Tuesday 29 November 2011

Suami Ekspress 4


BAB 4

Sayup-sayup kedengaran azan subuh dari masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Pagi itu, Faris bersama abinya berjemaah di masjid. Sejak mula menjadi pensyarah, dia sudah jarang berjemaah di masjid. Oleh kerana hari itu hari minggu, Faris menggunakan kesempatan dan kelapangan waktu yang ada untuk sama-sama berjemaah di masjid bersama abinya. Betapa dirasakan dirinya sangat kerdil kerana lebih mementingkan urusan duniawi dari ukhrawi. Di pagi yang hening itu, di atas hamparan tikar sejadah, dia bermunajat memuji kebesaran Illahi, melupakan seketika urusan dunia.


Sejak dari kecil lagi dia telah dididik oleh abi dan uminya dengan didikan agama yang sempurna. Orang tuanya sangat menekankan ilmu agama, abinya merupakan seorang ustaz dan imam manakala umminya merupakan seorang guru mengaji. Sejak dia berusia 6 tahun, dia sudah disuruh solat dan berpuasa. Dia masih ingat semasa zaman kecilnya, dia agak nakal untuk menunaikan perintah Allah itu. Pernah dia dihukum oleh abinya gara-gara meninggalkan solat, diikat di pokok rambutan yang dipenuhi kerengga, ketika itu dia berusia 10 tahun. Dia tertanya-tanya mengapa harus dia menunaikan perintah Illahi itu, sedangkan rakan-rakan yang lain tidak seperti dia, mereka menghabiskan banyak masa mereka dengan mandi sungai, masuk sawah, memanjat pokok. Akhirnya segala persoalan itu terjawab apabila dia meningkat dewasa dan dia amat bersyukur dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna oleh abi dan uminya. Dia masih ingat kata-kata ustaznya semasa dia bersekolah di Sekolah Sains Agama di Negeri Sembilan dahulu, amalan pertama yang disoal akhirat kelak ialah mengenai solat.


Usai solat subuh pagi itu, dia bersalaman dengan teman-teman masjid. Tidak ramai yang hadir pada pagi itu, hanya dua saf saja. Dia tercari-cari kelibat abinya, tiada. Barangkali abinya sudah keluar dari masjid dan sedang menunggunya di luar. Dan dari jauh dia melihat abinya sedang berbual dengan seseorang yang umurnya sebaya dengan abinya, mungkin kenalan abinya. Maklum sahajalah abinya memang mempunyai ramai kenalan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

“Assalamualaikum abi, uncle” ujarnya seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan teman abinya itu.

“Waalaikumsalam” ujar mereka serentak.

“Nazri, kenalkan ini anak ana yang sulung, Faris” ujar Ustaz Fahmi.

“Dah bujang anak kamu ye, belajar lagi atau sudah bekerja?” soal Encik Nazri kepada anak muda di hadapannya. Dia selalu melihat pemuda itu sama-sama mengikut abinya berjemaah di masjid. Jarang sekali anak muda kini mahu berjemaah di masjid terutamanya solat subuh. Pandai sungguh temannya itu mendidik anak. Takkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sejuk hatinya melihat pemuda itu.

“Baru habis belajar and baru start kerja uncle” ujarnya Faris sopan. Dia juga sangat kagum dengan peribadi Encik Nazri, walaupun seorang yang berharta tetapi tidak sombong dengan masyarakat di kawasan tempat tinggal mereka. Siapa yang tidak kenal dengan jurutera yang berpengalaman itu. Dia juga sering meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di tempat tinggal mereka.


“Baru grad la ni yer, kerja di mana?” soal Encik Nazri sambil tersenyum. Dalam diam dia mula tertarik dengan sifat sopan anak muda itu. 


“Kerja di UiTM Negeri Sembilan uncle” ujar Faris sambil tersenyum. Ramah juga uncle Nazri ni. Fikirya sendiri.


“Ohh, anak uncle pun study kat sana, ni kiranya lecturer muda la ni?” soal Encik Nazri. Kagum melihat anak muda di hadapannya itu. Jarang anak muda kini memilih kerjaya sebagai pensyarah, mereka lebih gemar memilih pekerjaan seperti jurutera, arkitek ataupun pilot. Lebih mencabar kata mereka.


“Really? Anak uncle ada belajar di Kuala Pilah ke?” soalnya terkejut. Dia memang tahu anak uncle Nazri sedang belajar, tetapi tidak diketahui pula belajar di universiti tempatnya mengajar. Kecil betul dunia ni.


“Yup, dah tahun akhir this year. Ni yang uncle risau ni sebab uncle terpaksa transfer ke Jepun tak lama lagi. Tinggal dia sorang je nanti kat sini, nak further study kat sana nanti rugi sebab dia dah nak grad pun” ujar Encik Nazri ramah. Memang dia risau memikirkan yang dia terpaksa meninggalkan anak gadisnya di Malaysia sementara dia dan isterinya ke luar negara nanti.


“Oh, jadilah kamu ke oversea tu nanti ye Nazri? Tak payahlah kamu risau, insha Allah anak kamu tu ok kat sini, insha Allah dia pandai jaga diri nanti. Ana and family pun boleh tolong tengok-tengokan si Qistina tu nanti, insha Allah” sampuk Ustaz Fahmi apabila dilihatnya temannya itu risau memikirkan tentang anak gadisnya. Apa guna hidup bermasyarakat jika dia tidak mampu membantu orang yang memerlukan pertolongan.


“Thanks for your concern, Fahmi. Eh dah hampir pukul 6.30 ni, saya minta diri dulu la ye. Nanti risau pula orang rumah tu. Assalamualaikum” ujar Encik Nazri meminta diri.


“Waalaikumsalam” jawab Faris dan abinya serentak.


“Hah Faris, lepas ni kamu ada plan nak pergi mana-mana ke?” soal Ustaz Fahmi sambil menghidupkan enjin motosikalnya. Selalunya dia akan menaiki motosikal ke masjid. Lagipun jarak antara rumahnya dan masjid tidak terlalu jauh., hanya 500 meter sahaja.


“Lepas ni, Faris ingat nak jogging la abi, dah boroi rasanya perut ni, lama sangat tak jogging” ujarnya sambil tersenyum. Memang dia jarang jogging sejak mula mengajar ni. Tak sempat, hehe.

“Aik, kamu perli abi ke ni? Hahaha” gelak Ustaz Fahmi, mana mungkin anak bujangnya itu boroi, tough ada la. Masakan belum berkahwin sudah boroi.


Sekembalinya Faris dan abinya dari masjid, dia menukar pakaian dan bersiap-siap untuk berjogging.

'Erm, bosan jugak kalau jogging sorang-sorang ni. Ajak Irah pun best ni' bisiknya dalam hati. Sudah lama dia tidak berjogging bersama adiknya yang sorang itu.


Sebaik melintas di hadapan bilik adiknya itu, dia mengetuk pintu.


“Oiii anak dara, tidur lagi ke?” ujarnya sambil mengetuk pintu.


Diam. Aik tidur ke budak ni. Diketuk lagi pintu bilik adiknya. Kali ini lagi kuat.

“Irah, ohh Irah. Bukaklah pintu ni, along bagitau umi ea?” jerit Faris dari luar.


“Along ni nak apa? Belum lagi pukul 7 lah, hari ni pun public holiday, bagilah Irah rehat sekejap” ujar Faathirah malas melayan kerenah abangnya.


“Jom teman along jogging, dah lama tak jogging dengan Irah. Jomla cik Irah yang comel lagi menawan, hehe. Nanti along belanja aiskrim nak tak?” pujuk Faris.


“Yelah, tapi takkan belanja aiskrim je kot? Gaji mahal tapi kedekut. Give me 10 minutes, Irah nak siap ni. Dah pergi main jauh-jauh” ujar Faathirah sambil menutup pintu. Lagi dilayan kerenah alongnya makin menjadi nanti. Elok-elok sempat mereka hendak jogging, jadi tak sempat pula jika dilayan kerenah alongnya itu.


“Along tunggu kat bawah nanti, jangan sambung tidur pulak ye” jawab Faris sambil berlalu ke ruang tamu di tingkat bawah.


Sepuluh minit kemudian, mereka sama-sama melangkah keluar dari rumah menuju ke taman rekreasi yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka. Hari minggu begini memang ramai orang yang berkunjung ke taman itu.





Pagi itu, sesudah solat subuh Adriana berkunjung ke taman rekreasi yang terletak berhampiran rumahnya. Minggu itu, dia terpaksa pulang ke rumah kerana papanya mahu mereka sekeluarga berbincang tentang masalah mereka sekeluarga. Papa dan mamanya terpaksa berpindah ke Jepun 3 bulan lagi. Terpaksalah dia tinggal di rumah ibu saudaranya di Shah Alam. Tetapi dia agak berat hati untuk tinggal bersama ibu saudaranya kerana Haikal. Haikal adalah sepupunya dan mereka agak rapat sejak kecil lagi. Namun semuanya berubah setelah dia memasuki sekolah menengah, lelaki itu mula menaruh hati kepadanya dan dia berasa sangat rimas dengan pandangan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah menerima surat cinta dari lelaki itu. Hendak termuntah sewaktu pertama kali membaca ayat jiwang Haikal.


“Apalah nasib aku kalau tinggal serumah dengan lelaki tu agaknya?. Argghhh malaslah nak pikir pasal Haikal tu, aku datang sini nak jogging” bisiknya sendiri.


Setelah selesai membuat warming up, dia mula berlari-lari anak. Sudah menjadi kebiasaan baginya berjongging di taman itu. Sebagai seorang pelajar, berjongging merupakan terapi untuk mengurangkan strees semasa belajar. Setelah hampir dua jam dia berjogging, tali kasutnya pula terlerai.


“Irah kalau terror sangat kejarlah along, hahaha” cabar Faris sambil melihat adiknya yang jauh ketinggalan di belakangnya. Nampak keletihan di wajah adiknya.


“Eleh, along ni berlagak la pulak. Alongg!!!” jeri Faathirah apabila dilihatnya abangnya itu hampir melanggar seorang gadis.



Bumm... belum sempat dia memandang ke hadapan dia sudah melanggar seorang gadis. Alahai cik adik, yang awak berhenti tengah-tengah jalan ni kenapa? Yang aku ni pun satu lain kali jalan pandang depan bukan belakang. Tak pasal-pasal dah jatuh macam nangka busuk. Hilang macho pagi-pagi ni beb.


“Adoii, sakitnya pinggang aku” ujar Adriana apabila dirasakan dirinya seolah-olah dirempuh objek keras.


“Eh, sory-sory. Tapi bukan salah saya sepenuhnya, yang awak berhenti tak bagi signal dulu kenapa?” soal Faris sambil mengurut kakinya. Dilihatnya gadis itu hanya menunduk. Barangkali sakit, dia pun merasa perit apatah lagi gadis itu.


“Saya bukannya ada signal, kalau ada,saya da bagi dah signal, dengan signboard sekali saya letak. Encik ni lari marathon ke apa sampai saya yang besar ni encik tak nampak?” jawab Adriana berani sambil mengangkat wajahnya. Sakit punya pasal, sanggup dia membebel pagi-pagi itu.


“Aik macam kenal je, laa Adriana kan? Hah, Irah tak reti dah ke nak tolong along ni?” soal Faris sambil memandang adiknya. Lagipun dia malu apabila terjunpa pelajarnya di taman itu, ditambah pula keadaannya yang jatuh seperti nangka busuk tadi.


“Tu la along tadi berlagak sangat, kan da jatuh. Buat lawakla pagi-pagi ni” jawab Faathirah sambil membantu abangnya berdiri. Dia juga menghulurkan kepada gadis yang bernama Adriana itu.
Mungkin teman abangnya.

“Terima kasih awak. Erm sir pun jogging kat sini ke?” soal Adriana. Pelik apabila terserempak dengan Mr. Faris. Kecil sangat dunia ni, dekat taman pun boleh jumpa, siap terjatuh macam gajah lagi.


“Tak la, saya tengah marathon la tadi, sebab tu sampai terlanggar awak tadi” usik Faris. Sengaja mahu menyakat Adriana, garang juga gadis itu tadi.


“Erk..” kelu lidah Adriana kali ini. Itulah tadi bukan main garang lagi aku ni. Tu la lain kali praktikkan ayat ni 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam jeling-jeling' eh betul ke peribahasa ni.


“Hahaha, awak ni Adriana, garang jugak yer. Ok lah saya minta diri dulu. Jom Irah along belanja aiskrim. Adriana, nak join sekali tak?” soal Faris.



“Tak pe lah sir. Assalamualaikum” jawab Adriana, mana mungkin dia mahu mengikut lelaki itu. Tebal dirasakan wajahnya. Malunya Ya Allah.


“Along, tadi tu student along ea? Comelnya, mata bulat macam kucing parsi” soal Faathirah. Memang comel kakak tadi, dengan kulit putih gebu dan yang paling membuatkan gadis itu comel apabila wajahnya yang kemerahan kerana malu.

“Yup, ada ke Irah kata comel macam kucing parsi, jauh beza tahu tak. Orang dengan kucing pun tak reti nak bezakan. Hahaha” gelak Faris kuat. Faathirah suka hati dia je, main belasah je nak kata apa, tak pikr langsung. Kalaulah Si Adriana dengar apa yang Faathirah merepek ni, apalah reaksi pelajarnya itu. Irah.. Irah...


“Betul lah, comel sangat akak tadi” jawab Faathirah.

“Dahlaa kalau layan kamu ni makin tak betul jadinya nanti, jom along belanja aiskrim” ajak Faris. Penat-penat macam ni, dapat aiskrim pun best jugak. Tak sangka dia terserempak dengan Adriana pagi itu, mungkin gadis itu tinggal berhampiran taman itu. Ahh, lupa pula dia mahu bertanya dengan gadis itu tadi.

p/s: sori law kurang best.. curi mase wat novel nih >.< saya budak baru belajar (: thanks sudi bace :'D


Friday 18 November 2011

Suami Ekspress 3


BAB 3

Pagi itu, Adriana terbangun lewat, dah la kelasnya pada pagi itu jam 8.10 pagi. Kelas Mr. Faris pulak tu. Ni semua gara-gara menonton perlawanan bola sepak bersama Iman malam tadi, Iman tidur di biliknya malam tadi kerana roomatenya pulang ke kampung. Dan akibatnya dia bangun lewat pagi ini, pukul 7.55 baru dia tersedar.


“Habisla aku pagi ni, dah la time subuh pun terbabas. Baru jer 2 minggu belajar, dah lambat pergi kelas” ujar Adriana sambil memakai kasut.


Hari ini dia hanya bersiap ala kadar sahaja. Penampilannya pagi itu sangat simple, dengan memakai baju kurung yang tidak perlu digosok dan dia hanya menyarungkan 'tudung express', tidak perlu untuk melilit-lilit shawl bagai. Iman awal-awal lagi sudah surrender mahu ponteng kelas Mr Faris. Terpaksa la dia pergi seorang diri kelas hari itu.


Setibanya di luar bilik kuliah, dia teragak-agak mahu membuka pintu. Dikerlingnya jam di tangan, pukul 8.30!!! Dia sudah terlewat 20 minit. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dia membuka pintu.

“Assalamualaikum sir, I'm sorry, I'm late” ujarnya sambil memandang kakinya sendiri, bimbang akan dimarahi oleh pensyarah muda itu.

“Now, already 8.32 a.m. Why are you late?” soal Faris memandang pelajar dihadapannya.

“Ermm..... I, I ….” jawab Adriana tergagap-gagap. Masakan dia mahu memberi alasan bangun lewat, gara-gara menonton perlawanan bola sepak malam tadi. Tambahan pula, dia malu apabila pelajar-pelajar lain mula memandangnya.

“You can go now, tapi lain kali jangan ulang kesilapan ini lagi ye.” balas Faris apabila dia melihat gadis itu terkulat-kulat menjawab soalannya. Muka gadis itu jelas kemerahan, pasti malu apabila teman-teman lain sudah memerhati.


Selepas itu, Faris meneruskan proses pembelajaran yang tergendala sebentar tadi. Dia faham dengan ragam dan situasi pelajar-pelajar kerana dia juga pernah menjadi pelajar. Malah, semasa dia belajar dahulu ada di antara teman-temannya yang tidak dapat menghadiri kuliah disebabkan datang lewat ke kelas kerana pensyarah mereka sudah mengunci pintu. Dia tidaklah terlalu kejam mahu menghukum pelajar tanpa memberi peluang kepada mereka terlebih dahulu.


“Ok class, sampai setakat ini sahaja kita belajar untuk hari ini, any problem? Nanti saya akan upload notes and exercises di i-learn” ujar Faris.


“Sir, bila due date untuk submit exercises?” soal Aniq mewakili rakan-rakannya. Sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai class rep ataupun ketua kelas.


“Ohh, hampir terlupa saya, awak semua tak perlu submit exercises but we will discuss the exercises in next tutorial class and make sure you all do the exercises k? I will give an extra marks for those yang buat exercises tu” ujar Faris.


“InshaAllah sir” jawab pelajar-pelajarnya ingin berlalu meninggalkan bilik kuliah tersebut.


Adriana cepat-cepat mahu meninggalkan bilik kuliah kerana dia ingin memulangkan buku yang dipinjamnya di library. Ketika mahu keluar dari bilik kuliah, Faris memanggilnya.


“Adriana, wait.” ujar Faris

“Yes, sir.. can I help you?” soal Adriana

“Nope, nothing just I wanna to ask you, kenapa kawan awak absent hari ni?” soal Faris kerana hanya kelihatan gadis itu berseorangan sahaja hari ini.

“Ohh, you mean Iman Farhana?” tanya Adriana

“Yeah, that girl” jawab Faris pantas.

“Dia headache hari ini” bohong Adriana. Mana mungkin dia mahu jujur mengatakan Iman ponteng kelas kerana mereka sama-sama bangun lewat pagi tadi.

“Ohh, saya harap dia cepat sembuh and don't forget to tell her about our learning today” jawab Faris ringkas sambil mengingatkan Adriana untuk memberitahu Iman tentang sesi pembelajaran mereka hari itu.

“InshaAllah sir, I will. Saya minta diri dulu” ujar Adriana sopan.



Selepas Adriana memulangkan buku di library, dia singgah sebentar di rumah Iman. Selepas kelas Mr Faris, sebenarnya mereka mempunyai satu kelas lagi iaitu kelas Madam Syazuani. Oleh kerana kelas Madam Syazuani iaitu pensyarah biologi mereka cancel pagi itu, Iman hanya melepak sahaja di bilik.

“Hai cik Iman, kau tahu tak tadi time kelas Mr. Faris, dia tanya aku kenapa kau tak datang kelas dia pagi ni” ujar Adriana sambil melihat Iman yang masih berbaring dan enak sahaja temannya itu memeluk teddy bear.


“Assalamualaikum Riana, dah tu kau jawab apa kat Mr. Faris?” perli Iman, tapi dalam hatinya cuak juga kalau Mr. Faris marah kerana dia ponteng kelas pensyarah muda itu.


“Aku cakap la yang kau ponteng sebab bangun lambat pagi tadi” ujar Adriana bersahaja. Sengaja dia berbohong kepada temannya itu, mahu melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Iman. Dan motif utamanya adalah mahu membalas dendam kerana pagi tadi dia sendiri terpaksa pergi jua ke kelas walaupun lewat.
'Biar kasi pengajaran sikit sama dia. Hehe' bisik hatinya nakal.


“Biar betul kau ni, sampai hati tak tolong backup aku. So, Mr Faris cakap apa? Dia marah erk?” soal Iman bertalu-talu. Mula dah datang perangai gelabahnya saat ini.


“Dia nak jumpa kau esok, muka dia marah gila time aku cakap kau saja-saja ponteng” ujar Adriana sambil menyembunyikan senyumannya. Kelakar melihat reaksi Iman yang mula gelabah. Hah, padan muka kau Iman, he.. he..


“Ya Allah, habislah aku!!” jerit Iman sambil mencampakkan teddy bear yang dipeluknya tadi. Habislah kalau Mr. Faris nak jumpa. Nak bagi alasan apa ek?

“Ohh, 1 more thing, nanti dia upload notes and exercises kat i-learn. Ok la, aku balik dulu yer, petang nanti jangan ponteng pulak lab physics” ujar Adriana sambil bangun dari katil Iman.


“Yelah petang nanti aku pergi lab physics tu” jawab Iman perlahan.


“Iman, ade lagi yang aku nak bagitaw kau ni” ujar Adriana sebelum membuka pintu bilik Iman, biarlah dia berterus-terang dengan Iman, tak sanggup melihat muka Iman yang sedih itu.


“Apa lagi Adriana” jawab Iman


“Lu kena beb!!! 1-0, hahaha. Jangan marah sayang” ujarnya sambil berlari keluar dari bilik Iman.

Suami Ekspress 2

BAB 2


Matahari mula memancar sinarnya di ufuk timur, awal-awal lagi Adriana sudah bangun. Maklumlah hari pertama kuliah bermula, semangat awal semester. Selepas menunaikan solat subuh dia bersiap-siap ingin ke kelas. Hari ini kelasnya bermula jam 8.10 pagi. Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk pergi ke kelas bersama Iman. Dia akan menunggu Iman di hadapan blok kediaman sahabatnya itu.

Setibanya di kelas, mereka memilih kerusi yang di hadapan, memang mereka gemar duduk di barisan hadapan. Senang untuk memberi tumpuan ketika pensyarah sedang mengajar dan mudah bagi mereka untuk menanyakan soalan-soalan yang mereka kurang faham. Meskipun mereka digelar oleh teman-teman sebagai pelajar nerd,tetapi mereka sama sekali tidak menghiraukan kata-kata yang kadangkala agak sinis itu. Peduli apa kata orang, mulut manusia, bukan kita boleh tutup kan? Yang penting niat dan matlamat mereka datang di sini.


“Weh, kau agak-agak kan siapa pensyarah baru organic chemistry kita sem ni? Janganla dapat lec yang garang.” soal Iman memecah kebisuan antara mereka.

“Entahla weh, hopefully dapat lec yang baik, senang nak dibawa berbincang nanti lagipun aku minat sangat dengan chemistry ni” ujar Adriana sambil membelek-belek buku organic chemistry yang elok terletak di atas meja.

Adriana dan Iman sama-sama bercita untuk mengambil Degree in Pharmacy setelah mereka tamat diploma nanti. Sekarang mereka sudah berada di tahun akhir pengajian mereka. Harapan menggunung dari keluarga membuatkan dia nekad untuk belajar bersungguh-sungguh tambahan pula dia merupakan anak tunggal di dalam keluarga, segala harapan dan impian disandarkan kepadanya.


Bunyi pintu terbuka dari luar bilik kuliah mematikan lamunan Adriana. Sudah tentu pensyarah mereka sudah sampai, dengan semangat dan azam baru dia mahu cemerlang dalam subjek chemistry. Chemistry merupakan salah satu subjek yang penting untuk dia menyambung peringkat ijazah nanti.


“Assalamualaikum and good morning guys, saya pensyarah organic chemistry awak semua, my name is Faris Ar Rayyan and just call me Mr. Faris. Hari ini kita tak belajar just saya akan terangkan secara rough tentang organic chemistry” terang Faris kepada pelajar-pelajarnya.


Pelajar-pelajar di kelasnya tidak la terlalu ramai, cuma 25 orang sahaja. Di universiti sememangnya jumlah pelajar di dalam sesebuah kelas tidak lah terlau ramai untuk memudahkan pensyarah memberi tumpuan yang lebih kepada pelajar.


“Weh, handsome jugak kan pensyarah ni, muda la pulak tu, mesti baru grad ni. Baru semangat nak belajar chemistry” bisik Iman kepada Adriana sambil tersenyum. Matanya masih fokus memandang pensyarah muda itu.


“Ish kau ni, gatai naa” ujar Adriana perlahan. Hai Iman, baru hari pertama kuliah kau dah pasang niat lain. Tapi memang handsome pensyarah barunya itu. Dengan berkemeja biru gelap membuatkan kulit putihnya menyerlah. 'Cehh, Adriana kau pun da berjangkit dengan penyakit gatal si Iman ni' hatinya berkata sambil tersenyum.


“Ermm class, any question? Haa, awak yang tudung pink ni, do you have any question? Dari tadi dok senyum sorang-sorang?” soal Faris kepada Adriana kerana dari tadi dilihatnya gadis itu tersenyum.


“Erk, sir..... do you have phone number? In case if we have any problem, we can contact you” ujar Adriana yang pada mulanya tergagap-gagap. 'fuhhh, nasib baik tak kantoi tadi' nasib baik otaknya bijak membalas pertayaan pensyarahnya itu, hehe.


“Ok class this is my number, 0193873569. if u have any problem, you can message me, don't call ok?” ujarnya sambil menulis nombor telefonnya di whiteboard.

“Any question? If you don't have any question, class dismiss” ujarnya.


Pelajar-pelajar mula keluar dari bilik kuliah, selalunya jika semester baru bermula, mereka akan tamat kuliah lebih awal kerana pensyarah masih belum mengajar dan mereka hanya diberi taklimat ringkas mengenai sesuatu subjek tersebut.

“Eh, kenapa kau senyum sorang-sorang tadi? Sampaikan Mr. Faris pun perasan. Haaa, ada pape yang aku tak tahu ea? Amboi, tadi nasihatkan aku jangan gatal, lebih kuah dari nasi nampak” soal Iman apabila mereka keluar dari bilik kuliah.


“Erk, mana ade pape la. Pandai-pandai jer kau ni. Aku tetiba teringatkan kucing aku masok longkang hari tu, hehe” bohong Adriana, malas dia mahu melayan kerenah si Iman ni.


“Jangan bohong, berdosa taw” ujar Iman kerana dia pasti temannya berbohong.

“Eh, mana kau tahu aku bohong?” soal Adriana mahu membela dirinya.


“Kau mana ade bela kucing, kau kan geli dengan kucing. Nampak bebenor nipunya Adriana Qistina” bidas Iman, masakan dia tidak tahu Adriana geli kucing, mereka sama-sama tinggal di asrama dahulu. Jika ada kucing dewan makan yang datang ketika mereka sedang menjamu selera, cepat-cepat Adriana memanjat kerusi.


“Hahaha, terkantoi di situ” ujar Adriana sambil ketawa mahu menutup rasa malunya.




Petang itu, setelah tiba di rumah Faris naik dan menuju ke biliknya untuk menunaikan solat asar. Usai solat asar, dia membaca al ma'thurat. Sudah menjadi kebiasaannya untuk membaca al ma'thurat selepas solat subuh dan asar. Banyak kelebihan yang diperoleh apabila membaca zikir dan amalan Rasulullah itu antaranya ialah melindungi diri kita dari perkara yang buruk.


“Assalamualaikum along, camne kerja tadi? Best tak?” soal Faathirah apabila melihat abangnya duduk sofa ruang tamu rumah mereka. Barangkali abangnya baru lepas solat, lihat saja kain pelikat yang tersarung di tubuhnya dan kopiah yang terletak elok di kepala abangnya itu.


“Waalaikumsalam Irah, kerja? Ok laa sebab along tak start mengajar lagi. Baru explain secara rough jer pasal subjek yang along kena ajar nanti kat budak-budak” ujar Faris kepada adik bongsunya itu. Adiknya yang bongsu itu memang rapat dengannya dan dilihat gadis yang akan mengambil SPM itu mengangguk-ganggukan kepalanya tanda faham dengan jawapan yang diberinya.


“Nanti bila dapat gaji boleh la along belanja Ira kan?” soal gadis itu sambil tersengih


“Banyak la kamu, along nak belanja girlfriend along dulu, kecik-kecik dah pandai mintak orang belanja dia” balas Faris

“Girlfriend?? bagitaw umi nanti” ujar Faathirah geram, adik sendiri tak nak belanja, tapi girlfriend nak belanja. Tidak adil namanya.


“Bagitaw la kat umi, tak takut pun and umi pun da kenal siapa girlfriend along” ujar Faris berani.


“Erk, siapa girlfriend along?” tanya Irah ingin tahu.


“Betul nak tahu siape girlfriend along? Umilah 'girlfriend' along. Dunia and akhirat. Werk... 1-0, hahaha” katanya sambil tertawa sambil melihat muka adiknya yang kemerahan, pasti sedang marah.


Cepat-cepat dia berlari keluar dari rumah sebelum adiknya itu 'smackdown' dia. Sudah masak dengan perangai adiknya yang sorang itu. Manja tapi garang, dan Faathirah jugalah yang selalu menceriakan keluarga mereka dengan keletahnya yang nakal. Adiknya Furqan tinggal jauh dari abi dan uminya kerana sedang menuntut di universiti. Furqan Al Hakim sedang mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia di UiTM Pulau Pinang.



adriana qistina and faris ar rayyan

Thursday 17 November 2011

Suami Ekspress 1


BAB 1


Suasana perkarangan dataran UiTM yang sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar mendaftar membuatkan Adriana berasa tidak selesa. Dengan jalanraya yang agak sesak dengan kenderaan ibu bapa yang bertali arus menghantar anak mereka mendaftar. Maklumlah hari pertama mendaftar setelah cuti semester sebulan yang lalu.

“Hai, apa punye malanglah nasib badan, dah la hari panas terik, orang punyalah ramai, bilalah dapat landing atas katil yang empuk, erk empuk laa sangat kan katil UiTM ni, hehe” . Omel Adriana sambil mengipas-ngipas wajahnya yang kemerahan akibat di panah terik mentari.

“Hoi, amacam cuti best tak? Rindu kat aku tak?” sergah Iman
“Assalamualaikum cik Iman, dah tak reti nak bagi salam ke? Rindu kau? Malam sikit yer". perli Adriana, kawan dia yang sorang ni memang cam gini, main sergah je kalau nak tegur orang, nasib baiklah aku takde heart attack cik Iman oii.


Sudah lama dia mengenali Iman Farhana, sejak mereka sama-sama belajar di sekolah menengah. Sudah paham sangat dengan peragai teman baiknya itu. Agak brutal tapi berjiwa sensitif, hehe. Di sekolah dulu, siapa yang tidak kenal dengan perangai gila-gila sahabatnya itu. Walaubagaimanapun, Iman seorang pelajar yang pintar. Kini, mereka dipertemukan lagi dan sama-sama mengambil Diploma Sains di UiTM Kuala Pilah.


“Oit, ko berangan apa pulak ni, baru jer start sem, da homesick ke beb? Kuliah pun belum mula lagi, ke teringatkan buah hati di rumah tu? Cer cite dengan ak sikit” soal Iman apabila melihat Adriana termenung jauh.

“Banyak la kau punya buah hati, kau macam tak paham pulak prinsip aku, sekurang-kurangnya tunggu habis degree ni dulu, cita-cita aku masih jauh untuk digapai Iman” terang Adriana. Cita-citanya memang terlalu tinggi, mahu mengikut jejak langkah papanya. Papanya sendiri mempunyai PhD. Sudah tentu dia pun mahu memiliki PhD.

“Tapi kan kita hanya merancang, tapi Allah yang tentukan apa yang berlaku kemudian hari, sebab Allah itu sebaik-baik perancang, kau kena ingat tu. Andai kata jodoh kita sampai awal, sudah tentu kita tidak mampu menolak kehendak Dia kan?” terang Iman panjang lebar.


“ Baik cik Iman, andai jodoh aku sampai awal aku terima dengan redha. Dah la jom singgah kat cafe, tekak aku dah haus ni” ajak Adriana sambil menarik tangan rakannya menuju ke cafe.


Setibanya di cafe, mereka memesan minuman masing-masing, Adriana memesan segelas jus tembikai manakala Iman memesan jus mangga. Mereka memilih meja yang agak jauh sedikit dari meja-meja lain. Suasana cafe yang agak riuh itu membuatkan mereka memilih meja yang agak terpencil dari meja-meja yang lain. Maklumlah sudah lama tidak bertemu, sudah tentu banyak benda yang ingin dikongsikan bersama.

“Riana aku dengar papa kau terpaksa bertugas ke luar negara, betul ke? So, kau kat sini tinggal dengan siapa nanti?” soal Iman.

“Yup, memang papa terpaksa transfer ke Jepun” jawab Adriana.. As you know, they need experienced engineer to improve their technology after tsunami. Kan aku dapat kolej, so aku dok kt kolej jer la, tp kalau cuti-cuti sem nanti, aku ade aunty yang tinggal kat Shah Alam ni, may be nanti aku tinggal dengan dia la, tak pun aku duduk rumah kau boleh? Hehejawab Adriana sambil bergurau dengan sahabatnya itu..


Tugas sebagai jurutera membuatkan papanya sering ke luar negara. Tambahan pula, syarikat papanya mempunyai cawangan di negara Jepun. Selepas bencana tsunami, banyak kerosakan yang dialami oleh negara matahari terbit itu. Papanya merupakan salah seorang jurutera yang terpaksa ditugaskan di sana untuk membaikpulih keadaan di sana. Tambahan pula, syarikat tempat papanya bekerja merupakan syarikat yang mempunyai kerjasama dengan syarikat-syarikat dari Jepun.


Selepas itu, mereka menghabiskan masa bersama di cafe tersebut, maklumlah sudah lama tidak bertemu. Banyak perkara yang ingin dikongsikan dan dibincangkan bersama, sampaikan cerita kucing Iman yang baru melahirkan anak kembar tiga turut dikongsikan bersama. Itulah mereka, sering berkongsi suka dan duka bersama, orang kata kawan ketika senang ramai tapi kawan yang sanggup bersusah payah bersama sukar di cari, betul ke? Tetapi bagi Adriana, Iman tidak begitu, dia la sahabat dunia dan akhirat.




Pagi itu, Faris agak tergesa-gesa kerana dia perlu menghadiri satu sesi temuduga untuk jawatan sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Sejak dia tamat pengajiannya di UIA beberapa bulan yang lalu, dia telah memohon untuk menjadi pensyarah. Biarpun, ramai di antara rakan-rakannya yang tidak berminat untuk menjadi seorang pendidik, mereka mengatakan menjadi cikgu atau pensyarah itu tidak cool atau macho, tetapi baginya pekerjaan seperti inilah yang memudahkan seseorang itu mendapat pahala dengan senang. Pendidik merupakan tiket untuk ke syurga. Dia masih ingat ketika dia kecil, Abinya ada memberi tazkirah bahawa tidak terputus amalan seseorang yang mati melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, doa anak-anak yang soleh dan ilmu yang di amalkan. Sudah menjadi kebiasan mereka untuk mendegar tazkirah dari abi, abinya juga merupakan seorang pendidik. Ilmu yang di amalkan, itulah yang menjadi prinsip dalam hidupnya. Dia mahu berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperolehnya semasa belajar dahulu kepada orang lain.


“Faris, mari breakfast dulu” ajak uminya ketika dia melintasi ruang makan.

“Assalamualaikum umi, sedapnya bau. Umi masak apa pagi ni?” ujarnya lantas mencium tangan uminya.

“Waalaikimsalm, makanlah Faris, umi masak mee goreng jer pun, kamu ade interview kan pagi ni? Umi doakan kamu dapat kerja ni, semoga Allah mempermudahkan urusan kamu” jawab umi.

Faris merupakan anak sulungnya, dia merupakan seorang anak yang taat dan menghormati orang tua. Sikapnya yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya juga membuatkan Hajjah Mardhiah sangat kagum dengan keperibadian Faris.

“InsyaAllah umi, terima kasih sebab doakan faris umi, sayangg umi” ujar faris sambil mencium pipi ibunya selepas menghabiskan makanan dipinggannya. Dia terus membawa makanan tersebut ke singki dan membasuh pinggan tersebut.


“Umi, faris gerak dulu ye umi” ujar Faris sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Drive carefully ye Faris, fii amanillah” nasihat Puan Mardhiah sambil memerhatikan anaknya yang sedang memakai kasut.



p/s: sori law bosan cte ny, bru intro.. law korg ade pendapat ke, komen ke.. silalah yer, sya budak bru blajr (: tasha n liya aku pnjam nme korg, sje suke2.. hehe.. egt lg x kte ade wat nvel after pmr dlu? miss dat momment damn much :'(



bole ke agak2 faris ar rayyan ni cam lee min ho n adriana  qistina ni cam heliza helmi, >.< ngee


Wednesday 16 November 2011

ohh muslimah


Monday 14 November 2011

amani by ammar

my favourite song :))


Tuesday 1 November 2011

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.

"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".

Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
...
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.

Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.

Oh, remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.

Jgn risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.

Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.

Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.

Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~

1st Thing 1st:

- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga>>>>>REDHA ALLAH..~