Wednesday 22 August 2012

Suami Ekspress 31 ( Part 1 )


BAB 31

Malam itu usai sahaja membaca Surah Al Kahfi, Faris menelefon Adriana. Memang kebiasaan baginya membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Teringat Faris pada sepotong hadis daripada al-Baihaqi dan al-Hakim yang bermaksud:

            “Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat”

Faris mencapai gajet yang berwarna hitam di atas meja. Dia mula mendail nombor telefon isteri kesayangannya.

            “Assalamu’alaikum abang…” sapa Adriana di hujung sana, sengaja dilunakkan suaranya. Khas untuk pemilik cintanya selepas Allah dan Rasul, iaitu suaminya sendiri.

            “Wa’alaikumsalam, sayang sihat?” balas Faris ceria.

Adriana sudah tersenyum lebar mendengar suara suaminya. Moodnya semakin ceria, indahnya cinta yang Allah titipkan pada setiap hambaNya, bertambah indah jika cinta itu pada yang berhak.

            “Alhamdulillah sihat.. abang? Dah makan?” soal Adriana.

            “Alhamdulillah abang sihat juga. Cuma tulah demam rindu dekat isteri kesayangan abang ni. Abang dah makan dah tadi. Riana esok abang ambik ya? Esok Riana balik kan?” tanya Faris, sunnguh dia rindu isteri solehahnya.

Adriana melangkah kaki menuju ke katil, esok birthday Faris dan dia sudah mempunyai rancangannya sendiri untuk meraikan hari lahir suaminya.

            “Esok?? Hurmmm, tengoklah dulu. Riana banyak kerja” sengaja Adriana ingin menguji suaminya.

Faris mula kecewa, tetapi dia ditabahkan hatinya untuk memahami situasi yang kebiasaannya dihadapi sebagai seorang pelajar yang kadangkala sibuk dengan tugasan kerana dia juga pernah memegang status pelajar.

            “Ok, abang faham” balas Faris lemah.

Adriana di hujung sana mula berasa serba salah. Tidak sampai hati pula mahu mengecewakan suaminya. Adriana mula mencari idea untuk menghiburkan suaminya, tidak betah jika Faris hanya bersikap dingin dengannya.

            “Abang… esok kita jumpa nak?” pujuk Adriana, sengaja dilembutkan lagi suaranya.

Mood Faris mula kembali ceria, terhibur mendengar suara isterinya. Memang Adriana pandai memujuk. Hebatnya ujian bahagia yang Allah kurniakan kepada dia dan Adriana. Moga ujian bahagia ini semakin mendekatkan diri mereka dengan Pencipta mereka sendiri.

            “Esok?? Insha Allah boleh je” balas Faris.

            “Abang, solat kat masjid tadi?” tanya Adriana, sudah menjadi kebiasaan bagi suaminya untuk berjemaah di masjid. Mungkin sudah dididik sejak kecil oleh bapa mertuanya.

            “Alhamdulillah, ha’ah.. tapi abang solat maghrib je. Abang solat isyak kat rumah je. Riana boleh bacakan abang hadis?” pinta Faris perlahan. Dia cuba menerapkan suasana Islam dalam rumah tangganya, ingin membina baitul muslim yang mampu melahirkan ulama’ Islam seterusnya melahirkan pejuang-pejuang Islam, insha Allah..

            “Tapi sebelum tu, Riana nak dengar abang mengaji boleh? Irah kata abang selalu jadi imam kat rumah, surah apa yang selalu abang baca? Riana nak dengar boleh??”

            “Surah As Sajadah, nak dengar eh?. Khas untuk isteri solehah abang ni”

            “Ha’ah” balas Adriana ringkas.

Faris mula mengalunkan kalam cinta Ilahi, suaranya merdu mengalunkan bingkisan cinta Ilahi itu. Subhanallah indahnya bingkisan cintaMu. Adriana khusyuk menghayati bait-bait kalamullah tersebut, seolah-olah mengalir aura yang luar biasa dalam segenap nadinya.

            “Lama kita tak berhalaqoh kan sayang?” soal Faris, rindu dengan suasana halaqah atau usrah. Dia memang membudayakan dan mempraktiskan suasana halaqah dan usrah dalam rumah tangganya.

            “Ha’ah. Rindu dengan suasana halaqah. Rindu nak bertadarus, tazkirah” ujar Adriana meluahkan rasa.

            “Ye ke? Alhamdulillah.. errr ke rindu dengan abang?” usik Faris. memang hobi terbarunya mengusik Adriana dan dia rasa seronok dengan hobi terbarunya itu. Hehe..

            “Rindu abang?? Errrr.. rindu jugak” bisik Adriana perlahan.

Faris mula mengukir senyuman di hujung sana. Macam mana eh muka isterinya saat ini? Mesti sudah kemerahan menahan malu. Argghhh, rindunya dengan isteri sendiri.

            “Abang pun rindu dekat Riana. Em, boleh abang dengar Riana bacakan hadis untuk abang?”

            “Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” Abang huraikan maksud hadis ya?”

Faris mula menghuraikan maksud hadis tersebut disertakan sekali contoh dan situasi masa kini.

            “Riana, esok kita jumpa kan? Riana nak jumpa pukul berapa?” tanya Faris

            “Insha Allah.. lepas abang solat Jumaat boleh?” cadang Adrian. Sebenarnya esok dia akan pulang ke Melaka bersama Faris, sengaja dia ingin membuat kejutan untuk suaminya. Dia memang ingin meraikan hari lahir suaminya.

            “Ok, insha Allah.. kalau Riana nak ikut abang balik lagi best” pujuk Faris tidak mahu mengalah.

            “Riana tak janji tau nak ikut abang balik, assignment Riana banyak” ujar Adriana, sengaja diperlahankan suara, berpura-pura sedih sedangkan bibirnya sudah mengukir senyuman.

            “Ok sayang… nanti abang call lagi ya? Jaga diri, jaga iman ya sayang” sempat Faris menitipkan nasihat untuk isterinya.

            “Insha Allah, sayang abang.. assalamu’alaikum” dibisikkan pula kata cinta untuk Faris.

            “Wa’alaikumsalam, sayang Riana jugaa” ujar Faris sambil memutuskan talian.

Moga esok masih terus memberi sinar bahagia buat mereka. Moga ikatan cinta ini menuju cinta Ilahi, menuju syurga Ilahi.. insha Allah..









Tuesday 21 August 2012

Suami Ekpress 30 (Fully Entri)


 BAB 30


Iman termenung di tepi jendela. Memikirkan tentang diri sendiri, apabila melihat kebahagiaan Adriana dan Faris, dia turut merasakan kebahagiaan yang dirasai sahabatnya itu. Sungguh hebat perancangan Ilahi, Dia ambil orang tua Adriana dan digantikan pula dengan menghadiahkan Adriana suami sebaik Faris.

Melihat kebahagiaan rumah tangga Adriana menyebabkan dia turut merasa ingin mendirikan baitul muslim juga. Cinta itu fitrah bagi manusia, ingin dicinta dan mencintai. Harapannya agar dia dikurniakan Ilahi si ‘dia’ yang soleh. Tapi Iman tahu bahawa mensolehahkan diri itu perkara pertama dan mencari yang soleh itu perkara kedua. Dia yakin dengan janji Allah dalam surah An Nur ayat 26. Biasanya jodoh yang diaturkan Allah adalah sekufu. Biarlah dia memujahadah memperbaiki diri dahulu.
 
Dia hanya mahu cinta high class di pandangan Ilahi, cinta yang halal di mata Ilahi. Jika mahu cinta yang high class sesama manusia haruslah bina cinta yang high class bersama Ilahi terlebih dahulu, serahkan cinta itu kepada  Pemilik cinta itu sendiri.

Kata orang cinta itu lebih manis selepas nikah iaitu pada cara dan jalan yang halal. Dan dia hanya akan serahkan cintanya pada yang berhak memiliki iaitu buat insan yang bergelar suami, insha Allah. Moga saat itu tiba nanti.



Sedang asyik dia ralit melayan fikiran, telefonnya bordering minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di atas kati, meneliti sejenak siapa gerangan si pemanggil.

            “Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.

            “Wa’alaikumsalam akak, ibu sihat. Akak macam mana, sihat tak anak ibu ni? Study ok?” tanya Puan Jannah kepada anak sulungnya.

            “Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.

            “Semua alhamdulillah sihat je kat sini. Ibu pun rindu dengan anak manja ibu ni. Kalau kakak rindu baliklah kampong. Ada orang yang dah bertanyakan kakak kat sini” jawab Puan Jannah berkias.

            “Tanya kakak?? Kenapa bu? Siapa orangnya? Kawan lama kakak ke?” tanya Iman bertalu-talu.

            “Amboi banyaknya soalan dia. Bukan kawan kakak, orang tu berkenan dengan akak. Nak dijadikannya menantu, isteri untuk anaknya” tersenyum Puan Jannah melihat gelagat anak sulungnya, sedar tak sedar sudah dewasa anak yang dulu dibuai dan didodoikan ketika tidur. Sudah menjadi bunga dan sudah dirisik orang.

            “Orangnya macam mana ibu? Pendapat ibu tentang orangnya bagaimana?” soal Iman berdebar.

            “Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.

            “Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?

            “Pergaulannya ibu tak pasti, nanti akak risik sendiri dan ibu akan suruh Izzul risik akhlaknya bagaimana” cadang Puan Jannah. Izzul Hafiz iaitu anak keduanya akan disuruh merisik akhlak pemuda yang menyunting puterinya. Biarlah jika mahu diserahkan anak gadisnya pada syabab acuan Islam.

            “Bagus cadangan ibu tu. Nanti ibu suruh Izzul jadi ‘spy’ ya?” tergelak kecil Iman apabila membayangkan yang adiknya menjadi ‘spy’ merisik akhlak pemuda tersebut.

            “Insha Allah, nanti ibu suruh adik kamu tu. Ok lah ibu ada kerja ni, nanti kita sembang lagi ya” pinta Puan Jannah meminta diri, lega hasrat orang sudah disampaikan kepada anak gadisnya.

            “Ok bu, assalamu’alaikum. Kirim salam dekat semua ya” jawab Iman

            “Insha Allah, wa’alaikumsalam” sahut Puan Jannah dihujung talian.


**

Usai sahaja kelas Material Science petang itu, Adriana dan Iman melangkah menuju ke café untuk membasahkan tekak. Seharian jadual kelas mereka penuh dengan kelas syarahan hari ini, otak sudah naik tepu mahu menerima dan menganalisis ilmu yang diterima, tetapi harus dikuatkan semangat mereka. Study for Ad Deen!! Itulah yang selalu dipesan oleh arwah papa Adriana, Encik Nazri ketika Adriana lelah mentelaah ilmu. Dan nasihat itu akan menjadi semangat untuknya terus berjuang di medan ilmu. Sampai bila ekonomi umat Islam harus dimonopoli oleh bangsa asing??

            “Penat sangat hari ni weh” adu Iman dengan muka yang kepenatan.

Adriana hanya tersenyum nipis, memang tak dinafikan apa yang diperkatakan sahabatnya itu.

            “Ha’ah, tapi rasa seronok kan? Dapat ilmu baru” ujar Adriana berfikiran positif.

Iman hanya mengangguk perlahan kepalanya. Kakinya melangkah ke arah meja yang terletak di hujung café. Tekaknya minta diisi air, haus sangat!!

Adriana termenung melihat burung yang bertebangan, memang kawasan universitinya banyak burung. Dah macam taman burung pun ada.. huhu..  melihat sang burung yang bertebangan di awan biru, hatinya menjadi tenang seolah-olah dia turut merentas awan biru bersama sang burung. Terbang segala masalahnya. Subhanallah, indah sungguh awan biru ciptaan Ilahi.

            “Riana, nak minum air apa?” tanya Iman memecah khayalannya.

Adriana memandang Iman, kemudian dialihkan pandangannya pada gadis yang mengambil pesanan. Dihadiahkan pula senyumannya kepada gadis itu.

            “Tembikai ais satu” pintanya tersenyum.

Gadis yang mengambil pesanan itu berlalu pergi. Adriana hanya memerhatikan langkah gadis yang memakai baju bewarna pink berlengan pendek itu. Hatinya sedih melihat anak-anak gadis yang semakin jauh dari syariat Ilahi, batas aurat yang digariskan Islam seolah dipandang remeh oleh gadis kini.

            ‘Sedarlah wahai mawar agama, yang tertutup itu lebih indah’ hatinya bermonolog sayu.

Tapi cepat pula hatinya beristighfar panjang. Dia harus bersangka baik dengan orang lain.

            ‘Mungkin dia tidak tahu dan melalkukan dosa dalam kejahilan’ bisik hatinya positif.

Iman menyentuh tangan Adriana perlahan, jauh sahabatnya itu termenung. Adriana yang dahulu dikenalinya sudah jauh berubah. Semakin matang fikiran dan tindakannya, mungkin pengalaman yang mendewasakan sahabatnya itu.

            “Riana, kau ok tak? Jauh termenung” tegur Iman.

Adriana tersentak, haishhh memang termenung dah masuk dalam list hobi terbaru dia. Huhu.. tapi dia bukan termenung kosong sebaliknya dia lebih banyak berfikir kini. Matanya memerhati gadis tadi membawa minuman yang dipesan mereka.

            “Aku ok. Ermm, minggu depan birthday Mr. Faris” ujar Adriana selepas gadis yang membawa pesanan mereka berlalu dari meja mereka.

            “Seriously??” soal Iman terperanjat.

            “Seriuslah..” ujar Adriana tergelak kecil. Tergelak melihat gelagat Iman, over acting betul Cik Iman Farhana ni.

            “Eh, hehe.. dah decide nak kaci apa tak dekat cik ‘abang’ tu” Iman tayang wajah selamba pula, pandai gadis itu memainkan mimik mukanya, boleh jadi aktress gitu..


            “Tulah, aku pun tak terfikir lagi nak kasi apa lagi ni. Kau tahu tak orang lelaki suka apa? Kau kan ramai adik lelaki” tanya Adriana.

            “Orang lelaki? Hahaha.. Riana.. Riana” gelak Iman.

Adriana mengerutkan dahinya, eh apa yang kelakarnya eh? Huhu..

            “Yelah, nak kasi tie ke, t-shirt ke, cap ke.. salah ke aku cakap tadi?” balas Adriana pula.

            “Ohhhh” jawab Iman

            “Iman… cuba kau serius sikit” marah Adriana geram. Dicubitnya tangan gadis itu.

            “Ouchhh, sakitlah.. ok aku serius ni. Mr. Faris suka apa? Macam jam ke, kasut ke, buku ke…” cadang Iman mula serius. Tak sanggup nak kena cubit dengan Adriana lagi, sakitnya boleh tahan woooo…


            “Hah, aku dah tahu nak kasi apa!! Thanks Iman” ucap Adriana girang.

            “Eh, kau nak kasi apa?? Sharelah” desak Iman.

Adriana tergelak kecil, dibisiknya sesuatu ke telinga Iman.

            “Hahaha, good idea” puji Iman.

p/s: sori lambat update, mesti korang pun sibuk dengan raya kan? camne raya tahun ni? best tak? heee :D selamat hari raya maaf zahir & batin :)

cer teka hadiah apa yang Riana nak kasi kat Faris?? :D 




Thursday 16 August 2012

Suami Ekspress Bab 30 (Part 1)


BAB 30


Iman termenung di tepi jendela. Memikirkan tentang diri sendiri, apabila melihat kebahagiaan Adriana dan Faris, dia turut merasakan kebahagiaan yang dirasai sahabatnya itu. Sungguh hebat perancangan Ilahi, Dia ambil orang tua Adriana dan digantikan pula dengan menghadiahkan Adriana suami sebaik Faris.

Melihat kebahagiaan rumah tangga Adriana menyebabkan dia turut merasa ingin mendirikan baitul muslim juga. Cinta itu fitrah bagi manusia, ingin dicinta dan mencintai. Harapannya agar dia dikurniakan Ilahi si ‘dia’ yang soleh. Tapi Iman tahu bahawa mensolehahkan diri itu perkara pertama dan mencari yang soleh itu perkara kedua. Dia yakin dengan janji Allah dalam surah An Nur ayat 26. Biasanya jodoh yang diaturkan Allah adalah sekufu. Biarlah dia memujahadah memperbaiki diri dahulu.

Dia hanya mahu cinta high class di pandangan Ilahi, cinta yang halal di mata Ilahi. Jika mahu cinta yang high class sesama manusia haruslah bina cinta yang high class bersama Ilahi terlebih dahulu, serahkan cinta itu kepada  Pemilik cinta itu sendiri.

Kata orang cinta itu lebih manis selepas nikah iaitu pada cara dan jalan yang halal. Dan dia hanya akan serahkan cintanya pada yang berhak memiliki iaitu buat insan yang bergelar suami, insha Allah. Moga saat itu tiba nanti.



Sedang asyik dia ralit melayan fikiran, telefonnya bordering minta diangkat. Lantas dicapainya gajet yang terletak di atas kati, meneliti sejenak siapa gerangan si pemanggil.

            “Assalamu’alaikum ibu, ibu sihat?” sapa Iman, bibirnya menguntum senyuman. Arghh rindunya kepada bonda di kampong.

            “Wa’alaikumsalam akak, ibu sihat. Akak macam mana, sihat tak anak ibu ni? Study ok?” tanya Puan Jannah kepada anak sulungnya.

            “Alhamdulillah sihat bu, ayah macam mana? Adik-adik?? Akak rindu kat semua orang” ujar Iman sedikit sebak. Sebagai anak sulung, hubungannya sangat akrab dengan keluarga lebih-lebih lagi dengan ibu dan ayahnya.

            “Semua alhamdulillah sihat je kat sini. Ibu pun rindu dengan anak manja ibu ni. Kalau kakak rindu baliklah kampong. Ada orang yang dah bertanyakan kakak kat sini” jawab Puan Jannah berkias.

            “Tanya kakak?? Kenapa bu? Siapa orangnya? Kawan lama kakak ke?” tanya Iman bertalu-talu.

            “Amboi banyaknya soalan dia. Bukan kawan kakak, orang tu berkenan dengan akak. Nak dijadikannya menantu, isteri untuk anaknya” tersenyum Puan Jannah melihat gelagat anak sulungnya, sedar tak sedar sudah dewasa anak yang dulu dibuai dan didodoikan ketika tidur. Sudah menjadi bunga dan sudah dirisik orang.

            “Orangnya macam mana ibu? Pendapat ibu tentang orangnya bagaimana?” soal Iman berdebar.

            “Pendapat ibu orangnya baik, beragama. Berpendidikan, keluarganya juga bagus” ujar Puan Jannah perlahan.

            “Akhlaknya bagaimana? Pergaulannya macam mana pula ibu?” soal Iman lagi. Dia mahu lelaki yang baik agama dan akhlaknya. Untuk apa lagi syarat yang harus dikenakan buat syabab di luar sana selain agama dan akhlaknya? Bukankah itu ukuran yang Islam ajar kepada umatnya?

            “Pergaulannya ibu tak pasti, nanti akak risik sendiri dan ibu akan suruh Izzul risik akhlaknya bagaimana” cadang Puan Jannah. Izzul Hafiz iaitu anak keduanya akan disuruh merisik akhlak pemuda yang menyunting puterinya. Biarlah jika mahu diserahkan anak gadisnya pada syabab acuan Islam.

            “Bagus cadangan ibu tu. Nanti ibu suruh Izzul jadi ‘spy’ ya?” tergelak kecil Iman apabila membayangkan yang adiknya menjadi ‘spy’ merisik akhlak pemuda tersebut.

            “Insha Allah, nanti ibu suruh adik kamu tu. Ok lah ibu ada kerja ni, nanti kita sembang lagi ya” pinta Puan Jannah meminta diri, lega hasrat orang sudah disampaikan kepada anak gadisnya.

            “Ok bu, assalamu’alaikum. Kirim salam dekat semua ya” jawab Iman

            “Insha Allah, wa’alaikumsalam” sahut Puan Jannah dihujung talian.

p/s: sori entri pendek, insha Allah nanti nisa sambung :D

Tuesday 14 August 2012

Suami Ekspress 29 ( fully entri )


BAB 29

Sampai sahaja di kedai makan, Faris memesan nasi goreng paprik manakala Adriana memesan bihun tom yam. Sementara menunggu pesanan mereka tiba, Faris leka merenung wajah isteri di hadapannya. Pejam celik, pejam celik sudah lebih tiga bulan usia perkahwinan mereka. Sudah mula bercambah benih-benih cinta antara mereka, sudah mula timbul bunga-bunga kemesraan antara mereka. Walaupun dia tidak pernah bercinta sebelum ini, tapi dia sangat yakin dirinya kini sudah jatuh cinta dengan isteri sendiri. Memang indah cinta selepas kahwin, tambahan pula dia beruntung mendapat isteri solehah seperti Adriana. Teringat dia pada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

 “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.. maka pilihlah kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu"

Subhanallah, sungguh Allah mengangkat tinggi darjat wanita solehah, teringat lagi Faris pada sepotong hadis yang memuliakan wanita solehah, moga Adriana, ummi dan adik perempuannya tergolong dalam kalangan mereka yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah.

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” diriwayatkan oleh Muslim.

Adriana sudah mula gelisah di tempat duduk sendiri, renungan Faris memang sukar dimengertikan. Faris merenungnya seolah-olah sudah lama mereka tidak bertemu, wajahnya mula kemerahan kerana malu ditenung sebegitu walaupun ditenung oleh suami sendiri. Haishhlahh, awak janganlah tenung saya macam tu, malu tahu!!


Faris mula mengalihkan pandangannya apabila dirasakan Adriana bagai cacing kepanasan. Malahan wajah isterinya itu sudah kemerahan tanda malu. Subhanallah, tinggi sungguh tahap malu seseorang muslimah.

            “Hemm, belum makan lagi dah merah muka isteri abang ni? Pedas ke sayang?” sakat Faris memecah kebisuan antara mereka.

Adriana sudah mula mengalihkan wajahnya, makin panas dirasakan wajahnya saat ini. Malunya Ya Allah. Rasa macam nak sorok bawah meja makan ni pun ada jugak weh!! Huhu..

Makin seronok pula Faris merenung wajah kemerahan Adriana, rasa nak cubit-cubit je pipi yang sudah bertukar warna itu. Comel!!

Adriana mencari-cari kata untuk membalas usikan suaminya tetapi lidahnya seakan kelu pula. Akhirnya dia hanya menunduk merenung meja kosong di hadapannya, tangannya mula memintal-mintal hujung tudung yang dipakainya.

            “Meja tu lagi handsome dari abang ke?” makin giat pula Faris menyakat Adriana.

Adriana mengangkat wajahnya, merenung berani wajah Faris. cuba dibandingkan wajah Faris dan meja makan di hadapannya. Of courselah Faris lagi handsome weh!!! Hoho.. Apa punya soalanlah Faris ni. Lama dia merenung wajah Faris, menilik wajah suaminya dari kening, turun ke mata, ke hidung suami, dan akhir sekali ke bibir yang kemerahan itu. Ehh, kenapa Faris tersenyum erk?

            “Dah puas dah tilik muka abang? So, conclusionnya abang lagi handsome dari meja tu kan?” soal Faris mengusik, sengaja dihadiahkan senyuman mengejek kepada Adriana, makin seronok pula dirasakan apabila berjaya mengusik isterinya.

            ‘Aduh terkena lagi, huhu.. cepatlah order ni sampai’ bisik Adriana perlahan.

Belum sempat Faris mengusik Adriana lagi, pesanan mereka sudah tiba. Adriana hanya mampu mengucap syukur di dalam hati. Terselamat sebentar dari usikan nakal suaminya.

Usai sahaja Faris membacakan doa, mereka mula menjamu selera. Sedang enak Adriana menjamu selera tiba-tiba kakinya dikuis.

            “Isyhh, abang ni. Janganlah kacau Riana” ujar Adriana, geram konsentrasinya diganggu. Ohh, please bihun tom yam ni sangat sedap!! Tolong jangan ganggu konsentrasiku!!

Faris memandang Adriana pelik, eh bila pulak dia mengusik isterinya lagi? Dia juga sedang ‘khusyuk’ menghabiskan makanannya.

            “Usik apanya? Abang tengah best makan ni” balas Faris hairan.

            “Kaki abang tulah. Jangan mengesel-gesel dengan kaki Riana” ucap Adriana.

            “Eh, mana ada!!” balas Faris.

Adriana merenung wajah suaminya, mencari kejujuran pada mata suaminya. Memang nampak serius wajah suaminya tanda Faris tidak bergurau. Ha’ah lah kenapa macam lain macam je kaki suaminya, jangan-jangan… Adriana memberanikan diri memandang bawah meja.

            “Ohh, mak ‘kucat’ !!” ujar Adriana sedikit lantang. Terus dia berdiri statik di sebelah Faris. Memang sah, binatang yang paling digelinya sedang elok menggesel di kakinya.

            “Kucat???” soal Faris hairan, binatang apa pulak tu? Species baru ke?

Adriana menunding tangan ke arah binatang tersebut, mukanya seakan-akan ingin menangis. Sumpah memang dia fobia dan geli dengan binatang tersebut.

Faris menjenguk kepalanya ke arah yang ditunjukkan Adriana sebentar tadi. Kucat Adriana panggil kucing? Hahaha.. aiyoyo… tergelak besar Faris, ingatkan species apalah tadi, Adriana, Adriana..

Adriana hanya mengetap bibir menahan geram, sampai hati Faris gelakkan dia. Lawak sangat ke dia takut kucing? Huhu.. sampainya hati awak Encik Suami!!

Tawa Faris mula reda, takut melihat renungan tajam Adriana. Wajah Adriana yang sudah mula merah itu menandakan isterinya sedang marah. Eh, tapi memang patut pun Adriana marah  dengannya.. dia boleh pulak bantai gelakkan isteri sendiri. Adoishhh…

Faris mula memberi sedikit makanan ke arah ‘kucat’ yang dipanggil Adriana tadi. Nak halau, tak sampai hati pula. Bukankah islam mengajar berbuat baik terhadap sesama manusia dan binatang? Lagi pula kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW.

Adriana sudah mula menarik nafas lega apabila kucing tersebut semakin menjauh dari meja makan mereka. Alhamdulillah, dia kembali duduk di tempat yang ditinggalkannya tadi dan kembali meghabiskan makanannya. Lagi cepat makan, lagi cepat dia pulang ke universiti.

“Riana, tolong bayarkan. Abang nak pergi toilet jap” pinta Faris setelah selesai mereka menghabiskan makanan mereka. Dihulurkan pula wallet kepada Adriana.

“Hah??” tanya Adriana, lambat-lambat diambilnya jua wallet yang dihulurkan Faris. Eh, percayanya Faris dekat dia, nanti kalau dia ‘kidnap’ duit Faris macam mana??

“Tolong bayarkan eh? Abang nak pergi toilet jap” terang Faris lagi.

“Eh, nanti kalau Riana curi duit abang macam mana? Abang percaya ke dekat Riana? Nanti lepas Riana curi duit abang, lepas tu bolehlah Riana shopping sakan” Adriana sudah mula menayang-nayang wallet suami di tangan. Bibirnya tersenyum, mahu menguji kepercayaan suami terhadap dirinya.

“Allahu Robbi, mestilah abang percaya dengan isteri solehah abang ni, ishh Riana ni drama sangatlah. Boleh join Irah. Tolong bayarkan eh?” pinta Faris lagi, kakinya melangkah menuju ke arah tandas dihujung gerai.

Adriana sudah tersenyum mendengar pujian dari suaminya. Faris memang suami yang soleh, suka meraikan wanita dalam hidupnya, seorang suami yang sangat menghormati wanita. Beruntungnya dia dikurniakan suami sesoleh Faris.

Adriana mula menghayun langkah ke kaunter pembayaran. Dia mula membuka wallet suaminya, tertera lesen memandu suaminya, kad pengenalan dan kad nikah mereka. Tersenyum Adriana melihat wajah Faris di kad pengenalan suaminya. Wajah skema, errr tapi tetap cute. Hehe.. owhhhh. Aku sudah jatuh cinta!! Heeee…

Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah, tersentak dengan no kad pengenalan Faris yang tertera di kad pengenalannya suaminya, 870317045771..

“Eh, maknanya birthday abang Jumaat ni lah?” soal Adriana sendiri, astaghfirullahal a’zim. Isteri jenis apalah dia ni?? Birthday suami pun boleh lupa. Kakinya mula melangkah ke arah kaunter, bimbang pula apabila Faris keluar nanti dia masih belum menyelesaikan pembayaran.

Faris mula keluar dari tandas, diberikan senyuman kepada Adriana yang termenung di hujung sana. Apa agaknya yang dimenungkan oleh isterinya itu? Orang perempuan memang suka termenung eh?

Adriana membalas senyuman Faris, otaknya ligat memikirkan hadiah apa yang akan diberikan untuk suaminya. Tapi apa yang penting hadiah itu mestilah special dan bermanfaat kan?

“Isteri solehah abang ni fikir apa ya? Dah sampai bulan dah ke sayang?” usik Faris sambil mencuit pinggang isterinya.

“Taklah, Riana tak sampai bulan tapi dah sampai matahari” balas Adriana tersenyum. Usikan dibalas usikan.

“Owhh, tak panas ke dekat matahari tu sayang? Patutlah abang tengok isteri abang ni dah ‘cair’ sikit” giat Faris mengusik Adriana.

“Cair??” soal Adriana terpinga-pinga.

“Ha’ah, ‘cair’ dengan abang. Haha” gelak Faris, kakinya melangkah meninggalkan Adriana yang masih terpinga-pinga.

“Aduiii, terkena lagi aku’ bisik Adriana.




Sunday 12 August 2012

Assalamu'alaikum readers sayang!! :'D

Sori sgt2 nisa lame tak update,
Hari rabu ni (15/8) nisa dah start cuti,
Nanti nisa post entri banyak2 yaaa? insha Allah..
Kalau takde pape, 1 hari 1 entri, boleh? insha Allah..
Doakanlah yaa?


Nisa harap korang still sudi nak bace SE,
Sudi singgah blog nisa ni.. :)
Sudi tinggalkan komen :'D