdir jodoh yang Ilahi sudah menetapkan jodoh mereka di Luh Mahfuz lagi.


Faris memberhentikan keretanya di parkir lot yang disediakan. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah isterinya, sengaja mahu membuat kejutan untuk isterinya yang sedang ralit memengang sesuatu di tangan sampaikan kehadirannya tidak disedari oleh gadis itu.


Adriana membelek kad di tangannya. Dia ingin memberi kad itu kepada Faris. hari ini ulangtahun kelahiran suaminya. Otaknya ligat memikirkan bagaimana cara untuk dia memberikan hadiah itu kepada Faris. dia bukannya seorang yang berjiwa romantis yang tahu bagaimana mahu meraikan hari lahir insan tersayang dengan suasana romantis. Bercinta pun dia tidak pernah dahulu. Alahaiii…

Kad itu pun hasil idea dari Iman, beku otaknya mahu mengarang ayat yang bunga-bunga di atas kad yang terhias indah itu. Beberapa kali juga kertas kosong yang menjadi medium untuk dia melakar coret-coret indah untuk suaminya di buang ke dalam tong sampah. Seakan ada sahaja yang tidak kena dengan ayat-ayat itu.



Abang....
Jika abang cari kecantikan dalam diri Riana, abang akan kecewa.. sebab Riana xcantik,
Jika abang cari kebaikan dalam diri Riana, abang akan sedih.. sebab Riana tak baik,
Jika abang cari kesempurnaan dalam diri Riana, abang akan berputus asa.. sebab Riana tak sempurna..
Yang ada hanyalah lopak-lopak kekurangan dalam diri Riana...

Tapi...

Apa yang boleh Riana janjikan dengan abang adalah :

"Riana akan berusaha menjadi isteri solehah untuk suami 'sesoleh' abang, kita sama-sama menuju redha Illahi, sama2 menuju cinta Illahi" 

Tapi ketahuilah tiada saat yang lebih bahagia selain menjadi suri dalam hidupmu.. Abang adalah pemilik cinta Riana selepas Allah dan Rasulullah, insha Allah..


Lovely,

Adriana Qistina



Akhir sekali ayat itu sahaja yang mampu terlakar di atas kad. Itu yang susah kalau otak science dipaksa menulis ayat jiwang. Dia seorang pelajar sains bukannya seorang pelajar sastera yang mampu menutur bait-bait indah. Dia akur dengan kelemahannya yang satu itu.

Sedang  Adriana ralit memengang kertas di tangan, bahunya ditepuk perlahan. Habis tercampak kad
yang dipegangnya tadi, mahu luruh rasanya jantung dia saat itu.

            “Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila” latah Adriana.

Hah, kan dah keluar bacaan doa iftitah. Dia pun tidak tahu sejak bila dia mula pandai melatah. Astaghfirullahal a’zim. Mungkin dia selalu menyakat Kak Tashanya yang selalu melatah bacaan dalam solat tersebut. Tapi lagi ok dari dia melatah benda yang bukan-bukan kan?

Faris tersenyum kecil melihat telatah Adriana. Haishh, dah pandai melatah rupanya isteri kesayangannya itu.

          “Eh, apa ni?” tanya Faris apabila terperasankan kad yang dicampak Adriana tadi.

Adriana cepat-cepat mengambil kad tersebut. Mintak-mintak lah Faris tak perasan.


          “Eh, tak penting pun” dalih Adriana. Dimasukkan kad tersebut ke dalam beg tangannya.

          “Owhh, ok-ok. Kita nak dating kat mana ni? Betul Riana tak nak ikut abang balik Melaka?” ajak Faris lagi.


          “Kalau Riana ikut abang balik Melaka, Abang nak kasi Riana apa?” sakat Adriana sambil tersenyum kecil.


          “Kalau Riana ikut abang balik, Riana dapat kasih sayang abang 24 hours, sweet tak. Hehe” Faris tayang wajah ‘cute’.


Muka Adriana sudah mula panas, hah.. kan dia yang kena balik. Taubat dia mahu mengusik Faris lagi.


          “Riana nak ikut abang balik eh? Kecil tapak tangan, seluas kawasan UiTM ni abang tadahkan” makin giat Faris menyakat.


          “Erm, bolehlah” ucap Adriana malu-malu.

Faris sudah tergelak kecil melihat telatah Adriana. Teringat dia pada sepotong ayat Al Quran yang bermaksud:

          Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”



Dan sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:

          "Apabila seorang hamba Allah berkahwin, maka telah sempurna separuh daripada agama. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada separuh yang berbaki"



            “Mana beg Riana? Abang masukkan dalam kereta” pinta Faris.

Adriana menghulurkan begnya kepada Faris. dia hanya menundukkan kepalanya. Malu tak habis lagi ni. Huhu…


            “Riana malu lagi ke?” tanya Faris selamba.

            “Err, tak lah” jawab Adriana berani. Dihadiahkan senyuman yang paling manis untuk suaminya. Khas untuk Faris.

           
            “Sebab Riana temankan abang balik Melaka minggu ni, abang hadiahkan Riana lagu ni, nak tak?” tanya Faris.


            “Lagu apa?” tanya Adriana kembali.

Faris mula menyanyikan lagu Nur Kasih dari kumpulan In Team. Penuh semangat dia menyanyikan lagu itu untuk Adriana.

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan/( dunia )
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

(Mekar hidup ini disirami nur kasih)

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya